Pembangunan Lestari

CikguPA on Wed Aug 05, 2009 10:28 pm

Bincangkan Topik Pembangunan Lestari dalam usaha mengatasi/mencegah masalah alam sekitar. Konsep Pembangunan Lestari. Akta-akta yang berkaitan.

Re: Pembangunan Lestari
CikguPA on Sat Aug 08, 2009 4:16 pm

Pembangunan Lestari - Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. -Pemuliharaan bermaksus membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. -Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk men gekalkan sumbersumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. -Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Re: Pembangunan Lestari
CikguPA on Sat Aug 08, 2009 6:23 pm

Akta-akta berkaitan 1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 -pencemaran udara (seksyen 20) -pencemaran bunyi bising (seksyen 23) -pencemaran tanah (seksyen 24)

-pencemaran perairan daratan (seksyen 25) -Pencemaran minyak (seksyen 29) 2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan. 3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar. 4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan 5. Akta Perikanan 1985

Re: Pembangunan Lestari
CikguPA on Sun Aug 16, 2009 7:55 am

Panilaian Impak Alam Sekitar (EIA) 1. EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. 2. EIA satu pendekatan yang meyeluruh/holistik ke arah pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti. 3. Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan, maka pemaju mestilah menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan oleh pihak berkuasa (Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar). Pihak berkuasa boleh menangguh atau membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan dalam EIA.

Re: Pembangunan Lestari
CikguPA on Sat Aug 29, 2009 10:08 pm

Contoh projek yang perlukan kelulusan EIA Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

Kimia keluaran melebihi 100 tan metrik/hari ii. Pelabuhan i.1. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara 3. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih 7. Saliran dan pengairan i. Pembinaan pelabuhan . Pembinaan pelabuhan perikanan ii. pembinaan hospital 10. pembinaan bandar baru. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar ii. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih ii. Lapangan terbang i. Pembinaan lebuhraya. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih 6. Industri i. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih 4. Tebus guna tanah i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar 8. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga iii. Infrastruktur i. 500 meter atau lebih ii. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2. Perhutanan i. hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar iii. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar ii. Petrokimia semua saiz 9. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain iii. Perikanan i. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih iii. Pertanian i. Perumahan i. Saliran kawasan paya. Pembangunan estet pertanian 2. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar 5.

Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada hari ini hidup dalam kemiskinan dan mempunyai harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan datang. penduduk yang terlalu ramai. tanpa air minum dan sistem pelupusan sisa pepejal yang tidak selamat. Persidangan itu juga bertujuan memperteguhkan usaha -usaha pembangunan secara lestari . Kebanyakan masalah dunia pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus berusaha ke arah keadilan sosial dan persekitaran untuk semua golongan manusia di dunia. 2009 7:18 pm Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar. belajar daripada alam semulajadi. penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan persekitaran. Berjuta -juta manusia di bandar besar hidup tersisih di kawasan yang sesak. miskin atau kaya. Semua orang di dunia berhak menikmati pembanguan lestari tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan. persekitaran yang tidak bersih. Sementara di luar bandar pula. hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. berlian dan balak. AfrikaSelatan memberi satu pandangan yang optimistik terhadap penyelesaian masalah yang disebutkan di atas. Konflik di negara sedang membangun mengenai sumber asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam sekitar yang sangat ketara. Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg. Dengan kata lain. Walau bagaimanapun. untuk mencapai hidup yang lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan komponen alam sekitar tetapi juga komponen politik dan ekonomi. Pada masa kini. kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif.Re: Pembangunan Lestari CikguPA on Fri Sep 04. berada di Timur ataudi Barat dan di Utara atau Selatan. ada orang-orang kampung di negaranegara sedang membangun yang kehidupan mereka terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang bertujuan untuk mengawal sumber berharga seperti minyak. Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif untuk menangani masalah global alam sekitar di kedua-dua negara sudah membangun dan sedang membangun dengan memberi penekanan kepada penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu alam sekitar. sosial dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebiha mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah. kebanyakan negara mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang lalu. tua atau muda. Akibat dari itu keselamatan politik. Keuntungan yang didapati hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadangkadang dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit dan ini membebankan kebanyakan penduduk dengan masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar.

Pada musim panas pula mereka mendirikan khemah di kawasan padang rumput untuk mengembala ternakan seperti kambing dan lembu.dengan meminimumkan pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar secara tempatan. iaitu bandar Chifeng. Oleh itu kita mesti belajar dan mengamalkan cara hidup lestari. Hexingten geopark terletak di daerah pedalaman yang dicirikan oleh kawasan padang rumput dan pergunungan. Paling kurang yang boleh kita lakukan untuk hidup lebih lestari adalah dengan lebih celik alam sekitar. Penduduk di sini adalah golongan masyarakat Mongolia yang masih mengamalkan kehidupan berpindah-randah. apakah yang boleh anda lakukan sebagai seorang pelajar dan pemimpin masa hadapan? Sanggupkah anda melihat alam sekitar terus diterokai tanpa batasan dan sempadan? Tahukah anda jika alam sekitar musnah kita turut akan musnah bersama-samanya. perlombongan. Geopark pertama ialah Hexingten geopark. Bertindaklah secara lokal dan berfikir secara global. mereka tinggal di pekan kecil yang mempunyai kemudahan asas. Selepas melihat isu dan masalah yang dihadapi serta memahami usaha-usaha yang dijalankan untuk mencapai pembangunan lestari di peringkat dunia. tingkat sektor pelancongan BARU-BARU ini saya menjalankan misi penilaian semula dua geopark global di China. terletak di barat Inner Mongolia dan kedua. pertanian serta pencemaran tanah. belajar daripada alam semulajadi. Re: Pembangunan Lestari CikguPA on Tue Sep 08. wilayah atau global akibat daripada penduduk yang berlebihan. pembasmian hutan. terutama sistem pemanas rumah. Perjalanan dengan kenderaan mengambil masa hampir tiga jam dari lapangan terbang terdekat. Misi ini dianjurkan oleh Biro Unesco Global Geoparks Network untuk menilai kemajuan dicapai selama empat tahun selepas geopark ini diisytiharkan sebagai geopark global. 2009 2:54 pm Konsep geopark peraga pembangunan lestari di China Oleh Dr Ibrahim Komoo Malaysia wajar pelajari pengalaman negara Tembok Besar dalam usaha pemuliharaan warisan tabii. . Yandangshan geopark di wilayah Zhejiang. Tujuan lain persidangan ini adalah untuk membangun dan menyokong persetujuan -persetujuan antarabangsa untuk mengawal pemanasan global dan bahan cemar. hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. air dan udara. Pada musim sejuk.

Ketika membuat penilaian semula terhadap geopark Hexingten dan Yandangshan. Sebahagian daripada pergunungan ini sudah di kuari sejak lebih 1. puncak bukit dan gun ung yang mempamerkan penara batuan luar biasa bentuknya serta tinggi nilai saintifiknya. bentuk penara yang boleh dikaitkan dengan pelbagai rupa bentuk seperti imej manusia dan haiwan adalah cerita paling menarik yang terserlah daripada geopark ini. Hexingten dan Yandangshan geopark adalah dua daripada 22 geopark yang diisytiharkan Unesco sebagai geopark global di China. Kerajaan Pe rsekutuan menyalurkan dana yang besar untuk pembangunan infrastruktur penting seperti lebuh raya. hanya ada enam geopark global berada di luar China. iaitu Kementerian Sumber Mineral dan Tanah sudah memberi perhatian serius untuk pembangunan geopark. kerajaan pada peringkat kebangsaan. Geopark ini terkenal dengan landskap geologi luar biasa. Bagaimanapun. kehadiran tasik besar terbentuk oleh proses letupan gunung berapi dan penurunan muka bumi.000 tahun lampau meninggalkan gua buatan manusia yang luas lagi menakjubkan. Unesco hanya membenarkan dua geopark dari sesebuah negara diterima sebagai geopark global dalam setahun. China mempunyai program pada peringkat kebangsaan untuk membangunkan wilayah pedalaman yang memiliki warisan geologi istimewa sebagai geopark. Pada masa ini. apabila Unesco memperkenalkan konsep geopark yang memberikan penekanan kepada pembangunan wilayah yang cuba mengimbangi keperluan pemuliharaan sumber warisan. pergunungan yang terbentuk daripada batuan gunung berapi membentuk pelbagai rupa penara batuan yang berketinggian mencapai 300 meter. saya dapat berasakan wujud tiga ramuan penting membolehkan program geopark di negara itu memperoleh kejayaan cemerlang dan kini dilihat sebagai peneraju pembangunan geopark pada peringkat global. Sejak 2002. Negara China juga mempunyai 138 geopark bertaraf kebangsaan dan semuanya sedang menunggu giliran untuk dian gkat menjadi geopark global. Pada 2000. serta kepelbagaian fauna dan floranya. di ra ntau Asia Pasifik. iaitu tiga di Jepun dan masing -masing satu di Iran. muzium geopark dan infrastruktur asas untuk pelancong melawat dan menikmati keindahan . Malaysia dan Australia. Mengapa negara China sangat ghairah untuk mewujudkan geopark? China mempunyai visi untuk membangunkan kawasan luar bandar secara lestari.Keistimewaan Hexingten sebagai geopark terletak pada keindahan alam semula jadinya padang rumput yang terbentang luas. Yandangshan geopark pula terletak di daerah luar bandar iaitu dua jam perjalanan dari bandar terdekat. China dapat melihat bahawa konsep ini sangat sesuai untuk pembangunan wilayah pedalaman dengan kebanyakan penduduknya masih berada di bawah tahap kemiskinan. Wenzhou. Pertama. pembangunan pelancongan dan meningkatkan peluang ekono mi komuniti tempatan. Bagi masyarakat tempatan dan pengunjung ke sini.

kebanyakan penduduk setempat mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai bahawa pentingnya warisan tabii dan budaya yang ada di daerah mereka. ia terus mendapat sambutan luar dugaan. sebuah bandar baru dibina di pinggir geopark untuk menampung keperluan pelancong dan aktiviti ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Mereka juga percaya sumber warisan dapat membawa tuah dan keuntungan kepada komuniti mereka. Geopark adalah peraga pembangunan lestari wilayah. . Komponen pemuliharaan warisan tabii dan budaya membolehkan masyarakat setempat dan pelancong menghormati serta mengekalkan khazanah bangsa. terutama datuk bandar dan pegawai kanannya mempunyai komitmen yang sangat tinggi untuk membangun geopark. apabila konsep pemuliharaan dan pelancongan lestari diperkenalkan. Pada masa sama. Di tempat yang agak terpencil. Kerajaan dan penduduk tempatan sudah bersedia menerimanya dan mampu menggerakkan ke hadapan dengan pantas. Pelancong pula datang beramairamai untuk berkunjung dan mengenali keistimewaan geopark. pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark seolah -olah sudah lama dinantikan. Ketiga. Demam geopark dapat dirasakan di seluruh pelosok desa dan pekan yang berada di dalam kawasan geopark. Mereka menghargai dan sanggup mengekalkan warisan ini seolah-olah ia menjadi kepunyaan bersama yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Komuniti setempat mampu menjalankan kegiatan ekonomi dan meningkatkan sumber pendapatan berasaskan idea geopark. pemerintah tempatan.tapak istimewa di dalam sesebuah geopark. komuniti setempat dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka menerusi peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan ketika membangun geopark dan pelbagai aktiviti yang kreatif untuk mengambil manfaat daripada kedatangan pelancong ke geopark mereka. Perbualan dengan beberapa pegawai kanan tempatan menunjukkan mereka sangat berbangga dengan pencapaian mereka membangunkan geopark dan percaya konsep geopark dapat meningkatkan kekayaan wilayah terbabit. Peningkatan pelancong membolehkan sumber warisan tempatan digunakan secara tanpa musnah. Mereka memberi tumpuan istimewa untuk memastikan projek geopark mereka dikenali pada peringkat kebangsaan dan jika boleh pada peringkat global. Di China. Oleh itu. Kedua. Apabila Kerajaan China memperkenalkan kepada pemerintah tempatan. khususnya di daerah pedalaman yang sukar dimajukan. mereka bersedia menerimanya dan sanggup melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Keluarga dan Masyarakat tahun lepas. Laporan yang diterima hari ini menunjukkan perkembangan sangat baik di semua kawasan yang melaksanakan projek perintis Kementerian Pembangunan Wanita. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata. yang juga Ahli Biro dan Kumpulan P akar.negara yang mempunyai visi jelas perlu disusuli komitmen tinggi oleh agensi persekutuan. Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Felo Utama. Selangor dan Pulau Pinang.my PUTRJAYA 10 Sept. Kuala Lumpur. Jaringan Geopark Global Unesco. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM. . ada beberapa buah kampung dijadikan kawasan tumpuan dan hari ini kita dapat laporan mengenai usaha-usaha yang dilakukan di sana sejak tahun lepas dan kesannya amat baik sekali. Jadi kita telah setuju supaya projek ini diteruskan kepada fasa kedua sebelum kita guna pakai untuk seluruh negara terutama di kawasan yang kita kenal pasti kawasan berisiko di Johor.com. katanya. Program kejiranan lestari yang dikenal pasti telah memberi impak berkesan terhadap pembangunan sosial di kawasan berisiko tinggi akan dilanjutkan ke fasa kedua sebelum dilaksanakan di seluruh negara. kesejahteraan sosial. membasmi kemiskinan dan membasmi jenayah serta penyalahgunaan dadah. pembangunan insan. Fasa tersebut memberi tumpuan kepada lima teras mencakupi pembangunan infrastruktur fizikal. fasa kedua program kejiranan lestari itu menelan belanja RM4. FOAD Pengarang@utusan. Timbalan Perdana Menteri.Malaysia boleh belajar daripada pengalaman ini . Contohnya di Johor Bahru. keupayaan untuk melaks anakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan dan kesediaan untuk diterima dengan hati terbuka oleh komuniti setempat. Re: Pembangunan Lestari CikguPA on Fri Sep 11.3 juta. 2009 4:20 pm Kejiranan Lestari dilanjutkan Oleh HASHNAN ABDULLAH dan HELMI MOHD.

Hal ini menyerlah dengan menyedari kemelut . Walaupun ia berkesan tetapi kosnya kepada kerajaan juga besar dan kita akan cari cara lain untuk menambah keberkesanan dan kita lihat dalam setahun dua ini. Dengan kata lain. Hujah penulis ialah pelestarian (sustainability) menjadi keperluan sejagat bukan saja untuk memastikan alam sekitar terpulihara. bahkan membolehkan pertumbuhan ekonomi lebih stabil dan sesuai dengan keperluan asasi manusia. Kampung Datuk Sulaiman Menteri (Majidee).Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara kali pertama tahun ini di sini. pihak industri dan ahli ekonomi berpendirian bahawa kerangka dan dasar pelestarian akan meningkatkan kos. Taman Tampoi Indah. pihaknya akan mencari jalan yang mungkin ada perkara perkara yang boleh mengurangkan kos tetapi dapat meningkatkan lagi keberkesanannya. inovasi atasi krisis ekonomi Oleh Dr Zaini Ujang KENAPA pelestarian menjadi kunci inovasi? Demikian persoalan pokok dibahaskan dalam majalah terkini Harvard Business Review (HBR) edisi September 2009. kita akan meminta pemimpin dan masyarakat setempat supaya berperanan bersama-sama. atau sekadar bentuk komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata. faktor pelestarian bersifat pinggiran dan bukan struktural.6 juta. Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita. Projek Program Kejiranan Lestari fasa pertama dilaksanakan di lima buah kampung di Johor Bahru iaitu Kampung Skudai Kiri. Sebelum ini. Itulah sebabnya keprihatinan dan komitmen dijustifikasi untuk memenuhi keperluan perundangan supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Muhyiddin memberitahu. Kampung Pandan dan Taman Puteri Wangsa (Ulu Tiram). hari ini. fasa pertama projek itu melibatkan kos sebanyak RM5. Sehubungan itu. Namun. krisis ekonomi dunia ketika ini mengubah persepsi industri dan penggubal ekonomi terhadap makna dan kepentingan pelestarian. beliau menambah. Re: Pembangunan Lestari CikguPA on Fri Sep 11. katanya. Persoalan itu dikemukakan dalam konteks ekonomi dunia belum pulih daripada krisis yang bermula dengan kemelut kewangan di Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama. 2009 6:42 pm Kelestarian. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Editor HBR. seperti Harvard. minda lestari semakin berkembang di kalangan komuniti profesional termasuk pusat pengajian ternama. Sementara kerajaan China mengumumkan bajet 210 bilion yuan untuk pakej rangsangan dalam pembangunan lestari. Petunjuk itu juga perlu dilihat dari segi keupayaan menyediakan iklim sesuai bagi mengalakkan kreativiti dan inovasi yang memberi impak kepada sistem ekonomi dan komitmen komuniti korporat. MIT dan Oxford. Datuk Seri Najib Razak pada Julai lalu. antaranya sifat tamak mementingkan keuntungan kewangan jangka pendek. Itu sebabnya sektor yang selama ini tidak begitu sinonim dengan pelestarian juga sudah berubah seperti teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Petunjuk kejayaan tidak hanya pada kejayaan penguatkuasaan undang-undang. Menurut Adi Ignatius. apatah lagi alam sekitar dan sejagat. Selain itu. krisis ekonomi kali ini menyediakan peluang strategik untuk menjadikan pelestarian sebagai teras pertumbuhan ekonomi menerusi nilai tinggi dijana kreativiti dan inovasi. sebagai Profesor dalam Amalan Kejuruteraan Alam Sekitar di Sekolah Pengajian Kejuruteraan dan Sains Gunaan untuk memulakan Harvard Water Security Initiative (HWSI). Kunci kejayaan dalam merangka dasar ekonomi lestari tidak hanya bersifat pulangan yang boleh dilihat menerusi data dan laporan sta tistik ekonomi. inisatif pelestarian juga semakin menyerlah dalam pembangunan teknologi dan pembinaan.kewangan di Amerika Syarikat berpunca. . Baru-baru ini Universiti Harvard misalnya melantik John Briscoe. Banyak inisiatif pelestarian dimulakan untuk menilai semula asas dan kerangka kerja dasar sedia ada. Syarikat peruncitan terbesar Wal-Mart mengumumkan sistem penarafan pelestarian untuk memastikan sebuah produk jualannya bersifat mesra alam pada Julai lalu. boleh diguna semula dan tidak menjejaskan kesihatan pengguna. tidak bersifat lestari yang hanya menguntungkan kelompok tertentu tanpa mengambil kira kepentingan orang ramai. Profesor Briscoe ialah bekas penasihat kanan Bank Dunia dan penulis buku 'Water Sector Strategy' dijangka berperanan menyediakan asas pemikiran dan strategi membolehkan sektor air dimajukan secara lestari. 'indeks bangunan hijau' baru saja dilancarkan Perdana Menteri. Ketika ini label 'hijau' di negara maju seolah -olah sama konotasinya dengan 'halal' bagi orang Islam. Hakikatnya. Tetapi setiap kemelut ekonomi ada kejutan. nilai dan masyarakat mesra alam. Inisiatif pelestarian dalam perkakasan komputer berkembang pesat. corak sama setiap kali berlaku krisis ekonomi: pertumbuhan ekonomi perlahan. ia terletak kepada keupayaan membentuk budaya. Selain sektor pertanian dan pembuatan. termasuk penyelidikan dan pembangunan untuk membolehkan komponen komputer tidak mencemar alam sekitar. Dan kejutan kali ini ialah inisiatif pelestarian atau ekonomi hijau. Hemat saya. pengangguran meningkat dan kerajaan akan mengubah kadar faedah serta menyediakan pakej rangsangan untuk memacu ekonomi. Di Malaysia. Saingannya seperti Tesco dan Target dijangka akan memulakan inisiatif sama.

pelestarian adalah survival kerana itulah fitrah insaniah. Pertamanya kita lihat dari aspek Perundangan. survival untuk membolehkan pembangunan lestari mengambil kira seluruh aspek dan lapisan masyarakat. tindakan itu t idak mungkin berjaya tanpa pembudayaan dan penghayatan nilai mesra alam di kalangan seluruh lapisan masyarakat. (Lihat konsep di posting awal). Seandainya gagal. Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang sedang berkursus di Harvard Business School. Saya contohnya beberapa usaha berterusan. Amerika Syarikat Re: Pembangunan Lestari CikguPA on Sat Oct 31. Dan kini. paradigma pengurusan alam sekitar menjurus kepada penguatkuasaan undangundang alam sekitar. bukan lagi pilihan untuk memacu ekonomi. survival untuk memastikan perkhidmatan dan produk mesra alam tidak menambah parah impak alam sekitar menerusi peningkatan suhu bumi. . maka satu kerangka baru dikemukakan dengan menyediakan peluang perniagaan 'mesra alam' pada dekad 1990-an. Kita tidak dapat menggelak dari menjalankan pembangunan untuk memenuhi permintaan penduduk. Bagi kerajaan. Memang benar Pembangunan Lestari menekankan konsep usaha berterusan memelihara dan memulihara alam sekitar. Bagi sektor korporat. berlakulah fenomena 'polis dan penjenayah': Pihak berkuasa terpaksa mengawasi kegiatan pihak yang berpotensi mencemar alam sekitar.Sejak 1970-an. pelestarian dan mesra alam menjadi survival. 2009 10:47 pm Salam 1 Malaysia Wendy. Namun demikian. Sementara pihak satu lagi mencari peluang mencemar alam sekitar disebabkan kononnya faktor peningkatan kos dan kekurangan kepakaran. Menyedari kelemahan paradigma yang terlalu sarat perundangan itu. Dan bagi individu. termasuk sumber asli dan tenaga. Justeru itu konsep pembangunan lestari di tekankan.

kempen . gotong royong dll. -Mengamalkan proses tebangan memilih . Menukar penggunaan baja kimia kepada baja organik atau racun serangga kepada kaedah kawalan biologi. ombak angin. aspek pendidikan: 1. Kerajaan telah mengubal akta-akta tertentu untuk melindungi alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta Perhutanan Negara 1984 dan sebagainya. Sektor pembalakan . 3. aspek pengurusan strategik.mengiatkan proses tanam semula menggunakan baka yang cepat matang seperti Yamane. Sektor tenaga . 2010 10:07 am . suria dll.pokok matang atau cukup saiz sahaja ditebang. Keduanya. 1. biomass. 3. forum. Secara formal di sekolah menerusi subjek khusus seperti Geografi. Secara tak formal melalui media massa. Moral. Sektor pertanian contohnya. 2.1. 2. Re: Pembangunan Lestari CikguPA on Sat Jan 02. 4.gunakan sistem pengangkutan yang digerakkan oleh tenaga elektrik. menukar konsep tebang bakar kepada tebang reput atau menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menjana tenaga biomass atau menghasilkan makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Langkah pemantauan oleh pihak JAS perlu lebih kerap dan teliti ke atas projek pembangunan yang mendatangkan kesan ke atas alam sekitar seperti pertanian di kawasan tanah tinggi. di mana pemaju perlu mengemukakan laporan EIA projeknya kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diluluskan terlebih dahulu. Sektor pengangkutan .tukar kepada tenaga alternatif seperti tenaga hidro. Batai dan Akasia. Sivik dll. Laporan EIA (Enviroment Impact Assesment) diperlukan bagi projek -projek mega. Ketiga. TQ harap dapat membantu anda. 2.

Walaupun berdepan pelbagai had. Masyarakat pribumi di situ. Ratusan bukit gunung berapi pada ketinggian antara 100 hingga 250 meter. terutama sokongan kewangan dan pentadbiran kerajaan yang terbatas.000 penduduk. terutama mengenai pengurusan dan pembangunan pelancongan bersesuaian dengan aspirasi pewujudan geopark? Saya kagum dengan pencapaian mereka. Sebahagian besar sukarelawan ini mulai sibuk menguruskan tapak pembangunan ekopelancongan dan pendidikan untuk pelajar. Hong Kong Geopark menarik kerana masyarakat dunia mengenali Hong Kong sekitaran kota raya dengan bangunan pencakar langit. dengan kawah dan tasik menjadikan landskap daerah ini unik berbanding kawasan lain di Australia. Geopark pertama ialah Kanawinka Global Geopark. Geopark Hong Kong terletak di bahagian timur laut dibentuk oleh landskap tabii dan dicirikan . Keistimewaan Kanawinka terletak pada landskap gunung berapi kuno yang bertaburan di dataran luas. iaitu geopark global yang pertama di Australia. Korea. terletak sekitar 150 kilometer ke barat Melbourne. Di Kanawinka. Pengarahnya. sekitar 40 peratus Hong Kong terdiri dari kawasan landskap berbukit dengan hutan yang masih terpulihara. Jeju menjadi geopark kebangsaan pertama di Korea dan dalam persediaan untuk memohon menjadi ahli Unesco Global Geoparks Network (GGN). Geopark kedua ialah Hong Kong geopark yang baru saja diisytiharkan sebagai geopark kebangsaan ke-143 di China. Kanawinka mempunyai kawasan luas dan di dalamnya ada lebih 20 bandar kecil dan pekan yang masing-masing berpenghuni antara 300 hingga 30. saya dijemput melihat pembangunan yang dilaksanakan sejak ia diisytiharkan sebagai global geopark pada 2008. sekumpulan sukarelawan berjaya mewujudkan geopark kebangsaan dan kemudian diangkat menjadi geopark global. Komuniti di sini mulai berasakan mereka tinggal di tempat yang sangat istimewa dan berbangga dengan geoparknya. pernah berdepan letusan gunung berapi dan budaya mereka mempunyai banyak hubung kait dengan bencana berkenaan. Australia. Di Hong Kong saya dijemput untuk sama-sama meraikan geopark kebangsaan ke-142 di China. Ketiga ialah Jeju Geopark. geopark menjadi alat menjaring komuniti setiap pekan dan bandar dengan nilai warisan sama. apakah beberapa pendekatan pembangunannya. Di Kanawinka Global Geopark. Unesco GGN. Joane McKnight ingin mendapatkan pand angan saya sebagai ahli biro.Pembangunan konsep geopark mampu wujud pelancongan lestari Dr Ibrahim Komoo DALAM dua bulan terakhir ini saya diundang melawat tiga geopark di rantau Asia Pasifik. Walhal.

Pulau ini bukan saja mempunyai kepelbagaian geologi yang tinggi. . Jeju adalah pulau pelancongan terkenal di Korea. Pulau Jeju yang berpenghuni hampir 500. Sejak itu ratusan letusan gunung berapi berlaku sehingga kali terakhir yang direkodkan sekitar 10. Ia juga geopark kebangsaan pertama di Korea. Maklum saja ada lebih 140 geopark bersaing. Keistimewaan yang membolehkan ia di terima sebagai geopark kebangsaan kerana kehadiran batuan gunung berapi yang membentuk tiang batuan secara meluas. cuma dua saja setahun yang boleh disyorkan menjadi global geopark. Korea. khususnya ahli perniagaan yang berurusan di kota raya Hong Kong. Ribuan tiang batuan gunung berapi yang tingginya mel ampaui 20 meter menghiasi persisiran pantai membuatkan kawasan ini unik. persaingan untuk mengangkat geopark kebangsaan menjadi Unesco Global Geopark sangat sengit. Kemudahan pelancongan dan sistem pengurusan serta pemuliharaan sumber warisan alam (termasuk geokepelbagaian) adalah sangat baik. mungkin lebih indah daripada tapak warisan dunia di Giant Causeway di Ireland Utara. Pihak berkuasa geopark sudah membuat perancangan rapi untuk membawa pelancongan.oleh persisiran pantai dan kepul auan. bersaiz lebih dua kali Pulau Langkawi. malah mempunyai budaya dan tradisi masyarakat setempat (umumnya nelayan) sejak beberapa ratus tahun lalu. ada beberapa komuniti nelayan tinggal di kawasan terbabit. Pada masa lampau. kini kebanyakannya sudah meninggalkan kampung mereka dan berhijrah ke bandar. Komuniti di Hong Kong menyambut pengisytiharan geopark pertamanya secara besar-besaran. Pulau ini terbentuk lebih dua juta tahun lampau hasil letusan gunung berapi. melancong ke geopark menggunakan jenama pelancongan baru dikenali geopelancongan . saya (sebagai Pengerusi. Ramai pemimpin dari Tanah Besar China dan puluhan jemputan dari luar negara turut serta menyambut peristiwa yang bersejarah ini. menggunakan bot mewah atau helikopter. Jaringan Geopark Asia Pasifik) dijemput khas untuk membuat penilaian awal kesesuaian pulau ini sebagai global geopark.000 orang dan diziarahi oleh antara enam hingga tujuh juta pelancong setiap tahun ideal dibangunkan sebagai global geopark. Di China. Ribuan penduduk bersama Setiausaha Kerajaan (jika di Malaysia sama status dengan Menteri Besar) melancarkan Hong Kong Geopark di suatu tapak istimewa yang mana tiang batuan gunung berapi ini terserlah dengan gagahnya.000 tahun lalu. Landskap di sini sangat indah seperti kepulauan di Langkawi. Di pulau Jeju. Gunung Berapi Halla (tapak warisan dunia) di tengah pulau ini adalah gunung teristimewa di Korea dan menjadi ikon landskap di pulau Jeju ini.

Pulau Jeju mempunyai cabaran besar untuk merealisasikan konsep geopark. konsep geopark mampu membangunkan kawasan secara lestari dan membawa komuniti setempat mengenali dan menyintai sumber warisan asli (terutama geologi dan landskap) yang istimewa di tempat mereka. Pengurusan Lestari Hutan Menyelamatkan Bumi Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin Pegawai Penyelidik 01/08/2008 | Artikel Bahasa Malaysia . Mereka percaya. Jepun. Malaysia. China. Jaringan Geopark Asia Pasifik dan Felo Utama. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari).Letusan gunung berapi meninggalkan kepelbagaian geologi yang tinggi. begitu juga pagar di sekeliling rumah dan pagar setiap kawasan pertanian. peningkatan sosioekonomi komuniti setempat melalui pembangunan pelancongan. Dinding rumah tradisi dibina daripada batuan basalt. dan pendidikan awam untuk menghayati khazanah alam. Satu keunikan pulau ini ialah hubungan erat antara masyarakat dengan batuan gunung berapi (basalt). Semuanya memutuskan untuk membangunkan wilayah menggunakan konsep geopark. UKM. Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Pengerusi. dan landskap tebing curam serta persisiran pantai berbatu yang sangat menakjubkan dan berpandangan indah. Jeju masih memohon mendapat status global geopark manakala Hong Kong baru saja diterima sebagai geopark kebangsaan. Kanawinka menjadi global geopark. Geopark memberikan perhatian kepada perseimbangan pemuliharaan alam sekitar (terutama warisan tabii). Yang paling menarik ialah di hadapan setiap rumah atau bangunan utama terserlah sepasang patung datuk lelaki yang diukir daripada batuan basalt ini. Patung ini dikenali sebagai dolhareubang adalah penjaga rumah dan kampung yang mereka percayai dapat menghindar daripada semua perkara buruk menimpa keluarga mereka. terutama ratusan bukit dan kawah gunung berapi. Walaupun memiliki semua kemudahan dan ideal sebagai geopark global. Korea dan Australia adalah negara di Asia Pasifik yang sedang meneroka gagasan pembangunan lestari wilayah berasaskan konsep geopark. Ketiga-tiga kawasan saya lawati mempunyai beberapa perkara sama. terowong bawah tanah tabii.

bayangkanlah apa akan jadi kepada suhu bumi jika kawasan hutan terus diteroka tanpa adanya usaha untuk menggantikan semula hutan yang telah ditebang. Bencana seperti tanah runtuh. Ini ker ana.Dewasa ini didapati kemusnahan hutan sama ada akibat kebakaran mahupun pembangunan yang tidak terkawal telah banyak memberi kesan buruk kepada bumi dan juga hidupan yang menghuninya. Bukan itu sahaja. hasil tanaman dan juga pelbagai kemudahan infrastruktur di negeri terbabit. Misalnya kejadian banjir yang berlaku di negeri Kedah dan Perlis pada bulan Disember 2005 yang mana telah mengakibatkan berlakunya kemusnahan kepada lebih 30. Malah. Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat telah banyak ancaman yang terpaksa dilalui oleh manusia akibat pemusnahan hutan dan juga kegiatan pembakaran hutan yang berlaku secara berleluasa. hutan merupakan unsur utama yang mengawal suhu bumi daripada terus meningkat dan sekaligus memainkan peranan penting dalam mengawal berlakunya kesan rumah hijau'. dan lebih buruk lagi ia turut mempengaruhi cuaca dunia secara menyeluruh. Pastinya suhu bumi akan meningkat dengan mendadak dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Alangkah ruginya kita kerana terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar hanya semata-mata untuk bencana yang berlaku akibat kerakusan tangan kita sendiri yang melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. kejadian banjir seumpama itu turut juga berlaku di negeri Johor dua tahu n lepas. pemanasan global akan membawa kepada pelbagai kesan buruk yang lain seperti berlakunya kejadian banjir yang tidak dijangka. jika habitat hidupan liar tidak dike kalkan. malah penebangan hutan secara tidak mapan juga akan turut mengancam spesies hidupan liar dan juga tumbuh-tumbuhan terutamanya spesies herba yang cukup bernilai dalam industri ubat-ubatan tradisional dan kira-kira 40% ubatan moden yang berasal daripada alam semulajadi. Daripada hasil kajian secara saintifik. Hakikatnya binatang-binatang . harta benda. Jika bencana seumpama itu tidak berlaku. Hutan yang mempunyai keluasan dan bentuk yang pelbagai mempunyai keupayaan dalam menurunkan suhu di sesuatu kawasan. Ekoran daripada kejadian banjir itu. yang mana ia turut merosakkan kediaman penduduk. didapati suhu udara di sekitar ekosistem hutan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan yang gondol tanpa ekosistem hutan. mereka akan menceroboh ke kawasan penempatan manusia dan akan memasuki ladang serta merosakkan tanaman-tanaman para petani dan juga peladang. para petani terpaksa menanggung jumlah kerugian yang besar. ribut taufan. Apa yang lebih membimbangkan lagi. satu kajian lepas juga telah mendapati bahawa kemampuan penyejukan bagi sebatang pokok adalah bersamaan dengan lima buah pendingin udara yang beroperasi selama 20 jam sehari. Malah. Akibat kejadian banjir tersebut. Seperti yang kita sedia maklum. Jadi.000 hektar sawah padi yang menunggu masa untuk dituai. mungkin kita boleh gunakan wang tersebut untuk tujuan-tujuan lain yang lebih bermanfaat kepada kita. kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. banjir dan sebagainya kerap berlaku akibat penggondolan hutan yang tidak terkawal oleh tangan -tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.

persidangan yang berlangsung di Copenhagen. Selain itu. Ekoran daripada keadaan tersebut. kemusnahan hutan bakau secara berterusan pula akan mengundang pelbagai risiko bencana alam yang lebih dasyat seperti ribut taufan dan sebagainya. adalah amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam memastikan pengurusan dan penggunaan sumber hutan dilaksanakan s ecara berhemat dan lestari demi memelihara kestabilan ekosistem serta dapat mengekalkan kepelbagaian biologi yang sedia ada. Daripada komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua negara anggota (dengan kehadiran 15. Oleh yang demikian.T.gov. Misalnya. di samping mempergiatkan lagi usaha-usaha dalam memakmurkan bumi dan alam sekitar yang telah diamanahkan oleh Allah S. http://www. malah ia juga amat sukar untuk dipulihkan jika tidak dihentikan dengan kadar yang segera. Malah situasi yang sama turut berlaku semasa kejadian tsunami pada tahun 2004 di Acheh.ikim. malah manusia yang bersifat penceroboh. Mesyuarat tersebut yang beragenda untuk mencapai perjanjian baru mengenai pelepasan gas rumah hijau serta mengumpul berbilion-bilion dolar dana bagi menyalurkan bantuan dan teknologi hijau kepada negara-negara miskin diharap mampu mencapai matlamatnya tidak seperti usaha-usaha . Malah ketiadaan kawasan ekosistem hutan bakau sebagai benteng pantai akan lebih memburukkan lagi risiko -risiko bencana yang berlaku. Denmark yang dijadualkan berakhir pada hari ini diharap dapat memacu penghijrahan sikap yang besar terhadap usaha pengembelengan isu perubahan iklim yang kian meruncing dari hari ke hari. kita sepatutnya sedar betapa kita telah banyak menyebabkan kerosakan di atas muka bumi ini.000 peserta dari 192 negara) sepanjang persidangan berlangsung. ia telah menampakkan petanda dan titik peralihan positif dalam tindak balas antarabangsa berhubung isu perubahan iklim. kepada kita. salah satu punca kadar kematian yang besar telah dicatatkan semasa kejadian taufan Narjis yang melanda Myanmar baru-baru ini adalah disebabkan oleh keti adaan hutan bakau yang boleh bertindak sebagai penampan. Indonesia. Ini kerana. Jadi sudah tiba masanya untuk kita mengambil peranan dan tanggungjawab untuk mengatasi segala kerosakan yang telah kita lakukan.liar tersebut bukan penceroboh.W. ia bukan sahaja memberi kesan jangka panjang. kemusnahannya akan memberi kesan langsung kepada ekosistem marin dan sosioekonomi di sesuatu kawasan yang terlibat. kebanyakan hutan bakau yang terdapat di Delta Irrawady telah musnah sejak beberapa dekad yang lampau akibat eksploitasi berlebihan bagi tujuan projek kolam udang dan juga pertanian.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1648&cmd=r esetall Namun demikian. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal. Manakala bagi hutan bakau pula.

Justeru.W. bermaksud: ". Indikator bagi Pembangunan Lestari : Perspektif Malaysia Bahagian I Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam rancangan malaysia ke tujuh (GOM 1996). dari segi pembangunan dan kemajuan umat. Bahkan.sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhanku" (surah al -Ankabut. Tugas pelestarian alam tidak hanya terletak di bahu tampuk kepimpinan negara semata-mata. Dengan menginjaknya tahun baru hijrah in i. setiap negara khususnya negara Islam perlu menanam azam dan tekad yang kukuh untuk berhijrah daripada teknologi yang tidak mesra alam kepada teknologi hijau yang lebih selamat dan sihat kepada alam sekitar. Pla n tersebut juga menerangkan langkah tempoh Rancangan Malaysia.W. Firman Allah S. dengan kedatangan tahun baru hijrah ini diharap agar semua negara anggota terutamanya negara-negara Islam mengambil roh' hijrah Rasulullah agar matlamat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melestarikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya. Hijrah ke arah pelestarian alam ini penting bagi menghentikan rintihan derita alam yang telah lama menagih sekelumit belas ihsan dan pengertian daripada sang khalifah. Sudah tiba masanya untuk setiap negara Islam menghayati pengertian konsep hijrah untuk disuai padankan dengan aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar demi kepentingan bersama. sebaliknya ia juga perlu digalas oleh setiap individu. Mudah -mudahan secangkir keprihatinan khalifah bumi dapat melorongkan penghijrahan yang tulus bagi memberi nafas baru kepada alam untuk terus teguh berdiri dan menyumbang bakti kepada seluruh penghuni bumi. bangsa dan negara. ayat 26).T.sebelum ini yang hanya termateri di atas kertas dan hangat-hangat tahi ayam sahaja' dek kerana tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada semua negara anggota. Sudah sampai masanya setiap umat Isla m berhijrah dari segi sikap iaitu mengusir sikap pesimis terhadap alam dan menyuburkan sikap optimis dengan disusuli niat kerana Allah S. Tidak ada ruginya negara-negara pengeluar utama membuang sikap egoistik mereka demi mencapai satu penyelesaian kepada permasalahan yang tidak pernah menemui titik noktahnya.T. setiap umat Islam perlu menetapkan tekad dan iltiz am baru sejajar dengan matlamat serta aspirasi agama.. sempena ulangtahun 1431 Hijrah. Justeru. Sikap curiga antara negara miskin dan negara kaya dalam berkongsi kos pengurangan gas rumah hijau perlu dikikis agar tidak mencabuli matlamat asal penganjuran sidang kemuncak tersebut. langkah Rancangan Malaysia ke 7 (1996 langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal langkah baru pula telah dimulakan semasa 2000) bagi meningkat kan kebolehan Malaysia . ia juga perlu selari dengan tuntutan agama dan dikembangkan secara berperingkat dan teliti demi meraih hasil yang positif..

. Polisi bagi menggalakan pembangunan lestari diterangkan di dalam Rancangan malaysia Ke 7 adalah diinspirasikan oleh UNCED dan Agenda 21. Walaupun Malaysia menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator dengan mewujudkan metodologi sendiri da n indikator negara.. Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya. Suruhanjaya Brutland mengenai Pembangunan dan Alam Sekitar memberi definisi mengenai pembangunan lestari sebagai .. Indikator Pembangunan Lestari (IPL) indikator pembangunan lestari. Dalam usaha untuk menaksirkan prestasi kearah mencapai objektif pembangunan lestari. Walaubagaimanapu n tiada konsensus rasmi mengenai pendifinisian terhadap pembangunan lestari. ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amat rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar . bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia... Rancangan Malaysia Ke 7 menyatakan bahawa terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alam sekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) untuk . yang mana pembangunan indikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).. Saranan dalam Agenda 21.untuk membangun secara lestari.. Ini berlaku sebahagianya kerana pembangunan lestari di lihat sebagai proses yang dinamik. (WCED 1987). bukanya dalam keadaan yang statik yang boleh diterangkan dengan jelas..secara jelas menggambarkan hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari dan membangunkan indikator bagi mengukur kelestarian pembangunan. pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengabaikan potensinya untuk keperluan generasi akan datang. Bab 40 dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar Dan Pembangunan (UNCED) menggalakan negara negara dan pertubuhan antarabangsa untuk membangunkan indikator pembangun an lestari. dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitar geo yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus..

maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai objektif penyeliaan sendiri kelestarian.Minat terhadap indikator indikator pembangunan lestari adalah suatu yang baru tetapi secara umumnya ianya bukanlah suatu yang baru. dimana keluaran dalam negeri kasar (GDP). Kelestarian menunjukan keseimbangan berterusan dengan masa. Ini memerlukan suatu mekanisma yang berasaskan aplikasi yang membolehkan alam sekitar di ambil kira dalam proses membuat keputusan. Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian. Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi mem buat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap kerajaan. polisi bertujuan untuk mencapai pembangunan lestari adalah sesuatu yang baru dan sehingga kini persetujuan mengenai penggunaan indikatornya masih dibandingkan dengan sektor ekonomi dan sosial. Pendekata n yang konsisten dan keupayaaan indikator kelestarian dalam menyediakan pilihan kepada pembuat keputusan dan pembuat polisi. Harus diberikan penekanan juga bahawa indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu hal. kebanyakan indikator kelestarian di ukur dengan mengukur ketidaklestarianya atau p erkara yang berbahaya dan tidak seimbang (SCOPE 1996). ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama . selalu digunakan sebagai indik ator dalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia. akses kepada penjagaan kesihatan. tetapi hanya sebagai alat untuk membantu meng ukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Dalam pembangunan. nisbah doktor/populasi dan sasaranya. Pembangunanya dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus selanjutnya dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari. Walaubagaimanapun. Sebagai contohnya ia boleh dijumpai dalam sektor ekonomi. Ini merupakan suatu yang amat sukar untuk di ukur. Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan : sebagai contoh kadar literasi. debit nasional dan kadar penganguran merupak an antara indikator indikator ekonomi bagi sesbuah negara. Indikator indikator pembangunan lestari menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimban g dalam bidang sosial. dalam kebanyakan bidang kepolisian ia telah lama dipraktikan secara umumnya.

Kekayaan pengalaman negara pembangunan indikator oleh kebanyakan pertubuhan menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan IPL di negara -negara membangun. . Netrherlands. Perkembangan mengenainya telah dilaporkan o leh Peterson (1997a) yang menyatakan dikebanyakan negara negara membangun data yang boleh digunakan secara mudah untuk membentuk IPL masih tidak terdapat. Usaha Global untuk membangunkan IPL Pada ketika ini dunia telah menggunakan indikator dan indeks untuk pelbagai tujuan. Netherlands. Keperluan dalam usaha untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator indikator pembangunan lestari telah meningkat semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD). United Kingdom dan USA telah membangunkan program indikator dengan baik. United Kingdom. Sehingga kini input untuk membangunkan IPL muncul daripada kebanyakan kumpulan negara negara di utara meliputi Kanada. German dan negara OECD dan aktiviti pertubuhan UN. Objektif bagi program yang diusahakan oleh agensi multilateral adalah pelbagai. Norway. Kebanyakan negara industri seperti Kanada. bermula dari proses membuat keputus an hinggalah kepada program program kesedaran awam.pembangunan sesbuah negara. mereka mempunyai kecenderungan untuk membentuk inidikator pembangunan lestari yang boleh diakses oleh pembuat keputusan pada tahap nasional. Jepun. Walaubagaimanapun. Petereson (1997ª) telah menerangkan secara menyeluruh tentang aktiviti yang telah berlaku di negara negara tersebut dan juga agensi multilateral seperti Bank Dunia (World Bank). Denmark. Bank Pembangunan Asian (Asian Development Bank) dan OECD.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful