You are on page 1of 8

Pengenalan Hutan boleh ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan serangga yang hidup

dalam pelbagai habitat. Bagi mencapai tahap pertumbuhan dan pembiakan yang optimum ia memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah. Hutan amat penting dalam alam ini terutamanya kepada manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan banyak manfaat kepada manusia dan juga haiwan. Di Malaysia pada penghujung tahun 1989 dianggarkan hampir 18.5 juta hektar atau 56.3 % daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di Semenanjung Malaysia terdapat hampir 8000 spesies tumbuhan berbunga yang direkodkan dimana 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air.Tidak dapat disangkal lagi hutan mempunyai nilai kormesial dan ekonomi. Hutan membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber pendapatan penting bagi Negara. Kepentingan hutan kepada manusia serta isi alam tidak dapat disangkal lagi namun fenomena penebangan hutan secara berleluasa memberikan impak dan implikasi yang besar kepada penghuninya. Beberapa punca serta langkah mengatasi penebangan hutan telah dikenalpasti dan disenaraikan. Langkah menangani permasalahan ini telah dikenalpasti dan seterusnya ia perlu dilaksanakan bagi memastikan keharmonian serta kesejahteraan dalam pembangunan lestari.

1.0 PUNCA-PUNCA PENEBANGAN HUTAN 1.1 Pembalakan Haram. Penerokaan hutan secara berleluasa melalui aktiviti pembalakan haram di ratarata kawasan hutan di negara kita menjadi faktor utama punca berlakunya penebengan hutan tanpa kawalan. Aktiviti pembalakan haram didefiniskan sebagai aktivti penebangan balak secara tidak terancang dan salah dari segi undang-undang. Penebangan hutan turut menjadi faktor kepada kepupusan flora dan fauna. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Trade Record Analysis of Fauna and Flora, bermula tahun 1986 hingga Jun 1990 dianggarkan 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang iaitu melebihi 320,000 hektar kawasan yang dibenarkan. Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

Dipetik daripada Akhbar Utusan (10 Mac 2010) ~ Pembalakan di Sempadan Perak-Pahang di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland.

Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain dimana balak-balak yang tumbang itu akan memusnahkan tumbuhan kecil yang lain di kawasan sekitarnya. Hal ini akan menyebabkan ekosistem hutan akan terganggu kerana haiwan khususnya akan kehilangan tempat tinggal. Ini sekali gus akan menyebabkan kepupusan.

1.2

Pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian. Faktor kedua yang menjadi faktor kepada penebangan hutan ialah pembukaan

tanah baru untuk tujuan kawasan pertanian baru. Tidak dapat dinafkan lagi bahawa sektor pertanian merupakan antara sektor yang amat penting bagi Malaysia. Sektor ini memainkan salah satu peranan yang penting dalam usaha pembangunan nasional negara. Ini adalah kerana, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan di samping merupakan sumber ekonomi yang amat penting kerana ia dapat menjana pendapatan yang lumayan bagi pegusaha industri ini.

Namun begitu, pembukaan tanah untuk tujuan pertanian samada diteroka untuk membuka tanah rancangan atau diteroka secara haram turut akan memusnahkan

spesies tumbuh-tumbuhan kerana ia melibatkan penebangan hutan di dalan keluasan yang besar. Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Contohnya pembukaan tanah baru sebagai tapak pertanian di Lojing, Gua Musang Kelantan. Penyerahan tanah secara besar-besaran dibuat kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian baru seperti kebun sayur. Selain daripada kebun sayur, pemusnahan hutan semula jadi turut berlaku secara besar-besaran apabila hutan sedia ada ditukar kepada ladang pertanian khususnya penanaman sawit dan getah.

Pembukaan tanah bagi tujuan perladangan secara besar-besaran melibatkan penebangan hutan pada skala yang besar

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, kawasan hutan dengan keluasan yang agak besar ditebang dan kawasan bukit digondolkan dan dibersihkan. Hal ini menyebabkan bukan sahaja menyebabkan hutan ditebang tetapi juga flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan. Selain tu, pembakaran hutan secara terbuka untuk pembersihan tapak ladang dan pembakaran hutan untuk pertanian pindah juga memusnahkan ekosistem hutan.

Ekosistem semulajadi musnah terus dan bertukar kepada ekosistem pertanian ladang. Menurut FOA(1982) di kawasan tropika lembap, aktivti pertanian pindah menjadi salah satu punca penyahutanan berlaku.

1.3

Pembangunan Pembangunan didafinisikan sebagai suatu perubahan yang dapat dilihat iaitu

daripada suatu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik atau keadaan yang mundur kepada yang lebih maju. Pembangunan dapat dilihat dari segi pembangunan ekonomi iaitu peningkatan dalam taraf hidup masyarakat, kemudahankemudahan asas, infrastruktur, Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. .

Pembinaan lebuh raya merupakan satu bentuk pembangunan yang dijalankan namun pada hakikatnya ia melibatkan penebangan hutan yang luas

Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana dan pembinaan infrastruktur yang lebih sempurna di negaranegara membangun turut menjadi satu faktor. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan.

1.4

Pertambahan Penduduk

Antara yang paling kritikal menyumbang kepada kepesatan penebangan hutan adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.

1.5

Pembinaan Empangan hidroelektrik. Tidak dapat dinafikan lagi air merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Dengan pertambahan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, penggunaan air

juga turut meningkat. Oleh yang demikian, bagi menampung keperluan air, kerajaan telah membina empangan. Empangan merupakan suatu pembinaan yang melibatkan pewujudan jasad air dalaman yang besar. Pada tahun 1949, lebih kurang 5000 buah empangan telah dibina di seluruh dunia. Pada akhir abad ke 20 pula, terdapat lebih daripada 45,000 buah empangan di seluruh dunia telah dibina bertujuan untuk membantu komuniti dan ekonomi dalam aspek kawalan banjir, makanan, peluang pekerjaan, pembangunan bandar serta pembangunan industri dan domestik.

Pembinaan empangan turut menyumbang kepada pemusnahan hutan

Pembinaan empangan hidroelektrik akan memusnahkan hutan dengan dua cara iaitu penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan pengnggelaman kawasan hutan bagi tujuan penkungan air. Projek pembinaan empangan ini akan menyebabkan ratusan hektar hutan akan tenggelam .contoh dapat dilihat ialah pembinaan Empangan Kenyir di Terengganu dan Empangan Temenggor di Perak. Akibatnya, bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang

semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.

You might also like