You are on page 1of 2

Kesan Tanah Runtuh

Perubahan landskap permukaan bumi. Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak stabil. 1. Kemerosotan ekonomi negara Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda. Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik pulih semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara. Contoh: 1. Secara puratanya, tanah runtuh ini menyebabkan kerugian yang bernilai $1-2 billion US dolar dan 25 kecelakaan setiap tahun di Amerika Syarikat. 2. Di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik pulih kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan ianya merupakan pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah tanah runtuh U.S. 3. Kerugian akibat tanah runtuh di United States dianggarkan sebanyak 1.5 billion dolar secara tahunan. 4. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu tanah runtuh meliputi kawasan 5400 persegi. Menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya 10 juta dolar ringgit. 2. Kerosakan infrastruktur. Tanah runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada daya aliran tanah mahupun lumpur. Contoh: 1. Kemusanahan sesebuah bangunan dan juga penempatan. 2. Tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah bandar. http://prauniversiti6.blogspot.com

3. Kerosakan jalan raya 4. Terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem komunikasi. 5. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu kawasan mengalami tanah runtuh dengan keluasan sehingga mencapai 5400 persegi. Menyebabkan sistem perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta benda dan juga kemusnahan rumah. 6. Di Lembah Alpine, akibat daripada aliran Lumpur menyebabkan kerosakan jambatan akibat daripada daya aliran tersebut. 7. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo

3. Kehilangan nyawa. Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh. Contoh: 1. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga. 2. Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban dan ramai yang tercedera. 3. Tanah Runtuh di Aberfan Wales di Uk melibatkan gelinciran puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan sebuah sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah kanak-kanak sekolah terbabit yang berusia antara 7 hingga 10 tahun. 4. Kejadian tanah runtuh di La Conchita, California iaitu di pinggir pantai California yang terletak 80 km ke barat laut Los Angeles menyebabkan 30 buah rumah musnah dan 10 nyawa terkorban. 4. Perubahan landskap permukaan bumi. Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair. Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak stabil. http://prauniversiti6.blogspot.com

You might also like