You are on page 1of 9

5.

1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar


a) Senaraikan 2 kumpulan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
i. Kemerosotan kualiti alam sekitar
ii. Kemerosotan dan kepupusan sumber

b) Jelaskan maksud kemerosotan kualiti alam sekitar dan huraikan 3 impak
kemerosotan kualiti alam sekitar terhadap aktiviti manusia.
Kemerosotan meliputi hakisan tanih, tanah runtuh dan kegagalan cerun, banjir,
kemarau, tanah tandus (gersang), pemanasan setempat dan pemanasan global
serta isu-isu pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran tanih, udara,
bunyi dan bau, sampah sarap dan pencemaran sisa toksid yang berbahaya.
i. Pencemaran udara. Pencemaran udara menunjukkan gas pencemar seperti
karbon dioksida, korbon monoksida, sulfur dioksida yang dikeluarkan dari
kilang atau kenderaan.
ii. Pencemaran air. Pencemaran air adalah air menjadi kotor disebabkan
pembuangan sisa-sisa toksik dari sektor industri dan menyebabkan Bio
Chemical Demand ( BOD ) meningkat.
iii. Pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi merupakan bunyi bising yang datang
daripada industri perkilangan dan kenderaan yang menghasilkan bunyi yang
kuat. Sebagai contohnya, bunyi dari indstri besi dan keluli, lori, bas dan
sebagainya.

c) Jelaskan maksud kemerosotan dan kepupusan sumber dan huraikan 3 impak
kemerosotan dan kepupusan sumber terhadap aktiviti manusia.
Kemerosotan dan kepupusan sumber meliputi 3 perkara penting iaitu ancaman
kepupusan sumber, kemerosotan kepelbagaian biologi dan kehabisan sumber.

i. Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan. Hal ini berlaku
disebabkan kehilangan sumber makanan.Apabila hutan telah dimusnahkan
maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama sumber makanan akan musnah
sekali.
ii. Penghijrah spesis akibat kemusnahan habitat. Hutan berfungsi sebagai sebuah
habitat kepada haiwan. Proses penyahutanan akan memusnahkan sama sekali
habitat dan kemusnahan habitat akan mengambil masa yang lama untuk
dipulihkan.
iii. Kerosakan ekosistem. Kerosakan ekosistem bermaksud kemusnahan rantaian,
kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak mengganggu
keseimbangan ekosistem setempat.Gangguan ekologi secara menyeluruh akan
berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan.

d) Kejadian tanah runtuh boleh dikurangkan melalui tindakan undang-undang.
Jelaskan pernyataan itu.
Kejadian tanah runtuh boleh dikurangkan dengan tindakan undang-undang kerana
manusia terpaksa menanggung kos yang tinggi apabila terpaksa membayar denda
yang tinggi. Oleh itu, mereka terpaksa berhati-hati sebelum sebarang kesalahan
dilakukan.

e) Terangkan maksud pemanasan global.
Pemanasan global berlaku apabila suhu di permukaan bumi meningkat kerana ruang
atmosfera dipenuhi gas tercemar, asap, debu dan habuk yang akan menghalang
bahagian bumi daripada keluar terus ke ruang angkasa dan terperangkap di dalam
lapisan atmosfera bumi.

f) Senaraikan elemen yang terdapat di dalam ruang atmosfera sehingga
menyebabkan berlakunya fenomena pemanasan global.
i. Gas tercemar
ii. Debu

g) Jelaskan kesan pemanasan global terhadap sistem hidrologi di dalam
persekitaran manusia.
Kawasan pemanasan global terhadap sistem hidrologi di dalam persekitaran manusia
berlakunya masalah pengurangan air yang mana sejatan melebihi kerpasan sehingga
boleh menyebabkan kemarau.

h) Jelaskan dua impak sosial yang mungkin berlaku kesan daripada pemanasan
global terhadap manusia.
i. Manusia akan mudah mendapat penyakit dan mengganggu keselesaan dan
produktiviti manusia.
ii. Boleh mengorbankan nyawa,terutamanya golongan tua dan kanak-kanak.





5.2 Impak Sosial
a. Jelaskan maksud impak sosial
Impak sosial adalah merujuk kepada kesan negatif dan positif yang dialami oleh manusia
akibat perubahan yang berlaku ke atas alam sekitar

b. Huraikan impak negatif pembangunan alam sekitar fizikal kepada manusia.
i. Berlaku masalah kesihatan. Pencemaran udara dan jerebu dapat memberi kesan
negatif kepada kesihatan manusia.
ii. Berlaku masalah keselamatan penduduk. Jerebu boleh mengakibatkan keupayaan
mata semakin berkurangan dan ia boleh mengakibatkan kemalangan di jalan raya
meningkat.
iii. Kerosakan dan kemusnahan harta benda. Kejadian banjir kilat dan pergerakan jisim
seperti tanah runtuh boleh menyebabkan berlaku kerosakan dan kemusnahan harta
benda akibat dibanjiri air dan rumah yang ditimbus dengan tanah runtuh.

c. Huraikan impak positif pembangunan alam sekitar fizikal kepada manusia.
i. Pembinaan empangan. Pembinaan empangan atau tasik buatan manusia dapat
mengumpul kuantiti air yang banyak dan mencukupi bagi aktiviti harian manusia dan
aktiviti ekonomi akan berjalan lancar.
ii. Aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian yang menanam pertanian kekal seperti kelapa
sawait dan getah dapat mengurangkan kadar pemanasan setempat dan ia akan
memberi keselesaan kepada kesihatan manusia.
iii. Aktiviti perikanan dan penternakan . Penangkapan dan penternakan ikan serta
penternakan lembu, kambing dan sebagainya akan dapat menampung keperluan
protein kepada tubuh badan manusia.

d. Huraikan impak positif aktiviti ekonomi terhadap pembangunan sosioekonomi.
i. Peningkatan pendapatan negara. Aktiviti ekonomi primer, sekunder dan tertier akan
memberi pulangan kepada pendapatan negara melalui pengeksportan barangan dan
pengaliran wang masuk ke Malaysia.
ii. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Aktiviti ekonomi yang
dilaksanakan untuk pembangunan negara akan menyediakan banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk.
iii. Meningkatkan pembangunan infrastruktur. Aktiviti ekonomi yang dijalankan di
sesebuah kawasan akan membawa masuk kemudahan asas atau infrastruktur kepada
kawasan tersebut seperti kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telekomunikasi.

5.3 Pengurusan alam sekitar
a. Terangkan maksud konsep pengurusan alam sekitar.
Pengurusan alam sekitar adalah bagaimana manusia dengan kebijaksanaannya menggunakan
dan memanfaatkan apa yangada pada persekitaran fizikal dan mengaitkan dengan sistem
gunaan manusia untuk meneruskan satu kehidupan yang berfaedah dansejahtera tanpa ada
gangguan terhadap empat komponen sistem bumi yang ada.

b. Menguatkuasakan undang-undang merupakan salahsatu cara untuk memelihara
alam sekitar. Senaraikan dua akta yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar.
(i) Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
(ii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974)

c. Sebagai individu yang mencintai alam sekitar, anda juga boleh mengurus alam
sekitar dengan baik. Jelaskan pernyataan itu.
Sebagai individu yang mencintai alam sekitar dengan cara baik, iaitu membawa bekas atau
bakul sendiri untuk membeli dan berjalan kaki untuk tujuan perjalanan ke tempat yang dekat
tanpa menggunakan kenderaan yang mengeluarkan asap.

d. Jika alam sekitar tidak dipelihara dengan baik, boleh membawa kemusnahan
kepada alam sekitar pada masa kini dan akan datang. Jelaskan pandangan anda
tentang pernyataan itu.
Pada pandangan saya, kita harus wajib menjalankan beberapa langkah seperti kempen yang
dijalankan oleh badan-badan NGO (Non Government Organization) dan kita seharusnya
menyertai program tersebut. Selain itu, menerap nilai-nilai cintai alam sekitar dalam
pendidikan di sekolah seperti mata pelajaran Geografi dan Sains dapat membantu generasi
akan datang mencintai dan mengenal alam sekitar yang ada serta dapat menyelamatkannya
daripada musnah.
e. Jelaskan dua punca berlakunya pencemaran sungai.
i) Pembuangan sisa domestik oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mana semua
sampah rumah tangga dibuang ke dalam sungai tanpa rasa bersalah.
ii) Pembuangan sisa buangan kilang oleh pengusaha kilang juga turut menyebabkan
cccpencemaran sungai. Sungai dijadikan sebagai laluan atau tempat yang paling mudah untuk
vvvmereka membuang sisa buangan kilang tanpa memikirkan kesan risiko kepada orang
ffffframai.
f. Manusia boleh mengurangkan pencemaran sungai jika mengubah budaya dan
pandangan terhadap pembuangan sampah. Jelaskan pernyataan itu.
Manusia boleh mengurangkan pencemaran sungai jika mahu mebgubah budaya dan
pandangan terhadap pembuangan sampah. Situasi ini adalah benar. Masyarakat seboleh-
bolehnya mungkin tanamkan kesedaran untuk menghargai alam sekitar dan meletakkan
sesuatu perkara itu pada tempat yang sesuai. Contohnya, sampah sarap itu dibuang dalam
tong sampah yang telah disediakan di kawasan sekitar. Jika boleh jangan sama sekali
membuang sampah ke dalam sungai dan cuba anggap sungai adalah milik bersama dan
perlu diwarisi untuk generasi yang akan datang.

g. Senaraikan tiga punca hutan ditebang di Malaysia.
i. Pembukaan kawasan pertanian
ii. Penebangan untuk tujuan pembalakan oleh pengusaha balak
iii. Pembinaan lebuh raya

h. Jelaskan konsep pemeliharaan dan permuliharaan sumber alam.
Pemeliharaan Pemeliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk menjaga,
ffffffffffffffffffffffmemelihara, melindungi sumber-sumber alam yang belum diteroka
ffffffffffffffffffffffdan dirosak.
Pemuliharaan Pemuliharaan sumber alam bererti usaha-usaha untuk melestarikan
ffffffffffffffffffffffbekalan sumber alam melalui usaha-usaha pulihara atau baik pulih
ffffffffffffffffffffffsumber-sumber yang telah diteroka setelah digunakan oleh manusia.

i. Jelaskan dua langkah pemuliharaan yang boleh dijalankan untuk mengurangkan
masalah penebangan hutan secara berlebihan.
- Menanam semula pokok kayu balak yang telah ditebang. Sebaliknya jika kayu yang
ditebang adalah kayu cengal, anak pokok cengal dan lain-lain hendaklah ditanam di kawasan
sekitarnya supaya pokok cengal tidak pupus.
- Menjalankan projek ladang hutan, terutamanya di kawasan pembalakan yang telah musnah
sepenuhnya. Ladang hutan ini biasanya ditanam dengan spesies pokok kayu balak yang cepat
matang seperti akasia dan batai.


j. Sebagai pelajar, anda boleh menjalankan kempen bagi mengekalkan kewujudan
hutan yang ada. Jelaskan pernyataan ini.
Sebagai pelajar, saya boleh menjalankan kempen bagi mengekalkan kewujudan hutan yang
ada seperti kempen menanam semula pokok paya bakau yang musnah dan ini dilaksanakan
oleh persatuan yang terdapat di sekolah itu sendiri. Kempen kesedaran juga boleh dijalankan
dengan menganjurkan pertandingan power point berkaitan kemusnahan hutan masa kini dan
cuba menarik minat murid lain untuk menyertainya. Selain itu, sebagai pelajar juga, kita
boleh menyertai badan pencinta alam sekitar yang terdapat di sekitar tempat tiggal supaya
boleh terus menyertai program yang dilaksanakan oleh badan-badan tersebut.
k. Terangkan maksud pembangunan lestari.
Maksud pembangunan lestari adalah satu konsep kemajuan pembangunan yang mengekalkan
sumber alamsemula jadi dan ekosistemnya untuk memenuhi keperluan generasi masa kini
tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
l. Jelaskan dua langkah pemeliharan yang dikaitkan dengan pembangunan lestari di
Malaysia.
i) Langkah undang-undang yang dikaitkan dengan penguatkuasa undang-undang di bawah
akta tertentu seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang telah banyak mengalami
pindaan.
ii) Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar juga dapat membantu. Contoh kempen
Cintai Sungai Kita yang meminta kita sama-sama menjaga sungai yang ada.

m. Peranan pihak swasta dikatakan amat penting untuk mencapai matlamat
pembangunan lestari. Jelaskan pernyataan ini.
Peranan pihak swasta dikatakan amat penting untuk mencapai matlamat pembangunan lestari
seperti yang dilaksanakan oleh pihak syarikat minyak gergasi dunia, iaitu Shell dalam
usahanya untuk mencari sumber tenaga mesra alam untuk mendapat keuntungan lumayan
kesan daripada kurangnya bekalan bahan api yang sedia ada seperti petroleum dan gas asli.
Usaha ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak, terutamanya pihak berwajib.

n. Senaraikan tiga aspek yang boleh diusahakan untuk mencapai pembangunan lestari
di Malaysia.
i) Aspek undang-undang yang dikaitkan dengan akta tertentu.
ii) Aspek perancangan strategi yang dikaitan dengan usaha manusia mencari kaedah
mengurangkan masalah alam sekitar.
iii) Aspek pendidikan dan kempen yang membantu membangunkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat..
o. Jelaskan dua aktiviti manusia yang boleh dilaksanakan secara pembangunan lestari
melalui aspek perancangan strategi.
i) Aktiviti pertanian contohnya, menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menghasilkan
makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Menukar penggunaan baja kimia kepada baja
organik atau racan serangga kepada kawalan biologi.
ii) Aktiviti pembalakan pula melaksanakan program tanam semula menggunakan baka yang
cepat matang seperti yemane, batai dan akasia. Selain itu, menjalankan projek ladang hutan
dapat memenuhi hasrat pembangunan lestari.
p. Sejak awal lagi terdapat beberapa perbincangan pada peringkat dunia berkaitan
dengan pembangunan lestari. Jelaskan pernyataan ini.
Sejak awal lagi terdapat beberapa perbincangan pada peringkat dunia berkaitan dengan
pembangunan lestari iaitu Persidangan UNCED pada tahun 1972 mulamengemalkan konsep
pembangunan lestari, 1980 pula berlakunya World Conservation Strategy dan mewujudkan
edisi pertama yang berkaitan dengan pembangunan lestari dan pada tahun 1987 wujud Our
Common Future (WCED), terbitan kedua, yang mana konsep mula digunakan seluruh dunia.
q. Senaraikan tiga daripada lapan prinsip pembangunan lestari.
i. Menjana atau menggalakan semula pertumbuhan ekonomi
ii. Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup.
iii. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber
iv. Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung.
v. Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko.
vi. Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan.
vii. Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa
viii. Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.
r. Prinsip ke- 5 pembangunan lestari ialah mengorentasikan semula teknologi dan
kaedah pengurusan risiko. Prinsip ini telah dilaksanakan dan dicapai di Malaysia.
Jelaskan pernyataan ini.
Teknologi dalam bidang perhutanan telah dipertingkatkan dan kaedah pengurusan risiko telah
dikaji dan dilaksanakan. Hasilnya, kawasan hutan dapat dikekalkan dan bekalan kayu balak
dan hasil hutan yang lain dapat terus dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang. Salah
satu yang dilihat dengan jelas adalah penyelidikan dan penemuan pokok yang bermutu dan
cepat matang oleh pihak FRIM dan Universiti Putra Malaysia.


s. Sejauh manakah berjayanya Protokol Kyoto dalam menangani masalah pemanasan
global hari ini? Jelaskan.
Protokol Kyoto telah berjaya menangani masalah pemanasan global hari ini walaupun kurang
mendapat sokongan daripada negara perindustrian yang merupakan penyumbang kepada
pencemaran udara. Tetapi sekurang-kurangnya telah membantu menyedarkan masyarakat
tentang masalah pemanasan global. Hasilnya, telah wujud perbincangan susulan peringkat
dunia seperti Konferen Perubahan Iklim PBB di Doha, Qatar, yang telah diadakan pada 7
Disember 2012

Lapan Prinsip Pembangunan Berterusan
Prinsip Huraian
Menjana atau
menggalakkan
semula pertumbuhan
ekonomi.
- Mengurangkan kadar kemiskinan
- Langkah:Digalakkan untuk mengadakan pertanian moden ( Input
vvvvvvvv;Utama )
Mengubah kualiti
pertumbuhan
ekonomi bagi
menjamin
kesejahteraan hidup
- Untuk ekonomi dijana dan digalakkan semula agar belenggu
kemiskinan dibebaskan.
Langkah: Menggalakkan sektor pertanian moden.
Memulihara dan
mempertingkatkan
asas sumber
- sumber termasuk dengan udara, air, hutan dan tanih.
- terdapat banyak sumber mengalami kepupusan kepelbagaian biologi
(boleh menstabilkan iklim, mengekalkan habiatat) dan kehilangan
spesis flora dan fauna.
- sumber juga dijadikan sumber tenaga.
Langkah: meningkatkan kecekapan teknologi untuk menjana
vvvvvvvvlpengeluaran dan penggunaan sumber-sumber tenaga
ffffffffffflaltenatif ( tenaga hidro, solar, biomass, angin dan lain-lain.)
Memastikan aras
penduduk yang
boleh ditampung
- memastikan jumlah penduduk pada satu-satu masa boleh ditampung
dengan sumber yang ada. ( bilangan penduduk perlu dikawal )
Langkah: - mengambil kira darjah keupayaan daya tampung sumber
cccccccccl alam negara.
xxxxxxxxl- mengubah polisi dan program kependudukan ( mengikut
vvvvvvvvvllkeseimbangan antara penduduk dengan daya tampung
llllllllllllldllalam sekitar)
Mengorentasikan
semula teknologi
dan kaedah
pengurusan risiko
- teknologi moden akan mewujudkan risiko ( risiko= pencemaran
ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffflterhadap alam)
- teknologi juga mengurangkan risiko tersebut.
Langkah: - menjana teknologi mesra alam
Bbbbbbb b-menghasilkan kaedah pelupusan sisa toksin
Bbbffffff f- Pampasan atau bayaran ganti rugi jika sesuatu teknologi
vvvvvvvvvvtelah mencemari alam
Mengintegrasikan
alam sekitar dan
ekonomi dalam
membuat keputusan
- perlu bergandingan dan memperkukuhkan antara satu sama lain.
Langkah: - menumpukan kepada punca kerosakan alam sekitar
vvvvvvvvl-menganggarkan dan menyekat kerosakan alam sekitar
vvvvvvvvvmemerlukan dimensi polisi ekologi diberi keutamaan.
vvvvvvvvv(untuk polisi ekonomi, sosial dan politik.)
Memperbaharui
hubungan ekonomi
antarabangsa
- menghasilkan aliran perdagangan, modal dan aliran teknologi yang
adil serta dengan kesesuaian alam sekitar.
Negara yang sedang membangun: - mempelbagaikan asas ekonomi
fffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffdan perdagangan serta membina
ffffff pergantungan diri sendiri
bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb(bersaing dengan negara maju)
Negara maju: - memberikan bantuan modal dan teknologi kepada
vvvvvvvvvvvv negara yang sedang membangun.
Memperkukuh
kerjasama
antarabangsa
- dimensi alam sekitar dijadikan unsur yang mendesak dan melibatkan
kepentingan bersama kerana gagal mengatasi kemerosotan sumber
dengan peningkatan kemiskinan.
- mengutamakan pemantauan alam sekitar, penilaian, penyelidikan
dan R&D.

Bentuk kerjasama antarabangsa dalam konteks pembangunan berterusan
Bentuk kerjasama Fungsi
a. Persidangan
Stockholm ( dalam
PBB)
Menjadi titik tolak utama untuk konsep pembangunan berterusan
atau lestari.
b. Persidangan Rio
( dilahir daripada Pelan
Tindakan UntukAbad
ke-21 )
1. Melindungi biodiversiti yang ada
2. Melindungi dan membaik pulih habitat yg rosak.
3.Melibatkan masyarakat tempatan dalam usaha pemuliharaan
biodiversiti
4. Memelihara spesies yang pupus
5. Mengadakan kajian impak

Dibahagikan kepada 4 bahagian:
i) Pembangunan Sosial dan ekonomi
ii) Pemeliharaan dan pengurusan sumber untuk pembangunan.
iii) Memperkasakan peranan kumpulan penduduk remaja
iv) Penekankan Cara Pelaksanaan
c.Persidangan
Johannesburg
1.Membasmi kemiskinan
2. Kawalan penduduk, pengagihan
3.Pengurusan sumber alam yang cekap serta dengan optima
d. Protokol Montreal
(dalam Perjanjian Alam
Sekitar Pelbagai Hala)
Menangani penipisan lapisan ozon

Setiap negara yang terlibat perlulah:
1. Kenal pasti pelepasan secara meluas bahan-bahan pencemar
udara
2. Tegas dalam melindungi lapisan ozon
3. Memperakui bahawa peruntukan khas amat diperlukan
4. Bersetuju dengan siri langkah-langkah menghadkan penghasilan
dan penggunaan
5. Harus mematuhi kawalan perdagangan yang telah ditetapkan
e. Protokol Kyoto
( dalam persetujuan
PBB)
1. Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas
rumah kaca lain
2. Kerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas
f. Deklarasi Langkawi
(setuju oleh
Komenwel)
-Untuk menjaga, melindungi dan menguruskan alam sekitar secara
mapan
- Menghasilkan pembangunan teknologi baru yang boleh menjaga
alam sekitar.
- Langkah yang disokong oleh kerajaan Komanwel:
1. Menjimatkan pengunaan tenaga dan cekap mengendalikan
tenaga
2. Memulihara sumber hutan dan kepelbagaian biologi
3. Mengehadkan penangkapan ikan
4. Mencegah pencemaran laut ( pembuangan sisa toksik )
5. Bersetuju dengan perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan
alam sekitar.
6. Menarik sokongan secara luas dengan langkah2 ( meningkatkan
kesedaran terhadap alam sekitar)

You might also like