You are on page 1of 2

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kajian lepas yang dijadikan sebagai

soroton dan panduan dalam menjalankan kajian ini. Sorotan daripada kajian lepas dapat
membantu pengkaji dalam usaha mengkaji perkembangan yang berlaku di kawasan pinggir
pantai Pimping, Membakut serta mengkaji impak pembangunan tersebut terhadap manusia
dan alam sekitar.. Oleh itu, pengkaji telah merujuk beberapa karya penulisan, artikel,
menerusi tiga tema utama iaitu jenis pembinaan pembangunan yang dijalankan di kawasan
pinggir pantai, jenis pengeksploitasian yang dijalankan serta pendekatan alternatif dalam
memelihara dan memulihara zon pinggir pantai daripada terus terjejas.

Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sensitif dan cenderung terdedah
kepada pelbagai ancaman seperti hakisan yang boleh mendatangkan kesan kepada
kesejahteraan hidup manusia, persekitaran dan ekosistem. Kekerapan berlakunya hakisan di
pesisir pantai adalah disebabkan oleh kombinasi faktor alam semulajadi dan tindakan
manusia. Masalah hakisan menjadi semakin sukar ditangani sekiranya kawasan tersebut
sentiasa terdedah kepada tiupan angin kencang dan damparan ombak yang semakin besar.
Keadaan ini akan menyebabkan kelompok komuniti yang mendiami kawasan pesisir pantai
tersebut terus berada di dalam keadaan terancam. Sekiranya situasi ini dibiarkan berlarutan
tanpa tindakan sewajarnya untuk mengekang masalah hakisan yang kian teruk, secara tidak
langsung ia turut mempengaruhi kualiti hidup komuniti setempat. Kesan negatif bencana ini
kepada manusia bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kawasan kediaman, malahan
turut mengancam nyawa penduduk yang mendiami kawasan pesisir pantai tersebut
berikutan hakisan yang berlaku telah menyebabkan sebahagian kawasan pinggir pantai.

Menurut (Hail,1980) menyatakan bahawa tindakan faktor fizikal lautan serta tindakbalas
yang berterusan berlaku secara semulajadi dalam rangka mewujudkan suatu keadaan
keseimbangan dinamik boleh dikesan secara keratan rentas. Zon pinggir pantai dianggap
rapuh kerana apa sahaja bentuk gangguan di zon pesisir pantai mampu menyebabkan
perubahan. Seterusnya mempengaruhi proses alam sekitar semulajadi yang berkaitan untuk
mewujudkan keseimbangan sistem. Sekiranya sesuatu gangguan hanya menyebabkan
perubahan pada skala kecil, biasanya agen-agen yang bertindak mampu memulihkan
keadaan secara semulajadi (Jamaluddin, 2000). Sebaliknya, sekiranya gangguan itu
berterusan dan melampaui had kemampuan untuk pemulihan secara semulajadi oleh agen-
agen yang bertindak, biasanya gangguan berkenaan akan menimbulkan masalah dan
menyebabkan hakisan pantai menjadi satu isu yang perlu ditangani di kawasan pengkaji.

Menurut Kamarul Syahril Kamal dan Lilawati (2016) perkembangan pembangunan di


kawasan pinggir pantai dilihat semakin berkembang pesat untuk pembangunan premis gerai
makanan dan gerai-gerai kecil sedikit sebanyak memberi ancaman kepada kawasan pinggir
pantai. Desakan pembangunan untuk membangunkan pusat pelancongan telah
mengakibatkan sebahagian besar daripada pinggir pantai itu terjejas. Hal ini menyebabkan
berlakunya penyusutan nilai fizikal pinggir pantai yang berlaku di Pimping,Membakut.

Dalam usaha pemeliharaan dan perlindungan, Zainuddin Baco(2014) menyatakan bahawa


perlindungan merupakan satu kaedah atau langkah perlindungan ke atas suatu kwasan
pinggir pantai tanpa melibatkan sebarang langkah perubahan fizikal. Manakala, pendekatan
kerja yang terlibat dalam bahagian perlindungan adalah pewartaan, pendokumentasian,
kajian kecacatan dan kempen kesedaran.

You might also like