You are on page 1of 13

HGF 3013

PENGANTAR PERSEKITARAN FIZIKAL

ASSIGNMENT 2: ANALISIS JOURNAL

TAJUK JOURNAL:
Field Study of Riparian Zone along Sarawak River at Bintawa, Kuching

NAMA PELAJAR RYINA SAFINA BINTI MAING

NO. MATRIK D20172080219

KUMPULAN A

NAMA PENSYARAH Dr. Sumayyah Aimi Binti Mohd Najib

TARIKH PENYERAHAN 5 APRIL 2019


Field Study of Riparian Zone along Sarawak River at Bintawa, Kuching

Jurnal ini menerangkan kajian secara mendalam mengenai kajian lapangan zon riparian

sepanjang Sungai Sarawak di Bintawa, Kuching. Zon riparian merupakan zon yang

menghubungkan antara ekosistem daratan dan ekosistem perairan ataupun kawasan peralihan

antara tanah dan air. Zon ini merupakan habitat terpenting bagi sebilangan organisma hidup

terutamanya orgnisma yang bergantung kepada air sungai untuk memastikan kelangsungan

hidup. Hal ini kerana, zon riparian menyediakan pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada alam

sekitar dan juga mempunyai nilai ekonomi yang besar. Zon riparian yang sihat dapat dicapai

melalui keseimbangan aktiviti manusia di sepanjang kawasan sungai dengan menjaga

kelembapan struktur tanah yang boleh dinilai melalui tahap air bawah tanah dan keadaan

tumbuhan yang subur. Semakin tinggi peratus tumbuh-tumbuhan subur dan tanah yang lembap,

semakin baik fungsi sesebuah kawasan zon riparian. Jurnal ini menerangkan tentang keperluan

pemuliharaan tanah lembab riparian. Kajian terhadap persekitaran kawasan riparian dilakukan

dengan cara mengkaji keadaan tumbuhan di sekitar zon tersebut, jenis dan kesan aktiviti

manusia dan juga keadaan air bawah tanah.

Rajah 1: Contoh zon riparian (kawasan peralihan air dan darat)


Kebanyakan zon riparian di seluruh dunia telah diubahsuai secara meluas. Apabila

manusia hidup berhampiran dengan sungai, maka zon riparian terdedah kepada eksploitasi dan

perubahan. Hal ini dianggap gangguan kerana ia menjejaskan keseimbangan ekosistem halus

yang wujud secara semula jadi. Gangguan ini menjadi semakin berleluasa dan semakin teruk

akibat daripada peningkatan aktiviti manusia dalam zon ini. Hal ini menyebabkan timbulnya

masalah dalam mengekalkan keseimbangan fungsi ekosistem. Persoalan yang menjadi tunjang

utama kepada kajian ini adalah sebanyak mana perubahan kekal telah berlaku dalam zon

riparian yang disebabkan oleh gangguan manusia. Seterusnya kajian dilaksanakan untuk

memahami implikasi aktiviti berkaitan manusia di zon riparian.

Kajian ini telah dijalankan di daerah Bintawa yang terletak di timur bandar Kuching.

Bintawa merupakan ladang perindustrian yang terletak di antara Sungai Sarawak dan

petempatan penduduk. Bintawa juga merupakan kawasan yang mempunyai kilang-kilang,

garaj dan rumah kediaman di sekitarnya. Sebahagian besar pertubuhan perindustrian dibina di

tebing sungai dan jeti di sepanjang Sungai Sarawak.

Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk mengesan dan menilai perubahan yang

berlaku ke atas zon riparian ini. Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik dengan

adanya tumbuh-tumbuhan semula jadi dan gangguan daripada aktiviti manusia yang menetap

di sekitar kawasan ini. Seperti yang telah dinyatakan, kajian ini fokus kepada kajian terhadap

keadaan tumbuhan, aktiviti manusia dan juga keadaan air bawah tanah di sekitar zon riparian.

Kaedah persampelan pada beberapa kawasan seperti longkang konkrit, jalan raya, tempat letak

kereta dan bangunan digunakan dalam kajian ini.


Rajah 2: Kawasan persampelan di sekitar zon riparian Bintawa

Hasil daripada kajian mendapati, aktiviti manusia dan aktiviti perindustrian yang

dijalankan di sekitar zon riparian telah menjejaskan struktur zon semula jadi ini. Jenis tanah

pada tebing sungai adalah tanah gambut semula jadi. Namun demikian, pembinaan banteng

dengan bahan binaan seperti konkrit, batu dan kayu telah mengubah ciri-ciri tanah pada zon

ini. Tumbuhan yang hidup dalam kawasan ini merupakan tumbuhan asli seperti kelapa sawit,

nipah dan sagu. Namun, kebanyakan tumbuhan asli ini telah dimusnahkan bagi memenuhi

kehendak perindustrian dan aktiviti manusia. Meskipun begitu, masih terdapat pokok-pokok

kecil, pokok renek dan rumput yang subur tumbuh di sepanjang zon riparian. Tumbuhan ini

boleh hidup kerana ia dijaga dan dikekalkan secara berkala oleh Majlis Bandaraya. Pemilihan

penanaman tumbuhan di sekitar kawasan ini adalah berdasarkan fisiologi tumbuhan tersebut

yang memerlukan jumlah air yang lebih tinggi berbanding dengan spesis tumbuhan di darat

yang memerlukan jumlah air yang lebih rendah. Hal ini kerana, sumber air untuk tumbuhan

tersebut mudah didapati di kawasan ini.


Tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam zon riparian memainkan peranan penting

dalam melindungi kesejahteraan kawasan ini. Penebangan pokok atau tumbuhan dalam

kawasan ini telah menyebabkan kurangnya kestabilan struktur tanah yang akhirnya

mengundang kepada peningkatan kadar hakisan tanah. Hakisan tanah yang berlaku

menyebabkan timbulnya permasalahan lain seperti membantutkan tumbesaran tumbuh-

tumbuhan. Keadaan ini juga menyebabkan pengurangan air bawah tanah dan pemadatan

struktur tanah di kawasan ini yang secara semula jadi mempunyai struktur yang lembut. Hal

ini mengakibatkan kemerosotan kualiti zon riparian.

Rajah 3: Pemadatan struktur tanah di zon riparian

Kualiti ataupun keadaan kesihatan zon riparian diuji melalui empat eleman iaitu

pertumbuhan pokok atau rumput, hakisan aliran sungai, kemusnahan tumbuhan dan pemadatan

tanah. Kualiti zon ini diklasifikasi kepada tiga kategori iaitu berfungsi, fungsi perantaraan dan

tidak berfungsi. Berdasarkan penyelidikan secara keseluruhan, zon riparian di Bintawa

umumnya diklasifikasikan sebagai fungsi perantaraan.


Tumbuhan merupakan antara penunjuk yang boleh menilai tahap kualiti atau kesihatan

kawasan riparian. Hal ini kerana, kesuburan tumbuhan sekaligus menilai keadaan tanah, iklim

dan juga pengurusan kawasan tersebut. Tumbuhan pada zon ini juga amat penting kerana ia

membekalkan sumber makanan dan menjadi habitat bagi sebilangan besar hidupan seperti

haiwan. Aktiviti manusia di sekitar zon ini amat mempengaruhi komposisi dan kualiti tumbuh-

tumbuhan riparian. Secara umumnya, aktiviti manusia seperti perindustrian dan pembangunan

pembandaran menjadi penyebab utama terhadap penurunan kualiti kesihatan zon riparian.

Aktiviti sedemikian telah menyebabkan pencemaran yang teruk pada kawasan ini. Pada

kebanyakkan kawasan yang aliran airnya tidak terganggu, air mengalir secara semula jadi di

sepanjang zon ini. Zon riparian yang mempunyai kualiti yang baik mempunyai kadar simpanan

air bawah tanah yang tinggi. Oleh itu, kadar air bawah tanah juga dijadikan sebagai kayu ukur

untuk menentukan kualiti kawasan ini. Air pada kawasan riparian amat penting bagi menjaga

kestabilan ekosistem di kawasan ini.

Rajah 4: Tumbuh-tumbuhan berhampiran Rajah 5: Tumbuhan rumput


pinggir sungai

Hasil daripada kajian secara persampelan yang dilakukan di beberapa kawasan,

mendapati bahawa aktiviti manusia menjadi penyebab utama kepada berlakunya kemerosotan

kualiti dan kesihatan kawasan riparian. Kesan aktiviti manusia terhadap kualiti kawasan
riparian dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori yang pertama dinamakan sebagai ‘julat

yang wajar’ ataupun zon riparian berfungsi. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling

minimum terdedah kepada aktiviti manusia dengan julat antara 0 hingga 17.9%. Manakala,

kategori kedua merupakan zon yang dinamakan sebagai ‘julat toleransi’. Secara praktiknya,

zon ini dikatakan menghampiri kategori berfungsi dengan sebanyak 25% aktiviti manusia.

Akhir sekali adalah kategori ketiga yang dinamakan sebagai ‘jarak merosakkan’. Kawasan ini

merupakan kawasan yang paling kritikal kualitinya dengan purata sebanyak 67% aktiviti

manusia.

Berdasarkan kepada hasil kajian, jelas bahawa kawasan yang mempunyai peratusan

tumbuhan tertinggi merupakan kawasan yang paling kurang terjejas dan berfungsi dengan baik.

Maka, dapat disimpulkan kehadiran tumbuh-tumbuhan hijau di sesuatu kawasan dapat menjaga

kualiti dan kesihatan kawasan tersebut. Kawasan tebing sungai yang yang diliputi oleh

tumbuhan juga mempunyai kadar air bawah tanah yang tertinggi.

Secara keseluruhan, kajian yang telah dijalankan di sekitar zon riparian di Bintawa yang

mengkaji tentang impak aktiviti manusia terhadap kualiti kawasan tersebut adalah berjaya.

Sebanyak dua puluh tiga kawasan persampelan utama telah dianalisis. Aspek yang

dititikberatkan di dalam kajian adalah mengenai keadaan tumbuhan, paras air bawah tanah dan

pengaruh terhadap aktiviti manusia. Maka, dapat disimpulkan, keadaan dan kualiti zon riparian

amat berkait rapat dengan aktiviti manusia di sekitar kawasan tersebut. Selain itu, keadaan

tumbuhan dan paras air bawah tanah menjadi kayu ukur untuk mengkaji tahap kesihatan

kawasan riparian. Semakin banyak kadar tumbuhan hijau di sesuatu kawasan, semakin tinggi

nilai kualiti kawasan tersebut. Hal tersebut juga selari dengan kadar paras air bawah tanah.

Tumbuhan dan air menjadi elemen terpenting bagi menjaga kualiti kawasan riparian selain

menjadi sumber nutrisi dan tempat tinggal bagi kebanyakkan haiwan di sekitar zon riparian.
Secara keseluruhan, keadaan kualiti dan kesihatan zon riparian di Bintawa

diklasifikasikan sebagai ‘fungsi perantaraan’. Terdapat beberapa tanda-tanda ekosistem

terdegradasi yang telah menyebabkan perubahan atau penurunan kualiti terhadap kawasan

akuatik dan darat. Berdasarkan analisis, zon riparian berfungsi ataupun dinamakan sebagai

‘julat yang wajar’ dengan kadar aktiviti manusia terendah iaitu mempunyai julat antara 0%

hingga 17.9% perlulah dijaga agar tidak berlaku kemerosotan berterusan dalam zon ini.

Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan perlulah dilaksanakan segera. Penulisan di

dalam jurnal ini mencadangkan agar tanah pembangunan perlu diuruskan sambil

mempertimbangkan aspek kelestarian alam semula jadi terutamanya bagi kawasan yang

meliputi zon riparian. Pemaju atau pengurus perindustrian dan pembangunan perlu mengiktiraf

potensi biologi dalam setiap zon. Setiap perlaksanaan aktiviti perlu menilai keperluan masa

kini dan masa depan masyarakat. Nilai-nilai sumber harus diambil kira dalam merangka

strategi pengurusan, yang akan membantu mengekalkan atau memulihkan integriti komuniti

riparian. Zon riparian yang sihat dapat dicapai melalui keseimbangan perkembangan manusia

dan pemuliharaan alam.


Menganalisis Artikel Jurnal
Sila baca artikel jurnal yang telah ditetapkan dan jawab soalan-soalan berikut.

Nama: Ryina Safina Binti Maing (D20172080219)


Tajuk artikel: Field Study of Riparian Zone along Sarawak River at Bintawa, Kuching

Langkah 1. Apakah tujuan/hipotesis/matlamat/objektif kajian?


a. Tulis pernyataan yang sama sebagaimana “In this writing, a field methodology is
penulis jelaskan tentang apa yang mereka presented for the purpose of riparian
uji/kaji (masukkan tanda petik “” pada wetland conservation; it is used to
ayat dan tulis muka surat)-kata kunci; investigate the riparian health through
tujuan dan hipotesis kajian. studying vegetation cover, human
activities and groundwater table.” Page
12
b. Sekarang, beritahu apa tujuan kajian Tujuan kajian ini dijalankan untuk
(sebagaimana yang anda faham) dengan menilai perubahan yang berlaku
menggunakan ayat anda sendiri. terhadap zon riparian melalui kajian
terhadap keadaan tumbuhan, aktiviti
manusia dan paras air bawah tanah.
c. Apakah gap (jurang/kelompangan) Pengkaji menilai tentang perubahan
didalam kajian yang cuba diisi oleh atau kemerosotan yang berlaku di zon
pengkaji melalui kajian mereka. riparian yang disebabkan oleh
gangguan aktiviti manusia.
Langkah 2. Apakah dapatan utama kajian ini? (boleh jadi lebih daripada satu
jawapan)
a. Catatkan kesimpulan dapatan “the impacts of human activities on the
sebagaimana yang tertulis dalam artikel. riparian health can be divided into three
Masukkan tanda petik “” pada ayat asal categories. On the top (shaded with
yang anda ambil dari artikel dan tulis green), it is named “desirable range” of
muka surat. functioning riparian zone, with a mean
of 12% human activities and the range
is 0 to 17.9%. In the middle is the
“intermediate functioning” riparian
zone, which can be sub-divided into
upper half and lower half. Practically, it
can be said the upper half is
approaching the functioning category,
and thus it is named “tolerable range”,
with a mean of 25% human activities.
The lower half falls into the bottom
category (shaded in orange) indicating
“destructive range”, with a mean of
67% human activities.” Page 17

“The overall riparian health of the


study area is classified as “intermediate
functioning”. There are some
indications of degraded ecosystems,
leading to a change from aquatic to
terrestrial system.” Page 18
b. Sekarang, tulis kesimpulan dapatan Berdasarkan hasil kajian, terbukti
sebagaimana yang anda faham dengan aktiviti manusia menyebabkan
menggunakan ayat anda sendiri. kemerosotan terhadap kualiti zon
riparian. Kajian terhadap kedaan
tumbuhan dan paras air bawah tanah
dilakukan bagi menentukan tahap
kualiti/kesihatan kawasan riparian.
Berdasarkan dapatan kajian, kualiti
kawasan dibahagikan kepada tiga
kategori. Kategori yang pertama
dinamakan sebagai ‘julat yang wajar’
ataupun zon riparian berfungsi.
Kawasan ini merupakan kawasan yang
paling minimum terdedah kepada
aktiviti manusia dengan julat antara 0
hingga 17.9%. Manakala, kategori
kedua merupakan zon yang dinamakan
sebagai ‘julat toleransi’. Secara
praktiknya, zon ini dikatakan
menghampiri kategori berfungsi
dengan sebanyak 25% aktiviti manusia.
Akhir sekali adalah kategori ketiga
yang dinamakan sebagai ‘jarak
merosakkan’. Kawasan ini merupakan
kawasan yang paling kritikal kualitinya
dengan purata sebanyak 67% aktiviti
manusia.

Secara purata, keadaan zon riparian di


Bintawa berada pada fungsi
perantaraan ataupun julat toleransi.
Terdapat beberapa tanda-tanda
ekosistem terdegradasi, yang membawa
kepada perubahan keadaan/kualiti
akuatik dan darat.
Langkah 3. Bagaimana pengkaji menguji hipotesis mereka?
a. Buat kesimpulan secara ringkas langkah- Pengkaji menggunakan kaedah
langkah utama yang digunakan oleh persampelan di beberapa kawasan di
pengkaji dalam kaedah kajian. Cuba tebing sungai untuk mengkaji pengaruh
jelaskan dengan menggunakan ayat anda aktiviti manusia terhadap kemerosotan
sendiri seboleh mungkin. zon riparian. Keadaan tumbuhan dan
paras air bawah tanah diuji sebagai
pengukur bagi tahap kemerosotan
tersebut. Penilaian pada dasarnya
dijalankan dengan menganalisis
hubungan antara aktiviti manusia dan
kesannya terhadap kawasan riparian.
Hal ini dilakukan dengan menggunakan
perisian ArcView GIS Institut
Penyelidikan Sistem Persekitaran
(ESRI).
b. Adakah pengkaji mencadangkan Pengkaji menjalankan persampelan
sebarang masalah atau batasan dalam pada 23 kawasan yang berbeza.
metodologi mereka? Meskipun luas kawasan tersebut
berbeza, namun pengkaji hanya
menetapkan luas kawasan yang sama
bagi setiap kawasan iaitu seluas 100 m
x 100 m.
c. Bagaimana pengkaji menganalisis data Pengkaji membuat analisis data mereka
mereka? dengan membuat perbandingan
terhadap keadaan kawasan yang
mereka pilih untuk dijadikan sampel
iaitu sebanyak 23 kawasan. Seterusnya
mereka membuat perkiraan terhadap
kadar kemerosotan setiap kawasan dan
menetapkan purata bagi tahap
kemerosotan zon riparian di Bintawa.
Langkah 4. Sejauhmana tahap kebolehpercayaan kajian ini?
a. Adakah pengkaji memberitahu sebarang Pengkaji yakin bahawa kajiannya
masalah dengan kajian yang merupakan kajian yang boleh
menyebabkan hasilnya mempunyai tahap dipercayai kerana kajian dilakukan
kebolehpercayaan yang rendah? dengan mengambil kira kesemua
faktor-faktor terpenting. Kajian juga
dilakukan terhadap banyak kawasan
yang meliputi kawasan yang sangat
luas.
Langkah 5. Adakah dakwaan dalam artikel jurnal ini tepat?
a. Adakah kesimpulan mengenai hasil Pada pendapat saya, hasil kajian dalam
kajian ini munasabah bagi anda? Adakah kajian ini adalah munasabah dan sangat
ianya terlalu luas atau terlalu sempit logik. Hal ini kerana, setiap yang
berdasarkan apa yang telah dilakukan dinyatakan bertepatan dengan apa yang
dalam kajian? sedang berlaku di kawasan kajian.
Sebagai contoh, pengkaji menyebut
tentang keadaan tumbuhan dan aktiviti
manusia yang dijalankan di kawasan
tersebut dan ianya amat bertepatan
dengan apa yang dilihat sendiri di
kawasan kajian tersebut. Selain itu,
hasil kajian juga bertepatan dengan
keadaan semasa dia kawasan riparian
yang dipilih. Sebenarnya apa yang
ditulis oleh pengkaji di dalam kajian ini
telah dilihat dengan pandangan kasar
namun kajian ini dilakukan bagi
menguatkan lagi hujah dan bukti
tentang kemerosotan yang berlaku di
zon riparian tersebut.
b. Berdasarkan ketepatan metodologi dan Kesimpulan kajian ini sememangnya
kebolehpercayaan yang dijelaskan dalam boleh dipercayai kerana pengkaji
langkah 3 dan 4, adakah kesimpulan menggunakan metodologi persampelan
kajian boleh dipercayai? yang melibatkan keseluruhan kawasan
kajian. Selain itu, hasil kajian amat
bertepatan dengan keadaan yang dapat
dilihat pada kawasan kajian tersebut.
Langkah 6. Apakah kepentingan kajian ini?
a. Tulis (dengan menggunakan ayat anda Pengkaji telah membuka mata dan
sendiri) signifikan sumbangan kajian ini menyedarkan pihak-pihak yang terlibat
sebagaimana yang dilaporkan oleh terutamanya pihak perindustrian dan
pengkaji. penduduk setempat di kawasan tersebut
bahawa aktivi-aktiviti yang mereka
jalankan di kawasan riparian telah
mengakibatkan kemerosotan kualiti
kawasan tersebut. Pengkaji juga
menyatakan tentang pendapatnya agar
pihak-pihak yang terlibat menekankan
aspek penjagaan alam semula jadi di
kawasan tersebut dan memikirkan
tentang kesan pada masa kini dan pada
masa akan dating bagi setiap tindakan
mereka.

You might also like