You are on page 1of 27

LAPORAN

KAJIAN LAPANGAN DI BANDARAYA MELAKA

HGF3043 KAJI IKLIM

NAMA NO MATRIK

AHMAD SYAHIR BIN MAULANA D20162076161

MUHAMMAD ROZI BIN ISMAIL D20162075658

ASRI JEFRY BIN ISHAK D20162076150

RYINA SAFINA BINTI MAING D20172080219

NUR FATIN LIYANA BINTI MURAD D20172080218

VIRONIECCA RAINE D20172080227

NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHAMAD IHSAN BIN MUHAMAD ISMALI

KUMPULAN : C
1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pencemaran udara di negeri Melaka. Tajuk
bagi kajian ini ialah pengaruh pencemaran udara terhadap kesihatan manusia. Isu pencemaran
udara telah memberi kesan terhadap penduduk di sekitar kawasan kajian terutamannya masalah
kesihatan yang dialami oleh penduduk. Maka, soal selidik dan pencerapan suhu, angin dan
kelembapan telah dijalankan di kawasan yang berlainan untuk mencapai objektif kajian.
Parameter yang dikaji di dalam kajian ini ialah suhu, kelembapan udara dan kelajuan angin. Ciri-
ciri iklim Melaka ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang
banyak. Angin pada amnya lemah. Melaka yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat
jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim
kemarau teruk. Melaka juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak
ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan


hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaaan atau
kemandirian kehidupan. Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain
kotoran berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian daripada udara. Bahan-bahan ini
kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan
pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke
dalam udara.

Definisi Udara menurut Fardiaz (1992) udara adalah suatu campuran gas yang terdapat
pada lapisan mengelilingi bumi. Udara terdiri dari 78% nitrogen, 21,94% oksigen, 0,93% argon,
0,032% karbondioksida, dan gas-gas mulia lain yang terdapat pada atmosfera (Wardhana,
2001). Udara merupakan sesuatu yang kita perlukan untuk bernafas sehari-hari. Tanpa adanya
udara, maka manusia dan makhluk lainnya tidak mampu untuk hidup.

Pencemaran udara menurut Soedomo (2001) dapat didefinisikan sebagai kemasukan


partikel pencemar ke dalam udara baik secara semulajadi atau akibat kegiatan manusia. Sumber
pencemaran alami antara lain kebakaran hutan, debu akibat letusan gunung api, debu meteor,
dan sebagainya. Sumber pencemaran akibat aktiviti manusia misalnya aktiviti dari kenderaan,
industri, dan pembuangan sampah. Pencemaran udara akibat aktiviti manusia merupakan
sumber pencemaran yang paling banyak terjadi secara kuantitatif (Soedomo, 2001). Hal ini terjadi
akibat semakin bertambahnya pembangunan di bandar sehingga meningkatkan jumlah industri
serta kenderaan semakin besar. Peningkatan jumlah industri dan kenderaan akan meningkatan
index pencemaran udara.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan
menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.
Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan
darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu
terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan


memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan
pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini
mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah
dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan
tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya
akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan
wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan
meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak
subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi
dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.


Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami
keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia
berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-
bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk
membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.
Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan
ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan
lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan
kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan
kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh


kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang
lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga
perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

2.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian ini dilakukan di negerI Melaka. Pemilihan kawasan kajian ini adalah berdasarkan
aktiviiti manusia yang merangkumi pinggir bandar, sub bandar dan pusat bandar. Kajian ini
melibatkan sembilan lokasi yang merangkumi sembilan buah stesen di bandar Melaka. Stesen 1
ialah Taman Balkis Malim iaitu kawasan perumahan. Kawasan ini masih mengekalkan
persekitaran hijau dan kawasan lapang. Stesen 2 ialah Petronas Balai Panjang, manakala stesen
3 pula merangkumi kawasan Plaza Merdeka Centre. Stesen 4,5 dan 6 pula merupakan kawasan
pusat bandar yang mnjalankan aktiviti perbandaran yang pesat iaitu perniagaan dan
pelancongan. Kawasan ini merupakan kawasan tarikan pelancong dari dalam dan negara bagi
melihat bangunan tinggalan sejarh, kebudayaaan yang pelbagai serta pusat beli belah. Kawasan
ini merupakan sumber ekonomi negeri Melaka dari segi pelancongan. Hal ini menyebabkan
berlakunya pembangunan yang pesat, pertambahan penduduk dan kenderaan yang mendorong
kepada pembentukan pulau haba. Stesen 4 ialah Menara Jam dan Stesenn 5 ialah Menara
Taming Sari yang merupakan pusat pelancongaan utama di negeri ini. Stesen 6 pula ialah
Datarann Pahlawan Merdeka yang menjadi tarikan penduduk dan pelancong untuk membeli-
belah kerana terdapatnyaa aktivti perniagaan dan juga pusat beli-belah. Stesen 7,8 dan 9
merupakan kawasan yang di dominasi oleh aktiviti perniagaan. Stesen ini juga tertumpu kepada
kawasan penempatan penduduk. Stesen 7 ialah Petron Peringgit dan Shell Semabok Perdana
ialah Stesen 8. Manakala stesen 9 pula ialah Petronas Semabok.
Jadual 2.1: Stesen dan Aktiviti perindustrian Kawasan Kajian.

Kriteria Stesen koordinat Aktiviti


perindustrian
Pinggir bandar Taman Balkis Malim 2.2320799,102.2223238 Perumahan
Petronas Balai 2.2254784,102.2289693 Perniagaan
Panjang
Plaza Merdeka 2.2211605,102.2478942 Perniagaan
Centre
Pusat bandar Menara Jam 2.1942955,102.2467007 Pelancongan
Perniagaan
Taming Sari 2.1909832,102.2450914 Pelancongan
Perniagaan
Dataran Pahlawan 2.1900322,102.2503969 Pelancongan
Merdeka Perniagaan
Sub bandar Petron Peringgit 2.2192592,102.2492851 Perniagan
Shell Semabok 2.2017198,102.2738389 Perniagaan
Perdana
Petronas Semabok 2.1953888,102.2850359 Perniagan
Rajah 2.2: Peta yang Menunjukkan Tumpuan Lokasi Kajian di Negeri Melaka

Taman Balkis
Malim

Petronas Balai Panjang

Plaza Merdeka
Centre Petron Peringgit

Shell Semabok Perdana

Menara Jam

Petronas Semabok
Perdana
Taming Sari
Dataran Pahlawan
Merdeka
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Bagi menyempurnakan proses pencerapan suhu di kawasan kajian, beberapa alatan telah diguna
pakai. Pemilihan peralatan-peralatan yang hendak digunakan mestilah dirancang dan haruslah
berdasarkan kesesuaian aspek kajian yang hendak dibuat. Dalam kajian ini, alatan yang
digunakan untuk mencerap suhu adalah Weather Skymaster. Suhu, halaju angin dan
kelembapan bandingan di sembilan buah lokasi telah direkodkan dengan menggunakan Weather
Skymaster. Alat ini mempunyai ketepatan bacaan +/- 3 peratus bagi kelajuan angin, +/- 2 o F bagi
suhu dan +/- 3 peratus bagi kelembapan bandingan.

Alatan seterusnya ialah Whirling hygrometer. Hygrometer adalah alat untuk mengukur
kelembapan relatif udara. Walaupun terdapat banyak kesan fizikal yang bergantung kepada
jumlah wap air di udara yang telah digunakan untuk membina hygrometers, tiga di bawah adalah
psychrometers yang menggunakan penyejukan penyejatan sejenis mentol termometer.

GPS (Global Positioning System) adalah sistem navigasi yang menggunakan satelit yang
direka agar dapat menyediakan posisi secara singkat, kecepatan dan informasi waktu di hampir
semua tempat di muka bumi, setiap saat dan dalam keadaan cuaca apapun. Alat untuk menerima
isyarat satelit yang dapat digunakan oleh pengguna secara umum dinamakan GPS Tracker atau
GPS Tracking, dengan menggunakan alat ini maka dimungkinkan pengguna dapat menetapkan
kedudukan kenderaan.

Kaedah yang telah digunakan ialah kaedah data sekunder dan data primer. Kaedah
primer iaitu kaedah soal selidk yang dijalankan di sembilan kawasan yang berlainan. Soal selidik
telah dijalankan terhadap 20 orang responden bagi setiap kumpulan iaitu 10 orang penduduk
tetap dan 10 orang bukan penduduk Melaka yang terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar
negara. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari terbaik dipilih untuk soal selidik kerana bilangan
responden yang ramai berbanding hari bekerja.

Kaedah kuantitatif iaitu perisian SPSS dan perisian Excel. Data sekunder diperolehi
daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dalam jaangkaa masa tertentu untuk melihat perubahan
suhu, hujan, kelembapan bandingan, kelajuan angin dan sinaran matahari. Analisis linear
digunakan dalam bahagian ini untuk mengetahui variasi perubahan pulau haba
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan Kajian Soal Selidik

Analisis deskriptif

Bahagian ini membincangkan data purata skala likert bagi borang soal selidik bahagian
C, D, E dan F iaitu pengaruh pencemaran udara terhadap kesihatan penduduk di pinggir bandar
dan bandar di Melaka. Purata yang dibincangkan adalah mengikut bahagian iaitu bahagian 1
mewakili sejarah kesihatan, bahagian 2 mewakili status kesihatan, bahagian 3 mewakili tahap
kesedaran dan bahagian 4 adalah mewakili sikap terhadap perlindungan alam sekitar. Soal
selidik yang dijalankan adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan adaptasi penduduk
semasa kejadian jerebu serta kesan kepada penduduk.Borang soal selidik ini telah diberikan
kepada responden di kawasan sekitar negeri Melaka pada 28 September 2019.

Garis panduan skala likert bahagian C,D dan E.

Garis panduan skala likert bagi soal selidik bahagian C,D, dan E ini ialah skala 1,2,3,4 dan 5
dimana skala 1 mewakili (sangat setuju), 2 mewakili (setuju), 3 mewakili (tidak pasti), 4 mewakili
(tidak setuju) dan 5 mewakili (sangat tidak setuju).

Skala Likert 5 Interpresatasi skor min

1 Sangat Setuju Skor Min Interprestasi Skor


Min

2 Setuju
1.00 hingga 2.33 Tinggi

3 Tidak Pasti

2.34 hingga 3.66 Sederhana


4 Tidak Setuju

3.67 hingga 5.00 Rendah


5 Sangat Tidak Setuju
Bahagian 1 :Jadual Sejarah kesihatan bagi 160 responden di Melaka

Item Sub Item Min Sisihan


Piawai

Keluarga anda mempunyai penyakit


berkaitan dengan respiratori.
3.70 1.36

Keluarga anda sering mengalami penyakit Asma 3.82 1.40


respiratori iaitu:
Alergik 3.90 1.38

Rhinitis (radang 4.09 1.32


dalam hidung)

Tidak tahu 3.84 1.60

Penyakit respiratori yang dialami berlaku


semasa tinggal di kawasan ini.

3.91 1.18

Kerap kali ke klinik atau hospital bagi


merawat masalah kesihatan berkaitan
3.73 1.30
dengan respiratori

Kekerapan ke klinik atau hospital kerana 1-3 kali 3.45 1.50


masalah respiratori
4-6 kali 3.94 1.49

7-9 kali 4.07 1.47

> 9 kali 4.14 1.42

Golongan yang sering mengalami masalah Bayi 3.75 1.59


respiratori dalam keluarga anda
kanak-kanak 3.55 1.56

remaja 3.70 1.47

orang dewasa 3.73 1.50


warga emas 3.59 1.61

SEJARAH KESIHATAN 3.81 1.45

Jadual menunjukkan sejarah kesihatan bagi 160 responden, dalam bahagian ini,
menjelaskan keadaan sejarah kesihatan bagi penduduk Melaka sebelum berlakunya episode
jerebu. Dalam dapatan kajian yang telah di perolehi dalam soal selidik yang telah diambil
terhadap sejarah kesihatan bagi 160 orang responden mempunyai skor min tertinggi sebanyak
3.70 iaitu pada tahap rendah dan sisihan piawai ialah 1.36. Skor min terendah ialah 4.09 juga
pada tahap rendah dan sisihan piawai ialah 1.32. bagi nilai min yang paling tinggi terhadap
sejarah kesihatan adalah keluarga mahupun responden yang mempunyai penyakit berkaitan
dengan respiratori.Skor min terendah menunjukkan bahawa keluarga anda sering mengalami
penyakit respiratori iaitu rhinitis (radang dalam hidung) terhadap sejarah kesihatan anda.Hal ini,
penyakit yang dihadapi oleh responden adalah kurang. Skor min bagi sejarah kesihatan bagi
responden di Melaka seramai 160 orang ialah 3.81 dan sisihan piawai ialah 1.45.

Bahagian 2 : Jadual status kesihatan bagi 160 responden di Melaka

Item Sub Item Min Sisihan


Piawai

Pernah mengalami batuk yang beterusan 3.27 1.37

Pernah mengalami batuk yang beterusan


dalam tempoh setahun yang lalu 3.77 1.18

Antara punca batuk berterusan Debu/habuk 2.99 1.49

Asap industri/kilang 3.30 1.50

Cuaca yang Sejuk 3.18 1.51

Lain-lain 3.69 1.69

Pernah mengalami demam 2.46 1.34


Pernah mengalami demam dalam tempoh
setahun yang lalu. 2.69 1.44

Kekerapan demam dalam masa setahun 1-2 kali 3.04 1.56

3-4 kali 3.64 1.58

5-6 kali 3.94 1.53

>6 kali 3.96 1.55

Antara punca demam berterusan Debu/habuk 3.18 1.53

Asap industri/kilang 3.38 1.57

Cuaca yang Sejuk 2.86 1.61

Lain-lain 3.31 1.69

Pernah mengalami simptom bersin 2.45 1.39

Pernah mengalami simptom bersin dalam


tempoh setahun yang lalu. 2.77 1.48

Antara punca anda bersin Debu/habuk 2.73 1.50

Asap industri/kilang 3.22 1.55

Cuaca yang Sejuk 3.11 1.56

Lain-lain 3.32 1.76

Pernah mengalami selesema 2.38 1.30

Pernah mengalami selesema dalam tempoh


setahun yang lalu. 2.57 1.43

Antara punca selesema Debu/habuk 2.70 1.52

Asap industri/kilang 3.27 1.50

Cuaca yang Sejuk 2.93 1.48


Lain-lain 3.43 1.71

Pernah mengalami kesukaran bernafas 3.53 1.43

Pernah mengalami kesukaran bernafas


dalam tempoh setahun yang lalu. 3.65 1.34

Antara punca kesukaran bernafas Debu/habuk 3.27 1.56

Asap industri/kilang 3.44 1.53

Cuaca yang Sejuk 3.51 1.47

Lain-lain 3.72 1.63

Pernah mengalami alergi 3.71 1.33

Pernah mengalami alergi dalam tempoh


setahun yang lalu. 3.79 1.40

Antara punca alergi Debu/habuk 3.58 1.486

Asap 3.78 1.35


industri/Kilang

Cuaca yang Sejuk 3.71 1.41

Lain-lain 3.77 1.59

Masalah kesihatan respiratori anda


bertambah buruk akibat keterdedahan
berterusan kepada bahan pencemaran
berpunca dari industri dan kilang
3.20 1.45

Keterdedahan tersebut menyebabkan anda Batuk 2.80 1.53


mengalami simptom masalah kesihatan
Alergi 3.36 1.55
seperti
Selesama 2.93 1.57
Demam 3.08 1.52

Bersin 3.02 1.55

Sejak setahun yang lalu, simptom respiratori


ini telah menggangu hidup harian saya 3.50 1.29

STATUS KESIHATAN 3.25 1.50

Seterusnya, bedasarkan dapatan kajian yang di perolehi menunjukkan status kesihatan


bagi 160 orang responden di mana skor min tertinggi 2.38 pada tahap sederhana dan sisihan
piawai ialah 1.30. Skor min terendah ialah 3.79 pada tahap rendah dan sisihan piawai ialah 1.40.
Item min yang paling tinggi terhadap status kesihatan adalah pernah mengalami selesema. Ini
menunjukkan bahawa bilangan responden yang pernah mengalami selesema adalah pada tahap
sederhana.Skor min bagi status kesihatan bagi responden di Melaka seramai 160 orang ialah
3.25 pada tahap rendah dan sisihan piawai ialah 1.50.

Bahagian 3 : Jadual tahap kesedaran bagi 160 responden di Melaka

Item Sub Item Min Sisihan


Piawai

Keluarga anda mempunyai penyakit


berkaitan dengan respiratori. 3.59 1.38

Udara kawasan perumahan anda


dicemari dengan debu dan habuk 3.08 1.33

Penglihatan kurang jelas kerana habuk


dan debu yang banyak di pesekitaran
perumahan anda 3.25 1.32

Kawasan perumahan selalu mengalami


peningkatan suhu dan semakin panas. 2.79 1.26
Kekurangan hujan berlaku dikawasan
perumahan yang berdekatan dengan
kawasan industri 3.03 1.24

Pada waktu malam, banyak asap dan


debu dari kilang atau industri
berdekatan diepaskan 3.57 1.17

Peralatan dan keadaan didalam rumah


yang sentiasa berdebu 3.46 1.26

Cermin tingkap dan barang-barang di


luar rumah diseliputi dengan debu dan
habuk
3.31 1.32

Berdasarkan apa yang anda fikirkan, Pelepasan perindustrian 1.61 0.63


apakah menyumbang terbanyak
Pelepasan kenderaan 1.54 0.57
kepada pencemaran udara di tempat
tinggal anda Pembakaran terbuka 1.53 0.57

Episod jerebu 1.59 0.55

bagaimana anda menilai keadaan


atmosfera di tempat tinggal anda? 2.97 0.78

TAHAP KESEDARAN 2.73 1.19

Seterusnya, bedasarkan dapatan kajian yang di perolehi menunjukkan tahap kesedaran


bagi 160 orang responden di mana skor min terendah ialah 3.59 pada tahap rendah dan sisihan
piawai ialah 1.38. skor min yang paling tinggi ialah 1.53 pada tahan tinggi dan sisihan piawai ialah
0.57.Skor min yang tinggi adalah pembakaran terbuka yang menyumbang kepada pencemaran
udara di tempat tinggal responden. Ini menunjukkan bahawa bilangan responden yang
menyatakan pembakaran terbuka di kawasan tempat tinggal mereka berada pada tahap tinggi.
Skor min yang rendah menunjukan bahawa tempat tinggal responden berjauhan dengan
perindustrian.Skor min bagi tahap kesedaran bagi responden di Melaka seramai 160 orang ialah
2.73 pada tahap sederhana dan sisihan piawai ialah 1.19.
Garis panduan skala likert bahagian F.

Garis panduan skala likert bagi soal selidik bahagian F ini ialah skala 1,2,3,4 dan 5 dimana
skala 1 mewakili (sangat tidak setuju), 2 mewakili (tidak setuju), skala 3 mewakili (neutral), skala
4 mewakili (setuju) dan skala 5 mewakili (sangat setuju).

Skala Likert 5 Interpresatasi skor min

1 Sangat Tidak Skor Min Interprestasi Skor Min


Setuju
1.00 hingga 2.33 Rendah
2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti 2.34 hingga 3.66 Sederhana

4 Setuju
3.67 hingga 5.00 Tinggi
5 Sangat Setuju

Bahagian 4 : Jadual Sikap terhadap perlindungan alam sekitar bagi 160 responden di
Melaka

Item Min Sisihan


Piawai

Menjaga alam sekitar adalah sesuatu yang saya benar-benar


prihatin 3.90 1.37

Untuk melindungi alam sekitar, Malaysia memerlukan


pembangunan ekonomi 3.40 1.25

saya akan menyumbang sebahagian pendapatan saya jika


saya yakin bahawa wang itu akan digunakan untuk
mencegah pencemaran udara 3.53 1.17

Kualiti udara di Malaysia semakin baik kerana sains dan


teknologi moden 3.31 1.19
Penduduk terlalu bimbang tentang pembangunan industri
mencemari atmosfera dan mengancam kesihatan manusia. 3.75 1.13

Mendidik generasi muda tentang ilmu perlindungan alam


sekitar (contohnya menggalakkan perkongsian kereta)
adalah penting 3.86 1.33

Tiada apa yang boleh saya / ahli keluarga / kawan saya


lakukan untuk memperbaiki keadaan atmosfera semasa. 2.92 1.27

Saya tidak kisah tentang kenaikan cukai jika wang tambahan


itu digunakan untuk mencegah pencemaran atmosfera 3.26 1.15

Melindungi alam sekitar harus diberi keutamaan, malah jika


ia memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan
menyebabkan kehilangan perkerjaan 3.23 1.20

Saya sering kurangkan memandu kereta atas sebab alam


sekitar. 3.14 1.06

Tiada gunanya saya membuat apa-apa bagi alam sekitar


melainkan jika semua orang bertindak sama 3.18 1.33

Jerebu adalah harga yang layak dibayar terhadap


pembangunan ekonomi masa kini 2.99 1.29

Saya tidak kisah membayar lebih banyak wang untuk


menggunakan petrol yang lebih baik kualiti yang akan
mengurangkan pencemaran 3.46 1.10

Pembangunan ekonomi Malaysia masa kini lebih penting


daripada perlindungan alam sekitar 2.91 1.28

Saya bersedia untuk mengurangkan standard hidup saya


untuk melindungi alam sekitar 3.41 1.09

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kereta amat


membahayai kesihatan manusia 3.49 1.16
Saya yakin bahawa kualiti udara di Malaysia akan menjadi
lebih baik sebelum Wawasan 2020 3.21 1.24

SIKAP TERHADAP PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR 3.35 1.21

Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Jadual diatas dalam soal selidik yang
telah diambil untuk mengenal pasti sikap terhadap perlindungan alam sekitar bagi 160 orang
responden menunjukkan skor min tertinggi 3.90 pada tahap tinggi dan sisihan piawai ialah 1.37.
Skor min terendah ialah 2.91 pada tahap sederhana dan sisihan piawai ialah 1.28.Skor min yang
paling tinggi untuk sikap terhadap perlindungan alam sekitar adalah menjaga alam sekitar adalah
sesuatu yang saya benar-benar prihatin.Hal Ini menunjukkan bahawa ramai responden yang
bersetuju dengan menjaga alam sekitar adalah suatu keprihatinan.Skor min yang terendah untuk
sikap terhadap perlindungan alam sekitar adalah pembangunan ekonomi Malaysia masa kini
lebih penting daripada perlindungan alam sekitar.Responden beranggapan bahawa
pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini tidak melindungi alam sekitar dengan
baik.Keputusan ini mampu menunjukan bahawa responden mempunyai sikap prihatin terhadap
alam sekitar.Skor min bagi tahap kesedaran bagi responden di Melaka seramai 160 orang ialah
3.35 pada tahap sederhana dan sisihan piawai ialah 1.21.
Dapatan Kajian Cerapan

Bahagian ini membincangkan data taburan purata suhu dan kelembapan di sembilan buah stesen
di negeri Melaka. Stesen yang terlibat ialah melibatkan dua jenis kawasan iaitu pusat bandar dan
pinggir bandar. Dalam kajian ini, mempunyai sembilan kumpulan. Setiap stesen tersebut diwakili
oleh satu kumpulan. Stesen bagi kawasan pinggir bandar adalah Taman Balkis, Semabok
Perdana dan Petronas Semabok, Petronas Balai Panjang, Melaka Sentral dan Petron Peringgit.
Manakala, stesen bagi kawasan bandar pula adalah Melaka Clock Tower, Menara Taming Sari
dan Dataran Pahlawan. Data ini adalah dicerap pada jam 1500 – 1800, 28 September 2019.

Stesen-stesen tersebut adalah Taman Balkis, Petronas Balai Panjang, Melaka Sentral, Melaka
Clock Tower, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Petron Peringgit, Semabok Perdana dan
Petronas Semabok. Data ini adalah dicerap pada jam 1500 – 1800, 28 September 2019.

STESEN PURATA SUHU PURATA KELEMBAPAN KOORDINAT


(ºC) (ºC)

Taman Balkis 33.47 56.19 2.2320799,102.2223238

Petronas Balai 32.96 54.76 2.2254784,102.2289693


Panjang
Melaka Sentral 34.19 51.83 2.2211605,102.2478942

Melaka Clock 34.17 54.37 2.1942955,102.2467007


Tower
Menara Taming 33.33 58.17 2.1909832,102.2450914
Sari
Dataran 33.16 55.00 2.1900322,102.2503969
Pahlawan
Petron Peringgit 34.68 52.56 2.2192592,102.2492851

Semabok 33.51 55.59 2.2017198,102.2738389


Perdana
Petronas 34.89 56.42 2.1953888,102.2850359
Semabok
Taburan Purata Suhu dan Kelembapan di Melaka
Pada Jam 1500 - 1800, 28 September 2019
60
50
40
30
20
10
0

PURATA SUHU PURATA KELEMBAPAN

Rajah 4.1: Purata Suhu dan Kelembapan Pada Jam 1500 – 1800, 28 September 2019

Sumber: Cerapan di Lapangan

Jadual dan graf menunjukkan purata suhu dan juga purata kelembapan bagi setiap stesen kajian
yang bertempat di Melaka dan merangkumi kawasan bandar dan pinggir bandar. Jadual tersebut
jelas menunjukkan terdapatnya perbezaan purata suhu dan juga kelembapan bagi semua stesen.
Hal ini disebabkan oleh faktor kedudukan sama ada di bandar atau pinggir bandar serta aktiviti
pembandaran yang berbeza-beza bagi setiap kawasan tersebut. Antara aktiviti pembandaran
tersebut ialah, stesen 1 iaitu Taman balqis merupakan kawasan petempatan penduduk, stesen 2
iaitu Petronas Balai Panjang merupakan perusahaan stesen minyak dan kawasan perniagaan,
stesen 3 iaitu Melaka Sentral merupakan kawasan pengangkutan dan perniagaan, stesen 4, 5
dan 6 iaitu Melaka Clock Tower, Menara Taming sari dan Dataran Pahlawan merupakan kawasan
pelancongan dan perniagaan, stesen 7 iaitu Petron Peringgit merupakan kawasan perusahaan
stesen minyak, stesen 8 iaitu Semabok Perdana merupakan kawasan perumahan dan stesen 9
iaitu Petronas Semabok merupakan perusahaan stesen minyak dan tertumpu kepada
perniagaan.

Melalui penelitian terhadap graf yang diperoleh, dapat dilihat terdapat kawasan yang
mempunyai purata suhu hampir sama seperti Melaka Clock Tower dan Melaka Sentral dengan
perbezaan hanya sebanyak 0.02ºC manakala kawasan lain seperti Taman Balkis dan Semabok
Perdana hanya mempunyai perbezaan sebanyak 0.04ºC. Perbezaan yang sedikit ini adalah
disebabkan faktor jarak antara stesen tersebut yang bukanlah terlalu berjauhan dan masih berada
dalam satu negeri selain keadaan persekitaran seperti taburan atau bilangan tumbuhan dan
aktiviti persekitaran yang hampir sama. Berdasarkan data keseluruhan, purata suhu tertinggi
dicatat oleh stesen Petronas Semabok manakala purata suhu terendah dicatat oleh Petronas
Balai Panjang dengan perbezaan sebanyak 1.93ºC.

Bagi purata kelembapan pula, data menunjukkan perbezaan yang ketara bagi
kebanyakan kawasan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti terdapat
perbezaan kelajuan angin, perbezaan tahap kelapangan kawasan yang dicerap dan juga
ketinggian kawasan. Pergerakan angin dapat mempengaruhi kelembapan sesuatu kawasan
kerana angin menyumbang kepada proses penguapan pada sumber air dan menjadi salah satu
faktor dalam pembentukan awan. Tahap kelapangan dan ketinggian sesebuah kawasan pula
mempengaruhi kelajuan angin yang akan melalui sesuatu kawasan. Selain itu, terdapat juga
faktor lain yang boleh mempengaruhi kelembapan seperti ketersediaan air. Kelembaban udara
ini diukur berdasarkan jumlah wap air yang terkandung di dalam udara. Maka, kawasan yang
mempunyai ketersediaan air yang banyak akan mempunyai tahap kelembaban udara yang lebih
tinggi berbanding dengan kawasan yang mempunyai ketersediaan air yang rendah.

Taburan Purata Suhu di Melaka Pada Jam 1500 -


1800, 28 September 2019

35
34.5
34
33.5
33
32.5
32
31.5

Rajah 4.2: Purata Suhu Pada Jam 1500 – 1800, 28 September 2019

Sumber: Cerapan di Lapangan


Graf menunjukkan taburan purata suhu bagi setiap stesen. Berdasarkan data tersebut, purata
suhu udara maksimum yang dicatatkan ialah 34.89ºC iaitu di stesen Petronas Semabok
manakala suhu purata minimum yang dicatatkan ialah 32.96ºC iaitu di stesen Petronas Balai
Panjang. Kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan pinggir bandar dan menjalankan
perusahaan stesen minyak. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan terutamanya
perbezaan dari segi persekitaran antara kedua-dua kawasan ini. Kawasan yang mempunyai suhu
maksimum iaitu Petronas Semabok terletak berhampiran dengan pusat membeli belah. Kawasan
ini sering mendapat kunjungan yang banyak dari penduduk mahupun pelancong. Para
pengunjung yang datang ke kawasan ini masing-masing menggunakan kenderaan bermotor dan
asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut antara punca utama menyebabkan stesen ini
mempunyai bacaan suhu tertinggi. Selain itu, dapat dilihat, stesen Petronas Semabok
mempunyai bilangan tumbuh-tumbuhan yang kurang berbanding dengan stesen Petronas Balai
Panjang. Tumbuh-tumbuhan amat membantu dalam mengurangkan jumlah suhu sesuatu
kawasan. Selain menjadikan kawasan lebih redup, tumbuh-tumbuhan juga menyerap gas karbon
dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan ketika proses respirasi.

Taburan Purata Kelembapan di Melaka Pada Jam


1500 - 1800, 28 September 2019

59
58
57
56
55
54
53
52
51
50
49
48

Rajah 4.3: Purata Kelembapan Pada Jam 1500 – 1800, 28 September 2019

Sumber: Cerapan di Lapangan


Berdasarkan graf, kelembapan udara maksimum yang dicatatkan pada hari tersebut ialah
58.17ºC iaitu di stesen Menara Taming Sari yang merupakan kawasan bandar. Manakala,
kelembapan udara minimum yang dicatatkan pula ialah 51.83ºC iaitu di stesen Melaka Sentral
yang merupakan kawasan pinggir bandar. Stesen Menara Taming Sari mempunyai kadar
kelembapan tertinggi kerana ketika proses pemerolehan data, keadaan kawasan tersebut adalah
berangin. Selain itu, terdapat banyak pokok dan tumbuhan tumbuh di sekitar kawasan tersebut.
Selain menyumbang kepada pengurangan suhu, tumbuh-tumbuhan juga membantu
meningkatkan kadar kelembapan sesuatu kawasan. Stesen Melaka Sentral merupakan kawasan
mempunyai kadar kelembapan paling rendah kerana keadaan persekitaran kawasan tersebut
yang merupakan tumpuan kepada aktiviti pengangkutan. Kenderaan bermotor mengakibatkan
pelepasan gas-gas hijau yang mengakibatkan pencemaran udara, peningkatan suhu seterusnya
penurunan kadar kelembapan sesuatu kawasan. Selain itu, kawasan Melaka Sentral juga
mempunyai tumbuh-tumbuhan yang kurang menyebabkan kadar serapan gas karbon dioksida
menjadi kurang efisien.

Pertama sekali, pembandaran merupakan satu proses perubahan serta penerapan ciri-
ciri bandar terhadap sesebuah kawasan dan proses ini akan melibatkan penghijrahan masuk
penduduk luar bandar, perubahan aktiviti ekonomi, perkembangan kawasan bandar,
pertambahan penyediaan kemudahan perbandaran, perubahan sosial, nilai dan sifat masyarakat
tradisional kepada masyarakat moden serta perubahan guna tanah keseluruhannya (Rancangan
Fizikal Negara ke-3 (RFN3), PLANMalaysia, 2016). Sehubungan dengan itu, proses
pembandaran ini boleh dilihat dengan jelas sekali di negeri bersejarah yang digelar bandaraya
Melaka. Pembandaran menghasilkan impak terhadap persekitaran bandar seperti perubahan
terhadap morfologi bandar, infrastruktur, kemudahan yang terdapat, peningkatan penggunaan
tenaga, perubahan kepada keadaan persekitaran fizikal yang boleh dilihat dan juga jumlah
penduduk yang ditampung (Jamaluddin, 2009).

Menjadi kemestian apabila berlakunya proses pembandaran akan dituruti dengan


perubahan persekitaran bandar termasuk juga perubahan dari segi atmosfera bandar akibat
penggunaan sumber, tenaga dan teknologi yang lebih baik. Dalam kata lain, perubahan
persekitaran fizikal dan atmosfera bandar adalah disebabkan aktiviti manusia itu sendiri. Bandar
yang terdedah terhadap perubahan iklim dan kesan yang berterusan hasil daripada aktiviti
antropogenik yang mengakibatkan fenomena pulau haba di bandar berkenaan. Terdapat empat
komponen yang melengkapkan sesebuah persekitaran fizikal iaitu atmosfera, hidrosfera, litosfera
dan biosfera. Sistem biosfera bumi turut merangkumi manusia itu sendiri dan setiap komponen
mempunyai peranan masing-masing bagi mewujudkan suasana yang seimbang berlandaskan
nilai saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Sebagaimana yang telah dinyatakan,
bagi setiap komponen utama turut disertai dengan sub-komponen yang tertentu yang saling
berinteraksi antara satu sama lain dan komponen yang berada di luar lingkaran ditetapkan.

Aktiviti antropogenik yang terlibat mempunyai pengaruh yang sangat tinggi terhadap
morfologi bandar seperti Bandaraya Melaka yang secara tidak langsung telah menyumbang
kepada perubahan iklim bandar yang dapat dilihat mengikut elemen penting dalam atmosfera
seperti suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin. Proses menjadikan bandar
berkembang menyebabkan berlakunya masalah terhadap persekitaran fizikal bandar (Azahan,
2002). Hal ini kerana, berlaku perubahan yang ketara terhadap permukaan bumi yang secara
asalnya merupakan kawasan dilitupi tumbuhan hijau namun keadaan telah berubah sama sekali
kesan daripada aktiviti antropogenik yang kini hanya bangunan dan permukaan berturap
menghiasi ruang pemandangan. Kesan daripada kegiatan antropogenik ini ialah wujud
perbezaan jenis permukaan lanskap di kawasan bandar berbanding yang terdapat di luar bandar
kerana kawasan bandar mempunyai banyak permukaan tidak telap air (Jamaluddin, et. al. 2008).

Sebagai lanjutan daripada keadaan ini, persekitaran fizikal di bandar yang mengalami
perubahan secara tidak seimbang menjadi salah satu punca banyak haba yang tidak terbebas
namun tersimpan di permukaan bumi terutama sekali di siang hari yang kebanyakan masa
terdedah terhadap pancaran cahaya matahari yang dianggap kuat. Pada waktu malam, haba
yang terhasil ini dibalikkan semula ke atmosfera. Oleh itu, fenomena ini memberi tanggapan
bahawa suhu pada waktu malam adalah tinggi yang menjadi penyebab kepada kejadian pulau
haba bandar. Proses pembandaran di Melaka berlaku disebabkan kepesatan ekonomi terutama
sekali sebagai pusat pelancongan, perniagaan, perindustrian, kebudayaan, perdagangan dan
sebagainya. Tambahan lagi, aktiviti pembandaran yang berkembang ini diikuti dengan
pertambahan penduduk yang menyumbang kepada penggunaan kenderaan, peningkatan
isipadu kenderaaan bermotor dan kesesakan jalan raya. Keadaan ini disokong oleh penemuan
Sham (1982), yang mengatakan sebahagian besar pencemaran di Malaysia adalah disebabkan
oleh rancangan pembangunan ekonomi, pertambahan penduduk dan juga pertumbuhan dan
perkembangan bandar yang pesat. Malahan juga, penggunaan kenderaan bermotor yang masih
bergantung terhadap bahan api fosil memberi kesan negatif terhadap hidupan sekeliling dan alam
sekitar. Umpamanya, gangguan yang berlaku terhadap atmosfera akibat penggunaan bahanapi
fosil dan bahan bakar yang lain bukan hanya menyebabkan peningkatan kepekatan gas-gas
rumah hijau di atmosfera, tetapi juga dikatakan telah meningkatkan suhu global dan
menyebabkan perubahan iklim (Hetherington & Reid 2010).

Sebenarnya, bukan hanya komponen fizikal sahaja yang melengkapkan alam sekitar
sebaliknya ada perkaitan yang kuat dengan aktiviti manusia itu sendiri sama ada dari segi sosial,
ekonomi dan budaya yang diukir dan diamalkan. Perkara ini membuktikan bahawa setiap sub-
elemen fizikal memegang peranan yang bermanfaat kepada kehidupan manusia. Oleh sebab itu,
menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi alam sekitar yang membekalkan kepentingan dan
keperluan yang penuh pelbagai kerana manusia merupakan sebahagian daripada persekitaran
fizikal. Maka, konsep yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa manusia hidup dalam sistem yang
saling berinteraksi dengan alam semula jadi. Disingkapkan bahawa banyak aspek perubahan
persekitaran mempunyai kaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan
komponen atmosfera, yang umumnya kini dikaitkan dengan perubahan iklim (Letcher 2009;
Jamaluddin Md. Jahi 2009a & 2009b, 2010).

Melalui hasil pemerhatian yang dilakukan, didapati bahawa pusat bandar menjadi
tumpuan utama kerana aktiviti antropogenik yang sedang pesat berlaku melibatkan aktiviti
pelancongan dan perniagaan. Keadaan ini membuatkan bandar menjadi sesak dan padat dengan
manusia dan penggunaan kenderaan bermotor secara berlebihan yang turut memberi kesan
negatif terhadap hidupan sekeliling. Di samping itu, bandar Melaka juga kelihatan dipenuhi
dengan bangunan yang berada berdekatan antara satu dengan yang lain. Oleh itu, isu
pembandaran dan pembangunan sektor hartanah mendatangkan impak terhadap alam sekitar,
antaranya pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi (Dani, 2000). Penggunaan
kenderan bukan sahaja menyesakkan laluan lintas malah asap yang dibebaskan hasil bahan
bakar seperti petrol dan diesel telah menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat umum dan
organisma hidupan yang lain serta memberi ancaman terhadap keseimbangan alam sekitar. Hal
ini kerana, kepekatan karbon dioksida di atmosfera bertambah disebabkan oleh pembakaran
bahan api fosil (Pickering & Owen 1997).
5.0 KESIMPULAN

Proses pembandaran yang berlaku di bandaraya Melaka secara tidak langsung telah mengubah
sifat fizikal bagi permukaan bumi kerana pembinaan bangunan, kawasan perumahan, jalan yang
berturap dan sebagainya. Sebenarnya, perubahan yang telah berlaku ini memberi impak yang
besar kepada seluruh hidupan di kawasan berkenaan seperti di kawasan bandar yang
mempunyai suhu yang tinggi kerana mempunyai kecenderungan untuk menyimpan haba bahkan
juga menutup sebahagian besar daripada permukaan yang menjadikan kawasan tidak telap air
yang turut mempengaruhi arah pergerakan angin. Dalam pada itu, aktiviti antropogenik yang
dilakukan oleh manusia memudaratkan lagi keadaan kerana mereka telah menyumbang jumlah
haba yang banyak terbebas di ruang udara dan secara tidak langsung memberi pengaruh yang
tinggi terhadap cuaca dan iklim. Partikel-partikel yang terhasil daripada aktiviti manusia dan lain-
lain akan terbebas dan memberi ancaman terhadap kesihatan organisma yang hidup di kawasan
berkenaan. Secara keseluruhannya, hampir keseluruhan responden memberi persepsi yang
positif dan menyedari akan kesan perubahan atmosfera di sekeliling mereka. Tambahan lagi,
responden juga mengambil perhatian terhadap faktor yang menyumbang kepada perubahan iklim
bandar merangkumi mereka yang tinggal di pusat bandar mahupun pinggir bandar. Antara aspek
yang menjadi tumpuan utama dalam menyelami tahap kesedaran responden terhadap
perubahan iklim ialah dari segi penyesuaian diri, keselesaan, tahap kesihatan dan prinsip kendiri.
6.0 RUJUKAN

Azahan A., (2002). Perbandaran Di Malaysia: Impak Terhadap Persekitaran dan Kualiti Hidup
Masyarakat; dalam Jamaluddin et. al (eds.). Isu-Isu Persekitaran di Malaysia, Pusat
Pengajian Siswazah, University Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Dani S., (2000), Perbandaran, Pembangunan Hartanah dan Isu Alam Sekitar: Isu dan Cabaran
Yang Dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan Di Malaysia, National Seminar on
Environmental Management Issues and Challenges in Malaysia. 25-26 July, UKM: Bangi.

Hetherington, R. & Reid, R.G.B. 2010. The climate connection: Climate change and modern
human evolution. Cambridge: Cambridge University PressPengajian Siswazah, University
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Jamaluddin M. J. et. al. (2008), Atmosfera Bandar Dalam Rangka Pengurusan Ekosistem Bandar
Perindustrian. dalam Jamaluddin M. J. et. al.(eds), Prosiding Bengkel Ekosistem Bandar
Perindustrian, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi

Jamaluddin Md. Jahi. 2009a. Habitat manusia dan implikasinya terhadap perubahan iklim.
Syarahan Umum untuk Program Pascasarjana, Universitas Negeri Padang, Padang,
Sumatera Barat, Indonesia. 29 Jun.

Jamaluddin Md. Jahi. 2009b. Perkembangan habitat manusia dan perubahan iklim: Antara
konsep dan realiti. Seminar Antarabangsa Ke-2 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan
Persekitaran. Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan
Malaysia, Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan, Universitas Riau dan Persatuan
Pengurusan Persekitaran Malaysia. Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia, 20-21 Oktober

Jamaluddin Md. Jahi. 2010. Environmental security during the Anthropocene Epoch.
Perbincangan Meja Bulat “Facing Global Environment Change: Security in the 21 st
Century”. Anjuran Institut Kajian Oksidental (IKON) UKM, Centre for Global Sustainability
Studies (CGSS) USM dan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM). Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 28 Jun

Letcher, T.M. (ed.). 2009. Climate change: Observed impacts on planet earth. Amsterdam:
Elsevier. National Steering Committee on Environment and Development. 1992. United
Nations Conference on Environment and Development: Country report Malaysia. Kuala
Lumpur: Ministry of Foreign Affairs.
Pickering, K.T. & Owen, L.A. 1997. An introduction to global environmental issues. 2 nd Edition.
London: Routledge.

Rancangan Fizikal Negara ke-3 (RFN3), PLANMalaysia, 2016

You might also like