You are on page 1of 23

KURSUS:

LMCR3133 FALSAFAH ALAM SEKITAR

TAJUK:
KESEDARAN PENIAGA TRAK MAKANAN DAN MINUMAN DI SEKITAR PRESINT
2 , PUTRAJAYA TENTANG PENGGUNAAN BAHAN MESRA ALAM

PENSYARAH KURSUS:
PROF. MADYA DR. MASHITOH BINTI YAACOB

DISEDIAKAN OLEH:
DIANI AMIRA BINTI HAMZAH (A148556)
MAHDI BIN ABDULLAH (A149547)
MOHAMAD SYAZWAN BIN CHE HAMZAH (A151392)
MOHAMED HAZEEM BIN A HAMID SHOKERY MOHAMED (A150865)
MUHAMAD AMIRUL BIN ANUAR (A149232)
SITI MALIATI AZZAHRA BINTI YUSOF (A151426)
SITI NASUHA BINTI ZAINUDIN (A151251)
STEFANEY AMING (A149968)
1.0 PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang membangun, populasi di Malaysia semakin meningkat.


Hal ini mendorong kepada kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan semakin
tinggi. Gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan lebih baik seperti rumah,
bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap
sumber semula jadi semakin meningkat. Hal ini seterusnya mengakibatkan risiko
pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin buruk.

Antara faktor yang menyebabkan pencemaran ialah pengurusan sumber


semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan
tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan
sisa pepejal dan sebagainya. Sekiranya pengurusan sumber semula jadi ini tidak
diuruskan dengan baik, ia akan menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.
Oleh sebab itu, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu
perubahan iklim dan keselamatan alam sekitar. Kedua-dua isu ini harus ditangani
secara baik bagi memastikan generasi akan datang mampu menikmati alam sekitar
sama seperti generasi kini. Isu ini juga harus ditangani dengan segera bagi
memastikan manusia dapat menikmati keadaan persekitaran yang baik dan seterusnya
meningkatkan mutu kehidupan mereka.

Oleh sebab itu, kewujudan bahan mesra alam merupakan satu inisiatif yang
sangat sesuai untuk dilaksanakan di seluruh negara bagi mengurangkan risiko
pencemaran bagi memastikan alam sekitar dapat dijaga dengan lebih baik. Bahan
mesra alam merupakan bahan yang semakin dikenali pada masa kini. Hal ini
demikian kerana, sudah terdapat banyak kempen yang menggalakkan penggunaan
bahan mesra alam dalam kehidupan seharian kerana ia dapat membantu dalam
mengurangkan masalah pengguna. Antara bahan mesra alam yang telah dihasilkan
ialah bahan plastik mesra alam yang tidak menggunakan petroleum sebaliknya
menggunakan gabungan bahan minyak tumbuhan dan mikrorganism. Bahan yang
digunakan ini mudah reput berbanding dengan plastik biasa yang sudah pasti
membantu dalam penjagaan alam sekitar. Selain itu, bahan buangan plastik mesra
alam ini boleh dijadikan bahan kompos dan akhirnya menjadi baja.

Selain plastik mesra alam, pelbagai lagi jenis bahan mesra alam turut
dihasilkan bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Antara bahan mesra
alam yang turut dihasilkan ialah bahan api mesra alam yang bermatlamat untuk
mengurangkan pelepasan karbon yang menyebabkan kesan negatif kepada alam
sekitar. Secara keseluruhannya, bahan mesra alam telah banyak dihasilkan bagi
membantu mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar sendiri dan bagi
menghasilkan persekitaran kehidupan yang lebih baik untuk jangka masa yang
panjang.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah alam sekitar seperti pencemaran air , udara dan tanah bukanlah merupakan
suatu yang asing di Malaysia. Masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius
telah menyebabkan ekologi sistem berada dalam keadaan yang kurang baik amnya
dan boleh menyebabkan impak yang tidak baik terhadap kehidupan seharian.

Kajian ini dijalankan untuk melihat permasalahan yang sering terjadi dalam
mengekalkan alam sekitar supaya berada dalam keadaan yang baik dan
memberansangkan termasuklah yang pertama , kepekaan para peniaga yang agak
kurang terhadap penggunaan bahan mesra alam yang bersesuaian. Kebanyakan
peniaga makanan dan minuman memandang bahan mesra alam merupakan suatu
perkara yang agak remeh dan langsung mengendahkan kesan bahaya sekiranya tidak
menggunakan bahan mesra alam dalam pembuatan dan penyimpanan jualan mereka.

Kedua, sikap segelintir peniaga makanan dan minuman yang berdegil tidak
mahu menggunakan bahan mesra alam seperti masih kekal menggunakan bekas
plastik makanan semasa berjualan. Hal ini kerana para peniaga tidak mahu
mengeluarkan modal yang tinggi untuk menggunakan bekas makanan yang lebih
mesra alam. Apabila menggunakan bekas makanan daripada sumber bukan mesra
alam , ini akan meningkatkan pencemaran tanah untuk melupuskan bekas makanan ini
khususnya.

Disamping itu, kekurangan kemudahan untuk mengasingkan bahan seperti


tong kitar semula kurang di kawasan perniagaan. Para peniaga hanya membuang
sampah secara berleluasa tanpa mengasingkan bahan yang hendak mereka buang ke
dalam tong sampah. Tahap kesedaran terhadap bahan mesra alam jugarendah
disebabkan kurangnya penekanan bahawa pentingnya untuk menjaga alam sekitar
daripada pelbagai pencemaran yang berleluasa. Tuntasnya, melalui kajian ini pengkaji
akan cuba untuk menanamkan kesedaran terhadap penggunaan bahan mesra alam
dalam sesi penjualan makanan dan minuman khusus buat para peniaga.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti jenis-jenis bahan mesra alam yang digunakan oleh peniaga makanan
dan minuman di sekitar Presint 2 Putrajaya.
ii. Mengenalpasti tahap pengetahuan peniaga makanan dan minuman di sekitar Presint 2
Putrajaya tentang bahan mesra alam.
iii. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi dalam menggunakan bahan mesra alam dalam
kehidupan seharian peniaga makanan dan minuman di sekitar Presint 2 Putrajaya.

4.0 SKOP KAJIAN

Perbincangan berkaitan persepsi, tahap kesedaran peniaga-peniaga trak makanan dan


minuman tentang penggunaan bahan mesra alam sekitar. Bagi tujuan ini fokus kajian
akan tertumpu kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman yang menggunakan
bahan mesra alam sekitar tanpa mereka sedar. Oleh demikian, skop kajian ini telah
memfokuskan kepada dua aspek tersebut. Kajian ini telah melibatkan 12 orang
responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga trak makanan dan minuman yang
melibatkan dari pelbagai jenis kaum. Lokasi kajian ini telah dikecilkan kepada satu
komuniti saja bagi memudahkan dan memfokuskan kajian penyelidikan kepada
penyelidik. Lokasi kajian tersebut ialah di sekitar kawasan Presint 2 , Putrajaya. .
Fokus kawasan kajian adalah di kawasan aktiviti penjualan makanan menggunakan
trak makanan atau kenderaan bergerak (foodtruck) yang meriah berjualan di sekitar
Presint 2 , Putrajaya.

5.0 KAJIAN LITERATUR

Penekanan terhadap penjagaan alam sekitar telah berkembang sejak tahun 1960 lagi
(Straughen dan Roberts 1999). Pada tahun 1970 pula , kepekaan atau keprihatinan
masyarakat terhadap alam sekitar mulai meningkat berikutan pelbagai inisiatif
perundangan yang telah dibentuk untuk mengatasi masalah berkaitan alam sekitar ini.
Pelbagai kejadian yang melibatkan isu alam sekitar ini termasuklah tragedi atau
peristiwa buruk yang pernah berlaku telah menjadikan isu berkaitan alam sekitar ini
hangat diperkatakan. Tragedi yang pernah berlaku termasuklah penemuan lubang
pada lapisan ozon yang melindungi bumi menurut (Ottman 1992).

Bahan mesra alam termasuklah penggunaan bekas makanan yang mesra alam ,
penggunaan bahan api mesra alam dan penggunaan bahan binaan mesra alam.
Penggunaan bekas makanan yang tidak mesra alam akan mengancam kesihatan dan
alam sekitar kita. Sisa bekas makanan seperti bekas makanan polistren banyak
memberi kesan buruk kepada alam sekitar sekiranya penjagaan cara pembuangan
bekas sisa makanan tidak diatur dengan baik. Kebanyakan pembeli gemar membuang
bekas sisa makanan di merata-rata tempat memandangkan bekas polistren tersebut
ringan dan mudah diterbangkan angina. Sekiranya bekas tersebut gagal dilupuskan
dengan baik , ini akan menyebabkan pencemaran tanah kerana bekas polistren susah
untuk dilupuskan dan mungkin akan kekal untuk ratusan tahun. Sekiranya bekas
makanan ini tidak dilupuskan dan dibuang merata-rata , ia akan menjadi tempat
pembiakan nyamuk sekiranya hujan kerana air akan bertakung di dalam bekas
makanan tersebut. Ini akan menyebabkan berlaku penyakit seperti penyakit Aedes
yang amat berbahaya kepada manusia atau orang awam.

Sisa bekas makanan yang terdapat didalam sungai akan mencemarkan


kawasan sungai yang menjadi sumber bekalan air kepada manusia , haiwan serta
hidupan lain. Sisa terurai yang terdedah kepada hujan dan matahari akan
mengeluarkan toksik yang boleh menjejaskan sistem hormon hidupan. Pencemaran
yang melibatkan air akan mengakibatkan masalah kepada hidupan laut contohnya
penyu. Penyu akan termakan serpihan plastik dan kemudian akan menyebabkan
sistem pernafasan penyu bermasalah sehingga boleh menyebabkan kematian atau
masalah kesihatan yang lain (United Nations Environment Programme Global
Programme of Action 2016).

Pembuatan bekas polisterin ini boleh memusnahkan lapisan ozon dan


menyebabkan sinaran ultra ungu memasuki lapisan ozon bumi secara terus kesan serta
mengancam semua hidupan di permukaan bumi, menyebabkan penyakit kulit seperti
melanoma dan penyakit katarak mata iaitu terdapat selaput putih yang timbul di
permukaan mata mata. Lama kelamaan selaput putih tersebut menutupi anak mata.
Mereka yang kurang mampu untuk membiayai pembedahan membuang katarak mata
akan terus kekal buta. Terdapat cermin mata untuk mengurangkan kesan sinaran ultra
ungu terhadap mata. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mampu membeli
cermin mata tersebut akan berhadapan dengan risiko katarak mata yang boleh
membutakan mata.

Pada era globalisasi kini , pengeluar masing-masing berlumba menghasilkan


teknologi yang lebih mesra alam dan pada masa yang sama mampu memberikan
manfaat secara maksimum kepada manusia. Bahan api sel merupakan antara alternatif
pilihan untuk menghasilkan tenaga tanpa perlu membakar bahan api fosil iaitu
minyak. Penggunaan kenderaan yang tidak mesra akan mendatangkan pelbagai
pencemaran udara akibat hasilan kepulan asap yang mengandungi karbon monoksida.
Karbon monoksida ini boleh menyebabkan terjadinya hujan asid yang bahaya
terhadap kulit dan menyebabkan penyakit kulit yang kritikal dan sukar untuk diubati.
Pencemaran udara ini juga boleh menyebabkan sistem pernafasan manusia terganggu
dan mengakibatkan penyakit seperti lelah , asma , sesak nafas dan macam-macam
lagi.

Menurut Atsuko (1999), rakyat harus diberi kuasa dengan membekalkan


mereka dengan kaedah dan mekanisma yang lebih bersesuaian serta mengetahui
bagaimana mereka boleh mengambil bahagian secara aktif untuk menjaga alam
sekitar. Cara bertindak ke atas masalah alam sekitar haruslah menjangkaui kesedaran
iaitu tindakan. Dapat dirumuskan bahawa sikap terhadap tingkah laku alam sekitar
yang spesifik adalah peramal tingkah laku yang paling baik (Milfont et al. 2006).
Walau bagaimanapun, beberapa dapat kajian telah menunjukkan hasil yang berbeza di
mana tahap pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar tidak semestinya membawa
kepada amalan tingkah laku alam sekitar (Norshariani 2009).

Sebagaimana yang diketahui umum, kesedaran alam sekitar boleh dipupuk


dengan pelbagai cara dalam kehidupan seharian. Menurut Noor Azizah & Zanaton
(2015), kesedaran yang diterapkan melalui amalan seseorang dapat memberi kesan
yang positif kepada gaya hidup serta orang disekeliling mereka. Kesan daripada
amalan seharian yang dilakukan oleh seseorang ini merupakan satu perubahan tingkah
laku yang berterusan dari anthropocentric kepada ecocentric di mana ianya dapat
mengurangkan kemusnahan alam sekitar (Calicott, 2000). Ecocentric merupakan
sikap pro alam sekitar di mana ianya boleh mengubah gaya hidup seseorang untuk
lebih mesra alam.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kutipan data yang akan pengkaji gunakan ialah menggunakan borang soal
selidik. Borang soal selidik ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
A demografi responden dan bahagian B yang mengandungi 15 soalan yang berkaitan
dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Responden sasaran adalah terdiri daripada
peniaga makanan dan minuman yang berniaga di sekitar Presint 2 , Putrajaya bagi
mendapatkan pendapat tentang penggunaan bahan mesra alam dalam kehidupan
seharian mereka. Data-data yang dikumpul melalui borang soal selidik seterusnya
akan direkodkan dan dianalisis untuk menjelaskan data-data yang dikumpul kepada
data yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh masyarakat umum.

7.0 DAPATAN HASIL ANALISA KAJIAN

Dapatan analisa soal selidik responden dibahagikan kepada 2 bahagian utama termasuklah
Bahagian A mengenai demografi responden manakala Bahagian B mengenai jenis bahan
mesra alam yang digunakan , tahap pengetahuan terhadap penggunaan bahan mesra alam
serta cabaran dalam menggunakan bahan mesra alam.

Hasil dapatan yang kami peroleh amat memberangsangkan dimana banyak peniaga
trak makanan dan minuman yang berniaga pada hari Isnin bersamaan 06 November 2017 di
tapak Foodtruck Presint 2 , Putrajaya. Tapak Foodtruck yang kami pergi amat meriah dengan
remaja serta keluarga yang datang untuk menjamu selera di trak makanan kesukaan mereka.
Kami mengedarkan borang soal selidik kepada seorang peniaga bagi mewakili trak
makanan dan minuman yang mereka jalankan. Kami memulakan pengedaran soal selidik
pada jam 11 malam supaya tidak menganggu aktiviti dan operasi penjualan makanan dan
minuman oleh para peniaga.

Bahagian A : Demografi Responden

JANTINA

24%
LELAKI
PEREMPUAN

76%

Rajah 1 : Jantina

Rajah diatas menunjukkan jantina responden yang terlibat di dalam kajian pengkaji. Seramai
12 orang yang menjawab soal selidik yang dijalankan. Ianya terdiri daripada 10 orang lelaki
yang menunjukkan 76% dan 2 orang responden perempuan yang menunjukkan 24% sahaja.
UMUR
UMUR

12
10
10
8
6
4
2
2 0 0
0
20-29 30-39 40-49 50-59

Rajah 2 : Umur

Rajah 2 menunjukkan tahap umur responden yang terlibat dalam kajian ini. Lingkungan umur
20-29 adalah paling ramai iaitu 10 orang. Ini menunjukkan golongan muda belia memonopoli
perniagaan dikawasan kajian tersebut. Seterusnya, terdapat 2 orang lingkungan umur 30-39
yang menjadi responden dalam kajian tersebut. Lain-lain lingkungan umur tidak mempunyai
responden.

BANGSA

LAIN-LAIN
INDIA
CINA
0% MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
100%

Rajah 3 : Bangsa

Rajah 3 menunjukkan bangsa responden yang terlibat dalam kajian tersebut. Di dalam kajian
ini, 100% menunjukkan responden melayu yang terlibat di dalam kajian ini.
TARAF PENDIDIKAN

IJAZAH

PMR/STPM

SPM

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

SPM PMR/STPM IJAZAH


PETUNJUK 8 0 3

Rajah 4 : Taraf Pendidikan

Rajah 4 menunjukkan taraf pendidikan responden yang terlibat di dalam kajian ini.
Responden yang mempunyai taraf pendidikan SPM seramai 8 orang. Ini menunjukkan taraf
pendidikan SPM reponden adalah paling ramai. Seterusnya, seramai 3 orang responden yang
mempunyai taraf pendidikan ijazah. Lain-lain taraf pendidikan seperti PMR dan STPM
menunjukkan tiada responden.

Bahagian B : (i) Jenis-jenis bahan mesra alam

JENIS-JENIS BAHAN MESRA ALAM

Adakah anda menggunakan plastik mesra alam


dalam perniagaan anda?

Adakah anda mengehadkan penggunaan plastik


dalam perniagaan anda?

Adakah anda mengenakan cas RM 0.20 untuk


plastik makanan?

Adakah anda menggunakan bekas minuman yang


mesra alam?

Adakah anda menggunakan bekas makanan yang


mesra alam?

0 2 4 6 8 10 12 14

Tidak Ya
Bahagian B pula akan menjelaskan tentang pengetahuan pemilik perusahaan food truck di
sekitar Foodtruck Presint 2, Putrajaya. Bagi mengetahui pengetahuan pemilik perusahaan
tentang jenis-jenis bahan mesra alam terdapat lima soalan khusus telah disediakan. Bagi
pernyataan adakah anda menggunakan bekas makanan mesra alam, sekurang-kurangnya 10
orang responden menjawab ya menandakan bahawa mereka menggunakan bekas makanan
mesra alam semasa menyediakan makanan kepada pelanggan mereka. Dua orang yang lain
pula menjawab tidak bagi pernyataan ini menandakan bahawa mereka tidak menggunakan
bahan mesra alam sebagai bekas makanan dalam perniagaan makanan mereka. Bagi
pernyataan adakah anda menggunakan bekas minuman mesra alam pula, sebanyak 7 orang
responden bersetuju dengan menanda ya manakala baki 5 orang yang lain pula menanda
tidak.

Kebanyakan peniaga trak makanan menggunakan bekas makanan mesra alam namun
penggunaan bekas minuman mesra alam pula masih kurang digunakan. Walaupun masih
kurang dan tidak menyeluruh, kesedaran dalam kalangan peniaga trak makanan untuk
menggunakan bahan mesra alam dalam penjualan makanan dan minuman di premis
perniagaan mereka. Pernyataan seterusnya iaitu pernyataan adakah anda mengenakan cas 20
sen untuk plastik makanan yang digunakan, kesemua 13 orang responden menanda tidak. Hal
ini kerana permintaan plastik daripada pelanggan terutamanya bagi tujuan pembungkusan
tidak dihadkan oleh peniaga trak makanan malahan pelanggan bebas meminta plastik
daripada peniaga.

Hasil ini menujukkan masih wujud kebimbangan tentang penggunaan plastik secara
berlebihan oleh pelanggan kerana peniaga tidak mengenakan cas untuk permintaan plastik.
Pernyataan adakah anda mengehadkan penggunakan plastik dalam perniagaan, 8 responden
menjawab tidak dan hanya 4 orang menjawab ya. Hal ini kerana menurut sesetengah pemilik
trak makanan yang lain menyatakan permintaan pelanggan perlu dipenuhi dan mereka juga
tidak kisah untuk memberikan plastik kepada pelanggan sekiranya terdapat permintaan.

Bagi pernyataan adakah anda menggunakan plastik mesra alam dalam perniagaan pula
sebanyak 9 orang responden menjawab ya menandakan mereka menggunakan plastik mesra
alam dalam perniagaan mereka. Baki 3 orang responden pula menanda tidak bagi pernyataan
ini. Keseluruhannya, responden sudah mula menggunakan bahan mesra alam dalam
perniagaan mereka bagi penyediaan makanan dan minuman yang akan dijual. Penggunaan
plastik juga masih digunakan oleh responden dan tidak dikenakan cas bagi penggunaan
plastik seperti yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini.

Bahagian B : (ii) Tahap pengetahuan tentang penggunaan bahan mesra alam

TAHAP PENGETAHUAN TENTANG


PENGGUNAAN BAHAN MESRA ALAM
Adakah anda mengetahui kesan bahan terurai
kepada alam sekitar.
Adakah anda mengetahui jenis bahan yang terurai
atau tidak terurai
Adakah pihak berkuasa tempatan menyediakan tong
kitar semula berhampiran dengan tapak
Adakah anda tahu tentang kategori bahan mesra
alam yang boleh di kitar semula.
Adakah anda biasa menggunakan produk mesra
alam bahan dalam perniagaan anda

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Tidak Ya
Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada pemilik perusahaan food
truck di sekitar Foodtruck Presint 2, Putrajaya untuk melihat tahap pengetahuan tentang
penggunaan bahan mesra alam semasa menjalankan perniagaan. Bagi melihat tahap
pengetahuan responden tentang penggunaan produk mesra alam alam dalam perniagaan
menunjukkan 8 orang responden mengatakan ya menggunakan bahan mesra alam manakala 4
orang responden mengatakan tidak . Ini menunjukan lebih ramai peniaga yang mempunyai
pengetahuan terhadap penggunaan bahan mesra alam . Hal ini adalah kerana terdapat banyak
kempen-kempen kesedaran mengenai kepentingan penggunaan bahan mesra alam di media
elektronik dan juga media cetak.

Bagi soalan mengenai pengetahuan peniaga tentang kategori bahan mesra alam boleh
dikitar semula atau tidak menunjukkan seramai 7 orang responden mengatakan ya manakala
5 orang responden mengatakan tidak. Dapatan ini menunjukan terdapat ramai responden
mengetahui kategori bahan mesra alam. Responden mengetahui informasi atau maklumat ini
melalui iklan dalam televisyen ,Youtube dan Facebook tentang ketegori bahan mesra alam
tersebut.

Soalan penyediaan tong kitar semula di tapak perniagaan , menunjukan jumlah yang
sama mengatakan ya dan tidak , di mana 6 orang menjawab ya dan tidak. Menurut responden
, tong sampah yang disediakan di tapak perniagaan bukanlah tong sampah bagi bahan kitar
semula . Hal ini menunjukan tahap pengetahuan pihak berkuasa tentang kesedaran menjaga
alam sekitar kurang memuaskan.

Seterusnya, melalui kertas soal selidik yang diedarkan adalah bertujuan untuk melihat
tahap pengetahuan peniaga sama ada peniaga mengetahui jenis barang terurai atau tidak.
Responden menunjukan 7 orang yang mengatakan ya manakala 5 orang yang mengatakan
tidak. Ini menunjukan responden yang mengetahui jenis barang yang mudah terurai lebih
ramai daripada responden yang tidak mengetahui. Besar kemungkinan ramai responden yang
mendapat pendidikan serta pengetahuan di sekolah atau media massa tentang jenis barang
terurai atau tidak.

Bagi soalan untuk melihat tahap pengetahuan responden tentang kesan bahan terurai
telah menunjukan seramai 8 orang yang mengatakan ya manakala 4 orang yang mengatakan
tidak yang mengetahui kesan barang terurai, pemilik peniagaan mengatakan kesan barang
terurai boleh mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar kerana ia mudah terurai kerana
bahan terurai tidak memerlukan masa yang lama untuk dilupuskan.
Bahagian B : (iii) Cabaran dalam menggunakan bahan mesra alam

Kerjasama peniaga

Sokongan daripada pihak berwajib

Kesedaran menggunakan bahan mesra alam

Kesukaran mendapatkan stok bahan mesra alam

Kos yang lebih tinggi

0 2 4 6 8 10 12

TIDAK YA

Bahagian ini menjelaskan mengenai cabaran yang dihadapi oleh peniagan trak makanan
dalam menggunakan bahan mesra alam dalam perniagaan mereka. Antara bahan-bahan mesra
alam yang boleh dikitar semula dan sering digunakan oleh peniaga ini ialah seperti beg
kertas, bekas pembungkus makanan, bekas minuman dan lain-lain. Bagi soalan mengenai kos
penggunaan bahan mesra alam dalam perniagaan mereka, 6 orang peniagaan bersetuju
bahawa kos penggunaan bahan mesra alam dalam bisnes perniagaan trak makanan adalah
lebih tinggi berbanding bahan bukan mesra alam. Ini kerana harganya lebih mahal
berbanding bahan-bahan mesra alam yang tidak boleh terurai.

Selain itu, bagi soalan seterusnya adalah mengenai kesukaran bagi mendapatkan bahan-bahan
mesra alam berbanding bahan bukan mesra alam seperti beg kertas, bekas pembungkus
makanan dan sebagainya. Jawapan yang diperolehi menunjukkan bahawa 3 orang
menyatakan mereka menghadapi kesukaran bagi mendapatkan stok bahan-bahan tersebut dan
9 orang peniaga lagi menyatakan tidak kerana mudah bagi mereka mendapatkan stok bahan-
bahan tersebut. Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan mesra alam dalam
pembungkusan makanan semakin meluas dalam perniagaan trak makanan berbanding dahulu
di mana dahulu banyak menggunakan bekas polistren yang mencemarkan alam sekitar dan
sukar untuk dikitar semula.

Seterusnya adalah mengenai tahap kesedaran peniaga ini dalam menggunakan bahan-bahan
mesra alam yang boleh dikitar semula dalam menjalankan perniagaan mereka. Hasil kajian
mendapati 10 orang menyatakan tentang kesedaran mereka mengenai kepentingan
penggunaan bahan mesra alam dalam perniagaan ini dan 2 orang responden lagi menyatakan
bahawa mereka tidak menyedari mengenai kepentingan penggunaan bahan mesra alam ini
dalam perniagaan mereka kerana tidak mendatangkan keuntungan.

Di samping itu, soalan seterusnya adalah mengenai penyediaan tempat pembuangan bahan-
bahan mesra alam ini bagi tujuan kitar semua di kawasan tapak perniagaan trak makanan.
Hasil kajian mendapati 9 orang peniagaan bersetuju bahawa mereka mendapat sokongan
daripada pihak berwajib dalam menyediakan kemudahan tong sampah kitar semula bagi
tujuan pembuangan bahan-bahan mesra alam ini. Peniaga yang selebihnya seramai 3 orang
lagi menyatakan bahawa pihak berwajib tidak menyediakan kemudahan tong kitar semula
bagi pembuangan bahan-bahan mesra alam ini.

Bagi soalan yang terakhir pula, 10 orang peniaga menyatakan persetujuan bahawa peniaga-
peniaga trak makanan yang lain memberikan kerjasama dalam penggunaan bahan-bahan
mesra alam dalam perniagaan trak makanan ini. Manakala 2 orang peniaga yang selebihnya
menyatakan bahawa peniaga-peniaga lain tidak memberikan kerjasama dalam penggunaan
bahan-bahan mesra alam dalam perniagaan trak makanan ini. Contoh bahan mesra alam yang
sering digunakan oleh peniaga ialah bekas pembungkus makanan, bekas minuman dan beg
kertas.

8.0 KESIMPULAN

Kesedaran terhadap penggunaan bahan mesra alam amat penting untuk diterapkan dalam diri
setiap individu tidak kira apa jua jenis pekerjaan yang disandang. Rata-rata para peniaga trak
makanan dan minuman yang beroperasi di Presint 2 , Putrajaya terdiri daripada lelaki
berbanding perempuan dan kebanyakan berumur sekitar 20-29 tahun. Peniaga trak makanan
dan minuman ini terdiri daripada remaja dan belia yang sudah menamatkan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) , Diploma atau Ijazah Sarjana Muda amnya. Kajian ini dijalankan untuk
meninjau sejauhmana tahap kesedaran peniaga trak makanan dan minuman terhadap
penggunaan bahan mesra alam dalam perniagaan yang dijalankan di tapak trak makanan
Presint 2 , Putrajaya. Secara keseluruhan hasil analisa soal selidik yang dijalankan , para
peniaga trak makanan dan minuman tidak menggunakan bahan mesra alam dalam aktiviti
penjualan makanan serta minuman.

Kebanyakan peniaga lebih suka menggunakan plastik pembungkus makanan berbanding


beg kertas yang lebih mesra alam. Plastik yang digunakan amat sukar untuk dilupuskan dan
boleh mendatangkan pencemaran seperti pencemaran tanah semasa aktiviti pelupusan yang
tidak efektif dilakukan oleh para peniaga khususnya. Pelbagai faktor penggunaan plastik
pembungkus makanan kerap kali dijalankan termasuklah harga plastik lebih murah
berbanding beg kertas untuk mengisi makanan atau minuman yang dijual. Plastik juga
mempunyai ketahanan yang tinggi berbanding beg kertas dimana cepat koyak apabila basah
atau terlebih berat. Para peniaga juga jarang mengasingkan bahan buangan mengikut kategori
bahan kitar semula kerana faktor persendirian iaitu sikap malas dan sambil lewa. Para
peniaga tidak mahu memikirkan kesan yang bakal mereka hadapi pada masa akan datang.

Hasil daripada temubual yang pengkaji jalankan bersama peniaga trak makanan di
Presint 2 , Putrajaya , kebanyakan peniaga mengetahui kategori bahan mesra alam yang boleh
dikitar semula termasuklah kertas surat khabar , botol plastik dan tin minuman. Peniaga trak
makanan juga memaklumkan bahawa di setiap tapak penjualan akan disediakan tong-tong
sampah kitar semula bagi memudahkan peniaga mengasingkan bahan buangan mereka.
Namun , tong kitar semula tersebut amat jarang digunakan dengan baik dimana terdapat
segelintir peniaga yang membuang sisa bahan buangan mereka tanpa mengikut jenis kategori
bahan buangan yang dipamerkan pada setiap tong sampah kitar semula. Ini menyusahkan
pelbagai pihak untuk mengasingkan semula bahan buangan yang telah dibuang oleh peniaga
trak makanan dan minuman di Presint 2 , Putrajaya.

Secara kesimpulannya , para peniaga mempunyai tahap kesedaran yang sederhana dalam
penggunaan bahan mesra alam. Hal ini harus dipertingkatkan lagi dengan mengadakan
pelbagai kempen untuk menyeru para peniaga untuk menggunakan sepenuhnya bahan mesra
alam dalam aktiviti penjualan makanan dan minuman yang dijalankan. Galakan dan
sokongan daripada pelbagai pihak haruslah diberikan kepada para peniaga supaya mereka
dapat membuka mata dan lebih cakna akan perubahan yang bakal terjadi dalam menghayati
dan mengamalkan penggunaan bahan mesra alam ini demi kebaikan bersama.

Justeru itu , sebagai masyarakat serta komuniti yang prihatin akan kelestarian alam
sekitar , kita juga harus sama-sama menyokong penggunaan bahan mesra alam dalam aktiviti
perniagaan makanan dan minuman dengan mengurangkan permintaan terhadap penggunaan
bekas makanan bukan mesra alam seperti bekas plastik dalam kehidupan seharian kita.
Penggunaan bahan mesra alam dalam melestarikan alam sekitar mampu memberikan impak
yang lebih besar dan positif kepada negara di masa akan datang.
9.0 RUJUKAN

i. Ahmad Syuwari Bin Saluddin (2010) Kelestarian Alam Sekitar: Penggunaan Polisterin
dan Beg Plastik. Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Alias Baba (1999) Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

iii. Asan Ali Golam Hassan (2008) Pembangunan Wilayah dan Alam Sekitar: Cabaran
dalam Merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan. Universiti Utara Malaysia.

iv. Chengyam Yue (2010) Are Consumers Willing to Pay More for Biodegradable
Containers Than for Plastic Ones? Evidence from Hypothetical Conjoint Analysis and
Nonhypothetical Experimental Auctions. Journal of Agricultural and Applied Ecoomics
42, 757-772.

v. Hazura Abu Bakar, Syarifah Norhaidah Syed Idros (2007) Pemeliharaan Alam Tabii
Bersumberkan Pengetahuan Islam. DP Jilid 7, Bil. 1/2007. Universiti Sains Malaysia.
vi. Jamilah Hj. Ahmad, Hasrina Mustafa (2011) Pengetahuan, Sikap Dan Amalan
Masyarakat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar. Akademia 81(3), 103-115.

vii. Jamilah Ahmad et al. (2011) Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia
terhadap Isu Alam Sekitar. Akademika 81(3), 103-115. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.

viii. Mohamad Fazli Sabri, Teoh Yong Yong (2006) Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan
Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Pertanika J. Soc. Sci
& Hum. 14(2), 95- 109. ISSN: 0128-7702. Universiti Putera Malaysia., Serdang.

ix. Noraziah Mohd Yusop, Latipah Sidek (2010) Pendidikan Alam Sekitar Dalam
Pendidikan Islam: Peranan Guru. Proceedings of The 4th International Conference of
Teacher Education: Join Conference UPI&UPSI Bandung, Indonesia. 8-10 November
2010. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

x. Norfadillah Derahim, Halimaton Saadiah Hashim, Noraziah Ali, Sarah Aziz (2012)
UKM Sebagai Kampus Lestari: Tinjauan Awal Pengetahuan, Kesedaran Dan Penglibatan
Pelajar Dan Kakitangan di Kampus UKM Bangi. Geografia-Malaysia Journal of Society
and Space 8(8), 76 90.

10.0 LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK


KAJIAN TENTANG KESEDARAN PENIAGA MAKANAN DAN MINUMAN DI
SEKITAR PKNS SEKSYEN 8 TENTANG PENGGUNAAN BAHAN MESRA ALAM
FALSAFAH ALAM SEKITAR LMCR3133

Makluman kepada responden:

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kajian dalam subjek LMCR3133 Falsafah
Alam Sekitar. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan responden tentang
penggunaan bahan mesra alam. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia
hanya akan digunakan bagi kepentingan kajian sahaja

Bahagian A: Demografi responden


Bagi setiap item, sila tandakan ( / ) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
JANTINA TAHAP PENDIDIKAN
L( ) PMR (
)
P( ) SPM (
)
STPM (
)
IJAZAH SARJANA MUDA ( )

UMUR
20-29 ( )
30-39 ( )
40-49 ( )
50-59 ( )
60-69 ( )

JENIS PERNIAGAAN (Nyatakan):


.

BANGSA
MELAYU ( )
CINA ( )
INDIA ( )
LAIN-LAIN (
Nyatakan):

Bahagian B: Pengetahuan responden tentang penggunaan bahan mesra alam


Sila tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan.

JENIS-JENIS BAHAN MESRA ALAM YA TIDAK


1. Adakah anda mengetahui bahan-bahan mesra alam?

2. Adakah anda mengetahui maksud warna-warna pada tong sampah mesra


alam?

3. Adakah anda menggunakan bahan mesra alam di dalam perniagaan anda?

4. Adakah anda mengasingkan bahan buangan mengikut kategori bahan


mesra alam

5. Adakah anda mengetahui bahan-bahan mesra alam merupakan bahan yang


berasaskan daripada bahan hijau?

TAHAP PENGETAHUAN TENTANG PENGGUNAAN BAHAN MESRA


ALAM

6. Adakah anda biasa menggunakan produk mesra alam bahan dalam


perniagaan anda

7. Adakah anda tahu tentang kategori bahan mesra alam yang boleh di kitar
semula

8. Adakah pihak berkuasa tempatan menyediakan tong kitar semula


berhampiran dengan tapak perniagaan anda.

9. Adakah anda mengetahui jenis bahan yang terurai atau tidak terurai

10. Adakah anda mengetahui kesan bahan terurai kepada alam sekitar.

CABARAN DALAM MENGGUNAKAN BAHAN MESRA ALAM

11. Bahan mesra alam kos lebih tinggi daripada bahan bukan mesra alam?

12. Adakah anda mengunakan Adakah anda susah untuk mendapatkan bahan
mesra alam daripada bahan bukan mesra alam?
13. Adakah anda mempunyai sikap kesedaran dalam mengunakan bahan mesra
alam?

14. Adakah anda mendapat sokongan daripada pihak berwajib dalam


penyediaan tempat kemudahan pembuangan bahan mesra alam?

15. Adakah peniaga di sekitar anda turut bekerjasama dalam penggunaan


bahan mesra alam?

Tarikh : 10 Oktober 2017


Kepada pihak yang berkenaan

Tuan/puan,

SURAT KEBENARAN UNTUK MELAKUKAN PEMERHATIAN

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar perlu melakukan tinjauan dan pemerhatian sekitar
PKNS Seksyen 8 bagi memenuhi keperluan Kursus LMCR3133 Falsafah Alam Sekitar.
3. Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan
kerjasama kepada pelajar seperti senarai di bawah untuk melakukan pemerhatian di tempat tuan/puan.

Bil No. Matrik Nama


1 A148556 DIANI AMIRA BINTI HAMZAH
2 A149968 STEFANEY AMING
3 A149232 MUHAMAD AMIRUL BIN ANUAR
4 A151392 MOHAMAD SYAZWAN BIN CHE HAMZAH
5 A149547 MAHDI BIN ABDULLAH
6 A150865 MOHAMED HAZEEM BIN A HAMID SHOKERY MOHAMED
7 A151426 SITI MALIATI AZZAHRA BINTI YUSOF
8 A151251 SITI NASUHA BINTI ZAINUDIN

Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih,

Yang benar,

.
Prof. Madya Dr. Mashitoh Binti Yaacob
Pensyarah Kursus
LMCR 3133 Falsafah Alam Sekitar.
Pusat Citra, UKM

You might also like