You are on page 1of 5

REFLEKSI KUMPULAN 3

(LAWATAN KE MAKMAL RUMAH TUMBUHAN UKM)

KURSUS:
LMCR3353 BIOTEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

TUGASAN KUMPULAN (REFLEKSI) :


LAWATAN KE RUMAH TUMBUHAN UKM

PENSYARAH:
PROF. DR. LATIFAH BINTI AMIN

DISEDIAKAN OLEH :
IQBAL SYAHMI BIN SABIN (A150590)

SITI AISYAH BINTI BUHARI (A151285)

MOHD IZWAN BIN AB GHANI (A151267)


NURULHUDA BINTI GHAZALI (A151355)
SITI NASUHA BINTI ZAINUDIN (A151251)
MUHAMAD AMIRUL BIN ANUAR (A149232)
MUHAMMAD YASIIR BIN HAMDAN (A151451) 
SITI MALIATI AZZAHRA BINTI YUSOF (A151426)
MOHAMAD SYAZWAN BIN CHE HAMZAH (A151392)

WAN HAFIZ SYAZWAN BIN WAN MAZLAN (A152063)

MOHAMED HAZEEM BIN A HAMID SHOKERY MOHAMED (A150865)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”
REFLEKSI KUMPULAN 3
(LAWATAN KE MAKMAL RUMAH TUMBUHAN UKM)

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada hari Rabu yang lalu bersamaan 3 Mei 2017 , seramai hampir 80 orang pelajar
kursus LMCR3353 Bioteknologi dan Masyarakat telah mengikuti lawatan sambil
belajar ke sebuah makmal Bioteknologi yang terletak di Universiti Kebangsaan
Malaysia iaitu Makmal Rumah Tumbuhan (MBT). Lawatan yang diselia oleh Prof.
Dr. Latifah Binti Amin ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami selaku
para pelajar yang mengikuti kursus ini mengenai penyelidikan-penyelidikan umum
yang dijalankan berteraskan bidang bioteknologi. Di samping itu, lawatan ini juga
bertujuan untuk memperkenalkan kami kepada teknik-teknik asas bioteknologi.

Setibanya di MBT, kami diberikan sedikit penerangan mengenai latar belakang


penubuhan MBT ini oleh salah seorang pakar penyelidik Inbiosis di MBT iaitu Dr.
Emelda. Di samping itu, di dalam sesi penerangan yang sama, beliau turut
mendedahkan kepada kami tentang manfaat-manfaat yang lazimnya diperoleh
manusia dan alam sekitar melalui proses bioteknologi yang dijalankan. Selain itu,
beliau turut memperkenalkan kepada kami tentang konsep empat warna yang
digunakan dalam bidang bioteknologi iaitu putih, merah, biru dan hijau. Setiap
organisma dikelaskan mengikut warna-warna ini berdasarkan ciri-ciri tertentu yang
dimiliki oleh organisma tersebut.

Seterusnya, Dr. Emelda turut memaparkan kepada kami gambar-gambar kitaran


proses bioteknologi yang diaplikasikan ke atas tumbuhan seperti tomato, jagung,
manggis dan lain-lain. Melalui perkongsian yang disampaikan oleh Dr. Emelda,
tujuan proses bioteknologi dijalankan ke atas tumbuhan-tumbuhan tersebut adalah
REFLEKSI KUMPULAN 3
(LAWATAN KE MAKMAL RUMAH TUMBUHAN UKM)

bagi meningkatkan produktiviti penghasilan sesuatu tumbuhan. Di samping itu,


proses-proses ini juga bertujuan mempelbagaikan biomolekul sesuatu tumbuhan.
Perkongsian yang disampaikan ini sedikit sebanyak telah menerbitkan rasa keterujaan
dalam diri kami untuk lebih mengenali bidang bioteknologi.

Selesai sesi perkongsian maklumat daripada Dr. Emelda, para pelajar dibahagikan
kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ahli lebih kurang 30 orang.
Kumpulan pertama dibawa melawat ke Taman Paku Pakis, manakala kumpulan kedua
dibawa ke sebuah makmal yang menempatkan pelbagai jenis benih tumbuhan seperti
pisang dan tomato. Kami tergolong di dalam kumpulan kedua. Disini kami dapat
melihat biji-biji benih diletakkan di dalam bekas kelalang dan ada juga yang
diletakkan di dalam cawan petri. Melalui penerangan yang disampaikan oleh
penyelidik disitu, makmal ini menempatkan tumbuhan-tumbuhan yang berada di
dalam kawalan pembiakan oleh pakar penyelidik. Melalui permerhatian kami,
terdapat beberapa tumbuhan yang gagal tumbuh subur seperti tumbuhan yang lain
kerana sudah diselaputi oleh kulat.

Setelah itu, kami diberi peluang untuk melawat makmal yang seterusnya. Melalui
pemerhatian kami, makmal ini menempatkan alat-alat bioteknologi yang berteknologi
tinggi. Di sini kami diberi penerangan ringkas tentang penyelidikan berteraskan gen
iaitu “Gene Expression”. Penyelidikan ini banyak menggunakan DNA serta RNA
dalam kajian yang dijalankan. “Pipe Pen” merupakan alat utama dalam eksperimen
molekul seperti yang dikongsikan oleh pakar di makmal tersebut. Ada juga mesin
berteknologi tinggi yang digunakan untuk membantu pemisahan lapisan bagi sesuatu
eksperimen atau kajian yang dijalankan. Keadaan ini berlaku kerana untuk menunggu
sesuatu lapisan itu terhasil memakan masa yang agak lama berbanding menggunakan
alat atau mesin yang lebih singkat waktunya.
REFLEKSI KUMPULAN 3
(LAWATAN KE MAKMAL RUMAH TUMBUHAN UKM)

Akhir sekali , kami dibawa melawat ke Taman Paku Pakis UKM. Kami diberikan
pengalaman untuk menanam sendiri tanaman serta mengenal nama-nama tumbuhan
seperti pokok bangun-bangun , daun rama-rama , daun kesum , pokok rosel dan
banyak lagi. Daun kesum dikatakan dapat membantu menangani kanser dan masih
dilakukan penyelidikan yang lebih meluas oleh makmal itu sendiri.

Tuntasnya , banyak informasi serta pengalaman baru kami peroleh sepanjang


lawatan ini dijalankan. Oleh itu, kami amat berharap agar pendedahan sebegini
banyak diadakan lagi selepas ini agar dapat memberikan kesedaran kepada pelajar-
pelajar tentang fungsi Bioteknologi dalam kehidupan seharian sekali gus menjadikan
kursus “ Bioteknologi dan Masyarakat” ini lebih menarik dan mendapat perhatian
para pelajar yang menyertai kursus ini. Majulah Bioteknologi untuk Masyarakat.

LAMPIRAN (FOTO KETIKA SESI LAWATAN)


REFLEKSI KUMPULAN 3
(LAWATAN KE MAKMAL RUMAH TUMBUHAN UKM)

Kajian di makmal Bioteknologi

Lawatan ke Taman Paku Pakis UKM

Makmal penyelidikan “Gene


Expression”

You might also like