You are on page 1of 33

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

DR. NURUL YUZIANA BINTI MOHD YUSOF

Disediakan oleh:

Dhanaraaj A/L Vinayagam (A161804)

Izzul Ilham bin Jamaludin (A167670)

Muhammad Adib Fadhlullah bin Muhammad Lukman (A167685)

Kelly Ee - Lin Tan (A179984)

Muhammad Irfan Qayyim bin Mohd Zaini (A181305)

Pensyarah:

Lt. Kol. Mohd Jasmy bin Abd Rahman

Dr. Fariza binti Khalid

Dr. Mohd Khalid bin Mohamad Nasir

1
PRAKATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara daripada kami, pelajar
GGGE3403 Kursus Citra Fotografi bagi memulakan penulisan biografi tokoh akademik. Kami
yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Dhanaraaj A/L Vinayagam, Izzul Ilham bin Jamaludin,
Muhammad Adib Fadhlullah bin Muhammad Lukman, Kelly Ee - Lin Tan dan Muhammad Irfan
Qayyim bin Mohd Zaini ingin melepaskan rasa syukur kerana dapat melaksanakan kajian tokoh
akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM walaupun dalam era pandemik kini
yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kekangan fizikal tidak menjadi penghalang
bagi kami daripada menyiapkan tugasan ini dengan jayanya oleh kerana wujudnya
medium-medium bersemuka secara atas talian.

Terlebih dahulu, ingin sekali kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Nurul Yuziana
binti Mohd Yusof yang sudi meluangkan masa bersama kami untuk ditemu ramah bagi
melaksanakan kajian tokoh akademik ini dan kerjasama Dr. Yuziana sangat kami hargai. Peluang
yang diberikan ini tidak akan kami sia-siakan dan perkongsian pengalaman Dr. Yuziana kepada
kami akan kami manfaatkan dalam kehidupan dan melalui penulisan biografi ini.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kolonel Mohd Jasmy
bin Abdul Rahman sebagai penyelaras Kursus Citra Fotografi ini yang telah memberikan tunjuk
ajar serta menyediakan pelbagai bahan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Harapan
kami melalui penulisan biografi tokoh akademik ini agar kita sama-sama dapat memperoleh
semangat dan inspirasi untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat.

2
ISI KANDUNGAN
Muka surat

1. Prakata 2

2. Isi Kandungan 3

3. Pendahuluan 4-6

4. Latar Belakang Keluarga 7-9

5. Latar Belakang Pendidikan 10-14

6. Pembinaan Kerjaya 15-19

7. Kejayaan dan Sumbangan 20-24

8. Perancangan dan Harapan 25-26

9. Penutup 27

10. Rujukan 28-31

11. Lampiran 32-33

3
Dr. Nurul Yuziana binti Mohd Yusof

Dhanaraaj A/L Vinayagam, Izzul Ilham bin Jamaludin, Muhammad Adib Fadhlullah bin
Muhammad Lukman, Kelly Ee - Lin Tan, Muhammad Irfan Qayyim bin Mohd Zaini

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENDAHULUAN

Tugasan ini merupakan penulisan biografi tokoh akademik tentang Dr. Nurul Yuziana
binti Mohd Yusof iaitu seorang ahli akademik, ahli penyelidik serta antara pensyarah di kampus
induk, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau merupakan pensyarah dan
penyelidik di UKM dalam bidang bioteknologi. Walaupun kini beliau berada di bawah Jabatan
Sains Bumi dan Alam Sekitar, beliau masih terlibat secara aktif dalam pengajaran terhadap
pelajar gugusan bioteknologi di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Biografi ini mengandungi
lima bab utama iaitu bermula daripada bab berkaitan kehidupan awal beliau sehingga kehidupan
diri beliau yang terkini.

4
Bab pertama biografi ini sedikit sebanyak memperihalkan tentang latar belakang keluarga
Dr. Nurul Yuziana binti Mohd Yusof sebagai permulaan biografi yang menumpukan kepada
kisah hidup beliau pada peringkat awal. Bab ini meliputi beberapa aspek seperti aspek asal-usul,
tempat kelahiran dan kisah keluarga beliau yang berkaitan dengan bilangan adik beradik serta
pekerjaan ibu bapa beliau. Melalui bab ini juga, kita akan mengetahui faktor-faktor yang
merangsang pembentukan keperibadian beliau sebagai seorang penyelidik serta pendidik.

Pelajar Kursus Citra Fotografi Universiti Kebangsaan Malaysia menemubual Dr. Yuziana di
pelantar Google Meet bertarikh 7 Jun 2021

Seterusnya, bab kedua adalah berkaitan tahap pendidikan beliau dari peringkat awal
sekolah rendah sehingga ke peringkat kedoktoran. Sejak dari awal lagi, beliau melibatkan diri
dalam aliran sains bermula dari sekolah menengah hinggalah ke universiti. Selain bidang sains,
beliau juga berbakat dalam bidang seni dengan menjadikannya sebagai subjek pilihan di sekolah.
Hal ini dapat kita lihat bahawa pemikiran yang cerdas dalam bidang sains turut dipengaruhi oleh
minda yang kreatif. Bab ini juga banyak menceritakan aktiviti penyelidikan yang pernah
dilakukan sepanjang beliau menjalankan pengajiannya dari peringkat ijazah sarjana muda
sehingga peringkat ijazah kedoktoran. Kita dapat lihat kesungguhan beliau serta minat yang
mendalam terhadap bidang bioteknologi dalam penyelidikan-penyelidikan yang telah
dilakukannya semasa beliau masih berada dalam alam pengajian.

5
Bab ketiga pula akan menceritakan tentang kerjaya Dr. Nurul Yuziana binti Mohd Yusof
selepas beliau bergraduasi daripada universiti. Bab ini akan mendedahkan kepada kita bagaimana
kerjaya beliau dibentuk sehingga menjadikan beliau sebagai penyelidik dan pensyarah pada masa
sekarang. Kita juga akan dapat melihat pengalaman yang akan dikongsikan beliau iaitu kerjaya
beliau sebagai seorang penyelidik atau saintis yang melibatkan bidang industri di samping
bidang akademik sebagai pensyarah universiti. Bahagian ini juga akan memberikan sebab kenapa
beliau mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai pendidik.

Bagi bab keempat biografi ini, sumbangan dan kejayaan Dr. Yuziana sepanjang
kerjayanya sebagai seorang saintis biologi molekul setakat ini akan dikongsikan. Beliau turut
menekankan bahawa kejayaan dalam bidang bioteknologi ini bukan sesuatu yang dianggap
mudah dicapai kerana ia melibatkan pelbagai aspek bidang lain secara meluas. Hal ini terutama
sekali dalam bidang penyelidikan di mana ia mengambil masa bertahun-tahun untuk memperoleh
hasil yang meyakinkan. Sehubungan dengan itu juga, hasil penyelidikan ini dianggap berjaya
apabila ia dapat diaplikasikan dalam kegunaan masyarakat melalui penghasilan produk-produk
berkaitan dan hal ini melibatkan banyak peringkat atau proses yang terperinci dan kompleks.
Oleh hal yang demikian, beberapa sumbangan dan kejayaan beliau hasil penyelidikannya
bersama saintis-saintis lain pada peringkat makmal yang dapat memberikan potensi dalam
meningkatkan kehidupan masyarakat turut diceritakan dalam bab ini.

Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah berkenaan tentang harapan dan perancangan
beliau untuk masa yang mendatang. Dalam bab akhir ini, fokus beliau berkaitan hasrat dan
harapan adalah terhadap pendidikan. Istilah pendidikan ini tidak terhad dalam kawasan universiti
sahaja malah terhadap masyarakat negara kita juga. Hal ini menjurus kepada tahap penerimaan
masyarakat terhadap kepentingan penyelidikan bidang bioteknologi. Perancangan beliau juga
dikongsi secara am dengan berfokuskan pada pemberian dan perkongsian ilmu yang dimiliki
beliau kepada masyarakat. Hal ini bagi memberikan kesedaran terhadap kepentingan ilmu sains
berkaitan bioteknologi yang sememangnya sangat signifikan untuk kemajuan masyarakat serta
negara.

6
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Nurul Yuziana binti Mohd Yusof atau Dr. Yuziana telah dilahirkan di Hospital
Universiti Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM) pada
tarikh 24 Disember 1979. Beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik dan
semua adik beradiknya adalah perempuan. Beliau sekeluarga pada awalnya menetap di Petaling
Jaya dan berpindah pula ke Bangi mengikut perpindahan kawasan tempat kerja bapa beliau.
Bapa beliau telah berkhidmat sebagai pembantu makmal kanan di Universiti Kebangsaan
Malaysia, UKM manakala ibu beliau pernah bekerja sebagai guru di sekolah menengah.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Bapa Dr. Yuziana yang merupakan anak kelahiran Tampin, Negeri Sembilan adalah
antara kakitangan terawal berkhidmat di UKM sebagai staf makmal sejak penempatan kampus
sementara UKM di Jalan Pantai lagi. Susulan pemindahan UKM dari Jalan Pantai ke Bangi, bapa
beliau turut terlibat sama berpindah bersama keluarganya ke Bangi. Bapa beliau merupakan

7
pembantu makmal kanan di Jabatan Zoologi iaitu bawah Fakulti Sains Hayat (kini dikenali
sebagai Fakulti Sains Teknologi, FST). Kerjayanya sebagai pembantu makmal kanan lebih
tertumpu kepada kerja lapangan yang berkaitan bidang zoologi atau haiwan. Bapa beliau telah
menghembuskan nafas terakhir pada penghujung tahun 2010 yang lalu akibat penyakit kanser
sebelum beberapa bulan Dr. Yuziana terlibat secara rasmi terhadap kerjayanya di UKM iaitu
pada Februari 2011.

Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM

Ibu kepada Dr. Yuziana yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang pendidik
iaitu bekerjaya sebagai seorang guru di sekolah menengah. Subjek sains dan biologi adalah
subjek yang diajar oleh ibu beliau. Ibu beliau juga mempunyai latar belakang berkaitan UKM
iaitu sebagai seorang graduan zoologi di UKM. Ibu beliau mempunyai sijil diploma dalam
bidang veterinar dan telah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam
program zoologi di Fakulti Sains Hayat (kini dikenali sebagai Fakulti Sains Teknologi, FST).
Sehubungan dengan itu, ibu beliau telah memilih bidang kerjayanya sebagai seorang guru. Kini,

8
ibu beliau sudah bersara daripada bidang pendidikan dan sekolah terakhir yang menjadi tempat
persaraannya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga di Bandar Baru Bangi.

Logo Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga,


Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Jalan Tiga

Hal ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa beliau menjadi inspirasi kepada Dr. Yuziana
dalam memupuk minat beliau berkaitan bidang penyelidikan serta pendidikan. Faktor kerjaya ibu
bapa beliau telah banyak memberikan pendedahan kepadanya dalam mengorak langkah ke alam
pengajiannya sehingga ke peringkat pekerjaan.

9
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dr. Nurul Yuziana binti Mohd Yusof atau mesra disapa sebagai Dr. Yuziana telah
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Seksyen 2 (SRKBBB) di
Selangor dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 pada 1986 hingga 1993. Sepanjang persekolahan dari
Tahun 1 hingga Tahun 6, beliau telah mendapat keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang baik.

Logo Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi

Seterusnya, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent


Kajang dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Sekolah Kluster Kecemerlangan ini terletak di
Bandar Kajang, Selangor. Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1930 dan sebuah sekolah
menengah bantuan kerajaan di mana ia dimasukkan ke dalam senarai sekolah di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia kerana pencapaian akademiknya yang membanggakan.

10
Logo Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan

Kebangsaan Convent Kajang Convent Kajang, Selangor

Pada tahun 1997, hasil daripada keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) yang cemerlang Dr Yuziana melanjutkan pelajaran Tingkatan 4 di Sekolah Menengah
Sains Muar di Johor. Beliau belajar di sini sehingga ke Tingkatan 5. Beliau telah mengambil
aliran Sains Biologi dengan subjek pilihan iaitu Pendidikan Seni. Selain minat dalam bidang
Sains sejak kecil lagi, melukis dan berseni adalah bakat yang dimiliki oleh beliau.

Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA merupakan sebuah
sekolah berasrama penuh yang terletak di kawasan Tanjung Agas. Sekolah ini telah ditubuhkan
pada 31 Mei 1983 di Kawasan yang seluas 42 ekar. Sepanjang tempoh sekolah ini ditubuhkan,
SAMURA telah melalui banyak perubahan yang positif dan pelbagai pencapaian yang
membanggakan. Bukan sahaja pencapaian di peringkat kebangsaan, malah di peringkat
antarabangsa juga. Ini juga seiring dengan moto yang didukung sekolah ini iaitu ‘Berilmu &
Berbakti’

11
Logo Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)

Dr Yuziana telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Dengan berbekalkan minat yang mendalam dalam Sains dan cita-cita untuk
melanjutkan pelajaran peringkat universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Seterusnya, beliau berpeluang untuk melangkah kaki dan mendapat pendidikan asas Sains di
Pusat Matrikulasi (UKM) Kuala Pilah.

Pusat Matrikulasi Kuala Pilah


(UKM)

12
Pusat Matrikulasi (UKM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini mula
beroperasi pada 1 Julai 1988 hasil kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat ini bertujuan untuk
menyediakan pelajar-pelajar Bumiputera untuk memasuki fakulti-fakulti di UKM.

Logo Pusat Matrikulasi Logo Kementerian Logo Kerajaan


Kuala Pilah Pendidikan Malaysia Negeri Sembilan

Berkat doa dan usaha, akhirnya rezeki beliau dapat melanjutkan pengajian peringkat
Sarjana Muda di UKM. Beliau telah mendapat kursus pilihan kedua iaitu Sains Bioperubatan di
Fakulti Sains Kesihatan, UKM. Kehidupan sebagai pelajar universiti beliau sangat
membanggakan. Tambahan lagi apabila beliau telah memilih bidang untuk melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana apabila didedahkan oleh seorang pensyarah Universiti Sains
Malaysia (USM) kepada bidang genomik. Oleh itu, Dr Yuziana telah melanjutkan pengajian di
peringkat Sarjana di UKM dalam bidang penyelidikan genomik ikan siakap pada tahun 2001 di
bawah PPBsBt, Fakulti Sains & Teknologi, UKM sejurus selepas tamatnya pengajian Sarjana
Muda.

13
Tanpa mengenal erti penat lelah dan minat yang sangat mendalam dalam menuntut ilmu
pendidikan, beliau meneruskan lagi pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD). Masih di
fakulti yang sama, PPBsBt, FST, UKM beliau meneruskan dalam bidang yang sama iaitu
melibatkan subjek ikan siakap. Tetapi kajian ini lebih kompleks dan mendalami tapak jalan
penghasilan highly unsaturated fatty acids (HUFA) iaitu DHA dan EPA. Ia merupakan produk
asid lemak yang sering kali dikaitkan dengan perkembangan otak manusia.

Logo Universiti Kebangsaan Malaysia Logo Fakulti Sains Kesihatan UKM

Dalam ingin melengkapkan kerja penyelidikan, beliau telah menjalankan sangkutan


penyelidikan di Institute of Aquaculture, University of Stirling di United Kingdom. Universiti ini
dikategorikan sebagai antara 50 universiti yang terbaik di bagi universiti yang berumur kurang
50 tahun menurut Times Higher Education World University Rankings. Dr Yuziana berada di
sana selama 3 bulan pada awal tahun 2009. Pada tahun 2010, beliau telah pun dianugerahkan
ijazah kedoktoran PhD dalam bidang Biokima.

Logo The University of Stirling

14
PEMBINAAN KERJAYA

Dr Yuziana telah memulakan kerjayanya sebelum beliau mendapatkan ijazah kedoktoran


lagi apabila beliau menyertai syarikat biofarmaseutikal tempatan pertama di Malaysia, iaitu Inno
Biologics Sdn Bhd, sebagai seorang saintis dalam bidang penyelidikan di Jabatan Sains Protein
(Department of Protein Science) pada bulan Disember 2010. Bidang pekerjaan beliau meliputi
pembangunan teknologi sel mamalia sebagai penghasil atau pengeluar kepada protein terapeutik
iaitu sejenis bahan yang boleh merawat penyakit. Fokus kajian ini berkaitan dengan penggunaan
teknologi sel mamalia bagi penghasilan protein terapeutik yang kompleks seperti eritropoietin
(erythropoietin), EPO iaitu sejenis hormon yang berperanan untuk merangsang penghasilan sel
darah merah.

Sehubungan itu, fokus utama penggunaan sel mamalia dalam penyelidikan beliau adalah
untuk menghasilkan antibodi bagi merawat kanser iaitu dengan kata lainnya adalah sebagai
strategi imunoterapi. Imunoterapi merupakan salah satu rawatan kanser yang melibatkan sistem
imun badan untuk bertindak dalam melawan kanser.

Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Inno Bio, banyak pengalaman dan ilmu yang
diperoleh oleh beliau berkaitan bidang bioteknologi dalam industri bioteknologi dan
bioperubatan. Dr. Yuziana juga ada menyatakan bahawa pengalaman bekerja di Inno Bio adalah
pengalaman yang sangat bernilai dan berharga bagi beliau. Hal ini juga ditekankan lagi oleh
beliau yang menyatakan pengalaman tersebut telah menjadi asas penghasilan dan pembentukan
diri beliau sebagai seorang penyelidik pada masa kini. Apabila ditanyakan sebabnya, bidang
kerja beliau yang banyak melibatkan aplikasi terhadap segala pengetahuan semasa pembelajaran
di peringkat sarjana serta kedoktoran telah meningkatkan lagi minat beliau terhadap bidang
bioteknologi dengan lebih mendalam. Selain pengalaman beliau dari segi teknikal iaitu
penyelidikan berasaskan amali dalam makmal, beliau juga turut belajar dan dapat memahami
tentang aspek pengurusan bidang bioteknologi khususnya di Malaysia.

15
Inno Biologics Sdn. Bhd.

Berbekalkan pengalaman tersebut, Dr Yuziana kemudiannya menerima tawaran bekerja


sebagai pensyarah universiti di UKM selepas tempoh perkhidmatannya di Inno Bio hampir
setahun setengah. Beliau beralih kepada bidang pendidikan iaitu sebagai seorang pensyarah di
Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM pada Februari
2011. Apabila ditanyakan mengapa berlakunya perubahan hati ke arah bidang pendidikan jika
beliau sangat berpuas hati di Inno Bio, beliau mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah
untuk menyumbang kepada perkembangan bidang bioteknologi di Malaysia iaitu sekaligus
membawa kita kepada bidang pendidikan. Niat beliau jelas kelihatan melalui perkongsian ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada Inno Bio kepada generasi baru seperti
pelajar-pelajar sains bioteknologi di UKM dengan berlandaskan pengajaran dan pendidikan
universiti. Tambahan lagi, beliau merasakan pengalaman yang dimiliki beliau adalah sangat
relevan untuk dikongsi bersama pelajar.

Semasa di UKM, meskipun Dr Yuziana telah bergelar pensyarah, namun status beliau
sebagai seorang saintis masih kekal. Beliau masih meneruskan penyelidikan yang telah beliau
lakukan di Inno Bio iaitu dalam bidang teknologi sel mamalia dari segi aspek biologi molekul

16
dan genomik. Selain itu, beliau juga bergiat secara aktif terhadap banyak penyelidikan dalam
pelbagai jenis bidang sama ada sebagai penyelidik bersama mahupun kolaborasi dengan pihak
luar. Contohnya, kajian yang meliputi aspek biologi marin dan biosensor. Walau bagaimanapun,
Dr Yuziana tetap mengekalkan konteks biologi molekul dan beliau berazam untuk terus
menyumbang dalam bidang berkaitan bioperubatan dan kesihatan.

Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Kini, Dr Yuziana sekarang sedang terlibat dengan kajian yang berkaitan pandemik
COVID-19 iaitu isu hangat yang melanda seluruh dunia serta Malaysia juga tidak terkecuali.
Kajian yang dilakukan oleh beliau melibatkan pembangunan biosensor bagi mengesan virus
penyebab COVID-19 iaitu SARS-CoV-2 serta penyaringan antibodi yang spesifik kepada virus
tersebut. Hal ini juga termasuk bagi mendapatkan sel penghasil antibodi tersebut daripada
individu yang pernah dijangkiti COVID-19.

17
SARS-CoV-2

Selain itu, pada masa yang sama juga, Dr Yuziana sedang menjalankan kajian berkaitan
dengan kosmetik. Kajian ini melibatkan ujian keselamatan dan keberkesanan bahan yang
berpotensi dibangunkan dalam produk kosmetik terutamanya dari aspek anti-pigmentasi dan
anti-kedut melalui analisis biologi molekul dan biokimia berdasarkan model haiwan atau aplikasi
sel kultur kulit manusia.

Selain daripada bidang penyelidikan dan pengajaran, beliau turut melibatkan diri dalam
aktiviti komuniti yang berkaitan bidang STEM. Beliau telah membangunkan satu modul program
yang dinamakan sebagai “Saya Penyiasat Bio” yang bertujuan untuk mendedahkan masyarakat
terutamanya golongan pelajar sekolah berkenaan kepentingan bidang biologi atau bioteknologi
dalam kehidupan. Hal ini juga hasil jemputan oleh Pusat Sains Negara dan sebagainya.

18
Antara program “Saya Penyiasat Bio” yang telah dijalankan

19
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Dr. Yuziana pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penyelidikan seperti
pencapaian pingat perak terhadap tiga penemuan oleh beliau iaitu LP Heal dalam Sidang
Antarabangsa dan Pameran Penemuan oleh Pengajian Tinggi pada tahun 2017, Kacip Heal
dalam Penemuan Antarabangsa ke-28, Pameran Inovasi dan Teknologi 2017 (ITEX 2017) dan
CBASS-Sequence Database of Asian Sea Bass dalam Ekspo Penyelidikan dan Inovasi 2005 yang
telah dianjurkan di Malaysia. Beliau juga berjaya patenkan satu penemuan kajian beliau yang
bertajuk Penggunaan Ekstrak Labisia pumila (Marantodes pumilum) untuk Mempercepat
Penyembuhan Luka dan beliau juga telah mendaftarkan hak cipta bagi modul program “Saya
Penyiasat Bio”.

Modul “Saya Penyiasat Bio” dalam Bengkel “Saya Kreatif”

20
Selain itu, terdapat beberapa pencapaian istimewa yang telah beliau kecapi yang
melibatkan beliau sebagai koordinator, fasilitator dan juri mewakili Malaysia. Hal ini
termasuklah sebagai ahli juri dalam acara 27th dan 28th International Biology Olympiad 2017 di
Vietnam dan United Kingdom mewakili kumpulan Malaysia. Seterusnya, sebelum berlakunya
pandemik oleh virus COVID-19 yang berkaitan virus koronavirus, beliau terlibat secara langsung
dalam satu kumpulan yang berjaya melakukan projek jujukan, himpunan dan analisis dua genom
koronavirus dalam lingkungan satu minggu pada tahun 2003.

Dr. Yuziana juga turut berkongsikan beberapa pencapaian beliau dalam penyelidikan
seperti penemuan bahan-bahan daripada sumber semula jadi tempatan yang berpotensi untuk
dibangunkan sebagai produk kosmetik atau terapeutik serta biofarmaseutikal. Sebagai contoh,
kajian beliau terhadap gamat emas di bawah geran tajaan Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) berjaya untuk mengenalpasti satu bahan daripada gamat spesies Stichopus
horrens iaitu EGF-like (epidermal growth factor-like) yang berperanan dalam menggalakkan
pertumbuhan sel. Hal ini jelas menunjukkan kegunaannya sebagai bahan untuk menggalakkan
penyembuhan luka serta kegunaan untuk menggalakkan pertumbuhan sel dalam bioreaktor yang
berkaitan aplikasi biofarmaseutikal. Bioreaktor merupakan satu alat berkaitan kilang atau sistem
yang menyokong persekitaran aktif biologi.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

21
Stichopus horrens

Pencapaian seterusnya pula berkaitan hasil penyelidikan bersama pihak Institut


Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) iaitu berkaitan dua jenis produk
fermentasi. Produk fermentasi pertama adalah berasaskan cendawan dan yang kedua adalah
daripada bahan buangan beras. Kedua-dua produk fermentasi ini telah dikenalpasti mempunyai
potensi dari segi kosmetik dan elemen estetik. Tambahan juga, formulasi ekstrak air kacip
fatimah juga terlibat sebagai agen penyembuh luka. Produk fermentasi cendawan kini sedang
dijalankan ujiannya terhadap manusia di mana penglibatan kawasan kajian terhadap populasi
manusia adalah di kawasan Johor disebabkan faktor makmal khas yang berdekatan serta
diuruskan oleh sekumpulan saintis di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Di samping itu, Dr. Yuziana juga terlibat dalam pembangunan biosensor untuk virus
denggi yang diketuai oleh Dr. Ling Ling. Hasil kajian menunjukkan biosensor untuk virus denggi
berjaya dibangunkan dan sekarang berada dalam peringkat atau fasa naik taraf kepada bentuk
peralatan.

22
Logo Institut Penyelidikan Logo Universiti Teknologi
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Malaysia (UTM)

Kejayaan dalam bidang penyelidikan yang berkaitan bioteknologi dan bioperubatan dapat
ditentukan berdasarkan penghasilan produk yang dapat digunapakai oleh masyarakat dengan
selamat dan berkesan. Contoh paling mudah adalah penghasilan vaksin. Bagi Dr. Yuziana,
pencapaian pada tahap sedemikian bukannya perkara yang mudah dilakukan. Hal ini kerana
penyelidikan dalam bidang biologi molekul dan bioperubatan melibatkan banyak peringkat atau
proses yang terperinci dan kompleks. Sehubungan dengan itu juga, gabungan teknologi dalam
pelbagai bidang ilmu seperti fizik, kimia, kejuruteraan serta sains komputer dan teknologi
maklumat adalah sangat diperlukan bagi menjayakan hasil yang diperoleh daripada penyelidikan
di peringkat biologi molekul.

Beliau juga ada menceritakan sedikit sebanyak tentang perkaitan antara pelbagai bidang
tersebut seperti yang dialami oleh beliau sendiri dalam kajian yang sedang dijalankan beliau iaitu
berkaitan pengesanan SARS-CoV-2. Beliau melakukan kajian ini hanya pada peringkat biologi
molekul sahaja iaitu sesuai dengan bidang kepakaran beliau dalam bidang bioteknologi.
Penglibatan dari segi biologi molekul ini melibatkan penemuan molekul RNA daripada virus
tersebut yang mempunyai potensi dalam pengesanannya. Namun begitu, bagi mengesan RNA
tersebut, beliau memerlukan khidmat kolaborator dalam bidang lain seperti Dr Ling Ling yang
mempunyai kepakaran dalam bidang kimia yang dapat mengesan RNA tersebut melalui kaedah
kimia seperti pewarnaan. Tambah beliau lagi, penyelidikan yang dilakukan perlu dinaiktaraf

23
kepada sesuatu yang boleh digunakan di lapangan atau persekitaran sebenar. Berdasarkan kajian
yang sama, beliau juga menyatakan jangkaan hasil penyelidikannya yang boleh didapati dalam
bentuk kit. Peralatan kit ini dapat memudahkan urusan pengesanan dan penyaringan COVID-19
yang tidak memerlukan langkah yang banyak dan masa yang lama seperti sampel yang perlu
dihantar ke makmal untuk dianalisis sebelum mendapat keputusan jangkitan.

Justeru, berdasarkan penglibatan beliau dalam bidang bioteknologi yang sudah mencecah
hampir 10 tahun, kejayaan dan sumbangan besar bagi beliau seperti yang dinyatakan di atas
masih belum dianggap tercapai dan sedang berada dalam proses ujian klinikal iaitu pada
peringkat keselamatan dan keberkesanan. Walaubagaimanapun, merujuk kepada
penyelidikan-penyelidikan yang pelbagai oleh beliau, kami berpendapat bahawa ini juga
merupakan satu kejayaan dan sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat. Sehubungan
dengan itu juga, kami juga menanti nama Dr. Yuziana di persada akademik kelak.

24
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Secara am, penyelidikan utama yang beliau fokus buat masa sekarang ialah kajian
berkaitan teknologi sel mamalia yang akan diaplikasikan kepada kajian kosmetik dan
penghasilan protein terapeutik. Tambahan juga, beliau kini terlibat dalam pembangunan
biosensor yang berkaitan virus penyebab COVID-19 iaitu SARS-CoV-2 bagi pemantauan
kesihatan dan persekitaran selaras dengan fokus bidangnya.

Berdasarkan penyelidikan yang sedang dilakukan ini, Dr. Yuziana merupakan insan yang
lebih signifikan untuk memberikan pandangan bagi membincangkan keperihalan isu pandemik
ini dalam bidang biologi molekul serta bioteknologi. Hal ini menjurus kepada harapan beliau
bahawa pandemik COVID-19 ini dapat dijadikan sebagai “wake up call” kepada dunia
khususnya Malaysia bahawa betapa pentingnya bidang sains pendidikan terutamanya bidang
bioteknologi. Ini adalah kerana dalam isu pandemik, bidang bioteknologi sangat diperlukan
dalam penghasilan vaksin, penyaringan dan rawatan COVID-19. Beliau menunjukkan perasaan
yang positif terhadap wabak pandemik ini dengan meluahkan rasa teruja kerana keadaan ini
merupakan masa terbaik untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak terutama sekali
kepada masyarakat dan pihak kerajaan terhadap kepentingan bidang sains terutamanya bidang
bioteknologi. Dengan penerimaan masyarakat terhadap bidang bioteknologi ini, beliau yakin
bahawa ia akan menyumbangkan kepada kemajuan negara di samping menjadikan masyarakat
lebih peka dan berpengetahuan terhadap perkara saintifik.

Beliau juga berharap masyarakat lebih terbuka untuk menerima ilmu mengenai
COVID-19 daripada saintis dan tidak mempercayai berita yang tidak berlandaskan fakta.
Disebabkan masalah tersebut, wujudnya masyarakat yang tiba-tiba menjadi “pakar” dalam
bidang sains dan sebaliknya menolak ilmu daripada saintis sebenar yang telah menjalankan
banyak kajian untuk mendapatkan konklusi yang tepat, benar dan berlandaskan fakta. Beliau
menegaskan bahawa wujudnya komuniti saintifik yang menjadi rujukan penting oleh ahli
akademik lain atau penyelidik lain dalam memastikan ilmu yang disampaikan kepada semua
adalah selamat, berkesan dan bermanfaat. Dengan memetik kata-kata daripada sebuah artikel
majalah oleh National Geographic, beliau berkata “Untuk menamatkan pandemik ini, kita perlu

25
percaya pada bidang sains”. Perkara inilah yang menyebabkan beliau membuat rencana atau
perancangan bagi mensainskan masyarakat. Hal ini dapat kita lihat daripada usaha beliau sendiri
sebelum ini dalam penghasilan program modul “Saya Penyiasat Bio” bagi menarik minat
golongan muda khususnya.

Selain itu, dari aspek pengajaran pula, Dr. Yuziana merancang untuk menjadikan
pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan menyedarkan pelajar terhadap nilai kepentingan
ilmu yang dipelajari dalam kehidupan. Penerapan semangat belajar menjadi lebih signifikan
dengan kewujudan wabak pandemik ini yang menjadi contoh terhadap kegunaan aplikasi ilmu
dalam bidang bioteknologi yang dipelajari seperti pengendalian mesin qPCR (quantitative
polymerase chain reaction) yang digunakan untuk ujian COVID-19. Tambahan juga, beliau ingin
menepis sikap pelajar yang belajar hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Tambah
beliau, ilmu yang diperolehi perlu dimanfaatkan serta dikongsi bersama. Pernyataan ini menjadi
semakin signifikan dengan kesedaran masyarakat terutama sekali golongan tua yang kurang
terhadap pengambilan vaksin. Pelajar sains mahupun pelajar UKM perlu membantu dalam
menyebarkan maklumat yang betul berkaitan ilmu sains dengan merujuk kepada saintis seperti
pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi.

Seterusnya, beliau turut berhasrat untuk menyumbang dalam kesedaran awam melalui
penulisan penyelidikan dan bahan pengajaran berasaskan permainan dan grafik tentang bidang
sains biologi terutamanya dalam bidang bioteknologi kepada orang ramai lebih-lebih lagi
terhadap generasi muda. Hal ini dapat kita saksikan melalui program “Saya Penyiasat Bio”.

Secara keseluruhannya, harapan dan rancangan Dr. Yuziana adalah sama seperti apa yang
beliau lakukan sejak mula lagi iaitu untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu yang beliau perolehi
kepada semua lapisan masyarakat termasuklah pelajar sekolah, pelajar universiti dan masyarakat
awam. Beliau sebagai seorang penyelidik juga berharap dapat menyumbang sebanyak yang
mungkin kepada masyarakat melalui hasil secara langsung dalam bidang penyelidikan seperti
biosensor dan kosmetik serta dari segi teknologi yang melibatkan semua proses.

26
PENUTUP

Justeru, secara ringkasnya dapat kami simpulkan bahawa Dr Yuziana merupakan seorang
wanita yang sangat hebat baik budi dan bicaranya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
disebabkan oleh sifat beliau yang tidak pernah berputus asa untuk mengejar cita-cita dan harapan
beliau sejak kecil lagi. Personaliti dan sifat beliau adalah merupakan salah satu rahsia kejayaan
beliau yang sentiasa bersungguh sungguh untuk mengecapi segala impian diri sendiri dan juga
ibu bapa beliau.

Berkat kesungguhan beliau dan doa daripada ibu bapa juga menjadi sebab beliau
memperoleh kejayaan yang dimilikinya sekarang. Beliau juga berkata semangat yang tinggi
perlu ada dalam diri masing-masing untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan semasa
bergelar pelajar. Malah, bukan sahaja dari segi kerjaya. Namun sikap dan akhlak beliau yang
baik hati. peramah, rendah diri serta semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu
pekerjaan mestilah dapat dijadikan contoh kepada kita iaitu mahasiswa dan mahasiswi sebagai
pendorong untuk berjaya.

Di samping itu, beliau juga berpesan supaya sentiasa berusaha dalam mencari dan
meneroka peluang yang ada terutamanya apabila negara kita sedang menghadapi penularan
wabak COVID-19. Hal ini disebabkan oleh, terdapat pelbagai kerjaya yang telah diterhadkan
bilangannya pada masa kini. Akhir sekali, Dr Yuziana memberitahu tiada kejayaan yang akan
dapat dikecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan sentiasa muhasabah diri serta
memperbanyakkan doa. Kami amat berbangga dengan kejayaan yang diperoleh serta personaliti
yang wujud dalam diri beliau. Kami juga ingin berterima kasih kepada Dr Yuziana kerana sudi
untuk berkongsi sedikit kisah kehidupannya kepada kami dalam menjayakan tugasan ini.

27
RUJUKAN

Akbar, M.A., Yusof, N.Y.M., Tahir, N.I., Ahmad, A., Usup, G., Sahrani, F.K. & Bunawan,
H. 2020. Biosynthesis of saxitoxin in marine dinoflagellates: An omics perspective.
Marine Drugs 18(2): 1–25.

Amran, A., Jangi, M.S., Aqma, W.S., Yusof, N.Y.M., Bakar, M.F.A. & Isa, M.N.M. 2016.
Bacterial diversity of oil palm Elaeis guineensis basal stems. AIP Conference
Proceedings 1784(November 2020): 1–8.

Ariffin, S.H.Z., Ahmad, N.A., Alam, Z.A.Z., Abidin, I.Z.Z., Senafi, S., Zamrod, Z., Wahab,
R.M.A. & Yusof, N.Y.M. 2016. New improved mammalian expression system. Journal
of Biological Sciences 16(5): 178–187.

Chew, M., Abdul Rahim, A. Bin & Yusof, N.Y.M. 2016. Two new species of Pendanthura
(Isopoda, Cymothoida, Anthuroidea) from the east coast of Peninsular Malaysia with
an identification key to the species of Pendanthura. Bulletin of Marine Science 92(2):
229–242.

Chew, M., Azman, A.R., Nurul Yuziana, M.Y. & Othman, bin H.R. 2014. The taxonomic
status of marine isopod (Crustacea: Peracarida) from Malaysian waters. Proceedings of
the 13th Symposium of the Malaysian Society of Applied Biology 2014(June): 8–10.

Chew, M., Rahim, A.B.A. & Yusof, N.Y.B.M. 2015. New pigment pattern of the
polychromatic Mesanthura protei, Kensley 1980 (Isopoda, Cymothoida, Anthuroidea)
from Pulau Tinggi, Johor, Malaysia. AIP Conference Proceedings 1678(September).

Chew, M., Rahim, A.B.A. & Yusof, N.Y.B.M. 2017. A new species of Eisothistos (Isopoda,
Cymothoida) and first molecular data on six species of Anthuroidea from the
Peninsular Malaysia. Zoosystematics and Evolution 94(1): 73–81.

Coronavirus 2019. (2021). Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Coronavirus

28
Docosahexaenoic Acid (DHA). (2005). WebMD.
https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-864/docosahexaenoic-acid-dha#:
~:text=DHA%20(docosahexaenoic%20acid)%20is%20an%20omega%2D3%20fatty%
20acid

Fakulti Sains dan Teknologi UKM. (2021). UKM. https://www.ukm.my/fst/ms/

Jamaluddin, N.D., Yuziana, N., Yusof, M., Khalid, B. & Ta, G.C. (n.d.). Sandwich-Type
DNA Micro-Optode Based on Virus Detection.

Johari, N.A., Anuar, N., Yuziana, N., Yusof, M., Shazwani, N. & Pilus, M. 2013.
Construction of High Expression Vector System Producing Therapeutic Monoclonal
Antibody Through Incorporation of Matrix Attachment Region Element : A
Preliminary Report: 6–10.

Kerajaan Negeri Sembilan. (2021). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Negeri_Sembilan

Khairuddin, D., Mohd Yusof, N.Y., Jani, J.M. & Ab Wahid, M. 2017. Noroviruses Surrogate
Detection Using Loop-Mediated Isothermal Amplification (LAMP), Conventional
RT-PCR and Quantitative RT-PCR in Sg. Tekala and Sg. Gabai Stream Water. MATEC
Web of Conferences 103.

Khan, S., Adam, I., Alam, Z., & Yusof, K. S. N. (2007). Programmable Solution for Solving
Nonlinearity Characteristics of Smart Sensor Applications. Sensors & Transducers
Journal, 84(10), 1580-1588.

KPM Logo. (2013). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:KPM_Logo.png

Mohd-Yusof, N.Y., Hoh, C.C., Adura, M.A. & Wan, K.L. 2009. Identification of
immune-related genes by analysis of spleen expressed sequence Tags from the Asian
Seabass, Lates calcarifer. Sains Malaysiana 38(6): 939–945.

Mohd-Yusof, N.Y., Monroig, O., Mohd-Adnan, A., Wan, K.L. & Tocher, D.R. 2010.
Investigation of highly unsaturated fatty acid metabolism in the Asian sea bass, Lates
calcarifer. Fish Physiology and Biochemistry 36(4): 827–843.

29
Mohd Pilus, N.S., Johari, N., Ahmad, A. & Mohd Yusof, N.Y. 2014. Mapping analysis of
scaffold/matrix attachment regions (S/MARs) from two different mammalian cell
lines. AIP Conference Proceedings 1614(February): 531–536.

Official Portal University Malaya Medical Centre. (2016). UMMC EDU.


https://www.ummc.edu.my/

Pilus, N. S. M., Ahmad, A., & Yusof, N. Y. M. (2018). Sequence Analysis of


Scaffold/Matrix Attachment Regions (S/MARs) From Human Embryonic Kidney and
Chinese Hamster Ovary Cells.

Pusat Matrikulasi UKM, KPM Kuala Pilah. (2016). Facebook.


https://www.facebook.com/Pusat-Matrikulasi-UKM-KPM-Kuala-Pilah-270757289639
306/

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. (2019). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Bandar_Baru_Bangi

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang. (2019). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Convent_Kajang

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga. (2020). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Jalan_Tiga

Sekolah Menengah Sains Muar. (2021). Wikipedia.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Sains_Muar

Selamat Datang ke PMKP. (2015). Tripod. https://midon.tripod.com/

SMK Convent Kajang. (2018). Facebook.


https://www.facebook.com/SMK-Convent-Kajang-SMKCK-238940926214902/

SMS Muar. (2021). Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/SMS_Muar

30
Tan, S.L., Mohd-Adnan, A., Mohd-Yusof, N.Y., Forstner, M.R.J. & Wan, K.L. 2008.
Identification and analysis of a prepro-chicken gonadotropin releasing hormone II
(preprocGnRH-II) precursor in the Asian seabass, Lates calcarifer, based on an
EST-based assessment of its brain transcriptome. Gene 411(1–2): 77–86.

University of Stirling. (2021). Wikipedia.


https://en.wikipedia.org/wiki/University_of_Stirling

31
LAMPIRAN

32
33

You might also like