You are on page 1of 2

TUGASAN LMCP1522

IGEM 2020

NAMA: Nurul Hanna binti Mohd Noor Azam

MATRIK: A163905

TAJUK SESI: ​Innovative Sustainable Use of Plastic and Plastic Waste

TARIKH SESI: 23 Oktober 2020

WAKTU SESI: 4.00 hingga 6.00 petang

HURAIKAN 10 PERKARA PENTING YANG DIBINCANGKAN DALAM SESI


PERSIDANGAN YANG TELAH DISERTAI. ​SILA ‘PDF’KAN FILE INI DAN HANTAR
MELALUI UKMFOLIO​.

Saya telah menyertai persidangan yang diadakan pada 23 Oktober 2020 pada pukul 4
hingga 6 petang yang bertajuk Penggunaan Plastik dan Sisa Plastik secara Inovatif.
(​Innovative Sustainable Use of Plastic and Plastic Waste​). Persidangan ini telah
dipersembahkan oleh satu badan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar daripada
University of Notthingham Malaysia y​ ang dikenali sebagai Ecogarage. Ecogarage ​mula
ditubuhkan oleh Sofia Farida dan 11 orang rakan dari universiti yang sama. Dalam persidangan
ini, terdapat 2 moderator dan 3 speaker yang bertindak menjayakan persidangan ini.

1. Perkara penting yang telah dibincangkan dalam persidangan ini adalah pengenalan
Ecogarage sebagai badan yang berusaha membantu memberikan kesedaran tentang
penggunaan semula bahan plastik dan sisa plastik dengan cara yang inovatif.
2. Masalah yang serius tentang perbincangan kadar kumulatif bahan dan sisa plastik dari
tahun 1950 hingga 2050 mensasarkan peningkatan yang drastik iaitu 128 tan bahan dan
sisa plastik yang jelas boleh memberikan impak negatif kepada bumi.
3. Cadangan menggunakan semula bahan dan sisa plastik ini kepada produk baharu dapat
mengurangkan anggaran kumulatif bahan dan sisa plastik pada masa akan datang.
4. Ecogarage telah menginovasikan penggunaan semula plastik dan sisa plastik sebagai
benda yang baharu.
​ engan menjadikan bahan baru akan tetap diguna
5. Penggunaan kaedah cradle to cradle d
pakai menjadi bahan yang baru semula yang dikenali sebagai ​circular economy.
6. Ecogarage juga membincangkan bahawa bahan dan sisa plastik yang telah dibuang
akan melalui beberapa proses awal sebelum dikumpulkan dan diproses menjadi bahan
lain yang baharu. Hal ini dapat mengurangkan penghasilan bahan plastik yang baharu.
7. Speaker juga turut menyampaikan maklumat tentang bahaya bahan dan sisa plastik
yang tidak diasingkan dan akan mencemarkan kawasan flora dan fauna.
8. Plastik yang sukar terurai masih meninggalkan sisa yang dikenali sebagai mikroplastik.
Mikroplastik ini yang akan menjejaskan fauna dan hidupan marin dan akuatik.
9. Fauna atau hidupan yang hidup bersama mikroplastik ini akan menghadapi pelbagai
impak negatif antaranya adalah kehidupan hidupan terjejas.
10. Fauna dan hidupan akan merencatkan pertumbuhan, kurang penghasilan sel darah,
perubahan genetik dan akhir sekali akan menyebabkan kematian major atau kepupusan
hidupan akuatik. Oleh itu, kerajaan bertanggung jawab telah menubuhkan beberapa
program dan organisasi dalam meyelesaikan masalah yang berlaku.

You might also like