You are on page 1of 50

Kepelbagaian

Struktur Primer/Sedimen
STRUKTUR SEDIMEN (sedimentary structure)
Struktur sedimen merupakan suatu fitur
berskala besar atau megaskopik dalam
sedimen atau batu sedimen.
Contohnya perlapisan, riak, gumuk
pasir, lapisan silang, rekahan lumpur
dan sebagainya.
Struktur sedimen ini biasanya dikaji
di lapangan, dan bukannya di
makmal seperti kajian tekstur
sedimen, litologi dan fosil.
Jika dilihat pada skala yang lebih besar,
beting pasir dalam sungai dan pulau
penghalang juga merupakan fitur yang
terbentuk akibat pengendapan dalam
sekitaran sedimen. Tetapi fitur yang
terlalu besar ini tidak dianggap sebagai
struktur sedimen.
PERLAPISAN (BEDS)
Jasad sedimen atau batuan sedimen mempunyai
bahagian dasar dan permukaan atas yang rata atau
planar, dan secara mendatarnya tersebar dengan
meluas (extensive laterally). Jasad sedimen ini dipanggil
perlapisan. Jasad sedimen atau perlapisan ini boleh
berbeza dengan perlapisan lain di atas dan di
bawahnya.
Lapisan boleh dijelaskan sebagai “unit
pengendapan”, iaitu ditakrifkan sebagai
“ketebalan sedimen yang kelihatan telah
dimendapkan dalam keadaan fizikal asas
yang tetap”. Contohnya lapisan silang
tunggal, atau satu unit diamiktit aliran
lumpur.
Perbezaan lapisan atau unit
pengendapan ini boleh disebabkan
oleh;
•Perbezaan komposisi
••Bentuk
Warna butiran Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh
••Susunan
Saiz butiran perubahan proses yang memendapkan
•Orentasi butiran sedimen, atau punca sedimen berubah.
PERLAPISAN
Perlapisan boleh dibahagikan kepada unit yang lebih terperinci, tergantung kepada
ketebalan perlapisan. Lapisan yang ketebalannya kurang daripada 1cm dipanggil
laminasi, manakala untuk ketebalan yang melebihi 100cm pula dipanggil lapisan
masif.
Dua atau lebih lapisan boleh dikumpulkan dalam satu kumpulan yang dipanggil
koset (cosets atau bedsets), yang mana boleh terdiri daripada unit yang mudah
(simple) atau komposit (composite).
PERLAPISAN
Lapisan boleh berbentuk selari (parallel) atau tidak selari (non-parallel) antara satu
sama lain, dan boleh ada yang rata atau plana, bergelombang atau wavy atau
melengkung (curved)
Sempadan antara lapisan boleh sangat jelas atau tajam, iaitu perubahan secara
mendadak antara dua lapisan, atau boleh juga suatu lapisan berubah kepada
lapisan lain di atasnya secara berangsur-angsur. Untuk kes perubahan secara
berangsur-angsur, kadang-kadang sukar untuk kita menentukan sempadan lapisan
dengan tepat.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR SEDIMEN
Struktur sedimen boleh dibahagikan kepada beberapa kelas,
berdasarkan morfologi dan masa pembentukannya.
Struktur sedimen biogeni. Struktur sedimen ini dibuat atau terbentuk hasil daripada
aktiviti organisma, sebaik sahaja sedimen terendap. Aktiviti organisma ini boleh berlaku di
atas permuakaan sedimen, atau di dalam lapisan sedimen.

Struktur pra-pengendapan. Struktur ini berkaitan dengan lapisan yang


menindihnya, dan wujud atau ditemui di atas permukaan antara lapisan. Sebahagian besar
struktur ini terdiri daripada ciri hakisan seperti alur, keruk & isi dan lain-lain.

Struktur sin-pengendapan. Ini merupakan struktur yang terdapat di dalam lapisan,


dan terbentuk semasa sedimen terendap, contohnya ialah; lapisan masif, lapisan bergred,
lapisan silang dll.

Struktur post-pengendapan. Struktur ini sebanarnya merupakan struktur canggan


terhadap struktur pra- dan sin-pengendapan. Setelah sedimen terendap dan terbentuknya
struktur pra- dan sin-pengendapan, dan sebelum lapisan ini mengeras, canggaan berlaku
menyebabkan lapisan terganggu dan boleh merosak atau merubah struktur dalaman yang
sedia ada. Contohnyanendatan (slumping)

Struktur “pelbagai”. Selain daripada tiga kumpulan di atas, terdapat satu lagi
kumpulan atau kategori yang dinamakan “pelbagai”, iaitu untuk struktur sedimen yang tidak
dapat dimasukkan ke dalam tiga kumpulan di atas. Antaranya ialah kesan titisan hujan dan
rekahan lumpur
STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Struktur ini berkaitan dengan Scour – kaut / keruk Tool marks - Kesan alat
lapisan yang menindihnya,
dan ditemui di atas
permukaan antara lapisan ,
sebelum sedimen atau lapisan
baru terendap. Struktur yang
ada inimenjadi atau
akan
menyediakan “acuan” untuk
lapisan baru di atasnya.

Sebahagian besar struktur ini terdiri daripada ciri hakisan seperti alur,
keruk dan isi, flut, peparit dan kesan alat.
Struktur dalam kumpulan ini ialah alur. Sungai adalah salah satu jenis alur,
dan sedimen iangkut dan boleh juga diendap dalam alur ini. Alur boleh
terbentuk akibat hakisan linear tempatan oleh aliran bendalir yang dibantu
oleh beban dasar yang menghakis.
Struktur alur yang lebih kecil dipanggil “keruk dan kambus” (scour-and-fill).
Hakisan yang dihasilkan oleh aliran bendalir kemudiannya diisi oleh
pengendapan sedimen baru.
STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Scour – kaut / keruk
Kesan flut (flute casts)
Flut adalah lohong berbentuk seperti ruang tumit yang dikerut oleh arus dasar
lumpur. Setiap lohong biasanya diisi oleh pasir dan bersambung dengan lapisan
pasir lain atau yang baru berendap di atasnya. Lebar flut antara 1 – 5cm dan
panjangnya 5 – 20cm.
Hujung flut yang membulat menunjukkan hulu arus, dan hujung yang melebar adalah
bahagian hilir arus. Flut selalunya berkelompok. Biasanya kesan flut ini dihubungkan dengan
tindakan pengerukan (hakisan) setempat oleh arus yang bergerak di atas dasar lumpur tak
konsolidat.
STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Kesan alat (tool marks)
STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Kesan alat (tool marks)
Kesan alat adalah ciri hakisan yang menuris
atau mengguris dasar lumpur lembut
seperti flut dan peparit, tetapi bentuknya
sangat tidak sekata dari segi pandangan
plan atau keratan rentasnya.
Dalam keadaan yang ideal, alat yang menuris
kesan ini mungkin boleh ditemui di bahagian
hilirnya, contohnya kelikir, kayu dan serpihan
tumbuhan, cengkerang dan tulang. Kesan alat
boleh digunakan untuk menentukan arah
pergerakan arus kuno.

Kesan alat ini boleh diperincikan lagi mengikut


cara atau proses pembentukannya, antaranya
ialah;
•kesan lantunan (Bounce atau skip marks)
•kesan tujahan (Prod marks)
•kesan multiple lantunan (Multiple bounce
marks)
•kesan alur (Groove marks)
•Chevron marks
STRUKTUR PRA-PENGENDAPAN
Kesan peparit (groove marks)
Kesan peparit cenderung untuk memotong lumpur dan ditimbus oleh pasir. Struktur
ini mempunyai kesan hakisan yang panjang, halus dan lurus. Lebar atau dalamnya
jarang melebihi beberapa mm, tetapi panjangnya boleh berterusan sehingga
beberapa meter.
Peparit merupakan ciri hakisan yang selari dengan arus, dan kelurusannya menunjukkan
aliran lebih berifat lamina, dan bukannya berkocak. Peparit mungkin boleh diukir oleh objek
yang dibawa oleh arus, tetapi objek ini mestikan bukan diangkur secara loncatan atau
gulingan.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Struktur sin-pengendapan merupakan struktur yang sebenarnya dibentuk
semasa pengendapan sedimen sedang berlaku. Pada asasnya struktur
ini merupakan struktur yang membina, yang terdapat di dalam lapisan
sedimen atau unit pengendapan. Antara struktur yang dikenal pasti ialah;
•lapisan masif (massive beds)
•perlapisan rata (planar stratification)
•lapisan bergred (gradded bedding)
•lapisan silang dan laminasi silang (cross bedding, cross lamination)
•Riak (ripple)
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan masif (massive beds)
Ketiadaan sebarang bentuk struktur dalam lapisan sedimen juga dianggap sebagai
struktur sedimen dan dipanggil lapisan masif. Ketiadaan apa-apa bentuk dan
struktur ini diakibatkan oleh beberapa sebab.
Lapisan menjadi masih boleh disebabkan oleh proses diagenesis, terutamanya
ditemui dalam batu kapur. Struktur endapan yang ada termusnah semasa
diagenesis. Lapisan juga boleh menjadi masif akibat kemusnahan oleh korekan
organisma.
Lapisan masif biasanya ditemui dalam dalam batuan berbutir halus yang terendap
di sekitaran bertenaga rendah.
Dalam batu pasir, perlapisan masif jarang berlaku. Walaupun dengan mata kasar
kelihatan batu pasirnya masif, tetapi sebenarnya ada strutkur, samada lapisan
silang atau lapisan sekata yang dapat dilihat dengan bantuan sinar-X. Ini
disebabkan kebanyakan batu pasir mempunyai saiz yang sekata.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Perlapisan rata atau datar (planar stratification / planar bedding)
Sedimen, apabila terendap akan cenderun untuk mempunyai permukaan yang
mengufuk, dan akan menghasilkan perlapisan yang selari dengan permukaan
perlapisan major. Pasir yang diendapkan akan disusun dengan paksi panjang
butiran selari dengan arah aliran
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Struktur ‘valve’ (valve structure)
Struktur ‘valve’ ini terdiri daripada selanglapis nipis lumpur-lodak atau pasir
halus yang berulang-ulang. Lapisan lumpur biasanya lebih gelap dan
nipis berbanding lapisan pasir halus yang cerah dan lebih tebal.
Selang lapis yang berpasangan lumpur-pasir halus ini sebenarnya
terbentuk di kawasan yang mempunyai musin sejuk dan panas. Enapan
tasik pada masa sejuk terdiri daripada lumpur sebab semua permukaan
bumi dan sungai serta tasik diliputi oleh salj. Jadi bekalan sedimen pada
masa ini berkurangan. Sebaliknya berlaku pada musim panas di mana
aliran air yang masuk ke tasik bertambah dan begitu juga dengan
bekalan sedimen. Pada masa ini lapisan pasir akan terenap.
Pasangan lumpur- pasir menggambarkan enapan untuk jangkamasa
satu tahun.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan bergred (Graded bedding)
Lapisan bergred ialah lapisan yang di dalamnya terdapat perubahan saiz butiran
secara menegak. Penggredan normal ditandakan oleh suatu pengurangan saiz
butiran dar bawah ke atas, dan terdapat berbagai-bagai jenis penggredan yang lain.
Lapisan bergred terbenuk apabila sedimen terendap secara ampaian, biasanya
semasa fasa mereda dalam aliran turbidit.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan silang (cross stratification, cross-bedding)
Perlapisan silang adalah satu struktur yang paling lazim dan paling penting
berbanding dengan struktur sedimen lain. Perlapisan silang terhasil daripada poses
pengendapan secara seretan, baik oleh air atau angin, dan boleh ditemui di
berbagai sekitaran pengendapan.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan silang boleh dibahagiakan kepada beberapa jenis
berdasarkan hubungan foreset dan permukaan yang
membendungnya, iaitu;

Lapisan silang plana atau menyatah


pipih (tabular planar cros-bedding).
Lapisan silang planar ini mempunyai
foreset yang selari antara satu sama lain,
dan dibendung oleh satah sub-
menggufuk.

Lapisan silang palung (trough


cross-bedding). Foresetnya cengkung
ke atas ke arah hulu, dan terpotong ke
arah hilir oleh palung yang seterusnya.
Foreset yang cekung ke atas terletak
antara kerukan hakisan yang
memanjang selari dengan aliran arus.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Lapisan silang “tulang ikan”
(herring bone cross-bedding). Di
sekitaarn laut cetek, lapisan silang yang
berbentuk seperti tulang ikan, yang mana
foresetnya menunjukkan dua arah yang
bertentangan atau bimodal. Foreset
bimodal ini dihasilkan oleh pergerakan
arus pergi dan balik arus pasang-surut.

Lapisan silang “hummocky”.


Lapisan silang hummocky atau
“pengstrataan silang bergon” mengandungi
beberapa set lapisan silang yang
mencembung ke atas, sekitar 10-15cm
tebal. Lapisan silang ini cenderung untuk
wujud di dalam susunan seragam kira-kira
0.5m tebal. Dasar setiap unit biasanya
merupakan suatu permukaan hakisan
menyatah dan mungkin terdapat kelikir
tinggalan di dasar ini. Bahagian atasnya
tajam atau bergred. Lapisan silang
hummucky ini ditafsirkan sebagai endapan
semasa ribut di sekitaran laut, iaitu di
pelantar benua.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Riak dan laminasi silang (ripple & cross-lamination)
Riak adalah bentuk lapisan seperti ombak yang wujud dalam
pasir halus yang terdedah kepada arus seretan yang lembut
atau lemah. Riak tidak terbentuk dalam sedimen lempung,
dan pasir kasar serta kelikir. Riak cuma ditemui dalam lodak
kasar dan pasir halus / sederhana (kurang daripada 0.6mm
diameter).
Riak yang bergerak akan memendapkan sedimen berlaminasi
silang.
Set laminasi silang individu jarang melebihi 2-3cm tebal, berbeza
dengan lapisan silang yang biasanya melebihi 50cm tebal.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Dalam keratan rentas, riak
boleh dibahagikan kepada;

Profil simetri atau juga dipanggil riak


gelombang atau vorteks. Riak ini
biasanya dihasilkan di air cetek oleh
pergerakan ombak berorbit.

Profil tidak simetri. Riak ini dihasilkan


oleh arus seretan uniarah, contohnya
dalam sungai.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Kedua-dua riak simetri dan riak tidak
simetri boleh wujud bersama-sama
dengan kekanta lumpur yang terpisah,
dan ini diistilahkan sebagai lapisan
flaser (flaser bedding).
Jika kandungan pasirnya bertambah,
lapisan flaser akan menjadi lapisan pasir
yang berlapisan silang, dan tiada profil
riak, atau riak cuma terdapat di bahagian
atas lapisan sahaja.
Terdapat istilah-istilah khusus untuk
menerangkan bentuk dan genesis riak
ini, antaranya ialah riak memanjat
(climbing ripples) dan lapisan riak
hanyutan (ripple-drift bedding).
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Pada pandangan plan, riak menunjukan bentuk yang berbagai. Antaranya ialah;
•Riak berkemuncak lurus
•Riak sinus atau bergelombang
•Riak bulan sabit
•Riak linguoid
•Riak gangguan

Satu kajian mendapati bahawa


bentuk riak yang dinyatakan di atas
mempunyai kaitan dengan kedalam
air. Perubahan bermula daripada riak
berkemuncak lurus kepada kemuncak
sinus dan juga kepada deretan bulan
sabit dan linguoid. Kedalam air tidak
mempengaruhi ketinggian dan jarak
gelombang.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Struktur batu jatuh (drop-stone)
Terjadi di kawasan lautan glasier yang tenang. Sedimen berbutir halus
akan terenap secara ampaian membentuk laminasi selari. Pada masa
yang sama, glasier yang terapong boleh angkut klas berbagai saiz dan
klas ini akan dijatuhkan apabila glasier mencair. Jatuhan klas ini
membentuk struktur jatuhan batuan yang mana laminasi selari dalam
lumpur tadi akan melengkung mengikut bentuk klas.

Batuan yang terbentuk


dikelaskan sebagai batu
lumpur berpebel dan juga
dipanggil diamektit.
STRUKTUR SIN-PENGENDAPAN
Stromatolit
Algae memerangkap
partikel karbonat dan
akhirnya membentuk
laminasi batu kapur yang
bentuknya tak seragam.
Ada bentuk lamnasi
bergelombang, bentuk
kubah, kolum dan
sebagainya.
Stromatolit terbentuk di
sekitaran dataran pasang
surut.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Struktur post-pengendapan
terbentuk akibat berlakunya
gangguan terhadap sedimen yang
baru terendap, dan masih dalam
keadaan lembut.
Gangguan atau canggaan ini berlaku
sebaik sahaja sedimen terendap,
proses pengendapan masih
dan
berterusan semasa gangguan water-escape structures
atau selepas gangguan ini terjadi. Dewatering structures)
Tidak berlaku perubahan sekitaran
pengendapan akibat gangguan
ini. Ini berbeza dengan canggaan
tektonik yang mana tiada
pengendapan berlaku semasa
dan selepas canggaan tektonik.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Dish structure
Dish structure terbentuk akibat pergerakan air ke atas.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Lapisan konvolut (convolute bedding)
Lapisan konvolut ini merupakan satu siri lipatan plastik di dalam lapisan pasir.
Sinklin rata yang terbuka memisahkan kemuncak antiklin tajam, dan antiklin tajam
ini kadang kala condong ke hilir.
Ia pergerakan air secara mencancang atau menegak melalui pasir yang longgar.
Air ini boleh berpunca daripada kepala hidrostatik air atau disebabkan keporosan
pasir menjadi kurang apabila pasir menjadi pada, dan ini menyebabkan berkalunya
lebihan air dan akan keluar menegak daripada lapisan pasir ini.
Pembalikan lapisan konvolut ke arah hilir
menunjukkan bukti bahawa arus yang kuat
memainkan peranan penting dalam
pembentukannya.
Canggaan lapisan pasir berlapisan silang
selalunya dihubungkan dengan lapisan konvolut.
Set hadapan atau foreset menjadi terbalik ke
hilir dalam bentuk lipatan rebah.
Untuk sedimen berbutir halus, contohnya lodak,
struktur yang serupa boleh ditemui, dan
dipanggil laminasi konvolut. Laminasi konvolut
merupakan pasir turbidit.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Kas beban (loadcasts, load structure)
Apabila lapisan pasir menindih lapisan lumpur, beban
lapisan pasir yang berat menyebabkan tercangganya
lapisan lumpur di bawahnya, membentuk struktur kas
beban, struktur bola dan bantal (ball and pillow structures).
Struktur ini kadang-kadang kelihatan hampir sama dengan
kesan hakisan seperti flut, kesan alat dan sebagainya.
Dalam kes yang tertentu, pasir yang melengkung ke
bawah ini boleh terpisah daripada induknya, dan
membentuk jasad pasir di dalam lapisan lumpur dan ianya
dipanggil “pseudonodul”.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Struktur api (flame structures)
Kejadiannya seperti pembentukan kas beban.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Nendatan dan Gelongsoran (slump structure)
Nendatan juga merupakan canggaan pastik dalam lapisan pasir dan lumpur, yang
mana juga meliabatkan pembentukan struktur lipatan. Lipatan nendatan
merupakan bukti yang jelas tentang pergerakan mengufuk dalam satu arah yang
tetap. Sejumlah jisim atau lapisan sedimen dianjakkan secara mengufuk di
sepanjang permukaan gelongsoran.
Apabila pergerakan gelongsoran terhenti, pemendapan sedimen diteruskan, dan
kita akan dapati lipatan nendatan terletak di atara dua lapisan yang tidak
tercangga. Ini adalah bukti yang menunjukkan lipatan nendatan merupakan lipatan
sin-pengendatan dan bukannya lipatan tektonik.
Nendatan dan gelonsoran memerlukan
pemendapan sedimen berlumpur yang
pantas di atas suatu cerun yang curam
dan yang tidak stabil. Pergerakan
mengufuk ini mungkin dimulakan oleh
gempa bumi, ribut atau boleh juga
secara spontan. Struktur ini banyak
ditemui di sekitaran delta atau kipas laut
dalam.
STRUKTUR POST-PENGENDAPAN
Sesar sedimen (sedimentary fault)
Sesar ini terbentuk semasa sedimen masih lembut, dan biasanya tidak
melibatkan aktiviti tektonik. Jadi sesar yang terlibat ialah sesar normal
sahaja. Daripada sesar ini kita boleh tentukan arah memuda lapisan
dan juga cerun kuno.
STRUKTUR PELBAGAI
Kesan atau bekasan hujan (rain prints)
Bekasan hujan wujud pada batu lodak dan batu lempung, dan
apabola lapisan tersebut ditindih oleh batu pasir yang sangat
halus.
Bekasan hujan ini berbentuk bulat atau lonjong juga ada angin
bertiup semasa hujan jatuh. Bekasan hujan ini bersaiz 2 hingga
10mm, dan mempunyai tepian yang tinggi di sekelilingnya. Kas
beban tidak mempunyai tepian yang meninggi.
Bekasan hujan merupakan petanda pendedahan subaerial (atau
sekitaran daratan) yang baik.

moden kuno
STRUKTUR PELBAGAI
Rekahan pengontangan / rekahan lumpur
(desiccation crack / mud crack)
Rekahan pengeringan merupakan rekahan yang menirus ke bawah dalam lumpur
yang diisi oleh pasir. Pada pandangan plan, struktur ini berbentuk poligon. Lebar
rekahan individu adalah sekitar 1 mm atau lebih sedikit, dan poligon biasanya sekitar
0.5 m diameternya. Seperti bekasan hujan, struktur ini juga menunjukkan sekitaran
subaerial yang kontang.
STRUKTUR PELBAGAI
Daik pasir (sandstone dyke)
Daik pasir ialah gembar pasir
mencancang yang telah merejah ke
dalam lumpur dari lapisan pasir di
bawah. Walaupun susunannya hampir
serupa dengan rekahan pengontangan,
namun rekahan daik pasir ini cenderun
untuk pupus ke atas, dan oleh fakta
bahawa struktur ini bermula dalam
lapisan pasir induk di bawah. Struktur
daik pasir ini boleh mencapai beberapa
meter lebar dan satu kilometer
panjang.
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
Berbagai-bagai jenis struktur dalam batuan sedimen boleh diletakkan sebagai hasil
kerja organisma, dan dirujuk sebagai struktur biogeni. Struktur ini juga dikenali
sebagai fosil surihan, dan di antara struktur biogeni ialah;
•Kesan akar tumbuhan (plant rootlets)
•Kesan tapak (footprints)
•Rintisan (trails)
•Perlubangan sedimen lembut (soft sediment burrows)
•Korekan batuan keras (hard rock boring)
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
Fosil surihan menjadi petunjuk yang baik untuk menentukan sekitaran
pengendapan, dan kurang sesuai untuk penentuan usia. Fosil
surihan atau iknofosil dikumpulkan atau dikelaskan mengikut aktiviti
yang membinanya, atau mengikut topografinya, iaitu;
TATANAMA AKTIVITI TATANAMA TOPOLOGI
(Seilacher, 1964) (Martinsson, 1965)
Repichnia : lubang merangkak Endichnia dan Exichnia
Dimichnia : lubang perumahan
Fodichnia : lubang pemakan Epichnia dan Hypichnia
Pascichnia: rintisan pemakanan
Cubichnia : rintisan rehat
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
Aspek fosil surihan yang paling berguna ialah hubung kait yang luas
antara sekitaran pemendapan dengan himpunan fosil surihan atau
dikenali sebagai iknofasies.
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
SEKITARAN PENGENDAPAN IKNOFASIES
Teristrial atau daratan Jejak atau tapak vertebrata
Antara pasang-surut Substatum sedimen biasanya terdedah kepada
pengerukan atau hakisan oleh tindakan arus.
Scolithos. Lubang mencancang.
Sub-pasang surut Di zon ini, tindakan marin (lautan) kurang
merosakkan. Haiwan membina lubang, tetapi
cenderun untuk cetek
Cruziana. Rintisan dwicuping (bilodate trail)
Zoophycus. Berbentuk spira heliks pada pandangan
pelan.

Laut dalam Terbentuk di sekitaran air tenang. Invertebrata hidup


di atas substratum, dan bukan dalam substratum
sedimen.
Nereites. Rintihan berbentuk bermeander, dan tidak
wujud korekan.

Struktur sedimen biogeni boleh mengganggu struktur sedimen bukan biogeni.


Jika korekan terlalu banyak dan padat, ini menyebabkan gangguan progresif pada
lapisan. Struktur sedimen biogeni juga boleh menyebabkan porositi dan ketelapan
batuan bertambah, dan sesuai untuk batuan takungan.
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
STRUKTUR SEDIMEN BIOGENI
STRUKTUR SEDIMEN TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA
Struktur sedimen tidak boleh dikitar semula atau dihakis dan dibawa
ke tempat lain seperti mana yang boleh berlaku kepada butiran
sedimen.
Jadi ia sangat penting untuk menentukan proses yang berlaku dan
sekitaran pengendapan sesuatu sedimen atau batuan sedimen.
Struktur sedimen membayangkan proses pemendapan sedimen, dan
pentafsiran tentang asal mula struktur sedimen adalah berdasarkan
kajian taraannya yang moden, ujikaji di makmal dan teori fizik.

Bila dihakis
dan diendap
kembali,
struktur
sedimen asal
musnah dan
terbentuk
yang baru
Lapisan silang Graded bedding

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Kegunaan struktur sedimen
• Menentukan proses pengendapan yang berlaku
• Menentukan di sekitaran mana sedimen atau batuan sedimen
terendap
• Menentukan arah aliran arus atau punca sedimen
• Menentukan kedudukan atas atau bawah sesuatu lapisan batuan
sedimen, terutamanya yang tercangga.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sekian…

You might also like