You are on page 1of 114

AHLI KUMPULAN

SUSILA A/P PICHAIYA RAMALINGAM RUBY DANNY A/P ROBERT SANGKARAN A/L GNANASHAKARAN

Geomorfologi Lembangan Saliran dan Pinggir Pantai

KONSEP HAKISAN HAKISAN


Hakisan bermaksud proses penghausan yang dialami permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, ombak dan angin. Ia terjadi kerana terdapatnya tenaga kinetik dan geseran semasa agenagen tersebut bergerak menuruni permukaan bumi. Dua konsep hakisan :hakisan geologi proses hakisan yg berlaku di bawah keadaan semula jadi (persekitaraan yang belum diganggu oleh manusia). Dikenali sebagai hakisan semula jadi. Berlaku secara perlahan-perlahan dan ambil masa yg lama dan ia melibatkan keseluruhan permukaan bumi

:hakisan tanih --

proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia menggangu keadaan semula jadi alam sekitar.

Hakisan tanih ialah hakisan geologi yang dipercepat dan dijanakan oleh manusia. Proses hakisan di permukaan bumi dibahagikan kepada

:hakisan oleh air boleh dibahagikan kepada

:hakisan percikan air :hakisan galur atau hakisan larian air permukaan :hakisan galir :hakisan sungai

:hakisan oleh angin :hakisan oleh salji dan glasier :hakisan oleh manusia

HAKISAN PERCIKAN AIR HUJAN


Proses hakisan air bermula dengan titisan air hujan yang menimpa tanih. Titisan air hujan mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi yang tinggi untuk melonggarkan struktur tanih dan juga mencungkil partikel- partikel tanih. Tenaga kinetik dan potensi yang dimiliki oleh titisan hujan adalah berbezaberbeza berdasarkan faktor saiz titisan, halaju titisan hujan yang turun dan juga kelebatan atau intensitinya. Tenaga kinetik dan potensi untuk mencungkil partikel- partikel tanih adalah kuat sekiranya saiz titisan hujan besar, halatujunya tinggi dan lebat. Impak setiap titisan hujan terhadap tanih berlaku dalam tiga keadaan: :Pencungkilan partikel tanih :melonggar dan merosakkan ikatan antara butiran (granul) tanih :percikannya yang boleh bertindak sebagai agen pengangkutan partikel butiran tanih yang sudah longgar terutamanya di kawasan bercerun. Contoh, menara tanih.

HAKISAN GALUR
Hakisan galur merujuk kepada hakisan oleh larian air permukaan di dalam alur-alur yang kecil dan bersifat sementara. Alur-alur yang kecil ini dikenali sebagai gegalur. GALUR : satu unit alur yang paling kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan bersifat sementara. Galur yang dibentuk oleh satu hujan lebat seringkali terhapus oleh hujan lebat berikutnya.Sebagai contohnya , tepi cerun bukit yang sudah dipotong atau ditarah oleh manusia seperti di tepi lebuh raya.

HAKISAN GALIR
Galir adalah merujuk kepada alur alur air yang kekal, bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat. Alur-alur yang menjadi tempat air mengalir Alur-alur ini lebih besar daripada gegalur dan biasanya kekal dalam jangka masa yang lama. Terdapat pelbagai jenis mekanisme hakisan sungai yang terdapat dalam alur alur yang besar dan kekal ini seperti ; hakisan larutan, hakisan hidraulik, hakisan lagaan

HAKISAN GALUR DAN LARIAN AIR PERMUKAAN


Larian air permukaan (run-off) dikenali juga sebagai larian Horton. Hakistan larian air permukaan merupakan hakisan yang dihasilkan daripada baki air yang tertinggal dipermukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara ,yang meresap ke dalam bumi dan juga yang juga digunakan oleh tumbuhan selepas kerpasan(hujan) berlaku. Larian air permukaan =Jumlah hujan-(sejatan+susupan+yang diguna oleh tumbuhan) Keupayaan larian air permukaan untuk menghakis adalah disebabkan ia memiliki tenaga potensi dan tenaga kinetik.

Hakisan larian air permukaan berlaku melalui beberapa cara iaitu :larian permukaan (surface run-off) :larian sub-permukaan (intra run-off) :larian tepu ;larian air dalam alur-alur kecil(hakisan galur

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR HAKISAN LARIAN AIR PERMUKAAN


Kelebatan hujan dan bentuk hujan

Semakin banyak hujan maka kadar hakisan larian air permukaan semain tinggi.Generalisasi ini benar sekiranya kuntiti air secara permukaan (surface run-off)dan juga larian air dalam alur-alur kecil. Bagi larian tepu dan aliran intra kuntiti air yang banyak tidak menambahkan kuasa hakisanya sebalik berkurangan.

Ini disebabkan larian air sudah mencapai ke peringkat tepu maka penambahan hujan selanjutnya tidak mampu lagi mencampurkan bahan tanih kesemuanya sudah dipenuhi air, liang-liang pori tanih kesemuanya sudah dipenuhi oleh air.

Ada dua bentuk hujan

a)hujan yang perlahan dalam jangka masa lama

Ia tidak boleh menghasilkan kadar hakisan larian air permukaan yang kuat kerana setiap titisan hujan tersebut mempunyai ruang masa tangguhan untuk meresap masuk ke dalam tanah

b) hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat

kadar hakisannya adalah tinggi ekoran daripada ia tidak berkesempatan untuk meresap ke dalam tanah sebaliknya lebih cepat mengalir di atas permukaan cerun

Pengaruh geologi setempat


Ciri-ciri geologi yang membentuk satu satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar hakisan larian air permukaan . Ia akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Susupan boleh kadar sebagai larut air ke bawah permukaan cerun mengikut masa. Jika kadar susupan tinggi ,larian air permukaan akan menjadi rendah dan sebaliknaya ia akan menjadi tnggi apabila kadar susupan tinggi. Batuan yang poros seperti batu pasir yang bersaiz kasar,ia mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada peratus liang pori yang dimilikinya adalah banyak. Tanah liat yang mempunyai peratusan batu granit liang pori yang sedikit yang lembut telah mengurangkan kadar susupan sebaliknya menambahkan kadar hakisan larian air permukaan Batu granit ,peratus liang porinya rendah ia tetap menghasilkan kadar larian air permukaan yang sedikit berikutan daripada sifat kekerasanya yang amat sukar dihakis.

PENGARUH FAKTOR KECERUNAN


Faktor cerun sering kali dirujukan kepada dua a) cerun curam b) cerun landai Semakin curam sudut cerum maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi sekaligus semakin landai. Semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi sekaligus semakin giat kadar hakisannya.

air terjun.lnk

Selain itu,bentuk cerun juga menjadi faktor penting.

Mengikut R.E.H Horton ,cerun cekung biasanya mengalami kadar hakisan yang kuat berbanding ddn cerun cembung.

Ini disebabkan sudut tuju larian air permukaan bagi cerun cekung adalah lebih tepat berbanding dgn cerun cembung.

PENGARUH FAKTOR TUMBUHAN.

Jenis dan ketebalan adalah faktor terpenting dalam mengawal


kadar hakisan larian air permukaan. Tumbuhan berfungsi utk menutupi dan melindungi cerun daripada ditimpa air hujan dan dihakis angkut oleh hakisab tersebut. KESAN

titisan air hujan akan menimpa cerun dgn kadar yang perlahan
sahaja dan cenderung untuk meresap ke dalam tanah daripada mengalir di permukaan. Tumbuhan primer mempunyai akar-akar pokok yang kompleks spt akar banir berfungsi untuk menyekat pergerakan larian permukaan secara mendatar ,mengurangkan halaju dan meresap ke dalam tanah

PENJANAAN HAKISAN TANIH


Antara aktiviti manusia yang mempercepatkan kadar hakisan tanih adalah pembalakan.

PEMBALAKAN
Fenomena penghutanan ini dilakukan bagi pelbagai tujuan. Antara kesanya adalah kadar hakisan oleh percikan air hujan dan larian air permukaan menjadi tinggi. Sistem akar banir yang musnah gagal untuk menyekat pergerakan larian air permukaan. Akibatnya struktur permukaan tanih yang terdedah kepada timpaan hujan akan dilonggarkan,partikelnya dicungkil serta dihakis-angkut oleh larian airpermukaan menuju ke sistem sungai. Sungai pula mengalami pencetekan ,banjir dan pencemaran kelodak.

AKTIVITI PERTANIAN
Aktiviti pertanian di kaeasan bercerun sering kali mempercepatkan kadar hakisan cerun. Sebagai cthnya,pembajakan,perataan cerun utk tanaman tea, sayuran dan strawberi menjadi faktor peningkatan kadar hakisan cerun di TanahTinggi Cameron. Amalan pertanian tanpa teres/kontur ,tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa membina sistem perparitan yang baik memudahkan pergerakan larian air permukaan secara meluas utk menghakis permukaan cerun secara besar-besaran . Lapisan tanih yang subur akan diangkut oleh larian air permukaan tersebut dan dimendapkan di kawasan tanah rendah. Kesannya kesuburan tanih di kawasan cerun semakin merosot dan cerun-cerun yang terlibat menjadi tidak stabil.

Cerun cerun bukit di kawasan tanah tinggi sering kali

dipotong,ditarah,dan diratakan untuk dibina kawasan kediaman mewah tapak bina hotel dan resort.

Walau apapun aktiviti yang dibuat utk mengubah cerun tanpa mengikut spesifikasi yang betil maka peningkatan kadar hakisan adalad tinggi.

Cerun-cerum bukit berkenaan tidak lagi mempunyai tumbuhan pelindung,struktur tanihnya longgar ,kaki cerun menjadi tidak stabil dan ini memudahkan hakisan galur serta larian air permukaan bertindak untuk menghakis-mengangkut dan menipiskan lapisan tanih di permukaan cerun.

LANGKAH PENGAWALAN HAKISAN


Usaha mengawal dan mengurangkan kadar hakisa tanih dilakukan dgn mengadunkan tiga langkah: :langkah perundangan meliputi langkah penguasaan undang-undang,pemantauan, perlaksanaan hukuman seperti denda/kompaun, membatalkan lesen/permit operasi dan penjara terhadap individu atau syarikat yang didapati melanggar peraturan penggunaan tanah di kawasan tersebut.

Aspek amalan pengurusan strategik


Langkah agronomi menanam tumbuh-tumbuhan pelindung terhadap permukaan cerun yg sudah digondolkan manusia. Menanam tanaman tutup bumi tujuannya ialah utk memulihara tanih di samping mengawal hakisan. Melaksanakan kaedah tanaman berteres tujuannya ialah untuk memperlahankan pergerakan larian air permukaan. Membina benteng sebagai penguat kaki cerun dan sekaligus mengekalkan kestabilan cerun tersebut. Membina laluan air mengelakkan pergerakan air secara meluas di permukaan cerun.

PERLAKSANAAN KEMPEN

Kempen kesedaran dilaksanakn menerusi pelbagai media elektronik dan juga projek kemasyarakatan seperti bergotong-royang.

Pendidikan alam sekitar boleh diterap menerusin pelbagai matapelajaran tertentu di sekolah.

Alam sekitar sebagai satu subjek yang merentasi kurikulam.

GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN


Hakisan di dalam alur merujuk kepada hakisan sungai. Kombinasi dan percantuman alur-alur di dalam satu kawasan akan membentuk satu sistem sungai. Di dalam alur alur inilah air akan mengalir bermula dari kawasan yang tinggi(hulu) menuju ke kawasan yang rendah(hilir) Keupayaan air sungai yang bergerak di dalam alur-alurnya untuk menghakis tebing dan dasar laut tersebut adalah disebabkan oleh air sungai itu memiliki tenaga kinetik dan tenaga potensi. Tenaga kinetik wujud apabila air sungai bergerak manakala tenaga potensi terhasil melalui isi padu air sungai iti sendiri

KEPELBAGAIAN JENIS DAN CARA HAKISAN DI DALAM ALUR SUNGAI

JENIS HAKISAN SUNGAI


Pendalaman alur(menegak) Pelebaran alur(mendatar) Pemanjangan alur(pengunduran)

HAKISAN PENDALAMAN AIR


Melibatkan kerja-kerja mengorek dasar alur sungai oleh air sungai yang bergerak secara pusaran . Ia banyak terjadi di kawasan hulu sungai. Pembentukan lubang-lubang periuk di dasar alur sungai adalah menjadi bukti kepada proses ini. Hakisn mendalamkan air bertujuan untuk mencapai tahap keseimbangan sungai hasil daripada kejatuhan aras laut. Dengan kejatuhan aras laut ia mampu memperdalamkan alurnya semula menerusi proses rejuvenasi (balik muda)bag tujuan mencapai ke tahap keseimbangan yang baru. Hakisan ini dikenali sebagai hakisan menegak(vertical erosion)

HAKISAN PELEBARAN ALUR (LATERAL EROSION)


Melibatakann kerja-kerja penghakisan dan penghausan yang

berlaku pada tebing alur sungai.

Hakisan ini bertanggungjawab untuk merperluaskan saiz alur-alur sungai.

Hakisan ini mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi yang kuat untuk menghakis dan meruntuhkan tebingnya.

Hakisan ini berlaku pada likuan alur sungai iaitu bahagian tebing cekung akibat lencongan arus sungai selepas melalui sesuatu liku.

PEMANJANGAN ALUR

Melibatkan proses pemotangan pangkal alur ke arah hulu kerana adanya takat terjun seperti jeram dan air terjun di pangkal alur .

Apabila air terjun jatuh ke pangkal dasar alur ia berupaya untuk menghakis dan mengorek pangkal dasar laut berkenan mewujudkan satu bahagian tebing atas alur yang tidak mempunyai dya tampungan.

Dengan bantuan proses gerakan jisim,bahagian yang tidak mempunyai daya tadi akan jatuh ke dalam alur sungai.

CARA HAKISAN SUNGAI


Tindakan hidraulik tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yang dibawa Ia wujud akibat hempasan atau rempahan aliran sungai ke atas struktur batuan yang lemah seperti struktur rekaan.

HAKISAN GESELAN
Merupakan proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar laut sungai apabila bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir.batu tonggol bergeser dengan tebing dan dasar alur sungai berkenan

Daya geseran yang wujud akibat aliran air sungai ini memungkinkan proses penghausan yang dialami oleh tebing dan dasar laut sungai atau oleh bahan-bahan yang dibawah oleh sungai berkenan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR HAKISAN DI DALAM ALUR SUNGAI

Gradian(kecerunan)
membolehkan air sungai mengalir deras dan meninggikan kadar hakisan kadar hakisan di hulu sungai lebih pesat berbanding dengan bahagian tengah dan hilirnya kerana kecuraman cerun dasar laur sungai di kawasa berkenan. Kawasan huku biasanya terdiri daripada batuan keras yang membentuk jeram dan air terjun.

ISI PADU AIR SUNGAI


Isi padu air sungai dipengaruhi oleh faktor cuaca. Sungai-sungai di Malaysia akan menerima input air hujan yang banyak semasa hujan lebat. Ia akan menambahkan kekuatan hakisan sungai itu sendiri Pada masa ini juga arus sungai bergerak secara berpusar yang mampu mengorek dan memperdalamkan rekahan di dasar dan tebing alur sungai menerusi proses hiaraulik dan larutan.

HAKISAN LARUTAN
Merujuk kepada tindak balas secara kimia antara air sungai dengan mineral geologi yang membentuk tebing dan dasar alur sungai.

Air sungai bertindak sebagai pelarut akan melarutkan mineral-mineral batuan dan dialirkan bersama-sama dengan aliran sungai .

Proses ini menyebabkan struktur dan tekstur batuan tebing dan dasar alur sungai menjadi longgar dan tidak stabil dan mudah runtuh.

Keberkesanan proses ini bergantung kepada keasidan air sungai dan darjah pergerakan mineral geologi yang membentuk tebing dan dasar alur sungai tersebut (mobiliti mineral) apabila ia bertemu dengan air sungai(H2O)

KUANTITI DAN KUALITI BAHAN

Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan proses

perlanggaran dan geselan/lelasa.

Bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai sama ada diseret,melantun(saltasi) sebenarnya bergerak secara rawak di dalam alur sungai.

Jika bahan yang dibawa oleh air sungai bersifat keras akan mengalami penghausan melalui proses geselen dan sebaliknya akn berlaku jika bahan yang dibawa itu adalah lembut.

FAKTOR GEOMETRI
Taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur yang lurus
adalah sama dan seimbang. Taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur yang berliku adalah tidak sama yang menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan tebing alur sungai. Bagi tebing cekung akan berlaku hakisan melebar akibat lencongan arus yang kuat, mengorek,meruntuhkan tebing lalu melebarkannya. Bagi tebing cembung yang bertentangan dengam tebing cekung tadi akan mengalami pemendapan kesan daripada pergerakan arus yang perlahan semasa ia melencong sesuatu liku.

CIRI-CIRI GEOLOGI DASAR

Geologi yang lembut seperti batu kapur ,dolomit,dan gipsum mempunyai struktur ,tekstur dan ikatan mineral yang lomggar dan menjadikannya sebagai geologi yang amat tidak tahan dengan kehadiran air dan akan bertindakbalas secara kimia.

Geologi yang keras seperti batu granit dan gabbro amat tahan untuk diuraikan atau dilarutkan oleh air sungai.

Justeru itu,kadar hakisan air sungai ke atasnya adalah lambat sekali.

SIFAT TUMBUHAN
Akarakar tumbuhan akan bertindak untuk mengikat dan mencengkam geologi dan tanah di tebing sungai daripada dihakis-angkut oleh air sungai dengan sewenang-wenangnya.

Sungai-sungai di kawasan hutan tebal (hutan primer) mempunyai tebing yang amat kukuh dan stabil berbanding dengan sungai-sungai di kawasan hutan yang sudah diterokai (hutan sekunder) dan kawasan lapang.

PENGANGKUTAN SUNGAI
Pengangkutan adalah satu proses pemindahan. Proses pengangkutan ini dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai itu sendiri. CARA PENGANGKUTAN SUNGAI Golekan Saltasi Ampaian Larutan

GOLEKAN
Satu proses menyeret beban sedikit demi sedikit di dasar alur sungai. Bagi beban yang kasar,berat dan tumpat akn diangkut secara golekan. Kadar pergerakan beban ini tidak selaju arus sungai . Pada masa banjir ,beban ini mungkin diseret lebih cepat dan lebih jauh kerana pada masa itu halaju dan isi padu arus sungai adalah tinggi.

SALTASI
Bahan-bahan yang terdapat di dasar alur sungai juga
diangkut secara lompatan (saltasi)khususnya bagi bahan atau beban yang bersaiz agak kecil serta bersegi-segi seperti pasir dan kerikil akan menghalang pergerakan air dan tekanan hidrolik akan bertambah di belakang bijian tersebut. Bijian ini akan tercungkil ke atas dan dibawa oleh air ke depan. Bijian ini akan jatuh semula tidak jauh dari tempat asalnya akibat tarikan graviti. Proses yang sama akan berulang-ulang yang menyebabkan bijian ini kelihatan melompat-lompat dalam satu siri saltasi.

AMPAIAN
Beban yang ringan seperti daun-daun kayu akan diangkut dalam bentuk ampaian. Bahan bahan yang ringan yang memasuki alur sungai tidak tenggelam disebabkan adanya julangan hidrolik dari dasar sungai. Pergerakan pusaran inilah yang mengapungkan bahan-bahan berkenaan seterusnya bergerak dalam ampaian ke hilir sungai.

LARUTAN
Air sungai akan bertindak sebagai pelarut yang akan melarutkan bahan-bahan sungai yang mudah larut yang masuk ke dalam alurnya menjadi hasil larutan. Proses ini menyebabkan air sungai bertukar warna dan bau dan akan bergerak bersama-sama dengan arussungai. Halaju arus sungai adalah sama dengan halaju bahan larutan yang dibawa itu.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENGANGKUTAN DI DALAM ALUR SUNGAI  BENTUK DAN SAIZ BEBAN Merupakan faktor yang terpenting mempengaruhi caracara pengangkutan di dalam alur sungai. Bentuk dan saiz beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut. Bentuk beban merujuk kepada ciri-ciri beban tersebut apabila ia berada di dalam air, sama ada ia larut ,terapung atau tertinggal sebagai pepejal.

BEBAN AMPAIAN

Terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus ringan serta mempunyai daya graviti yang lebih rendah berbanding dengan air. Mempunyai ketumpatan yang rendah berbanding dengan ketumpatan air sungai. Sifatnya yang terapung menyebabkan beban ini diangkut secara apungan atau ampaian. Beban dasar pula,merujuk kepada beban yang pejal,berat,tumpat dan termendap di dasar sungai yang hany diangkut secara golekan,seretan,dan saltasi(lompatan).cth beban dasar adalah,bongkah batuan,serpihan,bijian pasir dan lain-lain.

PERBEZAAN HALAJU ARUS SUNGAI


Menentukan cara sesuatu jenis beban sungai itu diangkut.

Daripada analisa Hjulstorm,dapat disimbulkan bahawa halaju yang diperlukan untuk mengangkut beban dasar secara seretan/golekan dan beban ampaian secara apungan adalah lebih besar berbanding dengan halaju yang diperlukan untuk mengangkut beban pasir bersaiz sederhana secara saltasi.

PROSES PENGANGKUTAN
Aliran sungai terbahagi kepada dua jenis: aliran laminar(lurus) aliran turbulens(berpusar)

(a) Aliran laminar merupakan aliran yang perlahan.berlapislapis,mengalir di bahagian alur yang lurus dan mempunyai halaju yang rendah. (b) Aliran turbulens merupakan aliran yang deras,berpusar(eddy) yang sebahagian besarnya wujud pada musim banjir atau selepas alur sungai itu menerima hujan lebat.

PEMENDAPAN SUNGAI

GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI


Pantai adalah zon yang terletak di antara tikas sir pasang dengan tikas air surat ombak. Pantai merupakan satu jajur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi. Seperti pasir, kulit kerang, siput lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai. Contoh-contoh pantai berpasir yang bersih dan indah adalah pantai langkawi, pantai mersing johor, pantai cherating pahang, pantai batu buruk terengganu.

Agen geomorfoogi yang bertindak di zon pinggir pantai. Antaranya ialah: A) Ombak Ombak dibahagikan kepada ombak pembina dan ombak pembinasa. Ombak pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatanya di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yang lebar. Ombak pembinasa menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang telah dibina oleh ombak pembina. Ombak pembinasa biasanya berlaku ketika ribut seperti pada musim tengkujuh atau gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut.

Arus
Terdapat arus pesisir pantan dan arus pembalik dasar. Arus pesisir pantai terhasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini bergerak sepanjang garis pantai secara zig-zag. Arus-arus lautan terbentuk akibat perubahan arah tiupan dab biasaan angin lazim serta kesan daya koriolis putaran bumi.

Arus pasang surut Agen pasang dan surut mempengaruhi bentuk-bentuk muka bumi di zon pinggir pantai. Khususnya di kawasan muara sungai. Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di atas paksinya.

Tindakan angin
Di zon luar pesisir pantai yang tidak dicapai oleh tikas air pasang biasanya dipengaruhi oleh tindakan angin. Angin boleh mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk- bentuk yang ada di zon luar pesisir ini. Bentuk muka bumi yang terhasil ialah bukitbukit yang dikenali sebagai diun atau gumuk pasir.

Faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Geomorfologi Pinggir Pantai


 Tindakan ombak dan arus merupakan tindakan yang paling dominan dan berkesan,mengukir dan mengubah bentukbentuk bumi di pinggir pantai.  Agen Gaeomorfologi akan menghakis,mengangkut dan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.  Proses-proses hakisan ,pengangkutan dan pemendapan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya:

(a) Halaju angin yang akan menentukan saiz dan kekuatan ombak. Tiupan angin yang perlahan membolehkan ombak pembina terbentuk untuk memendapkan muatannya. Angin kencang seperti ribut akan menghasilkan ombak pembinasa yang bertindak menjalankan hakisan ombak. (b) Orientasi pantai sama ada terdedah atau terlindung. Pantai yang terdedah secara langsung kepada serangan ombak seperti kawasan pantai timur semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yang kuat terutamanya pada musim Monsun Timur Laut. Pantai yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana halaju ombak menjadi perlahan.

c) Kedalaman air di kawasan pantai. Kawasan air dalam pantai berteluk akan mengalami kadar hakisan tinggi. Kawasan pantai cetak, ombak akan kehilangan tenaga akibat geseran dengan dasar pantai dan kadar pemendapan pula menjadi tinggi.
d) Faktor Geologi yang membentuk cerun pantai. Jikapantai dibentuk oleh batuan yang keras maka ia akan tahan dihakis oleh ombak dan pantai berbentuk tanjung. Pantai yang berbatuan lembut, mudah dihakis dan ia akan berbentuk teluk. e) Kuantiti dan kualiti bahan/ muatan yang dibawa oleh ombak. Jika ombak membawa muatan yang keras seperti batu kerikil dan batu tongkol kadar kehakisan pantai akan meningkat kerana bahan-bahan tersebut akan bertindak sebagai alat penghakis yang berkesan. Jika ombak membawa batuan yang lembut dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada, kulit-kulit kerang dan siput serta pasir laut akan mempengaruhi kadar pemendapan di pinggir pantai berkenaan.

f) Pertembungan arus laut dengan arus sungai.


Pertembugan ini biasanya berlaku di muara. Akibat pertembungan kedua-dua arus akan kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahannya di dasar muara. Kadar pemendapan bergantung kepada kuantiti bahan yang dibawa oleh arus. g) Perbezaan antara tikas air pasang dengan tikas air surut air laut. Semakin besar perbezaan maka zon boleh dihakis dan memendapkan menjadi semakin lebar. Tikas air pasang yang tinggi dan tikas tikas air surut yang rendah di muara akan mempengaruhi kelebaran bahan muatan yang akan memendapkan dan kelebaran delta yang akan terbentuk.

Faktor- faktor yang menyebabkan kelandaian dan kecuraman Cerun Pantai


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kecuraman kelandaian sesebuah pantai. Profil pantai yang curam atau landai boleh berupah mengikut masa.

Kecerunan pantai tidak kekal sesuai dengan pantai iti sendiri yang dinamik sifatnya. Antara sebab- sebab ada pantai yang curam dan landai ialah seperti berikut:

Kepelbagaian jenis dan saiz bahan mendak.

Bahan mendak yang kasar seperti kulit kerang, kerikil dan bijian pasir yang besar dan kasar akan membentuk cerun pantai yang curam. Bijian pasir yang halus akan membentuk cerun pantai yang landai. Taburan bijiran pasir yang ada di sesebuah cerun pantai menunjukkan bijian kasar di cerun semakin halus menghala ke gigi air. Cerun pantai lebih curam dibahagian atas

Faktor jenis dan kekuatan ombak


Ombak pembinasa mempunyai tenaga kinetik yang kuat untuk menghempas dan memusnahkan cerun pantai. Cerun pantai yang landai menjadi curam akibat kuasa hakis angkut yang kuat. Ombak pembinasa tiba di sesebuah pantai banyak bahan bahan enapan akan ditimbunkan lalu menghasilkan pantai-pantai yang cerunanya lebih landai.

Faktor orintasi pantai


Pantai yang terbuka dan terdedah kepada lautan luas menghasilkan cerun yang lebih curam. Kawasan pantai itu mengalami tenaga ombak dan arus yang kuat berbanding dengan pantai yang terlindung.

Faktor manusia
Aktiviti manusia mempengaruhi kecerunan pantai. Contohnya penebangan hutan, pengambilan pasir di tepi sungai, memperdalamkan muara sungai. Pantai memgalami hakisan yang kuat oleh ombak dan arus.

Pengaruh arus
Arus berpengaruh terhadap kawasan pantai. Misalnya arus pasang surut bergerak selari dengan garis pantai Pantai yang terletak berdekatan dengan muara sungai maka dibawa banyak bahan enapan yang kelodak dan lumpur untuk dimendapkan.

Proses Hakisan ombak


. Tindakan hidraulik disebabkan oleh kuasa air laut tanpa melibatkan bahan yang dibawah. . ombak yang menghempas pantai yang berbatu akan memasuki rekahan batuan ditepi pantai. . air laut memasuki dan memenuhi rekahan batuan akan memamparkan udara dan rekahan mengalami pengembangan. . Ombak mengundur ,udara dalam rekahan menguncap dan mengalami kenduran. . Proses itu berulang kali

Tindakan kikisan atau geselan


Muatan yang dibawa oleh ombak dengan batuan di kaki tanjung yang menghadap ombak. Bahan ombak bertindak sebagai alat penghakis untuk menggesel dan menghauskan kaki cenuram tadi. Tindakan ini bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa oleh ombak. Tanpa bahan ombak bertindak sebagai alat penghakis, proses kikisan tidak akan jadi.

Tindakan lagaan
Proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk bahan-bahan pantai apabila dilanggar dan berlaga sehingga pecah dan menjadi kecil. Batu tongkol bertukar menjadi serpihaserpihan prismatik yang lebih kecil akibat pelanggaran. pelanggaran berlaku keatas dan kebawah semasa damparan dan semasa lurutan ombak.

GERBANG LAUT

Tindakan larutan
Proses hakisan laut secara kimia. Air laut bertindak melarutkan mineral batuan yang ada dipinggir pantai. Mineral mudah larut dan bersifat menyerap air seperti kalsium karbonat dalam batu kapur dan dolamit. Air laut bertindak sebagai pelarut, mineral batuan bertindak sebagai bahan larutan. Biasanya menghasilkan komposisi mineral yang baru dikenali sebagai hasil larutan.

TUNGGUL SISA

GEO

GUA

GLOUP

GLOUP

GERBANG LAUT

GERBANG LAUT

Pengangkutan ombak
Proses pengangkutan Sebelum berlakunya proses pemendapan bahan-bahan pantai akan mengalami pengangkutan. Bahan yang diangkut ialah batu tongkal, batu kerikil, batu pasir, kelodak dan tanah liat.

Proses Pengangkutan bahan-bahan pantai oleh ombak berlangsung dalam dua arah
Pergerakan ke atas semasa damparan ombak dan pergerakan kebawah semasa lurutan ombak. Bahan-bahan ini bergerak secara berulangulang mengikut pergerakan damparan dan lurutan ombak. Dua jenis ombak pembina dan ombak pembinasa.

Ombak pembina sejenis ombak yang panjang dan rendah. Masa kejadian antara 8 hingga 10 saat dan kekerapannya antara 6 hingga 10 kali dalam seminit. Gelombang limpah yang mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutannya lemah. Ombak pembina mempunyai keupayaan untuk membawa dan menyebarkan bahan. Kesannya kadar pemendapan ombak pembina tinggi berbanding dengan kadar hakisannya.

Pengangkutan bahan-bahan pantai dilakukan oleh arus pesisir pantai. Arus bergerak selari dengan garis pantai mengikut arah tiupan angin lazim. Arus pesisir pantai terjadi akibat damparan ombak yang membawa muatannya tiba di pantai. Kejadian ini menghasilkan pergerakan bahan pantai secara zig-zag di atas pantai.

Pemendapan ombak
Bentuk- bentuk muka bumi hasil pemendapan ombak. o Pantai ialah kawasan pinggir laut yang terletak antara tikas air surut yang terendah dengan tikas air pasang yang tertinggi. o Pantai ribut terletak pada aras yang paling tinggi dan terdiri daripada timbunan batu lada yang kasar. o Permatang pantai atau berm hasil longgokan batu kelikir oleh ombak pembinasa. o Bucu pantai yang merupakan pemisah antara bahagian atas pantai yang bercerun curam dengan bahagian bawah pantai yang bercuram landai. o Riak pasir terletak di bahagian bawah pantai yang bercerun landai. o Permatang yang rendah dan beralur-alur kecil.

Bahan-bahan yang membentuk pantai berasal daripada ua sumber pertama. Pertama dari kawasan daratan yang diangkut oleh sungai. Bahan daratan dibawa oleh angin seperti debu dan pasir yang dimendapkan di pantai. Kedua bahan yang berasal dari laut seperti pasir, batu lada, kulit-kulit kerang yang diangkut serta dimendapkan oleh ombak. Bahan dari laut adalah lebih banyak berbanding dengan bahan dari lautan.

Beting pasir permatang pasir dan batu kerikil yang ditimbunkan oleh ombak di pinggir laut. Beting pasir terdiri daripada beting pasir luar pantai, beting pasir muka teluk dan tombolo. Beting pasir luar merupakan permatang pasir yang rendah yang selari dengan garis pantai. Beting pasir terletak di zon ombak pecah dan dipisahkan dari pantai oleh kawasan laut yang cetek dikenali sebagai lagun. Ombak junam yang pecah lantas mewujudkan putaran, menggali pasir dan memendapkan di sebelah belakangnya. Sifat beting pasir ini tidak kekal, ia akan musnah apabila ditimpa oleh ombak ribut.

Beting pasir muka terbentuk di kawasan pantai yang berteluk-teluk dan hampir menutupi muka teluk dari laut lepas. Proses pemendapan berlaku dari dua arah yang bertentangan. Ia menyebabkan hujung beting pasir bersambung akan mewujudkan beting pasir bucu pantai. Arus pesisir pantai boleh mengangkut dan menyebarkan beting pasir dari pantai hingga bersambung dengan pulau yang berdekatan.

TANJUNG

TANJUNG

TOMBOLA

Anak tanjung merupakan bentuk hasil penimbunan ombak dan arus pesisir pantai. Permatang yang bersambung dengan pantai dan hujungnya mengajur masuk ke laut. Anak tanjung terbentuk dalam keadaan berikut. Perubahan pada garis yang berteluk atau bermuara. Pembentukannya berkait rapat dengan arus pesisir pantai yang mengangkut bahan enapan di sepanjang garis pantai. Pantai yang mengangkut bahan enapan di sepanjang garis pantai. Bahagian pantai yang melengkung atau berteluk maka arus pesisir pantai akan terlajak dan tenaganya menjadi lemah.

Bukit-bukit pasir. Selain ombak dan arus, agen geomorfologi yang berpengaruh di pinggir pantai ialah angin. Tindakan angin amat berkesan di zon lepas pesisir. bentuk yang penting akibat pemendapan angin ialah bukit-bukit pasir atau diun pasir. Bukit pasir boleh terbentuk dan berkembang dengan baik dan ketinggiannya meningkat.

Aktiviti Pembangunan Manusia Dan Kesannya  Zon pinggir pantai merupakan satu zon yang strategi untuk melaksanakan aktiviti pembangunan.Bentuk pembangunan telah dijalankan di kawasan ini seperti: Pembangunan Pelancongan Pembangunan petempatan Bandar Pembangunan industri Pelabuhan Pertanian akuakultur  Melibatkan pemusnahan sumber-sumber semulajadi secara besar besaran khususnya pemusnahan hutan bakau. Pembangunan yang melampau terhadap zon ini maka ia kini menghadapi satu permasalahan fizikal yang agak serius iaitu meningkatan saiz pantai semakin sempit.

 Sesebuah pantai yang cantik sebenarnya terbentuk hasil daripada kombinasi proses-proses geomorfologi.menjelaskan  Kerakuasan manusia yang telah membangunkan kawasan pantai secara berlebihan tanpa melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang sistemetik telah menyebabkan keseimbangan proses-proses geomorfologi tergugat.  Hakisan yang paling teruk berlaku adalah di Pantai Timur Semanjung. Ada bahagian-bahagian jalan raya yang telah rosak disebabkan hakisan pantai yang telah sekian lama berlarutan  Hakisan yang berlaku sedikit-hakisan biasa akibat fenomena semula jadi dan kedua hakisan secara cepat,mendadak atau hakisan luar biasa akibat aktiviti manusia sendiri.  Hakisan sepanjang garis pantai Malaysia adalah meluas,giat dan serius sekali.Sekurang-kurangnya 1300km(atau 27%)daripada 4800km garis pantai Malaysia mengalami hakisan.  Hakisan pantai yang giat kebanyakannya menjelaskan kawasankawasan pertanian,perumahan,kemudahan pengangkutan.  Pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai projek pembangunan juga dikenal pasti menjadi punca utama kadar hakisan pantai secara mendadak berlaku .Fenomena ini kebanyakannya terjadi di Pantai Barat Semanjung.

 Hutan bakau sebenarnya berfungsi sebagai zon penampan semulajadi ( buffer zone ) yang paling berkesan sekali untuk menahan segala bentuk hakisan sama ada disebabkan oleh pengerakan air,ombak,arus, hujan ribut,angin dan sebagainya.  Ketidak seimbangan kepada profil pantai akan terjadi apabila aktiviti pengorekan pasir laut dilakukan misalnya bagi tujuan memperdalamkan muara ataupun pelabuhan.  Tujuan mengimbangi profil pantai maka agen-agen geomorfologi seperti ombak dan arus akan bertindak menghakis,mengaut dan mengangkut pasir-pasir di tepi pantai untuk ditumbunkan kembali di bahagian muara yang dikorek tadi.

Langkah Mengatasinya :Strategi Pembangunan Lestari Mengurangkan Kadar Hakisan di Zon Pinggir Pantai

Pembangunan Lestari adalah satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable development) sesuatu sumber di sesebuah kawasan agar dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang Langkah perundangan melibatkan pelaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan seperti pemusnahan hutan bakau. Amalan pengurusan sumber yang cekap juga boleh membantu mengelakkan kadar hakisan pantai.Misalnya dalam konteks hutan bakau. Kaedah kawalan struktur ialah melibatkan aspek kejuruteraan pantai untuk memerangkap enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan arus pesisir pantai.

SUNGAI SAN JUAN

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like