You are on page 1of 5

KEJADIAN BANJIR DI PAHANG 2013

Banjir pada penghujung tahun 2013 adalah yang terburuk pada tahun-tahun lepas
dan lebih buruk daripada tahun 2001.
[1]
Dikatakan semakin hari semakin buruk lebih-
lebih lagi disekitar kawasan Kuantan. Beberapa jalan perhubungan yang dibanjiri air
di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dengan pantai barat terputus. Setiap
bantuan yang diberi perlu melalui bantuan udara. Sejak 3 Disember, air yang semakin
naik menyebabkan bekalan elektrik disekitar kuantan terpaksa diputuskan untuk
mengelakkan kerosakan.
[2]
Beberapa cawangan pejabat Pos Malaysia di Terengganu
dan Pahang terpaksa ditutup.
[2]
Ada khabar angin yang mengatakan air akan
dilepaskan dari empangan di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir.
[3]
PAHANG
Mengikut pada perkembangan, keadaan banjir di Kuantan bertambah buruk. Ada
sumber menyatakan kemungkinan besar Kuantan akan di ishtihar darurat.
[4]
Hampir
keseluruhan Kuantan kini tenggelam. Kebanyakan kawasan, bekalan elektrik dan air
telah terputus. Sesetengah kawasan, air naik melebihi 2 meter. Air laut yang pasang
pada waktu malam juga telah memburukkan keadaan. Lebih dari 12, 161
[5]
orang telah
dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.
[6]

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang, Lipis menjadi daerah keenam
dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
Di Rompin, sejumlah 4, 234 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan,
membabitkan 1,110 buah keluarga. Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir,
masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. Sementara itu di Maran mangsa
yang terjejas banjir ialah 105 orang yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan.
Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan
di dua buah pusat pemindahan.
[5]

Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah
Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan.
Kilometer 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
Jalan Cherating- Kemaman (berhampiran Chendor)
Jalan Utama Jerantut - Kuala Lipis
Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat
Jalan Paya Sepayang dan Simpang Sepayang di Rompin


Maksud banjir
- Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi
sesuatu kawasan atau tempat yang luas
Penyebab
Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan
benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah
kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami,
atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak
berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia.
Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir
yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu
contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan
tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah
berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan
dalam tempat takungan air buatan manusia.
Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau
mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat
banjir.
antara lain, banjir boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir
adalah:
1.Hujan yang berterusan
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-
kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar
sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
2.Proses pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan
tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak
sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor
penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air,
kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari
kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan
bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
3.Hakisan sungai
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula
jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun
dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing
akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi
cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti
sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan
pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan
semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak.
Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
4.Hutan tadahan
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain
itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar
suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus
hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga
proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan
ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
5.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh
tumbuhan
Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai
tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air
sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
6.Sistem perparitan tidak terancang
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar
dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN
Kerosakkan fizikal- Struktur-struktur seperti bangunan rosak akibat air
bah banjir. Tanah runtuh juga mungkin berlaku.
Bekalan air- Pencemaran bekalan air. Air bersih akan sukar dicari.
Tanaman dan bekalan makanan- Kekurangan bekalan makanan
akibat kemusnahan tanaman yang dimusnahkan air banjir

CARA MENGATASI BANJIR
- Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan
kumuhanhendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan
dan hujan dapatdialirkan dengan baik.

-Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai.
Jika dahulusungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak
dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan. Ini
disebabkan proses pemendapan danpembuangan bahan-bahan
buangan.Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan
menjalankan prosespendalaman sungai dengan mengorek
semua lumpur dan kekotoran yangterdapat di sungai. Apabila
proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadidalam tetapi
mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.






-Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir
sungaidigemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke
sungai. Keadaan yangsama juga berlaku apabila aktiviti
pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.Oleh itu
pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk
mengatasimasalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan
tadahan yang mampumenyerap air hujan daripada mengalir terus
ke bumi.Hutan boleh berfungsisebagai bunga karang (sponge)
dengan menyerap air hujan dan mengalirdengan perlahan-lahan
ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagaipenapis dalam
menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan
mampumenyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan
ini dibebaskankembali ke atmosfera melalui sejatan
pemeluwapan. Hanya dengan inisahaja pengurangan air hujan
dapat dilakukan.

-Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan
pembuangansamapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi
menangani masalah ini,kesedaran kepada masyarakat perlu
didedahkan supaya aktiviti negatif initidak terus dilakukan seperti
mengadakan kempen mencintai sungai dansebagainya.

You might also like