You are on page 1of 17

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3-4

2.0 Kejadian-Kejadian Elemen Bermagnitud Tinggi,

Berfrekuensi Rendah Di Dalam Membawa Perubahan

Morfologi Sungai
5-6
2.1 Banjir Besar
6-7
2.2 Gempa Bumi
8
2.3 Kemarau

3.0 Kesan Kejadian-Kejadian Elemen Bermagnitud Tinggi,

Berfrekuensi Rendah Di Dalam Membawa Perubahan

Morfologi Sungai
9-10
3.1 Hakisan
11-12
3.2 Pengangkutan Dan Pemendapan
12-14
3.3 Kedalaman Dan Pelebaran Sungai
14-15
3.4 Sungai Menjadi Cetek
15-16
3.5 Susutan Air sungai

4.0 Kesimpulan 17

5.0 Rujukan 18

1
1.0 PENGENALAN

Geomorfologi merupakan kajian saintifik mengenai bentuk muka bumi dan perubahan

daratan yang telah lama diperkenalkan dan banyak kajian telah dijalankan oleh para penyelidik

Perubahan bentuk muka bumi ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah faktor alam

semula jadi dan faktor manusia. Kejadian semula jadi yang berlaku di sesuatu kawasan mungkin

tidak boleh dikawal dan diatasi oleh manusia. Namun, antara penyebab berlakunya kejadian ini

adalah perbuatan manusia yang mempercepatkan berlaku sesuatu proses perubahan di sesuatu

kawasan. (Jamaluddin Md Jahi, 1989)

Kejadian- kejadian elemen bermagnitud tinggi dan berfrekuensi rendah adalah merujuk

kepada berlakunya satu kejadian yang luar biasa. Kejadian ini berlaku dalam skala yang besar

dan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar. Frekuensi rendah pula merujuk kepada

kekerapan berlakunya kejadian tersebut adalah sangat rendah. Kejadian tersebut jarang berlaku

dan mengambil masa yang lama untuk berlaku kembali.

Sungai pula dapat ditakrifkan sebagai tali air semula jadi yang mengalirkan air dari

cabang hulu ke hilir sungai. (Kamus Dewan, 2005) Sungai boleh dikategorikan kepada tiga

peringkat iaitu peringkat hilir, tengah dan hulu. Air mengalir dari satu tempat ke satu tempat

yang merupakan agen pembentukan muka bumi yang amat berkesan. Proses ini biasanya berlaku

di kawasan tropika lembap kerana di kawasan tersebut mempunyai air yang banyak. Kebolehan

air yang mengalir di dalam sungai telah menyebabkan wujudnya pembentukan sungai.

Punca air di dalam sungai juga berasal daripada hujan, tasik, glasier, mata air, air bawah

tanah dan sebagainya. Lembangan sungai pula merupakan kawasan dari mana semua air larian

permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan

2
tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. Dalam aliran sungai berlaku

beberapa proses antaranya ialah hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Morfologi sungai

ditentukan oleh operasi dan keseimbangan antara pelbagai proses yang dijalankan. Proses ini

akan menyebabkan morfologi sungai itu berubah. Aliran sungai merupakan sesuatu yang

dinamik dan ia bergantung kepada inputnya seperti air hujan. (Jamaluddin Md Jahi & Ismail

Ahmad, 1998)

Kejadian yang bermagnitud tinggi ini akan memberi kesan terhadap persekitaran

termasuklah bentuk muka bumi, morfologi sungai dan sebagainya. Antara kejadian-kejadian

elemen bermagnitud tinggi dan berfrekuensi rendah yang membawa kepada perubahan morfologi

sungai adalah banjir besar, kemarau, tsunami, gempa bumi dan sebagainya.

3
2.0 KEJADIAN-KEJADIAN ELEMEN BERMAGNITUD TINGGI, BERFREKUENSI

RENDAH DI DALAM MEMBAWA PERUBAHAN MORFOLOGI SUNGAI

2.1 BANJIR BESAR

Antara kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi dan berfrekuensi rendah yang

membawa perubahan morfologi sungai adalah banjir besar. Kejadian banjir besar ini berlaku di

seluruh dunia termasuklah negara kita. Contohnya, kejadian banjir besar yang terkini berlaku di

negara Malaysia ialah banjir yang menimpa Kelantan pada tahun 2014. Selain Kelantan, Pahang

dan Terngganu turut menerima tempias tersebut tetapi ia tidak seburuk yang dialami oleh rakyat

Kelantan.Kejadian banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 2014 adalah merupakan

kejadian yang jarang berlaku dan ia berlaku dalam bentuk yang sangat besar. Sedia kita maklumi

bahawa negeri di sebelah pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang akan

menghadapi bencana banjir disebabkan oleh Monsum Timur Laut. Monsum Timur Laut ini

berlaku antara bulan Okober hingga Disember. Namun kejadian banjir yang berlaku pada tahun

2014 merupakan antara kejadian terbesar yang berlaku di negeri Kelantan. Kelantan telah

dilanda banjir besar pada tahun 1967 dan kejadian tersebut berulang selepas 10 tahun iaitu pada

tahun1977. (Abdul Razak Ahmad, 2014).

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya banjir besar tersebut adalah disebabkan oleh

tindakan manusia. Tindakan manusia merujuk kepada aktiviti seharian yang dijalankan tanpa

memikirkan tentang alam sekitar. Selain itu, taburan hujan juga mempengaruhi berlakunya

kejadian banjir Kelantan mengalami taburan hujan yang lebat. Kehadiran fenomena angin

monsoon ‘New Moon’ di wilayah ini dengan kelajuan angin mencapai 50- 60 Kilometer sejam

telah menyebabkan paras air laut naik secara mendadak.

4
Gambar menunjukkan rumah dan jalan utama ke bandar Tumpat yang musnah dibawa arus deras
di kampung Tanjung Kuala, Tumpat (Wardah Tahir, 2015)

Kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2014, telah memberi kesan terhadap sosial,

ekonomi dan alam sekitar. Dari sudut alam sekitar, banjir telah menyebabkan keratan rentas

sungai di Kelantan telah berubah. Perubahan ini disebabkan oleh proses hakisan, pengangkutan

dan pemendapan yang berlaku dengan cepat disebabkan oleh kejadian besar tersebut. Tahap

kebinasaan akibat bencana banjir bergantung kepada tahap magnitud banjir tersebut itu sendiri.

2.2 GEMPA BUMI

Selain itu, kejadian elemen bermagnitud tinggi dan berfrekuensi rendah yang membawa

perubahan morfologi sungai adalah gempa bumi. Gempa bumi juga merupakan kejadian yang

jarang berlaku di dunia ini. Gempa bumi yang berskala kecil sering terjadi namun ia tidak

memberi kesan besar terhadap morfologi sungai. Kejadian gempa bumi yang berskala besar akan

menyebabkan berlakunya pegerakan tektonik yang akan menjejaskan geomorfologi bumi

termasuklah membawa perubahan terhadap morfologi sungai. (H.D. Tjia, 1990) Kebanyakan

gempa bumi akan berpusat di kawasan jasad-timbul yang tinggi, sama ada di dartan atau lautan.

5
Namun, gempa bumi juga berpusat di kawasan yang berjasad- timbul rendah iaitu kawasan yang

tidak berbukit, bergunung atau banjaran tenga lautan. (Djin, 1989)

Pada 11 Mac 2011, gempa bermagnitud 9.0 skala ritcher berlaku di Pantai Timur Jepun

dan Miyagi. Gempa itu menyebabkan tsunami yang tinggi hingga 30 Meter yang membanjiri

pantai sepanjang 110km yang memusnahkan bandar dan beberapa buah kampung. Kejadian ini

telah menyebabkan berlaku perubahan bentuk muka bumi termasuklah morfologi sungai di

Pantai Timur Jepun.

Ekoran daripada gegaran yang berlaku telah menyebabkan berlakunya Tsunami

(Hairulkamal Wahid, 2006) Pada tanggal 26.12.2004, beberapa negara di Lautan Hindi telah

dilanda gempa bumi dengan magnitud 9.0 skala ritcher. Antara negara yang kuat terjejas

disebabkan oleh kejadian tersebut adalah Indonesia iaitu di wilayah Acheh. Thailand, Myanmar,

Malaysia dan lain-lain negara yang berhampiran dengan Lautan Hindi terjejas dengan kejadian

tersebut. Negara kita sendiri iaitu Malaysia juga terjejas yang melibatkan kawasan di utara

semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang dan juga membabitkan kawasan di sebelah

barat iaitu Perak dan Selangor.

Wilayah Acheh amat terkesan dengan kejadian tsunami ini kerana keberadaanya yang

berdekatan dengan Lautan Hindi. Hampir keseleruhan wilayah Acheh dibadai oleh tsunami yang

mengorbankan beratus ribu nyawa orang dan kehancuran yang amat dasar. Kejadian ini telah

menyebabkan morfologi sungai di wilayah Acheh berubah kerana berlaku limpahan air dari laut.

(Bramwelk, 1993)

6
2.3 KEMARAU

Sementara itu, kejadian elemen bermagnitud tinggi dan berfrekuensi rendah yang di

dalam membawa perubahan morfologi sungai adalah kemarau. Kemarau sering berlaku di dunia

tetapi kemarau yang bermagnitud tinggi jarang berlaku. Kemarau ini juga merupakan fenomena

cuaca ekstrem yang menyebabkan cuaca terlalu panas. Keekstreman sesuatu kejadian kemarau

dapat dilihat melalui tahap keparahan. Tahap keparahan kemarau adalah penting kerana ia

penunjuk penting kepada impak kemarau (Hayes, 2010). Antara contoh kejadian kemarau yang

berlaku adalah di Afrika pada tahun 2011. Kejadian kemarau di Afrika ini melibatkan Somalia,

Kenya dan Ethiopia.

Kejadian kemarau yang berlaku di Afrika telah menyebabkan berlakunya kebuluran

dalam kalangan penduduk. Masalah kemarau panjang adalah antara kesan daripada pemanasan

global yang membawa perubahan atau gangguan terhadap kitaran iklim, habitat dan ekosistem.

(Nazura Ngah, 2017) Menurut Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang, trend pemanasan yang menyaksikan 2016

diisytiharkan sebagai tahun ketiga berturut-turut suhu kekal meningkat berterusan sejak 2001

yang mana 16 tahun daripada 17 tahun terpanas berlaku pada tempoh berkenaan. (Nazura Ngah,

2017)

Di negara kita, kesan cuaca panas dan kering El Nino sudah mula kita rasai sejak tahun

lalu dan menurut perangkaan ia akan berkekalan sehingga pertengahan 2016. Jabatan

Meteorologi sudah membuat ramalan penyusutan jumlah hujan hingga 60 peratus daripada angka

normal bakal dialami. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak (Mohd

Fadzil Akhir, 2016) . Cuaca di negara kita adalah sangat panas pada tahun tersebut dan ia

7
berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Cuaca yang panas memberi kesan sampingan

terhadap manusia dan alam sekitar.

3.0 KESAN KEJADIAN-KEJADIAN ELEMEN BERMAGNITUD TINGGI,

BERFREKUENSI RENDAH DI DALAM MEMBAWA PERUBAHAN MORFOLOGI

SUNGAI

3.1 HAKISAN

Antara kesan kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi, berfrekuensi rendah di dalam

membawa perubahan morfologi sungai ialah berlakunya hakisan. Hakisan yang berlaku

disebabkan oleh kejadian gempa bumi, banjir, dan sebagainya. Contohnya, kejadian banjir besar

di Kelantan pada tahun 2014 telah menyebabkan berlaku hakisan yang merubah bentuk sungai.

Hakisan tersebut berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya ialah hakisan secara menegak (bentuk

V) dan hakisan secara mendatar (bentuk U). Sepanjang aliran air tersebut, akan berlaku hakisan

tebing dan ia lebih berpotensi di kawasan yang lurus kerana halaju air yang sangat tinggi akan

menyebabkan tebing sungai dihakis. Kejadian hakisan ini merupakan satu proses yang sudah

berlaku di sungai namun disebabkan oleh banjir besar yang melibatkan input yang besar telah

menyebabkan hakisan semakin bertambah. Hakisan sungai ini merupakan satu proses yang

dinamik dimana ia bergantung kepada inputnya.

Proses hakisan menegak ini melibatkan kawasan hulu sungai kerana keadaan sungai di

kawasan hulu sungai berbentuk cerun curam. Penyebab utama berlakunya hakisan ini ialah

proses mengali dan menggorek dasar sungai oleh bahan-bahan batuan yang dibawa oleh aliran

sungai yang mengalir dan keadaan ini akan bertambah buruk disebabkan oleh kejadian yang

bermagnitud tinggi seperti banjir besar di Kelantan pada tahun 2014. Air yang mengalir pada

8
peringkat ini sangat laju dan deras jika dibandingkan dengan peringkat yang lain. Hal ini

memberi kesan kepada alur sungai dimana alur sungai akan menjadi dalam seterusnya akan

membentuk lurah berbentuk V. Proses geseran tegak serta pemotongan dasar lurah sungai yang

terjadi secara berterusan turut membentuk jurang dan gaung. Kejadian banjir besar yang berlaku

di Kelantan pada 2014 telah menyebabkan berlaku

hakisan menegak di kawasan hulu sungai

Kelantan. Dasar sungai di bahagian hulu sungai

Kelantan dihakis secara menegak sehingga

membentuk hakisan lurah berbentuk V.

Sumber: google

Gambar menunjukkan kesan hakisan lurah bentuk V

Kejadian elemen bermagnitud tinggi dan berfrekuensi rendah juga telah menyebabkan

hakisan melebar. Hakisan melebar merujuk kepada hakisan yang berlaku pada kedua-dua arah

tebing sungai disebabkan oleh bebanan sungai. Lazimnya, hakisan ini berlaku pada peringkat

tengah sungai kerana aliran air pada peringkat ini semakin perlahan jika dibandingkan dengan

peringkat hulu sungai. Di peringkat ini juga kecerunan sungai menjadi semakin landai

menyebabkan hakisan melebar alur terjadi di bahagian sisi tebing. Kejadian banjir besar ini juga

menyebabkan tebing sungai akan dihakis sehingga keadaannya menjadi semakin lebar. Hakisan

melebar yang disebabkan oleh kejadian banjir di Kelantan telah menyebabkan sungai menjadi

bentuk U seperti mana yang ditunjukkan oleh gambar di bawah.

9
Sumber: google

Gambar menunjukkan kesan hakisan lurah bentuk U

3.2 PENGANGKUTAN & PEMENDAPAN

Selain itu, kesan kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi, berfrekuensi rendah di

dalam membawa perubahan morfologi sungai ialah berlakunya pengangkutan dan pemendapan.

Pengangkutan merupakan proses pemindahan bahan-bahan yang dihakis oleh aliran air dari satu

tempat ke tempat yang lain. Kejadian banjir yang melanda Kelantan pada tahun 2014 telah

melibatkan proses pengangkutan bebanan sungai yang terdiri daripada berbagai jenis. Kejadian

banjir besar tersebut telah menyebabkan bahan-bahan yang besar seperti batang pokok juga

diangkut oleh aliran air. Kuantiti air yang melimpah ke luar kawasan telah menyebabkan batang-

batang pokok dan bebanan lain diangkut melalui aliran air sungai. Selain itu, kejadian gempa

bumi dan tsunami yang berlaku di Acheh juga melibatkan berlakunya pengangkutan beban

namun ia melibatkan proses pengangkutan dan pemendapan yang mempunyai sedikit berbeza

dengan kejadian banjir. Kejadian tsunami ini melibatkan hentaman air laut yang akan menghakis,

mengangkut seterusnya berlaku pemendapan.

Bebanan sungai yang terdiri dari saiz yang besar telah menyebabkan ia dapat menarik

bebanan yang bersaiz kecil untuk dihanyutkan sekali. Semasa penagkutan ini terjadi, berlaku

hakisan pada dasar yang sangat tinggi kerana halaju air sangat deras. Butir-butir halus yang

berada di dasar sungai akan diangkut oleh aliran air yang laju. Hakisan pada bahagian tebing di

kawasan yang dipenuhi oleh air adalah kurang kerana bebanan diangkut di atas permukaan

10
kecuali bebanan yang dibawa terdiri daripada bebanan yang berat dan tenggelam. Bebanan yang

berat dan tenggelam ini akan menghakis bahagian tebing dan dasar sungai. Pengangkutan bahan

ini berlaku dengan pelbagai cara antaranya ialah apungan, ampaian, golekan, lompatan, seretan

dan larutan. Kejadian banjir besar di Kelantan pada tahun 2014 melibatkan cara pengangkutan

tersebut kecuali secara larutan yang hanya terjadi di kawasan yang mudah larut. Selain bebanan

yang berat, kejadian banjir ini juga menghakis butiran halus yang terdiri daripada pasir, kelikir

dan sebagainya. Butiran halus yang diangkut ini akan dimendapkan di bahagian hilir sungai.

Kejadian gempa bumi juga melibatkan berlakunya pengangkutan dan juga pemendapan.

Tebing-tebing sungai yang runtuh disebabkan oleh gempa bumi akan diangkut oleh aliran air

sungai. Pengangkutan ini memberi kesan yang besar terhadap morfologi sungai apabila adanya

input di dalam sungai. Hal ini mencepatkan lagi pengangkutan tebing-tebing yang runtuh apabila

berlakunya tsunami ekoran daripada gempa bumi yang berlaku. Hampir keseluruhan runtuhan

tebing tadi akan diangkut oleh tsunami kerana input yang dibawa oleh tsunami adalah sangat

kuat. Contohnya kita dapat lihat semasa berlakunya gempa di wilayah Acheh, Indonesia.

Pengangkutan yang dibawa oleh tsunami tadi akan termendap di kawasan baharu yang mana ia

menyababkan keratan rentas di sesebuah subgai itu berubah. Namun, kejadian kemarau tidak

melibatkan pemendapan yang ketaraa kerana hakisan debu yang dilakukan adalah melibatkan

partikel yang sangat halus.

3.3 KEDALAMAN DAN PELEBARAN SUNGAI

Selain itu, kesan kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi, berfrekuensi rendah di

dalam membawa perubahan morfologi sungai ialah menyebabkan kedalaman sungai semakin

bertambah. (Tjia Hong Djin et al., 1989). Kedalaman sungai ini juga berkait rapat dengan proses

hakisan dan pengangkutan yang dilakukan terhadap tanah di kawasan tersebut. Contohnya,

11
kejadian kemarau yang berlaku di Afrika pada tahun 2011 telah menyebabkan beberapa batang

sungai menjadi kering dan ada di antara kawasan yang melibatkan perubahan tanah ke dalam

bentuk debu. Keadaaan yang terlalu kering menyebabkan tanah menjadi semakin gersang. yang

kering dan menjadi debu ini akan dihakis dan diangkut oleh angin yang bertiup di kawasan.

Tanah gersang yang disebabkan oleh kemarau juga akan menyebabkan tanah bertukar

menjadi bentuk kepingan atau tongkol. Keadaan tanah yang sebegini rupa akan memudahkan

lagi proses hakisan yang berlaku kerana apabila hujan turun atau input lain yang melalui aliran

tersebut, akan membawa bahan-bahan yang terhakis tadi ke kawasan baharu. Kejadian ini akan

menyebabkan berlakunya perubahan morfologi sungai.

Selain itu, kesan kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi, berfrekuensi rendah di

dalam membawa perubahan morfologi sungai adalah menyebabkan sungai menjadi semakin

lebar. Hakisan tanah yang berlaku secara mendatar atau bentuk U akan menyebabkan sungai

menjadi semakin lebar. Pelebaran sungai ini mungkin dipengaruhi oleh runtuhan tanah yang

berlaku semasa berlakunya gempa bumi. Contohnya, gempa bumi yang melanda Acheh telah

menyebabkan berlaku gegaran dan gelinciran tanah di tebing sungai Acheh. Runtuhan ini akan

memberi kesan terhadap morfologi sungai di kawasan tersebut. (Hairulkamal Wahid, 2006)

Antara sungai yang terjejas di Acheh adalah sungai Krueng Peureulak, sungai Krueng

Peusangan dan banyak lagi. Gempa bumi yang terjadi telah menyebabkan berlaku runtuhan

tanah di tebing sungai ini dan runtuhan tersebut menyebabkan sungai menjadi sempit. Namun,

kejadian tsunami yang terjadi ekoran daripada gempa bumi akan menghakis tanah-tanah yang

berada di dalam sungai. Tanah yang dihakis itu telah menyebabkan sungai tersebut menjadi

semakin lebar. Ini juga dapat mengambarkan bahawa hakisan yang terjadi adalah secara

mendatar. Tanah tersebut akan diangkut oleh aliran air tersebut ke kawasan hilir sungai tersebut.

12
Kawasan yang dihakis tadi akan menyebabkan morfologi sungai di kawasan tersebut berubah

menjadi lebar.

Selain itu, kejadian banjir besar juga akan menyebabkan sungai menjadi semakin lebar.

Proses hakisan yang berlaku akan menyebabkan berlaku runtuhan tebing di kiri dan kanan di

kawasan sungai tersebut. Hakisan tebing ini menjadi sangat aktif semasa berlakunya kejadian

banjir besar kerana kuantiti air yang banjar serta halaju air yang bertamabah. Halaju air yang

deras lebih dominan untuk menghakis tebing sungai di kawasan kiri dan kanan. Hakisan juga

berlaku di dasar sungai yang lurus kerana halaju air di kawasan yang lurus adalah sangat deras.

Namun, hakisan ini juga berlaku di kawasan sungai yang berliku dan kawasan tebing sangat

terkesan berbanding dengan kawasan tengah kerana halaju air sangat deras di kawasan tebing.

Contoh kejadian yang boleh dikaitkan adalah banjir besar. Jelaslah, kejadian ini menyebabkan

berlakunya perubahan morfologi sungai.

3.4 SUNGAI MENJADI CETEK

Kesan kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi, berfrekuensi rendah di dalam

membawa perubahan morfologi sungai adalah menyebabkan sungai menjadi cetek. Ketebalan

sedimen akan berubah disebabkan oleh proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan.

Ketebalan sedimen ini juga akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap keratan rentas

sungai yang terlibat. Jika diukur pada dasar sungai, kita mungkin akan dapat mengetahui jumlah

sedimen yang termendap di kawasan tersebut. Kejadian banjir yang berlaku di Kelantan telah

13
menyebabkan sungai Kelantan menjadi semakin cetek disebabkan oleh pemendapan bahan

sedimen dan kelodak.

Kesan-kesan banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 tidak ditangani dengan baik,

ujar Pakar Hidraulik dan Hidrologi, Datuk Dr Azuhan Mohamed. Beliau berkata demikian

berikutan sisa-sisa kelodak yang dibawa banjir berkenaan masih belum dibersihkan dan masih

berada dalam sungai di negeri itu. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bencana

yang berlaku empat tahun lalu itu boleh berulang. (Rahimah Abdullah, 2018). Kelodak yang

terdapat di dalam sungai telah menyebabkan sungai itu menjadi semakin cetek. Kelodak

merupakan salah satu dari sedimen yang terdapat di dalam sungai dan ia termendap di dasar

sungai setelah banjir tersebut surut. Ini akan menyebabkan sungai itu menjadi cetek kerana tidak

dibersihkan dengan sebaik mungkin. Sedimen kebanyakan akan berada di tengah aliran sungai

namun ia tidak dinafikan bahawa terdapat sedimen yang melekat di kawasan tebing sungai. Hal

ini akan menyebabkan keadaan sungai menjadi semakin cetek selepas dilanda kejadian banjir

besar. Jelaslah, kejadian banjir besar dan gempa bumi akan menyebabkan berlakunya perubahan

morfologi sungai di sesuatu kawasan.

3.5 SUSUTAN AIR SUNGAI

Selain itu, kesan kejadian-kejadian elemen bermagnitud tinggi, berfrekuensi rendah di

dalam membawa perubahan morfologi sungai ialah berlakunya susutan air sungai. Susutan air

sungai ini merujuk kepada kejadian kemarau. Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan

air sungai menjadi kering. Kejadian kemarau ini juga akan menyebabkan tanah menjadi kering

dan ada menyebabkan terdapat tanah yang akan menjadi debu. Debu juga akan diangkut oleh

angin tetapi ia hanya mengangkut partikel-pertikel yang halus contohnya pasir dan hakisan debu

oleh angin ini juga berlaku di rantau Afrika yang melibatkan kawasan berpasir. Namun di rantau

14
Asia, pengangkutan debu ini tidak dapat dilihat dengan ketara namun ia juga mampu membawa

perubahan terhadap morfologi sungai terutama di kawasan berpasir. Contohnya, kejadian

kemarau yang berlaku di Afrika telah menyebabkan berlaku perubahan morfologi sungai ekoran

daripada susutan air sungai yang terjadi di kawasan tersebut.

Gambar menunjukkan kejadian kemarau yang berlaku di Somalia pada tahun 2011
Sumber: https://mykhilafah.com/kemarau-di-somalia/

Kejadian kemarau di Afrika yang melibatkan tiga buah negara telah menyebabkan paras

air sungai menjadi semakin susut di kawasan tersebut. Kemarau yang terjadi di Somalia telah

menyebabkan debu-debu dihakis oleh angin. Kawasan Afrika terutama di Somalia merupakan

tempat yang berpasir. Di kawasan sungai Somalia, debu atau pasir akan ditiup oleh angin yang

menyebabkan morfologi sungai tersebut akan berubah. Namun, kesannya tidak boleh dilihat

dalam tempoh masa yang singkat. Kemarau akan menyebabkan kuantiti air sungai di Somalia

15
akan berkurangan dari hari ke hari dan ia akan menjadi lebih parah apabila kejadian kemarau

berpanjangan. Jelaslah, kejadian kemarau akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap

bentuk muka bumi termasuklah morfologi sungai.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kejadian bermagnitud dan berfrekuensi rendah ini akan menyebabkan

berlakunya perubahan terhadap bentuk muka bumi termasuklah morfologi sungai. Perubahan

morfologi sungai boleh dilihat dari sudut kedalaman dan profil keratan rentas. Kejadian

bermagnitud tinggi ini merupakan sesuatu kejadian yang jarang berlaku tetapi apabila ia berlaku

akan memberi kesan yang sangat besar terhadap alam sekitar termasuklah bentuk muka bumi dan

morfologi sungai. Kesan yang ditinggal oleh kejadian tersebut boleh dilihat dengan pandangan

mata kasar. Kejadian bermagnitud tinggi ini bukan sahaja memberi kesan terhadap geomorfogi

malah ia juga turut memberi kesan terhadap sosial dan ekonomi di kawasan tersebut. Dari sudut

sosial, dapat kita lihat wujud masalah kebuluran yang disebabkan oleh kejadian tersebut. Dari

sudut ekonomi, kejadian ini sangat menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat setempat kerana

ia akan menyebabkan kemusnahan terhadap tanaman dan sebagainya. Kejadian ini merupakan

fenomena alam namun tidak dinafikan ia juga disebabkan oleh kegiatan manusia.

16
RUJUKAN
Abdul Razak Ahmad. (2014, Disember 27). mStar. Retrieved from mStar:
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/12/27/sejarah-terburuk

Bramwelk, M. (1993). Laut dan Lautan. Selangor: Eastview Publications Sdn. Bhd. .

Djin, T. H. (1989). Prinsip-Prinsip Geologi (Vol. 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

H.D. Tjia. (1990). Tektonik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hairulkamal Wahid. (2006). Tsunami. Kuala Lumpur: Nur Ilmu Publications.

Hayes, M. S. (2010). The lincoln declaration on drought indices. Universal meteorological drought index
recommended., 92 (4), 485–488.

Jamaluddin Md Jahi & Ismail Ahmad. (1998). Pengantar Geografi FIzikal. Kuala Lumpur: Tropikal Press
Sdn. Bhd.

Jamaluddin Md Jahi. (1989). Pengantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Fadzil Akhir. (2016, Februari 4). El Nino 2016 bukan sekadar panas, kering. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/120968

Nazura Ngah. (2017, January 24). Pemanasan Global Kini Tahap Kritikal. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/238852

Rahimah Abdullah. (2018, Disember 7). Banjir Besar 2014 di Kelantan Mungkin Berulang. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-besar-2014-di-kelantan-mungkin-berulang-
193010

Tjia Hong Djin et al. (1989). In Prinsip- Prinsip Geologi Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wardah Tahir. (2015, Januari 17). Banjir Kuning Bagai Tsunami Ancam Kelantan. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/29743

17

You might also like