Professional Documents
Culture Documents
i. Air tanih merujuk kepada air yang berasal daripada hujan atau pencairan salji yang
meresap secara tegak ke dalam tanah dan kemudiannya tersimpan di zon pengudaraan
berhampiran permukaan bumi atau di lapisan tidak telap air yang dikenali sebagai akuifer.
ii. Dengan lain perkatan ianya merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang
menggunakan tanih sebagai medium ( bahan antaranya) seperti aliran sup-permukaan,
susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam sistem akuifer.
2. Komponen-komponen edaran air tanih
i. Larian Air Permukaan – Baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi setelah ditolak
dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan oleh tumbuhan.
ii. Resapan – Susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan
menyusup menerusi liang-liang pori tanah.
iii. Aliran Air Bawah Tanah – Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air
hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanih. Edaran air tanah merujuk kepada
kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya
seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam
sistem akuifer.
iv. Simpanan air tanih – Air yang tersimpan dalam batuan yang boleh menakung
dam/ lapangan membendung air (akuifer) bergantung kepada:-
1. Keporosan – Nisbah rongga atau liang pori berbanding dengan
keseluruhan isipadu batuan.
2. Ketelapan – Keupayaan sesuatu jenis batuan untuk memindahkan air atau
membenarkan air mengalir dan meresap melaluinya.
3. Akuifer – Formasi/ lapangan air geologi yang boleh menyimpan air dan bertidak
sebagai konduit untuk air mengalir di dalam tanih menuju ke sungai.
LARIAN AIR PERMUKAAN
RESAPAN ( INFILTRASI )
Konsep Resapan
Resapan atau infiltrasi merujuk kepada susupan air secara menegak ke dalam tanah menerusi liang-
liang pori tanah tersebut.
3. Kecerunan
- Merujuk kepada curam atau landai sesuatu kawasan.
- Semakin curam sesuatu cerun semakin laju pergerakan air larian permukaan
sekaligus mengurangkan susupan air ke dalam tanah.
- Bagi cerun yang landai halaju pergerakan air adalah rendah dan keadaan ini akan
menyebabkan kadar susupan air dalam tanah meningkat.
Penerangan konsep
- Aliran air tanah berlaku secara mendatar dari sistem akuifer ke dalam badan- badan
air yang berhampiran dengannya seperti laut, sungai, tasik, kolam dan empangan.
- Aliran air tanah ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan tekanan dan kecerunan
antara ke dua-dua tempat tersebut.
- Aliran ini berlaku secara perlahan dan banyak bergantung kepada faktor batuan
di kawasn tersebut. Sekiranya rongga-rongga atau liang-liang pori batuan besar
aliran air tanah ini berlaku dengan lebih cepat.
- Air bawah tanah merupakan pembekal air utama kepada sungai, kolam, tasik atau
empangan khususnya semasa badan-badan air tersebut mengalami kekurangan air.
SIMPANAN AIR TANIH
- Air tanih wujud di bawah permukaan bumi di dua zon yang berbeza iaitu di zon
tidak tepu ( zon pengudaraan ) dan di zon tepu.
Faktor semulajadi
1. Tumbuh-tumbuhan
- Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi pintasan titisan air hujan
yang jatuh ke permukaan bumi. Akibat pintasan ini, air hujan akan jatuh secara perlahan
( menitis ) ke permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara menitis akan menyebabkan air
hujan tersebut cenderung untuk meresap ke dalam tanah.
- Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul di atas permukaan tanah
berupaya untuk menghalang larian air permukaan. Air yang tersekat oleh akar ini akan
meresap ke dalam tanih menjadi air tanih.
3. Hujan
- Hujan yang lebat dan dalam tempoh yang lama, contohnya semasa musim tengkujuh
akan membekal jumlah air tanih yang banyak.
- Hujan yang kurang terutamanya pada musim kemarau akan menyebabkan simpanan
air tanah berkurangan.
- Walau bagaimanapun hujan yang lebat dalam tempoh yang singkat tidak banyak
menyumbang kepada air tanih disebabkan air hujan tersebut tidak sempat untuk
meresap ke dalam tanih sebaliknya membentuk larian air permukaan.
1. Penyahhutanan / pembalakan
- Lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting ) menjadi pintasan titisan air hujan yang
jatuh ke permukaan bumi. Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan pintasan ini, kesannya air
hujan akan jatuh secara terus ke permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara terus dalam kuantiti
yang banyak akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk mengalir di atas permukaan
dalam bentuk aliran air permukaan dan seterusnya mengurangkan resapan air ke dalam tanah.
Kesannya air tanih berkurangan.
- Tumbuhan yang mempunyai akar banir yang biasanya timbul di atas permukaan tanah. Akar
tumbuhan berupaya untuk menghalang larian air permukaan. Aktiviti penyahhutanan
menyebabkan larian air permukaan bertambah dan keadaan ini mengurangkan resapan air
ke dalam tanih yang mengurangkan simpanan air tanih.
- Aktiviti penurapan atau penyimenan permukaan khususnya di kawasan bandar akan
menghalang resapan air ke dalam tanah.
- Penggunaan tar atau simen akan menutup liang-liang pori tanah. Air hujan tidak berupaya
untuk meresap ke dalam tanah. Air hujan ini akan mengalir di atas permukaan dalam
bentuk larian air permukaan dan mengurangkan resapan ke dalam tanah.
Posted by HJ. ABDUL MALIK HJ. AHMED at 1:00 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: STPM PENGGAL 2 / GEOGRAFI 942/2 - BAHAGIAN A
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Carian