You are on page 1of 1

3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar (tinggi/ rendah) air larian permukaan.

(12m)
Faktor litupan tumbuhan. Kawasan bandar litupan tumbuhan adalah sedikit. Ini menyebabkan
kadar air larian permukaan tinggi kerana kekurangan kanopi tumbuhan yang boleh melakukan
cegatan silar terhadap air hujan yang turun. Manakala, kawasan yang mempunyai litupan
tumbuhan yang banyak kadar air larina permukaan adalah rendah kerana air hujan yang turun
dipintas oleh kanopi tumbuhan memudahkan tanah meresap air ke dalam tanah. Oleh itu, faktor
litupan tumbuhan mempengaruhi kadar air larian permukaan.
Faktor sistem perparitan. Sistem perparitan yang tidak cekap dan kurang menyebabkan kadar
air larian permukaan tinggi kerana air hujan yang turun tidak sempat dibawa ke badan air
seperti sungai. Manakala, sistem perparitan yang cekap dan banyak mampu mengalirkan air
hujan yang banyak ke badan air yang lain dan kadar air larina permukaan adalah kurang. Oleh
itu, faktor aiatem perparitan mempengaruhi kadar air larian permukaan.
Faktor perbezaan permukaan. Tanah yang tidak diturap, kadar air larian permukaan adalah
rendah kerana tanah mampu untuk menyerap air hujan yang turun tanpa ada gangguan.
Manakala, permukaan yang berkonkrit seperti di kawasan bandar, kadar air larian permukaan
adalah tinggi kerana tanah tidak mampu untuk menyerap air hujan yang turun disebabkan oleh
permukaan konkrit yang tidak dapat ditembusi. Oleh itu, faktor perbezaan permukaan
mempengaruhi kadar air larian permukaan.
Faktor intesiti hujan. Hujan yang kerap berlaku akan menyebabkan kadar air larian permukaan
yang tinggi kerana permukaan tanih tidak mampu untuk menyerap kesemua air dan menjadi
tepu air. Manakala, kawasan yang mengalami kurang hujan, permukaan tanih di kawasan
tersebut mampu menyerap air hujan yang turun dan tidak menjadi tepu air. Oleh itu, faktor
intensiti hujan mempengaruhi kadar air larian permukaan.
Faktor keporosan tanih. Kawasan tanih yang mempunyai poros yang kurang menyebabkan
kadar resapan air hujan rendah. Ini menyebabkan kadar air larian permukaan tinggi.
Manakala, kawasan tanih yang mempunyai keporosan yang tinggi, kadar resapan air hujan
adalah tinggi menyebabkan kadar air larian permukaan rendah. Oleh itu, faktor keporosan
tanih mempengaruhi kadar air larian permukaan.
Faktor kecerunan cerun. Kawasan kaki bukit yang mempunyai cerun yang curam, kadar air
larian permukaan adalah tinggi keranan halaju air mengalir di permukaan tanah adalah laju
menyebabkan tanih tidak sempat untuk meresap kesemua air hujan yang turun. Sebaliknya,
kawasan cerun yang landai, halaju air yang mengalir dari atas ke kaki bukit adalah perlahan
menyebabkan tanih mampu unutk meresap kebanyakan air hujan yang tuun. Oleh itu, faktor
kecerunan cerun mempengaruhi kadar air larian permukaan.

You might also like