You are on page 1of 34

a)Menyatakan konsep lembangan saliran

b)Menghuraikan proses hakisan permukaan (hakisan percikan,kepingan,galir & galur) c)Menghuraikan jenis hakisan sungai(melebar,mendalam & mengundur) d)Menghuraikan cara hakisan sungai(hidraul,lelasan/geselan,lagaan & larutan)

1.Lembangan saliran merujuk kepada kawasan legeh sungai.Terdiri drpd satu sistem yang terdapat sungai induk dan cawangan-cawangan sungai yang disempadani oleh garisan legeh yang memisahkan lembangan sungai dengan lembangan sungai yang lain. 2.Bagi setiap lembanagn saliran, terdiri drpd sebuah sungai induk dan terdapat byk cawangan yang bersambungan antara satu sama lain dalam bentuk peringkat(order).

3.Peringkat pertama bersambung terus dengan dengan sungai induk,peringkat kedua bersambung dengan peringkat pertama dan seterusnya peringkat ketiga bersambung dengan peringkat kedua. 4.Peringkat-peringkat ini saling bersambung.Hal ini membolehkan air sungai dari semua peringkat mengalir masuk ke semua induk.

5.Keadaan ini menunjukkan saiz sungai induk lebih besar berbanding dengan saiz cawangan dan membekalkan sumber air utama yang mengalir dari hulu ke hilir.

1.Hakisan percikan air hujan a)Proses hakisan percikan bermula dengan titisan air hujan yang menimpa tanih.

b)Setiap titsan air hujan ini mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi yang tinggi untuk melonggarkan struktur tanih dan mencungkil partikel-partikel tanih.

c)Tenaga kinetik & tenaga potensi yg dimiliki oleh titisan hujan yg berbeza-beza berdasarkan saiz titisan hujan yang turun & kelebatan @ intensiti. d)Sekiranya saiz titisan hujan adalah besar ,halajunya tinggi & hujannya lebat maka tenaga kinetik & potensi untuk mencungkil partikel-partikel tanih adalah kuat. e)Impak setiap titisan hujan terhadap tanih berlaku dalam keadaan pencungkilan partikel tanih,melonggar & merosakkan ikatan antara butiran(granul) tanih. f)Percikan juga boleh bertindak sebagai agen pengangkutan partikel & butiran tanih yg sdh longgar tersebut terutama di kawasan bercerun.Contoh bentuk muka bumi yang terhasil akibat drpd hakisan percikan ialah menara tanih.

a) Konsep antara hakisan galur dengan hakisan larian permukaan hampir sama.Sifat hakisan larian permukaan merujuk kpd hakisan di kawasan permukaan cerun yg lebih meluas.

b) Di atas prmukaan cerun trsebut besifat kasap, X rata & trdiri drpd alur2 yg kecil dinamakan gegalur.
c) Di dlm gegalur brlaku proses hakisan permukaan brsama-sama limpahan air yg meluas.

a) Galur ialah satu unit alur yg paling kecil trbentuk di atas prmukaan cerun & brsifat sementara.Galur yg dibentuk oleh 1 fenomena hujan lebat sering trhapus oleh fenomena hujan lebat yg berikutnya.
b) Kewujudan gegalur berubah-ubah dr semasa ke semasa , contohnya gegalur yg trbntuk d tepi cerun bukit yg sdh dpotong @ dtarah.

f) Di dalam gegalur ini brlakunya hakisan larian air prmukaan khususnya ketika air bergerak menuruni cerun2 bukit trsebut.

a) Hakisan galir merujuk kpd alur2 air yg kekal,brtebing curam & berisi air semasa hujan lebat.Hakisan galir jg brmaksud alur2 yg mnjadi tmpat air mengalir. b) Alur2 lebih besar berbanding dgn gegalur & lazimnya kekal dlm jangka yg lama.Hakisan galir jg boleh di samakan dgn hakisan sungai. c) Di dlm alur2 yg besar & kekal ini berlaku pelbagai jenis mekanisme hakisan sungai seperti hakisan larutan, hakisan hidraulik, hakisan lagaan, serta hakisan kikisan @ geselan.

Jenis Hakisan di dalam Alur Sungai

Hakisan pendalaman alur melibatkan kerja2 mengorek dasar alur sungai oleh air sungai yg brgerak secara pusaran. Hakisan jenis ini sering terjadi di kwsn hulu sungai.Halangan2 batuan di dasar sungai menyebabkan pergerakan air sungai bertukar drpd laminar kepada pusaran.

Setiap pusaran mempunyai tenaga untuk mengorek dasar alur sungai.Proses tersebut membentuk lubang-lubang periuk di dasar alur sungai.

Hakisan pedalaman alur sungai juga bertujuan untuk mencapai tahap keseimbangan sungai (equibilirium) kesan drp kejatuhan aras laut. Disebabkan sungai merupakan sebuah sistem dinamik, kejatuhan aras laut juga mampu memperdalamkan alur semula menerusi proses rejuvenasi (balik muda). Proses ini bertujuan untuk mencapai ke tahap keseimbangan yang baharu. Hakisan jenis ini juga disebut hakisan menegak (vertical erosion)

Hakisan perlebaran alur melibatkan aktiviti hakisan & penghausan yg brlaku pd kedua-dua bhgn tebing alur sungai.Hakisan jenis ini juga disebut hakisan mendatar.

Hakisan ini amat berkesan semasa banjir kerana air sungai dikatakan mempunyai tenaga kinetik & tenaga potensi yg kuat untuk menghakis & meruntuhkan tebing.
Hakisan ini jg brlaku pd likuan alur sungai,iaitu bhgn tebing cekung akibat drpd lencongan arus sungai selepas melalui sesuatu liku.

Hakisan pelebaran jg brperanan utk memperluaskan saiz alur2 sungai.

Hakisan pengunduran alur ke belakang melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu kerana terdapat takat terjun seperti jeram & air terjun di pangkal alur.

Air terjun yg jatuh ke pangkal dasar alur berupaya utk menghakis & mengorek pangkal dasar alur sehingga mewujudkan 1 bhgn tebing atas alur yg tdk mempunyai daya tampungan.
Dengan bantuan proses gerakan jisim, bhgn yg tdak mempunyai daya tampungan jatuh ke dlm alur sungai.

Kesannya,pangkal alur sungai mengundur & memanjang ke belakang.Proses ini jg dinamakan unduran selari cerun.
Jika unduran ini brlaku d dlm alur2 sungai yg brdekatan, tawanan sungai boleh brlaku.Sebagai contohnya, Sungai Pahang yg menawan Sungai Muar.

Terdapat 4 cara hakisan sungai iaitu: # Hidraul # Lelasan/Geselan # Lagaan # Larutan

Hakisan hidraul merupakan tindakan hakisan yg dilakukan oleh kuasa air di dlm alur sungai tanpa malibatkan bahan yg dibawa. Kuasa air sungai itu wujud hasil drp hempasan @ rempuhan aliran sungai trhadap struktur batuan yg lemah seperi struktur rekahan & tindakan terhadap batuan lembut. Hempasan air sungai khususnya air terjun mempunyai taenag kinetik & tenaga potensi yg kuat utk mengorek, mamperdalam & melebar rekahan2 yg ada di tebing & dasar sungai.

Semasa air sungai yg memasuki rekahan,udara yg ada d dlm rekahan akan trmampat lalu menekan dinding2 rekahan hingga menyebabkan dinding rekahan menagalami tegangan. Sebaliknya, apabila air sungai keluar dr rekahan, udara termampat yg trdapat di dalam rekahan pyla dilepaskan.Hal ini menyebabkan dinding rekahan mengalami kenduran. Ulangan proses ini menyebabkan rekahan menjadi lebih luas & dalam.Kekuatan hakisan hidraulik bergantung kpd isi padu air sungai & halaju.

Selain itu, kuasa air sungai jg mampu mencungkil & menyental struktur batuan yg longgar utk membentuk lubang2 periuk, iaitu lekukan2 di dasar sungai berbatu.Contoh lubang periuk ialah Telaga Tujuh di Pulau Langkawi.
Tindakan hidraulik dri hempasan air di pangkal air terjun jg mampu memperdalamkan & meluaskan rekahan untuk membentuk lubuk tunjam.

Hakisan geselan @ lelasan merupakan proses penghausan yg berlaku terhadap tebing & dasar alur sungai. Hakisan ini berlaku apabila bahan2 yg dibawa oleh air sungai bergesel dgn tebing & dasar alur sungai seperti pasir, Kerikil & tongkol. Daya geseren yang wujud akibat drpd aliran sungai memungkinkan proses penghausan berlaku terhadap tebing dan dasar alur sungai atau terhadap tebing & dasar alur sungai @ terhadap bahan2 yg dibawa sungai.

Keadaan ini bergantung kpd kekerasan bahan yg dibawa relatif dgn geologi tebing & dasar sungai.

Hakisan lagaan melibatkan pelanggaran antara bahan yg dibawa oleh air sungai dgn tebing & dasar alur sungai @ perlanggaran antara sesama bahan itu sendiri.

Perlanggaran mewujudkan momentum yg menyebabkan bahan2 yg dibawa oleh sungai menjadi semakin kecil @ dinding & dasar alur sungai mengalami retakan.
Hali ini bergantung kpd keras-lembut bahan yg dibawa oleh air sungai.

Selain itu, keupayaan/kekuatan proses ini jg bergantung kpd halaju arus sungai untk menyeret & melantun (saltasi) bahan2 yg dibawa sehingga berlaku lagaan.

Hakisan larutan merujuk kpd tindak balas secara kimia anatar air sungai dgn mineral geologi yg membentuk tebing & dasar alur sungai. Jika batuan tebing & dasar alur sungai terdiri drpd geologi yg lembut seperti batu kapur, garam, & dolomit maka tebing & alur sungai mudah mengalami larutan. Air sungai yg brtindak sebagai pelarut akan melarutkan mineral2 batuan & dialirkan bersama-sama dgn aliran sungai.

Proses ini menyebabkan struktur & tekstur batuan tebing & dasar alur sungai menjadi longgar & tidak stabil seterusnya mudah runtuh.

Keberkesanan proses ini bergantung kpd tahap keasidan air sungai & darjah pergerakan mineral geologi yg membentuk tebing & dasar alur sungai (mobiliti mineral).

Batu Dolomit

Batu Kapur

Batu Gipsum

Sekian Terima Kasih.

Ada soalan??

You might also like