You are on page 1of 5

LAPORAN PROJEK TEKNOLOGI HIJAU

TAJUK AKTIVITI
Menghasilkan bioplastik menggunakan bahan polimer semulajadi

LATAR BELAKANG
Kesan bahaya penggunaan dan pembuangan bahan polimer sintetik menjadi
cabaran yang sangat besar dalam usaha melestarikan alam sekitar. Isu pencemaran
alam hasil daripada pembuangan polimer sintetik yang tidak terkawal telah menjadi
isu sejagat yang tidak boleh diambil mudah. Maka, Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa bagi kategori Pencegahan dan Pengurangan Melalui Amalan Alternatif untuk
Filem Plastik/ Bekas Stirofoam dipilih dalam usaha mencari alternatif baru bagi
menggantikan polimer sintetik. Polimer semula jadi akan dijadikan bahan asas
dalam pembuatan bioplastik. Polimer semula jadi yang digunakan adalah bahan
yang mudah diperolehi dan merupakan bahan mesra alam.
Tarikh : 25hb Jun 2019
Masa :11.20 pagi – 12.20 tengahari
Lokasi : Makmal Sains
Penglibatan murid : Pelajar 4 Sains
Tujuan Aktiviti :
Menghasilkan plastik yang boleh terbiodegradasi menggunakan bahan semula jadi
seperti tepung jagung, cuka dan gliserin sebagai bahan asas.
Cara Pengedalian Aktiviti :
1. Campurkan 100 ml air, 10 ml cuka, 10 g gliserin dan 15 g tepung jagung ke dalam
sebuah bikar.
2. Masukkan dua titik pewarna ke dalam campuran tadi dan kacau sebati.
3. Campuran dipanaskan dengan api sederhana dan dikacau sehingga campuran
bertukar pekat dan seterusnya agak jernih berkilat.
4. Campuran tadi dituang ke atas kerajang aluminium dan diratakan sehingga
menjadi satu lapisan yang nipis.
5. Plastik yang terhasil disejukkan sekurang-kurangnya dua hari.

Tempoh Masa : 1 jam


Pencapaian Aktiviti :
Aktiviti telah dijalankan oleh pelajar 4 Sains seramai 28 orang di makmal sains SMK
Kemena, Bintulu, Sarawak. Semua pelajar sangat teruja dan seronok semasa
menjalankan aktiviti menghasilkan bioplastik ini. Mereka berjaya menghasilkan
plastik.

Kemajuan :
Semua pelajar berjaya mengikuti langkah-langkah yang telah dicadangkan dalam
modul TH untuk menghasilkan plastik.

Cadangan :
Kuantiti gliserin perlu ditambah agar palstik yang terhasil lebih fleksibel dan lebih
kukuh.

Rumusan :
Penggunaan polimer sintetik sebagai bahan asas bagi plastik sintetik perlu
diminimumkan. Dengan mengguna pakai TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa yang mengaplikasikan kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Amalan
Alternatif untuk Filem Plastik/ Bekas Stirofoam membolehkan polimer semula jadi
seperti tepung jagung, kanji dan lain-lain dijadikan bahan asas dalam penghasilan
bioplastik seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Gambar :

Perbincangan langkah eksperimen dan pengagihan tugas

Penyukatan bahan

Pencampuran dan pemanasan


Merekabentuk

Hasil

Ujian Kerapuhan
Ujian warna nyalaan dan asap

Disediakan oleh

…………………………….

(Arbayana Binti Ambran)


Guru Kimia
SMK Kemena

You might also like