You are on page 1of 19

PENDAHULUAN

Kitar semula merupakan 2 patah perkataan yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian kita. Sejak dari zaman Plato seawal pada 400 sebelum masihi lagi, amalan kitar semula telah dipratikkan disebabkan ketiadaan bahan baru.

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula tetapi menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula didefinisikan sebagai memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Di Malaysia, rakyat dianggarkan mengeluarkan jumlah sebanyak 30,000 tan sampah sehari atau 10,950,000 tan sampah dalam setahun malah dikatakan jumlah ini makin meningkat dari setahun ke setahun. Jika tidak dikawal, tidak mustahil negara kita akan dibanjiri sampah suatu hari nanti.

Atas kesedaran tentang pentingnya amalan kitar semula inilah, ramai pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun badan bukan kerajaan, melakukan banyak aktiviti untuk menyedarkan rakyat akan peri pentingnya amalan kitar semula ini. Soalan yang lazim diajukan, kenapa perlu mengitar semula? Tahukah anda terdapat banyak kelebihannya jika kita mengitar semula barangbarang yang boleh dikitarsemulakan.

Antaranya ialah, kitar semula dapat mengurangkan penjanaan sampah ke tapak pelupusan sampah. Dalam usaha kerajaan untuk memastikan kebersihan negara sentiasa berada dalam keadaan yang memuasakan, kerajaan telah membina pusat pelupusan sampah untuk melupuskan sampah-sampah yang dibuang. Kos untuk membina pusat pelupusan sampah menelan belanja

hampir berjuta-juta ringgit. Kita sebagai rakyat yang prihatin boleh membantu pihak kerajaan dengan mengurangkan jumlah sampah yang dikeluarkan.

Selain itu, kesan pencemaran alam juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan kitar semula. Menurut kajian, antara aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan kadar pencemaran udara adalah disebabkan aktiviti pembakaran sampah secara terbuka. Pencemaran bau pula adalah disebabkan daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.

Contoh bahan buangan yang digunakan secara meluas dan boleh dikitar semulakan ialah kertas. Contohnya seperti surat khabar lama, majalah ataupun buku yang tidak digunakan lagi. Mengitar semula bahan yang tidak digunakan lagi ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga serta mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Plastik merupakan produk yang mengambil masa menjangkau 500 tahun untuk melebur dengan sendirinya. Sejumlah 1,000,000 hidupan laut telah mati disebabkan oleh beg plastik dan sampah sarap yang dibuang ke dalam laut. Rakyat Amerika diakatakan menggunakan 205 juta botol plastic dalam setahun. Plastik yang dikitar semula boleh menghasilkan permainan, saluran paip, beg perkhemahan dan sarung kaset.

Majlis Bandaraya sesuatu kawasan telah menyediakan banyak tong-tong kitar semula untuk memudahkan penduduk membuang sampah mereka mengikut kategori. Terdapat 3 jenis tong kitar semula yang disediakan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter. Tong berwarna biru digunakan untuk membuang bahan berunsur kertas, tong berwarna coklat digunakan untuk membuang bahan berkaca manakala jingga pula untuk membuang bahan seperti tin aluminium, tin keluli dan plastik.

Atas kepentingan dan kelebihan amalan kitar semula inilah, Kelab Pencinta Alam SMK Bukit Jelutong dengan bantuan pihak pentadbir telah memperkenalkan Projek Kitar Semula

kepada pelajar-pelajar SMK Bukit Jelutong. Pelbagai aktiviti dan program menarik telah disusun dengan harapan para pelajar dapat membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka. Usaha Kelab Pencinta Alam ini sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.

OBJEKTIF
i. Mendidik pelajar akan cara-cara untuk mengurangkan penggunaan bahan yang menghasilkan sampah yang tidak boleh dikitar semulakan.

ii.

Mengajak pelajar untuk mengguna bahan terpakai yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

iii.

Memupuk kesedaran dalam kalangan guru dan pelajar akan pentingnya amalan kitar semula.

iv.

Mewujudkan perasaan cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar dan warga SMK Bukit Jelutong.

v.

Menggalakkan warga sekolah dan komuniti sekeliling untuk menolak penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula.

vi.

Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan membantu untuk mengitar semula sampah-sarap yang terdapat di kawasan sekelilimg.

vii.

Mengumpul dana bagi Kelab Pencinta Alam dalam usaha untuk melestarikan sekolah.

viii.

Membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh pihak sekolah.

Tarikh
Januari 2013 hingga Jun 2013

Masa
7.10 a.m. 7.35 a.m. (Isnin hingga Khamis) 12.40 p.m. 1.00 p.m. (Jumaat) Sabtu atau Ahad (sekiranya ada perjumpaan khas) 2.30 p.m. 4.30 p.m. (Rabu, pada perjumpaan kelab dan persatuan)

Tempat
Bilik Kitar Semula, SMK Bukit Jelutong Kawasan perumahan sekitar SMK Bukit Jelutong.

Anjuran
Kelab Pencinta Alam, SMK Bukit Jelutong.

Pihak Terlibat
1. Penaung 2. Penasihat Utama 3. Guru Penasihat Kelab : Puan Aisah bt Sidan (pengetua SMK Bukit Jelutong) : Puan Liza Dahlia bt Mohd Ramly (GPK Kokurikulum) : Encik Azka Mohd. Zihni

4. Guru-guru SMK Bukit Jelutong 5. Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam 6. Pelajar-pelajar SMK Bukit Jelutong 7. Penduduk Bukit Jelutong 8. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 9. Jabatan Pelajaran Selangor 10. Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)

Sumber Kewangan
Yuran tahunan ahli-ahli Kelab Pencinta Alam, SMK Bukit Jelutong Sponsor daripada pihak PIBG dan pihak luar. Hasil jualan bahan kitar semula.

Rancangan Perbelanjaan
BIL PERKARA Tali rafia Plastik sampah Bakul plastik untuk tin Buku merekod bahan kitar semula Troli untuk mengangkat bahan kitar semula Banner Sarung tangan Jamuan ringan Sijil penghargaan Penyapu + tong sampah + penyodok Padlock KUANTITI 5 20 set 8 1 2 1 30 2 125 1 1 HARGA (RM) 12.00 4.90 17.50 12.00 75.00 90.00 1.00 50.00 1.50 25.00 60.00 JUMLAH (RM) 60.00 98.00 92.00 12.00 150.00 90.00 30.00 100.00 187.50 25.00 60.00 RM 904.50

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Senarai Aktiviti
Mewujudkan jadul bertugas Bilik Kitar Semula untuk memudahkan pekerja dan calon-calon Wira Alam menjalankan tugas masing-masing. Memastikan semua pelajar yang bertugas menjalankan tanggungjawab masing dan menguruskan barang-barang kitar semula yang dihantar dengan tersusun dan bersistematik. Setiap calon Wira Alam diwajibkan menghantar barang kitar semula sekurangkurangnya 60kg untuk memenuhi syarat yang ditetapkan. Mengadakan Drive Through Campaign. Membenarkan para ibu bapa menghantar nak-anak mereka sehingga ke dalam kawasan sekolah bagi memudahkan kerja-kerja menghantar barang kitar semula.

Membasuh tin-tin aluminium yang dikumpul di dalam bakul khas yang diletakkan sekeliling kantin sekolah. Calon-calon Wira Alam dan Wira Komuniti diwajibkan menjalankan aktiviti dan dalam masa yang sama akan dibantu oleh pelajar-pelajar yang datang lewat sebagai denda. Mengedarkan risalah mengenai Kempen Kitar Semula. Calon-calon Wira Alam telah mengedarkan risalah ini kepada warga SMK Bukit Jelutong serta memasukkannya ke dalam peti surat penduduk Bukit Jelutong bagi mempromosikan kempen ini kepada orang ramai. Aktiviti Home to Home telah diadakan di kawasan perumahan Bukit Jelutong. Aktiviti ini telah dijalankan oleh calon-calon Wira Alam dan ahli-ahli Kelab Pencinta Alam bagi memudahkan penduduk Bukit Jelutong menghantar barang kitar semula mereka. Penghuni rumah yang member barang kitar semula lebih daripada 100kg akan diberi sijil penghargaan dari pihak sekolah. Mengadakan pertandingan Recycle-and-Win. Kategori terbahagi kepada kategori kelas, individu, dan guru. Bagi mereka yang menghantar barang untuk dikitar semula lebih daripada 60kg and diberi sijil penghargaan dan hadiah. Menampal poster di papan kenyataan sekolah untuk memaklumkan kepada pelajar mengenai Kempen Kitar Semula yang diadakan.

Memperketat undang undang penghantaran barang kitar semula. Mana-mana pelajar yang ingin menghantar barang perlulah mengasingkan bahan kitar semula mengikut kategori supaya tidak menyulitkan petugas BKS. Hanya barang-barang tertentu sahaja yang akan diterima seperti surat khabar, kertas berwarna putih dan selain daripada putih, majalah-majalah lama, plastik, dan besi. Bahan berkaca tidak diterima untuk tujuan keselamatan. Mengemas semula Bilik Kitar Semula bagi memastikan keadaan bilik sentiasa berada dalam keadaan kemas dan terkawal. Barang kitar semula yang dihantar akan disusun mengikut kategori masing-masing untuk memudahkan proses pengambilan barang kitar semula oleh pihak Alam Flora.

MENYUSUN JADUAL BERTUGAS BILIK KITAR SEMULA

Disusun pada : Januari 2013 Oleh Kelebihan : Ira Farhanah bt Isa, setiausaha Kelab Pencinta Alam. : Kerja-kerja yang diagihkan dapat dilakukan secara sistematik dan teratur. Tugasan dapat diatur dengan adil dan saksama dalam kalangan ahli. Memudahkan petugas BKS untuk mengetahui waktu bertugas mereka. Mengelakkan daripada BKS daripada menjadi terlalu sesak. Dapat memastikan ahli yang tidak menjalankan tugas yang diberi.

HARI ISNIN

NAMA HUSNA FATIMAH AIDI DANISH NURAFRINA AMIRAH NAZHAN NIK NUR ALIAH IRA FARHANAH NURINA SARA ELLYSA AZ ZIKRY SH. FARRAH MUN YEN ALIF AKMAL NADZMI HADI

KELAS 4 BETA 4 BETA 4 EPSILON 4 EPSILON 4 EPSILON 5 EPSILON 5 EPSILON 5 DELTA 5 BETA 4 EPSILON 4 EPSILON 5 EPSILON 5 EPSILON

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

MENGEMAS BILIK KITAR SEMULA

Hari

Isnin - Jumaat (pada waktu persekolahan) Sabtu dan Ahad (jika ada perjumpaan khas) - Calon-calon Wira Alam - Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam - Sukarelawan pelajar

Pihak Terlibat :

Antara tugasan yang dilakukan oleh ahli-ahli yang ditugaskan adalah seperti: Mengambil barang yang telah dihantar oleh para pelajar, guru serta warga SMK Bukit Jelutong. Menimbang berat barangan kitar semula yang dihantar ke dalam sebuah buku yang disedia khas. Mencatat berat barangan kitar semula dan nama penghantar ke dalam sebuah buku yang disedia khas. Menyusun barang kitar semula mengikut kategori seperti kertas putih dan kertas berwarna, plastik, kadbod, kotak, majalah serta tin aluminium. Menyapu Bilik Kitar Semula dan membuang sawang-sawang. Merekod kedatangan petugas dalam buku bertugas Bilik Kitar Semula.

PERTANDINGAN RECYCLE-AND-WIN

Kelab Pencinta Alam, SMK Bukit Jelutong telah mengadakan programRecycle-andWin untuk menarik perhatian lebih ramai lagi pihak untuk menyumbangkan bahan kitar semula. Program ini telah berlangsung selama 4 bulan iaitu daripada bulan Februari 2013 hingga Jun tahun 2013.

Pertandingan ini dibahahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori kelas, guru dan individu. Setiap pelajar ataupun guru yang berjaya menghantar barang kitar semula lebih daripada 60kg akan diberi sijil penghargaan. Manakala individu yang menghantar jumlah terbanyak akan diberikan hadiah yang telah disediakan oleh Kelab Pencinta Alam.

Sijil penghargaan juga akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang membantu ahli Bilik Kitar Semula seperti mengangkat, menyusun ataupun mengikat barangan kitar semula. Bahan yang diterima untuk dikitar semulakan adalah seperti majalah, surat khabar, botol plastic, kadbod dan tayar. Namun begitu, kaca tidak dapat diterima kerana mudah pecah dan sukar untuk dikendalikan serta boleh mendatangkan kecederaan kepada ahli Bilik Kitar Semula.

Bagi memastikan kesemua warga SMK Bukit Jelutong peka dengan program ini, satu denda akan dikenakan kepada pihak individu ataupun kelas yang tidak menghantar barang kitar semula mengikut kuata yang telah ditetapkan. Manakala nama guru yang tidak menghantar barangan kitar semula akan disebut pada waktu perhimpunan. Senarai nama pelajar yang telah menghantar barang lebih daripada 60kg akan ditampal pada papan kenyataan sekolah.

Calon Wira Komuniti dan Wira Alam diwajibkan oleh penasihat Kelab Pencinta Alam SMK Bukit Jelutong, Encik Azka untuk menghantar barang kitar semula melebihi daripada 60kg untuk melepasi syarat dan dalam masa yang sama membantu menambahkan jumlah penghantaraan barang kitar semula di sekolah.

PEMENANG PERTANDINGAN RECYCLE-AND-WIN

a)

Persaingan individu TEMPAT Pertama Kedua Ketiga NAMA Nalissa Suria Amira Diyana Farzana Safwah BERAT (kg) 323.6 320.0 281.8

b) Persaingan antara kelas TEMPAT Pertama Kedua Ketiga KELAS 5 Epsilon 4 Epsilon 4 Beta BERAT (kg) 530.5 456.9 443.8

c) Persaingan antara guru TEMPAT Pertama Kedua Ketiga NAMA En. Saifulnizam Razamy Pn. Zaini bt Zain Puan Norlaila binti Bulat BERAT (kg) 226.6 210.8 101.0

MENGUMPUL DAN MEMBASUH TIN ALUMINIUM

Aktiviti mengumpul dan membasuh tin aluminium dilakukan oleh calon-calon Wira Alam pada waktu perjumpaan kelab persatuan, pada pagi waktu sebelum masuk ke kelas ataupun pada hujung minggu jika ada perjumpaan. Tin-tin aluminium diperolehi daripada bakul-bakul khas yang disediakan di kantin untuk memudahkan para pelajar membuang tin minuman mereka. Tin-tin akan dibuang isi kandungannya terlebih dahulu dan dibasuh dengan air. Tin tersebut akan dibiarkan kering untuk mengelakkan bau busuk. Seterusnya tin-tin akan diletakkan ke tanah yang rata. Calon-calon Wira Alam dan juga ahli persatuan Kelab Pencinta Alam dikehendaki untuk memijak tin-tin tersebut hingga menjadi leper untuk menjimatkan ruang. Bahagian pembuka tin akan diasingkan daripada tin aluminium terlebih dahulu kerana nilainya yang lebih tinggi. Ini adalah disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahagian tersebut. Kemudian, tin-tin tersebut akan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan disimpan di dalam stor sekolah khas yang disediaakan untuk menyimpan tin-tin tersebut. Kebiasaannya, aktiviti ini mengambil masa yang tidak terlalu lama mengikut jumlah pelajar yang melakukan aktiviti ini pada sesuatu masa.

Aktiviti ini merupakan aktiviti kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua ahli Kelab Pencinta Alam. Namun begitu, pelajar-pelajar yang datang lewat ke sekolah akan diarahkan untuk membasuh tin-tin aluminium sebagai denda.

KEMPEN HOUSE TO HOUSE

Aktivti kempen House to House telah diadakan pada minggu kedua cuti pertengahan tahun iaitu pada 4 Jun 2013 hingga 7 Jun 2013. Calon-calon Wira Alam telah berkumpul di sekolah terlebih dahulu sebelum bergerak ke kawasan perumahan yang berdekatan dengan sekolah seperti kawasan perumahan di Jalan Rabung, Jalan Serambi dan Jalan Jendela.

Tujuan kempen ini adalah untuk memudahkan penduduk Bukit Jelutong menghantar barang kitar semula mereka dan dalam pada masa yang sama menimbulkan kesedaran akan pentingnya amalan kitar semula. Program ini juga dapat membantu pihak sekolah untuk menanmbahkan jumlah barangan kitar semula yang dihantar.

Program bermula kira-kira jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah mendapat bantuan dan nasihat daripada Encik Azka Zihni selaku guru penasihat Kelab Pencinta Alam SMK Bukit Jelutong dan bekas-bekas pelajar SMK Bukit Jelutong yang sudi meluangkan masa mereka untuk membantu menjayakan lagi program ini. Calon-calon Wira Alam dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerana masa yang diperuntukkan tidak terlalu lama dan ingin memastikan program berjalan dengan lancar serta sistematik.

Barang-barang kitar semula yang dikumpul kemudiannya akan disusun mengikut kategori masing-masing di dalam Bilik Kitar Semula (BKS). Berdasarkan pemerhatian, surat khabar merupakan bahan yang paling banyak sekali yang disumbangkan oleh penduduk Bukit Jelutong.

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGIKUTI AKTIVITI HOME-TO-HOME

CABARAN YANG DIHADAPI

MASALAH YANG DIHADAPI Petugas BKS datang pada bila-bila masa.

CARA MENGATASI Mewujudkan jadual bertugas dan memastikan semua petugas menjalan tanggungjawab masing-masing. Meminta bantuan ahli Kelab Pencinta Alam yang lain serta mengarahkan pelajar yang datang lewat mengangkat barang ke dalam Bilik Kitar Semula. -Menyusun barang-barang tersebut dengan lebih teratur -Meminta pihak Alam Flora untuk mengambil barang kitar semula - Menampal poster-poster - Mengedarkan risalah untuk menarik perhatian pelajar supaya menghantar benda untuk dikitar semula -Menyediakan hadiah dan sijil penghargaan untuk menarik perhatian ramai pihak. - Mengedarkan risalah kepada ibu bapa - Menjalankan aktiviti house-to-house Mengasingkan setiap bahan mengikut jenis seperti tin aluminium, kertas putih dan kertas berwarna, besi dan sebagainya Meminta bantuan pihak pengawas sekolah untuk menjaga bakul-bakul khas tersebut -Membahagikan tugasan kepada beberapa kumpulan. -Mengadakan perjumpaan pada hujung minggu untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

Terlalu sedikit tenaga pelajar yang membantu menguruskan bahan kitar semula.

BKS padat dengan barang yang dihantar untuk kitar semula.

Pelajar dan warga SMK Bukit Jelutong memandang ringan kempen ini pada awalnya.

Tidak mendapat sambutan daripada komuniti Bukit Jelutong Barang kitar semula yang dihantar bercampur aduk dan tidak tersusun

Sampah selain daripada tin aluminium dibuang ke dalam bakul-bakul khas Masa yang diperuntukkan terlalu sedikit

Pelajar meletak barang kitar semula sesuka hati mereka.

Menyediakan satu ruangan khas untuk memudahkan pelajar meletak barang kitar semula yang dibawa.

RUMUSAN
Berdasarkan program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Kempen Kitar Semula di SMK Bukit Jelutong, banyak manfaat dan ilmu pengetahuan yang telah saya perolehi. Kempen ini juga telah membuka mata saya tentang pentingnya kitar semula dan keburukkannya jika kita tidak mengamalkan kitar semula. Namun begitu, saya juga terpaksa menghadapi beberapan cabaran sepanjang kempen ini dijalankan. Kata orang, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Antara masalah-masalah tersebut ialah:

You might also like