You are on page 1of 19

Kod Dan Nama Kursus:

LMCR 2422 KEMAHIRAN BERFIKIR

Tajuk Tugasan:
ISU PENCEMARAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DALAM KALANGAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA (SMART FOODCYCLE)

Nama Kumpulan:
CREATOR SQUAD

BIL NAMA NO MATRIK

Nama Pensyarah:
PROF MADYA DR. HAMDZUN HARON

Sesi:
Semester 1 – 2020/2021

1
KANDUNGAN

Halaman

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian 3

1.2 Permasalahan Kajian 4

1.3 Persoalan kajian 6

2.0 PUNCA-PUNCA

2.1 Punca-punca yang menyebabkan berlakunya isu 7


pencemaran pembuangan sisa makanan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia
3.0 KESAN-KESAN

3.1 Kesan-kesan berlakunya isu pencemaran 9


pembuangan sisa makanan dalam kalangan masyarakat
4.0 TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL
4.1 Tindakan yang telah dilakukan dalam mengatasi 11
berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan
dalam kalangan masyarakat
5.0 CADANGAN

5.1 Cadangan untuk mengatasi masalah berlakunya isu 13


pencemaran pembuangan sisa makanan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia (Smart Foodcycle)

6.0 CADANGAN

KESIMPULAN 20

RUJUKAN 21

2
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Makanan merupakan satu keperluan penting bagi manusia namun pada satu tahap ia juga boleh
membawa masalah besar kepada manusia dan persekitarannya. Di seluruh dunia, satu pertiga
daripada makanan yang dihasilkan untuk dimakan oleh manusia sebenarnya telah dibazirkan
atau tidak dimakan dan ini membawa kepada masalah peningkatan sisa makanan (Azrina
Sobian, Wan Roslili Abd. Majid & Norkumala Awang 2019). Hal ini dapat dilihat apabila Food
and Agriculture Organization (FAO) menyatakan bahawa, sejumlah USD 1.3b ataupun satu
pertiga dari jumlah makanan akan dibazirkan pada setiap tahun. Daripada jumlah ini, negara
maju dianggarkan membazirkan makanan sebanyak USD 680 b. Negara membangun pula
dianggarkan membazirkan makanan sebanyak USD310b. Malaysia juga tidak terkecuali
daripada masalah pembaziran makanan (Charon Mokhzani 2017).

Bulan Ramadhan adalah sinonim dengan peluang untuk menikmati pelbagai jenis juadah
makanan. Bukan sahaja umat Islam malah rakyat Malaysia keseluruhannya, juga pelancong
mengambil kesempatan untuk menikmati juadah masakan Malaysia. Namun, disebalik
kemeriahan menyambut iftar, kita tidak seharusnya menyumbang kepada pembaziran makanan
(Charon Mokhzani 2017). Data yang dikongsikan oleh SWCorp bagi tahun 2015, menunjukkan
bahawa sepanjang 30 hari Ramadan, sisa makanan yang terbuang adalah 270 000 tan setiap
tahun atau lebih kurang 9000 tan sehari. Selain itu, Alam Flora melaporkan pada Ramadan 2017,
empat kategori makanan yang dibuang atau sering dikutip ialah terdiri daripada sayur-sayuran,
makanan di dalam tin yang tamat tarikh luput, sisa makanan yang dihasilkan pengguna dan
peniaga serta pembungkusan (plastik) yang digunakan untuk membungkus makanan (Azrina
Sobian 2018).

Jelas sekali bahawa begitu banyak sisa makanan yang terhasil dalam bulan Ramadan dan
sebahagiannya masih elok dan boleh dimakan tetapi malangnya telah dibuang. Masalah
peningkatan sisa makanan ini seterusnya membentuk cabaran baharu kepada manusia untuk
menguruskannya. Oleh itu, jika dilihat dengan lebih mendalam, berhemah dalam berbelanja
untuk makanan bukan sahaja boleh menyumbang kepada penjimatan belanja harian isi rumah,
malah ianya juga boleh membantu negara dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan untuk
memproses sisa pepejal. Hal ini supaya masalah pembaziran sisa makanan dapat dibendung.

3
1.2 Permasalahan Kajian

Malaysia merupakan sebuah negara “syurga makanan”. Tambahan pula, malaysia mempunyai
berbagai kaum. Setiap kaum mempunyai makanan tradisionalnya yang tersendiri. Tidak
dinafikan juga kemunculan pelbagai juadah baharu baik dari segi makanan berat hingga ke
makanan ringan termasuk pencuci mulut. Kebanyakkan menu diperaguhi oleh bahan makanan
barat iaitu keju dan sebagainya. Selain itu, Malaysia juga popular dengan kemunculan makanan
daripada pelbagai jenis negara. Jika kita perhatikan di pusat beli belah, terdapat pelbagai jenis
restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai jenis negara. ”Mukbang”
merupakan satu aktiviti yang sangat terkenal di korea dan ianya sangat mempegaruhi rakyat
dunia untuk dilakukan. Mukbang adalah dimana penonton akan menonton seseorang sedang
makan secara ASMR iaitu dengan senyap dan hanya bunyi kunyahan sahaja. Video ini
mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat dunia. Hal ini demikian akan mempengaruhi
individu untuk membeli atau memasak sendiri makanan yang dipertontonkan oleh penghibur
(youtuber).

Masalah utama berlaku pembaziran makanan adalah kerana sifat ingin tahu yang tinggi
terhadap rasa sesuatu makanan yang dipertontonkan dan seterusnya sifat tamak ketika membeli
sesuatu juadah. Pada mulanya segala yang dilihat membuka selera. Namun, selera makanan
setiap manusia berlainan dan berbeza. Terutamanya selera warga emas, remaja dan kanak-
kanak. Belum termasuk pula, jika mereka membeli sesuatu juadah atau makanan secara
berlebihan dek kerana terpengaruh dengan media sosial. Hal ini demikian akan membawa
kepada berlaku pembaziran makanan dan seterusnya pembuangan makanan lebihan. Menurut
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), isi rumah
yang terdiri daripada lima anggota membelanjakan secara purata RM900 sebulan untuk
makanan dan bahawa satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan
penggunaan.

4
Gambar 1 Menunjukkan isu pembaziran makanan di Malaysia

Seterusnya, pembuangan sisa makanan secara tidak efisien menjurus kepada


pencemaran bau sekeliling. Sisa makanan mengandungi air resapan yang sangat berbahaya dan
beracun. Hal ini demikian kerana air resapan tersebut mengandungi unsur Logam berat seperti
besi dan tembaga. Hal ini bertambah buruk apabila longgokan sisa makanan yang dibuang
terkena kepada air hujan. Kebanyakkan tong sampah besar di kawasan perumahan terdedah dan
tidak berbumbung. Selain itu, punca bau daripada sisa makanan juga berlaku di kawasan
perniagaan kecil seperti kedai tepi jalan, penjaja mahupun peniaga restoran makanan. Hal ini
berlaku apabila mereka membuang sisa makanan di dalam longkang berdekatan. Walaupun
mereka membuang lebihan air jualan, bau busuk daripada air yang basi mengganggu pernafasan
orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Pembuangan sisa makanan penyebab berlakunya gangguan suhu dunia. Lambakan sisa
makanan juga menghasilkan gas metana. Proses ini terjadi ketika sisa makanan yang dibuang
mula membusuk dan lembab. Gas metana adalah gas rumah kaca yang menyebabkan pemanasan
global. Pembuangan sisa makanan secara yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan suhu
dunia, mitigasi perubahan iklim dan merosakkan jadual cuaca seperti hujan serta ribut di seluruh
dunia. Seperti penjelasan Pengarah Green Technology Corporation Malaysia dan juga bekas
Pengarah Alam Sekitar Selangor, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, beliau mengatakan bahawa
situasi berkenaan telah mengancam alam sekitar, malah ianya juga telah menyebabkan
pencemaran, peningkatan suhu dunia, mitigasi perubahan iklim dan pengubahan jadual cuaca
seperti hujan dan ribut di seluruh dunia. Menurutnya juga, kesan terhadap ekosistem dunia turut

5
terencat khususnya bagi species mikroorganisme atau haiwan kecil dimana terkesan dengan
perubahan suhu dunia. Selain itu, beliau juga memberi satu analogi dimana apabila rantaian
makanan terputus, kumpulan haiwan akan berubah dan keluar meninggalkan habitatnya bagi
memperolehi sumber makanan.

Gambar 2 menunjukkan isu pembuangan sisa makanan daripada Berita Harian

Kesimpulannya, 60% daripada pembuangan sampah merupakan sisa makanan. Ianya


menunjukkan jumlah yang sangat besar seterusnya terjerumus kepada kesan buruk kepada
masyarakat dan negara terutama ekosistem dunia. Jika perkara ini berterusan, kemungkinan
berlakunya bencana alam yang buruk. Hal ini kerana pencemaran bau dan gas boleh membawa
kepada kewujudan pelbagai wabak penyakit yang terhasil daripada kawasan yang kotor dan
lembab. Hal ini dapat dibuktikan melalui artikel dikeluarkan oleh Berita Harian pada 2017.

Gambar 3 menunjukkan isu pembuangan sisa makanan lebih tinggi

6
1.3 Persoalan Kajian

Bagi merumuskan permasalahan kajian di atas terdapat 3 persoalan yang timbul dan akan
dilakukan kajian:

a) Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa


makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?

b) Apakah kesan akibat berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan dalam
kalangan masyarakat?

c) Bagaimanakah cara untuk mengatasi berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa


makanan dalam kalangan masyarakat dalam kalangan masyarakat di Malaysia?

2.0 PUNCA-PUNCA

2.1 Punca-punca yang menyebabkan berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa


makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Masalah peningkatan pembuangan sisa makanan dalam kalangan pengguna atau isi rumah
merupakan masalah yang ketara berlaku di negara-negara maju dan negara-negara membangun
seperti Malaysia. Peningkatan pendapatan memberikan pengguna kuasa beli yang lebih tinggi
dan ini membolehkan mereka berbelanja dengan membeli makanan dengan jumlah dan mutu
yang lebih baik. Namun, disebabkan oleh beberapa faktor telah menyebabkan peningkatan
pembuangan sisa makanan di negara kita.

Antara punca berlaku pembuangan sisa makanan ialah sikap dan tingkah laku
pengguna. Sikap manusia yang tidak mengamalkan perancangan yang baik dalam
menguruskan menu makanan, pembelian dan penyimpanan stok makanan. Tanpa perancangan
yang baik, pengguna cenderung terlebih membeli atau membeli makanan yang tidak diperlukan.
Pada masa yang sama, pengguna juga menghadapi masalah dari segi penyimpanan makanan di
mana makanan disimpan di tempat yang salah sehingga makanan cepat rosak dan kemudiannya
dibuang begitu sahaja.

7
Selain itu, gaya hidup mewah dalam kalangan masyarakat juga merupakan salah satu
punca berlaku pembuangan sisa makanan. Amalan boros rakyat di negara kita ketika berpuasa
juga sering kali dikaitkan dengan kesanggupan mereka mencuba makanan di tempat-tempat
eksklusif seperti hotel dan restoran mewah. Pembaziran sisa makanan turut berlaku ketika
sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakan tuan rumah akan menyediakan pelbagai jenis
makanan dalam kuantiti yang banyak untuk memastikan tetamu atau saudara-mara yang datang
menziarahi dapat menikmati makanan yang digemari. Namun, makanan yang tidak dihabiskan
selalunya akan berakhir di tong sampah. Selain itu, tinjauan di bazar Ramadan mendapati rata-
rata pengunjung menjinjing lebih daripada dua bungkus juadah untuk berbuka sekaligus
membuktikan kebenaran kajian mengenai sikap membazir keterlaluan rakyat Malaysia ketika
bulan puasa.

Dalam pada itu, isu pembuangan sisa makanan juga berlaku kerana kekurangan
kecekapan dalam proses pengendalian makanan. Terdapat banyak dalam kalangan pengguna
yang berpendapat bahawa membuang makanan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat dan
mereka tidak rasa bersalah untuk melakukannya. Sebagai contoh, terdapat sebahagian pengguna
yang beranggapan bahawa tarikh luput pada pembalut makanan menggambarkan kualiti dan
keselamatan makanan. Kesannya, makanan akan dibuang apabila tiba tarikh tersebut sedangkan
terdapat sesetengah makanan seperti roti yang sebenarnya masih boleh dimakan jika disimpan
di dalam peti sejuk. Terdapat juga sesetengah individu yang membeli makanan dalam kuantiti
yang banyak tetapi tidak menyimpan dengan baik sehingga menyebabkan makanan tersebut
mudah basi dan kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan berlakunya isu pembuangan sisa makanan
ialah makanan yang mudah didapati. Pada zaman ini, semua perkara hanya dilakukan di
hujung jari. Sebagai contoh, perkhidmatan pembelian makanan secara atas talian seperti
FoodPanda, Mcdonald, KFC dan lain-lain. Hal yang demikian, masyarakat tidak perlu untuk
menyusahkan diri untuk keluar membeli makanan kerana mereka hanya perlu memesan
makanan yang diinginkan kemudian, menunggu makanan mereka tiba di hadapan rumah
mereka. Pembelian makanan secara atas talian membuatkan masyarakat akan kerap membeli
makanan mengikut hawa nafsu semata-mata sehingga mengundang kepada pembaziran (Anon
2019).

8
Kemudian, punca lain ialah piawaian makanan yang tinggi dalam kalangan peruncit.
Peruncit menggunakan piawaian estetik untuk menerima atau menolak makanan berdasarkan
andaian bahawa pengguna hanya akan membeli makanan yang memenuhi piawaian tertentu
(Aschemann-Witzel et al. 2015). Sebagai contoh, piawaian yang mementingkan rupa bentuk
fizikal makanan menyebabkan makanan yang tidak “cantik” atau tidak menepati saiz tertentu
akan dibuang. Bukan itu sahaja, ketaksuban kepada keperluan menjual makanan yang segar dan
selamat menyebabkan makanan dibuang lebih awal daripada tarikh luput dan ini yang
menyebabkan pembaziran makanan (Azrina Sobian & Norkumala Awang 2022).

Selanjutnya, pengaruh pembungkusan makanan terhadap kuantiti dan jenis sisa


makanan. Terdapat sesetengah makanan dibazirkan kerana faktor pembungkusan seperti
bungkusan yang terlalu besar, bungkusan yang sukar untuk dikosongkan dan tarikh baik
sebelum yang telah berlalu. Segelintir isi rumah mempunyai sikap negatif terhadap
pembungkusan sesuatu makanan walaupun mereka mengakui peranannya untuk mengurangkan
sisa makan. Secara amnya, pengguna tidak menggunakan fungsi pembungkusan atau maklumat
yang diberikan secara optimum padanya dan mereka juga tidak mengetahui cara pembungkusan
boleh memanjangkan hayat produk makanan di rumah mereka (Aschemann-Witzel et al. 2015).

Seterusnya, penyediaan makanan yang berlebihan di restoran, hotel dan industri


perkhidmatan makanan. Kebanyakan restoran, hotel dan industri perkhidmatan makanan
sama-sama mempunyai kecenderungan untuk menyediakan makanan secara berlebihan.
Walaupun niat itu betul terutamanya dalam jangkaan jumlah pelanggan yang tinggi dan
memastikan untuk tidak kehabisan menu. Namun penyediaan yang berlebihan ini sering
membawa kepada pembaziran jika sebahagian makanan tidak terjual. Sebagai contoh, restoran
dan gerai-gerai makan yang menyediakan berpuluh jenis hidangan dengan kuantiti yang banyak
seperti bufet sebagai tarikan kepada pelanggan memilih pelbagai variasi. Hal ini kerana operasi
perkhidmatan makanan tidak mempunyai keupayaan untuk mengukur jumlah makanan yang
digunakan secara purata, malah dapur terus menghasilkan jumlah yang dianggap mencukupi
sedangkan kebanyakannya tidak diperlukan. Sesetengah pengurus juga percaya menghasilkan
makanan dalam kelompok besar dapat meminimumkan kos, tetapi pada hakikatnya, ia
menghasilkan lebih banyak pembaziran berbanding dengan penyediaan masak mengikut
pesanan atau memasak dalam kelompok kecil.

9
Akhir sekali, lebihan tempahan oleh kedai makanan dan pasar raya. Ekspektasi
penjualan yang tinggi oleh pasar raya besar dan gerai runcit juga memberi kesan kepada
peningkatan sisa makanan. Mereka cenderung menempah lebih daripada yang diperlukan, yang
mana lebihan itu selalunya akan berakhir dibuang di tong sampah. Maka, stok tempahan
makanan yang berlebihan menyebabkan banyak makanan yang telah tamat tempoh di rak-rak
makanan dan tempat simpanan stor. Kesannya, sebahagian daripadanya akan kekal tidak terjual
sekaligus menjurus kepada peningkatan pembuangan sisa makanan.

3.0 KESAN-KESAN

3.1 Kesan-kesan akibat berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan dalam
kalangan masyarakat

Pencemaran pembuangan sisa makanan dari segi kesan negatifnya akan lebih menggalakkan
individu untuk melakukan pembaziran. Hal ini demikian kerana, mereka akan menganggap
fenomena ini adalah merupakan perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan dan diambil peduli
sedangkan perkara ini semakin kronik permasalahannya dari hari ke hari. Kesan yang lebih teruk
akan terjadi sekiranya perkara ini terus dinormalisasikan dalam kehidupan seharian seseorang
individu. Dari sisi kesan positifnya pula, seseorang individu akan boleh menyedari bahawa isu
pencemaran pembuangan sisa makanan ini sangat serius permasalahanya di Malaysia ini.
Perkara ini boleh dilihat sekiranya seseorang individu boleh menilai keadaan sekeliling akibat
isu pencemaran pembuangan sisa makanan ini. Sebagai contoh, keadaan lanskap pandangan
akan terjejas dengan adanya sisa makanan dalam kuantiti yang banyak misalnya dibuang begitu
sahaja ke dalam tong sampah sedangkan sekiranya makanan tersebut masih elok, adalah lebih
baik untuk disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

a) Kesan-kesan akibat berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan dalam


kalangan keluarga

Secara umumnya, dari segi kesan negatifnya, sekiranya perkara ini berlaku dalam kalangan
keluarga, maka akan berlakunya kerugian serta secara tidak langsung akan meningkatkan kos
sara hidup keluarga. Oleh yang demikian, pembelian sumber makanan akan menjadi lebih kerap
dan berulang demi memenuhi keperluan asas dalam sesebuah komuniti keluarga dan bilangan

10
isi rumah dalam keluarga. Berdasarkan hubungkait, semakin banyak bilangan isi rumah, maka
semakin banyaklah kos yang perlu dikeluarkan. Namun, sekiranya isu pencemaran pembuangan
sisa makanan ini wujud dalam sesebuah keluarga, maka kos dan bajet yang lebih maksimum
perlu dibelanjakan dan dikeluarkan. Dari sisi positifnya pula, sekiranya ada kepekaan dalam
ketua rumahtangga ataupun ibu bapa dalam permasalahan ini, maka pengurusan makanan yang
optimum akan dididik dan didedahkan dalam keluarga bagi mengelakkan berlakunya
pembuangan sisa makanan. Dengan ini, setiap ahli dalam keluarga akan dapat mengaplikasikan
kaedah pengurusan makanan yang teratur dan cermat.

b) Kesan-kesan akibat berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan dalam


kalangan masyarakat

Pembuangan sisa makanan mengakibatkan kehidupan masyarakat terganggu. hal ini demikian
kerana penghasilan bau yang bususk di sekitar kawasan tempat tinggal. Situasi ini khususnya
berlaku apabila masyarakat yang tinggal di rumah flat mahupun pangsapuri dimana pihak
perumahan telah menetapkan satu kawasan longgokan pembuangan sampah yang menempatkan
kuantiti sampah yang banyak. Selain itu, ianya juga menganggu kehidupan masyarakat setempat
jika kawasan longgokan sampah tersebut kotor serta dipenuhi dengan lalat dan langau.
Tambahan pula longgokan sampah yang ditikai oleh anjing mahupun monyet. Hal ini
mengakibatkan kawasan longgokan sampah bersepah dan bertaburan di merata-rata tempat. Jika
situasi ini dibiar berterusan, ia akan mengakibatkan penyebaran pelbagai penyakit berbahaya
dan berjangkit seperti demam denggi, H1N1 dan sebagainya. Justeru masyarakay setempat tidak
dapat melestarikan kehidupan mereka dalam membangunkan negara.

c) Kesan-kesan akibat berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan dalam


negara

Antara impak pembuangan sisa terhadap negara ialah merosakkan imej negara dalam menuju
pembangunan negara yang maju. sebagaimana yang diketahui, pelancongan domestik
merupakan salah satu tarikan dan pendapatan negara. tarikkan daripada pelancong asing
membolehkan lebih ramai masyarakat mereka untuk melancong ke Malaysia. Oleh itu, imej
yang ditunjukkan perlu memberi tanggapan yang baik dan positif dalam menaikkan nama
Malaysia ke persada dunia. Di samping itu, pembuangan sisa makanan yang berlebihan juga
memberi satu impak negatif terhadap keseluruhan ekonomi negara. Dimana selain daripada kos

11
bagi kempen kesedaran masyarakat, kerajaan juga harus membelanjakan sejumlah wang yang
banyak untuk penyediaan tempat pembuangan dan penyelenggaraan akibat kesan pembuangan
sisa makanan mahupun sampah lain seperti longkang tersumbat, pertumbuhan habitat nyamuk
dan sebagainya. Natijahnya, pembuangan sampah mahupun sisa makanan secara berlebihan
akan memberi banyak kesan negatif kepada negara mahupun alam sekitar sendiri.

4.0 TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

4.1 Tindakan yang telah dilakukan dalam mengatasi berlakunya isu pencemaran
pembuangan sisa makanan dalam kalangan masyarakat

a) Kaedah pengkomposan sisa makanan merupakan salah satu cara mengurangkan


pembuangan sisa makanan yang tinggi di negara ini. Kaedah Pengkomposan sisa makanan ialah
proses pereputan hasil sisa buangan organik secara biologis. Sisa makanan organik yang
ditanam dalam tanah akan melalui proses pereputan dan terurai kepada bahan yang kaya dengan
nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah
seperti bakteria, cacing dan kulat. Hasil daripada proses itu, maka terhasillah baja kompos yang
dapat digunakan sebagai baja semula jadi buat tanaman yang lebih bernutrisi. Sebagai contoh,
usaha yang telah dilakukan Sunway Pyramid dengan melancarkan kempen membasmi
pembaziran makanan. Kempen yang diberi nama ‘Food CPR‘ iaitu compost, plant, reduce yang
diharapkan dapat mengurangkan 879 ton sisa makanan untuk dilupuskan di tempat pembuangan
sampah. Usaha ini sejajar dengan dasar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Matlamat
Pembangunan Lestari (SDG), Food CPR juga diharapkan boleh mengurangkan isu pembaziran
makanan di Malaysia. Mereka telah melaburkan wang sebanyak RM 1 juta bagi mesin kompos
makanan. Hasilnya, sebanyak 5.9 tan sisa makanan pada 2019 telah ditukar kepada kompos dan
menjangkakan akan mengompos 20 tan sisa makanan pada tahun yang sama. Hasil kompos itu
pula digunakan sebagai baja untuk landskap di Sunway City dan dijangka membekalkan
kompos itu kepada pihak lain pada masa hadapan. (Mstar, 2019)

b) Kempen derma makanan melalui food bank. Food Bank adalah sebuah inisiatif untuk
mengumpulkan lebihan makanan yang dikumpulkan dari pasar raya besar, dapur hotel, restoran,
kilang menghasilkan barang makanan untuk diagihkan kepada golongan penerima. Sebagai

12
contoh, Lembaga Pemasaran pertanian persekutuan merupakan agensi kerajaan pertama yang
menyokong Program food bank Malaysia dengan menjadikan pasar tani sebagai penyumbang
lebihan makanan (Sinar Harian, 2019) Tambahan lagi, peniaga boleh memberi sumbangan
selepas atau akhir jualan mereka. Melalui program kerjasama tersebut, sebanyak 500 kilogram
sumbangan yang dikumpul Pasar Tani Selayang dan Farm Outlet Putrajaya, diagihkan kepada
rakan strategik utama sperti Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen. Makanan yang
dikumpul akan diagihkan kepada kumpulan sasaran seperti keluarga miskin, orang kurang
upaya, rumah kebajikan, pusat bantuan makanan, pusat pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar
universiti yang kurang kemampuan. Terdapat banyak pusat bank makanan dan organisasi
penyelamat makanan yang akan mengambil sumbangan makanan secara percuma dan
menjimatkan masa penderma. Maka, dengan cara menderma ini dapat mengurangkan kadar
pembuangan sisa makanan dari setiap sektor sekaligus memberi banyak manfaat kepada
penerima dan juga penderma. Tindakan ini telah dilaksanakan atas usaha sama pihak kerajaan
dan swasta namun masih kurang mendapat perhatian yang sewajarnya dalam kalangan
masyarakat Malaysia, akan kepentingan foodbank yang sememangnya dapat mengatasi isu
pembuangan sisa makanan di setiap sektor.

5.0 CADANGAN

5.1 Cadangan untuk mengatasi masalah berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa
makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia (Smart Foodcycle)

Smart Foodcycle diperkenalkan bagi membantu dalam mengatasi masalah berlakunya isu
pencemaran pembuangan sisa makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Smart
Foodcycle merupakan mesin kitar semula sisa makanan bagi membolehkan pengurusan sisa
makanan dilaksanakan dengan efektif dan selamat. Mesin kitar semula sisa makanan telah dijual
dipasaran luar negara dan di Malaysia. Namun begitu, di Malaysia produk ini dijual dalam saiz
yang lebih besar dan digunakan dalam sektor perhotelan dan syarikat makanan. Sedangkan
Smart Foodcycle dibuatkan khas untuk pengguna isi rumah yang menghadapi masalah
pembuangan sisa makanan yang tidak dapat diuruskan dengan baik.

13
Mesin kitar semula sisa makanan Smart Foodcycle merupakan suatu produk yang bersih
dan praktikal yang mana ia mengendalikan semua jenis buangan sisa makanan seperti makanan
laut, cangkerang, daging, tenusu, makanan yang diproses dan juga tulang-tulang yang mana ia
berkapasiti 1kilogram atau 2liter setiap kitaran. Penggunaan elektrik bagi mesin ini ialah antara
0.5 sehingga 0.7 kWh setiap kitaran yang mana ia mampu untuk menjimatkan elektrik pengguna
di rumah. Mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising kerana tahap kebisingannya adalah
kurang daripada 45 Db yang mana ia tidak akan mengganggu tidur pemilik mesin dan orang di
dalam rumah tersebut yang sedang tidur.

Mesin ini akan memproses makanan secara berterusan dan juga sekejap-sekejap. Mesin
Smart Foodcycle ini menggunakan kaedah pemprosesan mesin melalui proses pengeringan,
pengisaran dan pensterilan (Anon 2013). Bagi proses pengeringan, kebanyakan longgokan
kompos panas mencapai purata 120 – 170 °F. Suhu ini sesuai kerana ia membunuh benih rumpai,
penyakit tumbuhan dan kebanyakan pathogen. Smart Foodcycle ini mencapai suhu dalaman
lebih kurang 160 °F semasa proses pengeringan awal. Haba dan pengudaraan diagihkan melalui
“pusingan” lembut oleh gear pengisar unit, supaya setiap inci disterilkan dan bebas metana.
Kemudian, udara dibuang keluar dari bahagian belakang unit dan ditolak melalui penapis karbon
untuk menangkap sebarang bau. Proses pengeringan ini mengurangkan jumlah sisa makanan.

Proses pengisaran pula mengurangkan saiz sisa makanan sehingga 95% daripada isipadu
asalnya, gear pengisar dalaman unit akan memutarkan kandungannya. Seterusnya, ia
memecahkan sisa makanan kepada zarah-zarah kecil seperti serbuk yang boleh dicampur
dengan mudah dengan tanah untuk membebaskan nutrien selepas penggunaan produk
sampingan dengan segera. Proses pemecahan ini menunjukkan produk akhir yang dihasilkan
oleh mesin tersebut bertindak sebagai baja semula jadi. Setelah ia dimasukkan ke dalam tanah,
sisa makanan yang terurai akan bergabung dengan tanah dengan mudah dan membebaskan
nutrien penting pada akar tumbuhan. Saiz zarah baja semula jadi yang kecil menunjukkan
bahawa hasil sampingan tadi iaitu baja hampir serta-merta akan meneruskan proses penguraian
dalam tanah bagi memastikan sisa makanan yang terhidrasi akan terurai sepenuhnya (Miller
2019).

14
Mesin Smart Foodcycle ini adalah suatu mesin mudah alih dan mesra ruang kecil. Hal
ini membolehkan mesin Smart Foodcycle ini ditempatkan di mana-mana saja bahagian di dalam
rumah atau di pejabat seperti di bawah sinki, di atas kaunter, di sudut garaj, di dalam almari atau
pantri, selagi mana pemiliknya mempunyai saluran keluar dan beberapa ruang inci pengudaraan.
Kelebihan tersebut menjadikannya lain daripada yang lain berbanding mesin kitar semula sisa
makanan yang telah terdapat dipasaran. Cara menggunakan mesin ini tidak begitu susah, hanya
perlu menekan butang mula pada mesin tersebut sahaja.

Mesin ini berfungsi untuk menghindari pencemaran bau kerana mesin ini dilengkapi
dengan ciri unik yang didatangkan dengan pengudaraan kompleks dan sistem penapisan bio-
enzim bagi menghapuskan bauan tidak menyenangkan. Ia juga direka khas dengan unit
penghancur bagi memendekkan tempoh pemprosesan sisa makanan menjadikan waktu yang
diperlukan hanya sekitar 6 hingga 24 jam (Rubini Nagarajah 2021). Selain itu, mesin ini
berfungsi untuk mengurangkan jumlah sisa makanan melalui proses mengeringan kerana ia
mengeringkan air dan gas dari sisa makanan dan mengurangkan isipadu makanan sehingga 95%.
Di mana 95% sisa makanan akan terurai menjadi udara dan wap air manakala bakinya sebanyak
5% yang tersisa akan berubah menjadi produk sampingan dalam bentuk kepingan-kepingan
yang kering untuk dijadikan sebagai baja bagi menanam tanaman (Anon 2013). Jadi, ia
berfungsi untuk mengompos makanan untuk menjadi baja semula jadi. Kemudian, fungsi
lainnya adalah dapat mengurangkan pelepasan gas daripada sisa makanan. Hal ini dapat
dilihat apabila 95% daripada sisa makanan tersebut terurai menjadi udara dan wap air ke
persekitarannya.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam permasalahan kajian, mesin ini dapat


mengurangkan jumlah sisa makanan dalam mengatasi isu permasalahan kerajaan
memperuntukkan kawasan mahupun tapak penempatan longgokkan sampah di Malaysia. Rata-
rata masyarakat Malaysia akan membuang sampah sebanyak 1kilogram sehari. Jika jadual
pengumpulan sampah harian oleh lori sampah adalah seminggu sekali, sebanyak 5 kilogram
sampah terhasil untuk seminggu bagi serumah. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan
lebih banyak tapak longgokan sampah. Jangkaan masa panjang daripada permasalahan ini dapat
menyebabkan imej negara menjadi mundur sekaligus kemunculan lebih banyak penyakit
berjangkit berpunca daripada sisa sampah yang tidak menjalankan pemprosesan akhir.

15
Mesin Smart Foodcycle juga dapat mengatasi isu pencemaran bau yang berpunca
daripada sisa makanan. Mesin ini dapat mengeringkan air yang terkandung dalam sisa makanan
seperti yang diperjelaskan bahawa sisa makanan mempunyai air. Makanan yang basi akan
menghasilkan lendir yang berbau busuk. Tambahan pula, apabila sampah sisa makanan ini
terdedah kepada hujan dan ianya menjadi lembab. Air sampah yang busuk dapat mengganggu
kehidupan masyarakat sekeliling. Misalnya peristiwa dimana jiran tetangga kita suka bersenam
pada waktu pagi dan ingin hirup udara yang segar. Namun, hidungnya hanya menghirup udara
yang kurang menyelerakan. Ia dapat mengganggu “mood” jiran itu pada hari tersebut.

Akhirnya, mesin ini dapat mengatasi isu pemanasan global yang berlaku apabila
pembuangan sampah secara salah berterusan. Sisa makanan mengandungi gas metana yang
berbahaya kepada manusia. Impaknya, dapat menghasilkan pelbagai penyakit berjangkit selain
daripada kawasan pembuangan sampah yang kotor. Justeru itu, ia juga dapat menyelamatkan
ekosistem dunia dan habitat mikroorganisma yang lain. Lantaran Malaysia dalam melestarikan
pembangunan negara ke persada dunia. Natijahnya, mesin Smart Foodcycle ini dapat
menyelesaikan semua isu permasalahan yang dinyatakan dalam permasalahan kajian.

Gambar 4 dan 5 menunjukkan reka bentuk mesin Smart Foodcycle

16
KESIMPULAN.

Kesimpulannya, isu pencemaran pembuangan sisa makanan di Malaysia ini merupakan suatu
masalah yang kritikal dan hakikatnya telah lama terjadi di negara kita. Masalah ini juga
terkadang dianggap remeh serta dinormalisasikan dalam kehidupan seharian. Oleh yang
demikian, perkara ini tidak harus dipupuk dalam diri setiap individu kerana pengabaian terhadap
seriusnya isu ini akan memberi kesan yang negatif dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh,
akan berlakunya pemanasan global yang akan menyebabkan suhu bumi meningkat. Keadaan ini
juga akan memberi impak kepada beberapa sektor tertentu seperti sektor pertanian dan
perindustrian. Namun, sayangnya isu ini kurang mendapat perhatian pada segelintir pihak yang
bertanggungjawab.

Melihat kepada pentingnya masalah ini untuk diatasi, sektor perhotelan adalah antara
sektor yang mengambil inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan ini. Hal ini demikian
kerana, sektor perhotelan perlu menyediakan kualiti hidangan yang terbaik di samping
mengelakkan pembaziran serta mengikut bajet yang ditentukan. Mesin kitar semula ada
digunakan di beberapa hotel atau tempat penginapan di Malaysia ini, namun tidak kesemuanya
disebabkan harga mesin ini yang agak mahal. Walaubagaimanapun, individu dalam kalangan
isi rumah juga perlu mengambil langkah dalam menangani isu ini. Hal ini demikian kerana, sisa
makanan secara logiknya juga banyak berpunca daripada rumah-rumah ataupun tempat tinggal
kediaman yang tetap. Pembelian makanan secara berlebihan kerap menjadi punca berlakunya
pembuangan sisa makanan dalam kalangan isi rumah yang terkadang pembelian makanan
adalah terlalu banyak sedangkan bilangan isi rumah tersebut tidak ramai menyebabkan makanan
tidak dijamah sehingga menjadi rosak dan basi.

Secara rumusannya, isu ini sepatutnya boleh dikawal sekiranya semua pihak mengambil
inisiatif dan meletakkan tanggungjawab terhadap pentingnya bagi kita untuk menghindari
berlakunya isu pencemaran pembuangan sisa makanan dan mengelakkan pembaziran makanan
dalam kehidupan seharian.

17
RUJUKAN

1. Anon. 2019. Faktor-Faktor Berlakunya Pembaziran Makanan.


https://janganbazir.blogspot.com/2019/08/faktor-faktor-berlakunya-pembaziran.html [1
Jun 2022].
2. Anon. 2013. Kitaran Makanan Pengitar semula sisa makanan Dapur Rumah Tangga
Dapur kompos sisa makanan Mesin pengering makanan. EcoDisposer
https://ecodisposer.com/ms/foodcycle-indoor-food-waste-recycler-household-kitchen-
food-waste-composting-machine-food-waste-dehydrator/ [9 Jun 2022].
3. Anon. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/3d.-Program-Pengkomposan-Sisa.pdf
[12 Jun 2022]
4. Anon. 2019. Sunway Pyramid to tackle food waste with new campaign. The Sun.
https://www.thesundaily.my/spotlight/sunway-pyramid-to-tackle-food-waste-with-
new-campaign-IA1389468 [ 10 Jun 2022]
5. Aschemann-Witzel, J., de Hooge, I., Amani, P., Bech-Larsen, T. & Oostindjer, M. 2015.
Consumer-Related Food Waste: Causes and Potential for Action. Sustainability, Vol. 7,
Pages 6457-6477 7(6): 6457–6477. https://www.mdpi.com/2071-1050/7/6/6457/htm [4
Jun 2022].
6. Azrina Sobian, Wan Roslili Abd. Majid, & Norkumala Awang. 2019. Kerangka Islami
Dalam Usaha Pengurangan Sisa Makanan. Kertas Kerja Persidangan Meja Bulat
"Pengurangan Sisa Makanan Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama". Institut Kefahaman
Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 15 April. https://www.ikim.gov.my/new-wp/wp-
content/uploads/2019/04/Kertas-1.pdf [11 Mei 2022].
7. Azrina Sobian. 2018. Pembaziran Makanan Cemar Ramadan. Institute of Islamic
Understanding Malaysia (IKIM) https://www.ikim.gov.my/new-
wp/index.php/2018/06/04/pembaziran-makanan-cemar-ramadan/ [12 Mei 2022].
8. Azrina Sobian & Norkumala Awang. 2022. Populasi Bandar dan Peningkatan Sisa
Makanan: Ancaman terhadap Sekuriti Makanan. Jurnal Dunia Pengurusan 4(1): 31–41.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/17381/9116 [12 Mei 2022].
9. Borg, K., Boulet, M., Karunasena, G. & Pearson, D. 2022. Segmenting households based
on food waste behaviors and waste audit outcomes: Introducing Over Providers, Under

18
Planners and Considerate Planners. Journal of Cleaner Production 351: 131589[11 Mei
2022].
10. Charon Mokhzani. 2017. Pembaziran Makanan Dan Kesan Kepada Negara. Khazanah
Research Institute. http://www.krinstitute.org/Views-@-
Pembaziran_Makanan_dan_Kesan_Kepada_Negara.aspx [11 Mei 2022].

11. Mohd Al Qayum. 2021 . Jangan terus buang! Ada 4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang
Sisa Makanan.Mstar.https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/09/21/kompos-sisa-
buangan [ 9 Mei 2022]
12. Miller, S. 2019. Electric Composters: What Are They and How Do They Work?
Foodcycler https://www.foodcycler.com/post/electric-composters-what-are-they-and-
how-do-they-work [10 Jun 2022].
13. Nurul Huda Husain. 2019. Fama agensi kerajaan pertama sokong Food Bank Malaysia
Sinar Harian.https://www.sinarharian.com.my/article/38801/BERITA/Nasional/Fama-
agensi-kerajaan-pertama-sokong-Food-Bank-Malaysia [ 28 Mei 2022]
14. Rubini Nagarajah. 2021. Pembaziran Makanan Berleluasa, Maeko Cipta Mesin Kompos
Teknologi Tinggi. Getaran https://www.getaran.my/artikel/semasa/3272/pembaziran-
makanan-berleluasa-maeko-cipta-mesin-kompos-teknologi-tinggi [14 Jun 2022].

19

You might also like