You are on page 1of 3

TOPOGRAFI KARST

Topografi karst: dibentuk oleh bentukan lahan asal solusional, dihasilkan oleh
pelarutan batuan kapur/gamping dengan tenaga pelarut aliran air permukaan (surface
run off), air perkolasi (percolation water), dan aliran bawah tanah (under ground run-off).
Karst topografi adalah landskap yang dicipta melalui pelarutan sedimen batuan air
bawah tanah seperti batu kapur.
Karst topografi adalah landskap terbentuk daripada pelarutan batun terlarut seperti
batu kapur, dolomit dan gipsum. Ia mempunyai ciri-ciri sistem saliran bawah tanah
dengan lubang benam, Dolines, dan gua.

mewujudkan bentuk muka bumi seperti terowong, gua, dan lubang benam. Air
bawah tanah menyerap masuk ke dalam dan melalui permukaan bentuk-bentuk
muka bumi, hasilnya ialah landskap indah tetapi rapuh (batuan mudah larut) dan
terdedah kepada hakisan dan pencemaran.

TOPOGRAFI KARST

Gua (cave): Rongga semula jadi di bawah permukaan bumi, yang dibentuk
melalui pelarutan batuan, air bawah tanah. Terjadi akibat proses luluhawa dan
hakisan oleh air bawah tanah. Air bawah tanah bertindak untuk memperbesarkan
rekahan dan bukaan gua untuk membentuk suatu sistem gua.
Kejadian lubang benam (Sinkholes): Kawasan yang dilapisi oleh batu larut dan
permukaan bawah tanah mempunai lekukan yang berbeza-beza saiz dan
bentuk. Terbentuk apabila batuan larut di bawah tanah terlarut melalui resapan
air yang masuk. Juga terbentuk akibat runtuhan bumbung gua dan menghasilkan
kawah ang curam dan berat
Kehilangan sungai (Losing streams): Kehilangan sungai, atau sungai yang
tenggelam , kehilangan sebahagian atau semua aliran sungai pergi ke sistem air
bawah tanah dengan tiba-tiba hilang dari permukaan di bawah tanah. Contohya,
Bryant Creek adalah ialah contoh aliran sungai yang hilang, khas dari topografi
karst ditemui di Ozarks.
Air bawah tanah (Groundwater): Air bawah tanah merupakan air yang
disimpan di dalam ruang yang terbuka dalam batuan bawah tanah dan bahan
yang tidak disatukan adalah sumber semula jadi berharga. Air bawah tanah
adalah salah satu takungan kitaran hidrologi. Sumber utama air bawah tanah
adalah hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah dan bergerak melalui tanah
dan liang ruang batuan. Sumber-sumber lain susupan air termasuklah dari tasik
dan sungai, kolam caj semula, dan sistem rawatan air sisa.
Terowong (tunnels) / Jambatan semula jadi (Natural bridges): Arches
merupakan sisa-sisa gua runtuh, biasanya agak pendek. Merupakan lorong di
bawah permukaan yang terbentuk oleh pelarutan dan penggerusan air tanah
Springs: Kawasan di mana air bawah tanah mengalir atau meresap keluar dari
tanah. Landskap springs sentiasa mengamit pelancong kerana air mengalir
keluar dari tanah tanpa halangan dan daripada sumber yang mudah dikenal pasti
contoh air mata air.

Nota Kuliah:

1) Permukaan sungai, terowong, lubang benam telah membentuk pandang darat /


landskapair bawah tanah, yang mengalami proses pelarutan.
2) Air yang masuk ke bawah tanah dan melalui proses pelarutan, rapuh, mudah
terancam kepada hakisandan pencemaran air dan nutrient.
3) Geo. Karst meliputi sains bumi, hidrologi, biologi dan kimia.
4) Jenis batuan karst merupakan batuan yang boleh dihakis seperti batu kapur,
gypsum, kuartile, dolomite.
5) Batuan ini terdedah kepada iklim yang berbeza.
6) Karst merupakan landskap yang dikenali melalui batuan yang mudah larut (melalui
proses pelarutan yang dominan), membentuk lekukan, gua-gua dan saluran bawah
tanah.
7) Gua dan karst merupakan sumber semulajadi yang x boleh diperbaharui (Gunn and
others 2000).
8) Persekitaran karst dijadikan kaw. Pelancongan contoh, gua Kelam, gua Niah yang
ada nilai konservasi yang tinggi untuk pemuliharaan.

You might also like