You are on page 1of 7

PENTAKSIRAN AKHIR

HGF 3063 : KAJIAN HIDROLOGI TROPIKA

NAMA : ALIF ZULKARNAIN BIN ABDUL BURHAN

NO KAD PENGENALAN : 970924-12-6031

NO MATRIK : D20172081168

KUMPULAN :A

PROGRAM PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN GEOGRAFI

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ZULLYADINI A . RAHAMAN


1. Bincangkan bagaimana ciri-ciri iklim tropika mempengaruhi proses dalam kitaran

hidrologi.

Iklim tropika adalah iklim yang tidak kering dan merupakan iklim yang biasa berlaku di

kawasan-kawasan planet dengan ciri-ciri intertropis. Iklim tropika ini terletak di khatulistiwa dari 23

darjah lintang utara hingga 23 darjah lintang selatan. Terdapat ahli meteorology dari negra Rusia iaitu

Wladimir Peter Koppen berpendapat bahawa, iklim tropika bermaksud bahawa negara-negara yang

berada di zon intertropika mempunyai suhu rata-rata yang melebihi 18 darjah Celcius selama 12 bulan

dalam setahun. Walau bagaimanapun, ahli meteorologi lain menentukan iklim ini sebagai satu di

mana suhu tidak berada di bawah 0 darjah pada bila-bila masa sepanjang tahun. Jenis iklim ini

dihasilkan oleh kejadian sinaran matahari di permukaan bumi. Tetapi, oleh hal yang demikian,

terdapat ciri-ciri iklim tropika yang mempengaruhi proses dalam kitaran hidrologi.

Ciri iklim tropika yang mempengaruhi proses dalam kitaran hidrologi antaranya ialah

berkaitan dengan suhu. Salah satu ciri yang menentukan untuk mewujudkan kehadiran iklim tropika

di suatu tempat ialah suhu tahunan di mana kawasan itu terletak. Apabila suhu purata tahunan adalah

20 darjah Celsius, sesetengah ahli meteorologi menilai kawasan tersebut sebagai kawasan tropika.

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan lain mengatakan bahawa purata tahunan adalah kira-kira

18 darjah Celsius. Angka terakhir ini yang telah diterima selama bertahun-tahun. Suhu juga

memainkan peranan yang amat penting bagi proses-proses hidrologi seperti sejat peluhan,

pemeluwapan dan sejatan. Suhu yang lebih tinggi akan menyebabkan terdapat lebih banyak

berlakunya proses penyejatan dari darat dan laut ke atmosfera. Hal ini demikian kerana, sekiranya

berlaku udara yang semakin panas disebabkan suhu tersebut, ia dapat menahan lebih banyak wap air.

Hal ini juga boleh mengakibatkan hujan ribut yang lebih kuat. Hujan ribut yang kuat juga

meningkatkan risiko untuk mengalami banjir. Banyak air yang mengalir ke sungai dan kuantiti air

yang mengalir ke dalam sungai tidak dapat ditampung dengan saiz sungai serta sungai juga tidak

dapat membuang banyak tanah. Manakala sekiranya hal ini digabungkan dengan peningkatan suhu, ia

juga akan mengalami peningkatan risiko untuk mengalami imbangan air negatif iaitu mengalami
kekeringan. Oleh itu, suhu mempunyai peranan yang amat penting dalam kitaran hidrologi. Ia boleh

menyebabkan imbangan air yang tidak stabil sama ada mengalami lebihan air iaitu banjir ataupun

mengalami kekurangan air iaitu kekeringan.

Seterusnya, ciri iklim yang mempengaruhi proses dalam kitaran hidrologi ialah pengaruh

angin. Curah hujan yang berterusan bahawa kawasan-kawasan ini berlaku di iklim tropika. Ini kerana

kawasan tropika terletak di khatulistiwa, di mana angin dari hemisfer utara dan selatan berkumpul.

Hati-hatrik ini juga membentangkan musim yang berbeza. Keadaan ini menjana zon penumpuan

intertropik, yang dicirikan oleh tekanan yang rendah. Ketibaan sinaran suria ke permukaan bumi

boleh menyebabkan hujan berterusan bergantung pada masa tahun, hasil daripada angin dan awan

hujan. Suhu tinggi iklim ini juga mempengaruhi penyejatan cecair yang ada di permukaan bumi.

Cecair ini terbentuk dalam bentuk gas dan kemudian mendakan dalam bentuk hujan. Walaupun angin

menjejaskan penampilan hujan di iklim tropika, ia juga boleh menyebabkan tempoh kemarau di

kawasan yang mempunyai iklim ini.

Selain itu, lokasi iklim tropika ialah berada pada garisan khatulistiwa. Iklim tropika biasanya

berlaku di antara 23 darjah lintang utara dan 23 darjah lintang selatan, sehingga ia terletak di seluruh

garis khatulistiwa. Walau bagaimanapun, iklim tropika mempunyai beberapa variasi yang

mengakibatkan subtipe iklim yang lain, yang berlaku di kawasan tertentu bergantung pada jenisnya.

Oleh hal yang demikian, dengan cara ini, pelbagai jenis iklim tropika berkembang di negara-negara

Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Oceania. Iklim tropika lembap, yang juga dikenali sebagai iklim

hutan hujan atau iklim khatulistiwa, dicirikan oleh kelembapan yang tinggi. Tempat-tempat yang

mempunyai iklim jenis ini mempunyai suhu hangat dan hujan biasa yang melebihi 150 sentimeter

setiap tahun. Untuk bahagiannya, suhu cenderung mengalami lebih banyak variasi sepanjang hari dari

semasa ke semasa dan yang paling sejuk adalah antara 20 dan 23 darjah Celcius, manakala yang

paling panas dapat mencapai 33 darjah Celsius. Dengan sedikit variasi suhu dan hujan, kawasan yang

mempunyai iklim ini cenderung mengalami sedikit perubahan musim iaitu adalah antara 10 ° lintang

utara dan yang bersamaan di lintang selatan. Perbezaan lokasi di antara zon yang berbeza di mana

iklim ini ciri juga sedikit mempengaruhi kelembapan, memandangkan beberapa iklim tropika lembap
tetap malar sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, yang lain cenderung untuk menghasilkan lebih

banyak hujan semasa musim sejuk atau musim panas. Walaupun demikian, musim-musim tidak

pernah menjadi kering. Beberapa lokasi yang mengalami iklim jenis ini ialah Hawaii, Kuala Lumpur,

Malaysia dan Brazil. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa ciri tersebut memainkan peranan dalam

mempengaruhi proses dalam kitaran hidrologi.

Terdapat satu lagi jenis iklim tropika timbul dari kehadiran angin monsun, yang terdiri

daripada arus udara yang mengubah arahnya setiap enam bulan. Hal ini biasanya anjakannya dari

tanah ke laut atau sebaliknya. Perubahan dalam arah angin membawa hujan atau kemarau. Angin

yang datang dari laut mempunyai kelembapan yang tinggi, yang menyebabkan hujan lebat ketika

mereka mencapai benua. Zon yang mempersembahkan jenis iklim ini biasanya mengalami suhu tinggi

dan kepekatan hujan dalam tempoh tahun adalah spesifik terutamanya apabila berada berhampiran

dengan zon penumpuan intertropika. Keadaan atmosfera yang berasal dari jenis iklim ini

membolehkan bekalan air kepada tanaman yang memerlukan hujan meningkat iaitu salah satunya

adalah beras, yang memerlukan kelembapan yang tinggi untuk dapat ditanam. Hal ini juga memberi

pengaruh kepada kitaran hidrologi iaitu semakin luas kawasan tanaman padi atau beras maka semakin

tinggi juga sejatan berlaku disebabkan kawasan tanah tersebut yang lembap dan mempunyai banyak

air yang digunakan untuk penanaman padi. Iklim ini dihasilkan di zon tertentu yang terletak di antara

garis lintang 5 dan 25 darjah. Di samping itu, ia biasanya berkembang di kawasan Asia Tenggara,

Teluk Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, dan Madagascar.

Tumbuhan-tumbuhan di kawasan iklim tropika ini juga agak unik kerana mempunyai

tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar yang panjang ke dalam tanah dan memudahkan untuk aliran

air menyusup masuk ke dalam tanah sama ada aliran air hujan ataupun aliran air daripada aliran

permukaan. Tanah-tanah yang mempunyai liang-liang pori yang besar seperti tanah gambut dan tanah

pasir menyebabkan proses susupan ataupun iniltrasi air tanih berlaku dengan pantas. Oleh itu,

berlakulah proses larian air bawah tanah. Proses ini berlaku untuk mengalirkan air yang telah berada

di dalam simpanan bawah tanah atau akuifer sebelum mengalir ke kawasan badan air seperti sungai
atau laut. Ketebalan hutan di kawasan beriklim tropika ini mengalakkan proses larian air bawah tanah

kerana pokok-pokok tersebut membantu dalam proses susupan air dengan cepat.

Sebagai kesimpulan, ciri-ciri iklim tropika amat penting dan memainkan peranan dalam

mempengaruhi proses dalam kitaran hidrologi. Hal ini demikian kerana, perubahan cuaca dan iklim

berkait rapat dengan proses-proses dalam kitaran hidrologi. Sekiranya berlaku perubahan dalam

kitaran hidrologi sama ada berlaku disebabkan gangguan manusia ataupun gangguan daripada alam

sekitar fizikal hal ini akan membawa kepada perubahan cuaca dan iklim dikawasan tersebut dan suhu

persekitaran juga ikut berubah mengikut keadaan semasa kawasan tersebut. Oleh itu, ciri-ciri iklim

tropika mempunyai kepentingan dalam mempengaruhi proses kitaran hidrologi terutamanya

dikawasan tropika yang dinyatakan tersebut.


2. Nilaikan proses komponen mendatar dalam kitaran hidrologi

Kitaran hidrologi ialah satu kitaran air yang berlaku di bumi dan membantu sistem bumi kita

untuk terus berinteraksi antara satu sama lain bagi menyeimbangkan proses serta hidupan-hidupan

yang terdapat di sekeliling kita. Oleh itu, kitaran hidrologi merupakan satu proses yang amat penting

dalam menyeimbangkan ekosistem bumi kita. Terdapat beberapa proses dalam kitaran hidrologi untuk

menyempurnakan kitaran hidrologi tersebut antaranya ialah proses komponen mendatar dan proses

komponen menegak.

Proses komponen mendatar dalam kitaran hidrologi antaranya ialah larian air permukaan. Hal

ini demikian kerana, ia merupakan baki air hujan yang mengalir dipermukaan bumi setelah

mengalami proses komponen hidrologi yang lain iaitu sejatan, pintasan, susupan dan yang telah

digunakan oleh tumbuhan. Faktor yang pertama bagi larian air permukaan adalah, kuantiti hujan.

Semakin banyak hujan maka kadar larian air permukaan adalah semakin tinggi. Bagi larian jenis tepu

dan aliran intra kuantiti air yang banyak tidak semestinya menambahkan kadarnya, sebaliknya ia

boleh meyebabkan ia berkurangan. Hal ini demikian kerana, jika larian air tersebut sudah mencapai

ke peringkat tepu maka penambahan hujan selanjutnya sudah tidak mampu lagi.

Faktor kedua pula ialah, bentuk hujan mengikut masa. Dua bentuk hujan yang mempengaruhi

air larian iaitu hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat dan hujan yang perlahan dalam

jangka masa yang lama. Faktor ketiga adalah pengaruh geologi setempat. Ciri-ciri geologi yang

membentuk satu-satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar larian air permukaan.

Hal ini demikian kerana, geologi tersebut akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan.

Faktor keempat pula, pengaruh faktor kecerunan. Faktor cerun sering kali dirujukan kepada dua

elemen iaitu cerun curam dan juga cerun landau. Maka, semakin curam sudut cerun, halaju

pergerakan larian air permukaan semakin tinggi. Faktor terakhir bagi larian air permukaan adalah,

pengaruh faktor tumbuhan. Jenis dan ketebalan tumbuhan semula jadi juga menjadi faktor penting

dalam mengawal kadar larian air permukaan. Hal ini demikian kerana, tumbuhan berfungsi untuk

menutupi dan melindungi cerun daripada ditimpa air hujan.


Faktor yang mempengaruhi larian air alur sungai adalah, saiz atau keluasan lembangan

saliran. Lembangan saliran yang luas sudah tentu menjanakan aliran sungai yang banyak kerana

keupayaannya untuk menampung isi padu air adalah tinggi berbanding dengan lembangan saliran

yang bersaiz kecil. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi larian air alur sungai ialah bentuk

lembangan saliran. Bentuk lembangan saliran yang bujur dan memanjang amat mempengaruhi masa

pergerakan air sungai. Air hujan yang turun di hulu sungai akan mengambil masa yang lama untuk

luahan di hilirnya. Faktor seterusnya pula ialah kecerunan dasar alur sungai. Cerun dasar sungai

khususnya sungai induk yang curam akan mempercepatkan halaju arus sungai terutama luahan air

sungai ke laut berbanding dengan sungai yang tidak banyak cawangan. Faktor terakhir pula kuantiti

air dalam sesebuah kawasan tadahan. Air hujan akan menyebabkan peningkatan paras sungai, tetapi

peningkatan paras tersebut hanya dapat berlaku jika kawasan tadahan mengalami hujan yang cukup.

Selain itu, proses komponen mendatar dalam kitaran hidrologi ialah aliran air bawah tanah.

Resapan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan menyusup menerusi liang-liang pori

tanih. Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan

tanah sebagai mediumnya seperti aliran sub-permukaan, susupan dan pergerakan air secara mendatar

menuju ke dalam sistem akuifer.

Di samping itu, proses komponen mendatar dalam kitaran hidrologi yan seterusnya ialah alir

lintang atmosfera. Hal ini demikian kerana, ia merujuk kepada proses penyejukan alir lintang, proses

ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan yang

panas ke kawasan yang sejuk. Sekiranya udara itu disejukan sehingga ke takat suhu embun maka akan

membentuk kabus alir lintang dan awan jenis stratus yang rendah.

Sebagai kesimpulan, proses komponen mendatar dalam kitaran hidrologi merupakan proses

yang menjadi salah satu penentu dan pembentuk cuaca dan iklim disesuatu kawasan yang terdapat di

bumi kita. Oleh itu, proses komponen mendatar dalam kitaran hidrologi memainkan peranan yang

amat penting bagi kitaran air serta fungsinya untuk kegunaan hidupan dan ekosistem bumi kita.

You might also like