You are on page 1of 3

KONSEP SISTEM

Secara umumnya SISTEM merujuk kepada satu set angkubah atau unsur fizikal yang saling berinteraksi
antara satu sama lain bagi membentuk satu sistem yang kompleks dalam mencapai tahap
keseimbangan.

SISTEM MORFOLOGI

Merujuk kepada pelbagai elemen fizikal yang bergabung untuk membentuk satu sistem fizikal yang
beroperasi dalam sempadan tertentu. Terdapat tiga jenis iaitu :

a) Sistem Terbuka iaitu sistem yang tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan
pertukaran/keluar masuk jisim/bahan dan tenaga antara sistem tersebut dengan persekitaran
fizikal. Contoh : Sistem Ekologi seperti ekosistem air/tasik, hutan/darat.

b) Sistem Tertutup iaitu sistem yang mempunyai sempadan yang berlaku perubahan tenaga sahaja
dalam sistem dan tidak keluar-masuk jisim/bahan dengan persekitaran fizikal. Contoh : Sistem
bumi hanya menerima tenaga daripada matahari.

c) Sistem Terpencil iaitu sistem yang mempunyai sempadan tertutup yang tidak membenarkan
keluar-masuk jisim dan tenaga dengan persekitaran fizikal. Sistem ini sukar terdapat dalam alam
nyata tetapi biasanya melalui kajian/eksperimen makmal.
KOMPENAN SISTEM BUMI DALAM PERSEKITARAN FIZIKAL

Kompenan sistem bumi bermaksud gabungan pelbagai sistem iaitu atmosfera, geomorfologi, hidrosfera
dan ekologi. Keempat-empat sistem ini saling berkait antara satu sama lain dalam membentuk satu
sistem persekitaran fizikal bumi.

1. Sistem Alam Sekitar Fizikal:

Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain,
mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan
semulajadi di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera.
Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui
proses fotosintesis.

2.Sistem Atmosfera:

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara
kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.

3. Sistem Geomorfologi:

Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro
atau yg mikro.

4.Sistem Hidrologi:

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air
permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.

5.Sistem Ekologi:

Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain spti
ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

You might also like