You are on page 1of 5

Tajuk : Awan dan hujan

Hipotesis :

1. Suhu semakin rendah, tahap kelembapan semakin tinggi. 2. Tahap kelembapan yang tinggi menyebabkan hujan turun. 3. Bentuk awan adalah berbeza pada setiap hari.

Teori : Awan merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm 0.06 mm serta terapung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titiktitik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza iaitu :

stratus

sirrus Gambarajah 1 : jenis-jenis awan

kumulus

Awan kumulus ialah awan yang bergumpul dan bentuk dasarnya horinzontal. Awan stratus ialah awan yang tipis yang tersebar luas dan menutup langit secara merata Awan sirus ialah awan yang berdiri sendiri, halus, dan berserat, sering terdapat kristal ais tetapi tidak menimbulkan hujan.

Mengikut ketinggian awan dibahagikan kepada dua kategori iaitu berlapis dan bergumpal. Dua jenis awan ini seterusnya dikelompokkan atas empat kumpulan bedasarkan ketinggianya.

Gambarajah 2 : Jenis awan mengikut ketinggianya

Awan rendah : Stratokumulus, nimbostratus dan stratus Awan pertengahan : Altokumulus dan altostratus Awan tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus Awan menegak : kumulus dan kumulonimbus

Kumpulan A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)

Sirus

Awan tipis dan kelihatan seperti sutra. Keadaannya yang tidak tersusun menunjukkan cuaca baik akan tiba. Sekiranya tersusun rapi dan rapat bersama awan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri daripada hablur ais. Sirostratus

Kepingan awan tipis yang melitupi langit dan biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.

Sirokumulus

Terdapat dalam kumpulan-kumpulan kecil, atau dalam bentuk garis-garis, ataupun jarak, ataupun riak-riak yang menggambarkan kepingan awan yang beralun-alun. Ia juga dipanggil sebagai mackerel sky.

Kumpulan B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m) Altostratus

kepingan awan seragam kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian. Ia kelihatan seperti awan sirostratus yang tebal dan sering bersatu dengannya. Awan ini biasanya diikuti oleh hujan yang meluas dan berterusan. Altokumulus

Jisim awan yang berbentuk glob yang telah terhimpit dan biasanya terdapat dalam bentuk tersusun atau berderet.

Kumpulan C: Awan rendah (2,000 m ke bawah) Stratus

Lapisan awan seragam yang rendah dan menyerupai kabut, tetapi ia tidak jejak ke permukaan bumi.

Nimbostratus

Lapisan awan tumpat yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan. Stratokumulus

jisim-jisim awan kelabu yang berbentuk glob besar dan biasanya bersusun.

Kumpulan D: Awan menegak (Vertikel) Kumulus

Awan tebal dan tumpat yang mempunyai perkembangan tegak ke atas. Permukaan atasnya berbentuk kubah dan strukturnya seakan-akan bunga kobis, sementara dasarnya hampir datar. Kebanyakan awan kumulus adalah jenis awan cuaca baik walaupun ada kalanya awan kumulus yang tinggi akan berkembang menjadi awan kumulonimbus.

Kumulonimbus (dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir)

Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat jelas dimana kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun menara. Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan kadangkala hujan batu.

Bahan dan radas : kamera

Prosedur :

1. Lokasi untuk memerhati awan dilakukan agar tempat yang diperhatikan adalah sesuai dan tidak dihalang oleh bangunan dan pokok tinggi. 2. Pemerhatian awan dilakukan selama empat belas hari atau selama dua minggu. 3. Masa pemerhatian awan adalah tetap dan kedudukan lokasi gambar juga adalah tetap selama tempoh pemerhatian dijalankan. 4. Data dan analisis serta rekod pemerhatian dicatat dalam jadual 1.

You might also like