You are on page 1of 8

Gerhana Bulan, Gerhana Matahari

3
Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus. Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?

Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.

Kita pergi satu demi satu.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan Bumi Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.

Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.

Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.

Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.

Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.

Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.

Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).

Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.

Gerhana Matahari penuh.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.

Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

You might also like