You are on page 1of 8

BAB 12: SISTEM SURIA

12.1 SISTEM SURIA

Perbandingan Jarak Planet dalam Sistem Suria dari Matahari


● Unit Astronomi (A.U.)
○ Unit astronomi (A.U.) ialah jarak purata di antara Bumi dengan Matahari, iaitu
kira-kira 93 juta batu atau 150 juta kilometer.

● Tahun Cahaya (ly)


○ Tahun cahaya adalah jarak yang ditempuh cahaya dalam masa setahun.
Cahaya bergerak pada halaju 300 000 km setiap saat. Maka, cahaya boleh
bergerak sejauh 9.5 × 1012 kilometer dalam setahun.

1 A.U. = 1.5 × 108 km 1 tahun cahaya = 9.5 × 1012 km

PLANET CIRI-CIRI

UTARID ● Paling dekat dengan Matahari, iaitu kira-kira 57.9 juta km


● Planet terkecil dalam sistem suria.
● Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40%
lebih besar daripada bulan.
● Saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede;
dan bulan Zuhal, Titan.
● Permukaan Utarid adalah lebih kurang sama dengan
permukaan bulan, dengan kawah-kawah asteroid dan tebing yang
berpuluh-puluh kilometer tingginya.
● Disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat
diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa
lepas.

ZUHRAH ● Dikenali sebagai planet ‘rumah hijau’ kerana kandungan karbon


dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya.
● Berputar dari timur ke barat, berbeza dengan Bumi dan
planet-planet lain, iaitu dari barat ke timur (Matahari akan terbit dari
barat)
● Saiz dan usia Zuhrah sama dengan Bumi tetapi iklimnya jauh lebih
mencabar, dengan suhu sekitar 460°C.

BUMI ● Merupakan satu-satunya tempat di alam semesta yang dihuni


makhluk hidup.
● Mempunyai lapisan udara yang dikenali sebagai atmosfera yang
melindungi permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran
ultraungu berbahaya dan radiasi dari angkasa lepas.
● Lebih 71% kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 29% terdiri
daripada daratan.

MARIKH ● Dikenali sebagai Planet Merah.


● Mempunyai dua bulan, iaitu Phobos dan Demos.
● Mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan 10% jisim
Bumi.
● Jika dipandang dari Bumi, atmosfera Marikh dapat dibahagikan
kepada dua kawasan yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah
dilitupi oleh debu dan pasir kemerahan, manakala kawasan kutub
mengandungi air beku dan karbon dioksida

MUSYTARI ● Planet yang terbesar daripada lapan planet dalam sistem suria.
● Jisimnya hampir 320 kali ganda daripada jisim Bumi dan
mempunyai jisim dua kali ganda daripada jumlah jisim semua
planet dalam sistem suria.
● Musytari dikatakan sebagai pelindung kepada Bumi, iaitu
mampu memesongkan objek-objek besar daripada melanggar
Bumi dengan daya gravitinya yang sangat kuat.

ZUHAL ● Planet kedua terbesar dalam sistem suria.


● Dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.
● Mempunyai sistem gelang atau cecincin yang kebanyakannya
terdiri daripada ais dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan
debu.
● Sebanyak 62 bulan yang ditemukan setakat ini mengorbit planet
berkenaan. Saiz Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas
Ganymede), adalah lebih besar daripada planet Utarid.

URANUS ● Unsur pertama di bahagian dalam Uranus ialah ais dan batu.
● Planet ketiga terbesar dalam sistem suria.
● Sering digelar sebagai planet gergasi bergas oleh ahli astronomi.
● Mempunyai sistem cecincin seperti Zuhal tetapi nipis dan gelap.
● Mempunyai banyak bulan.
● Merupakan planet yang unik kerana paksi putarannya condong
ke sisi (hampir selari dengan orbitnya yang mengelilingi Matahari)
● Mengambil masa 84 tahun (waktu di Bumi) untuk mengelilingi
Matahari.

NEPTUN ● Dikelaskan sebagai planet gergasi bergas.


● Mengambil masa hampir 165 tahun (waktu di Bumi) untuk
mengelilingi Matahari.

Ciri-ciri Umum Planet-Planet dalam Sistem Suria


Hubungan antara Suhu Planet dengan Matahari

Hubungan antara Ketumpatan dengan Tarikan Graviti Planet

Hubungan Jarak, Masa dan Kelajuan


Arah Putaran Planet

Situasi Hipotetikal berkaitan dengan Sistem Suria

Apakah yang akan berlaku jika putaran Bumi menjadi perlahan atau berhenti
berputar?
1. Waktu siang dan malam yang panjang di dua bahagian Bumi yang berbeza.
2. Pertambahan kawasan gurun pada bahagian Bumi yang menghadap Matahari.
3. Waktu berlaku pasang surut air berubah.
4. Suhu pada bahagian Bumi yang tidak disinari Matahari akan menjadi sangat
dingin.

Apakah satelit semula jadi?


Satelit semula jadi merupakan jasad yang mengelilingi planet dengan orbitnya sendiri.
Bulan merupakan satu-satunya satelit semula jadi Bumi.

Bagaimanakah keadaan dan rupa bentuk Bumi berada di Bulan?


Sama seperti Bumi, Bulan juga berputar pada paksinya. Pada masa yang sama, Bulan
juga turut beredar mengelilingi Bumi pada orbitnya. Tempoh masa putaran Bulan pada
paksinya dan peredaran mengelilingi Bumi adalah sama, iaitu lebih kurang 27 hari. Oleh
itu, permukaan Bulan yang sama akan menghadap ke arah Bumi pada setiap masa. Saiz
Bumi adalah empat kali ganda berbanding saiz Bulan.
Bumi Sebagai Planet untuk Hidupan
❖ Setakat ini, Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.
❖ Bumi dapat menampung hidupan akibat beberapa faktor seperti kehadiran air,
sumber mineral, suhu permukaan dan kandungan atmosferanya.

Ciri-ciri Bumi
● Mempunyai kandungan air yang banyak untuk semua keperluan hidupan.
● Mempunyai kandungan oksigen yang tinggi untuk proses respirasi.
● Mempunyai julat suhu yang sesuai, iaitu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
● Mempunyai atmosfera yang menghalang sinar-sinar yang berbahaya sampai ke
Bumi.
● Menerima cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan
● Mempunyai tarikan graviti yang menarik objek di Bumi supaya tidak melayang ke
angkasa lepas.

Cintailah Bumi Kita


Kehidupan manusia banyak bergantung pada sumber-sumber dari air dan tanah untuk
mendapatkan makanan, bahan pembuatan dan penjanaan tenaga. Pertambahan
populasi manusia telah menyebabkan aktiviti penerokaan laut dan tanah kian pesat.
Adakah sumber Bumi yang ada dapat menampung keperluan dan kehendak manusia yang
semakin meningkat?

You might also like