You are on page 1of 14

MATAHARI

Matahari ialah pusat Sistem Suria. Matahari merupakan mengeluarkan


cahaya dan haba. Semua planet dan ahli lain dalam Sistem Suria beredar
mengelilingi Matahari. Matahari ialah sebiji bintang yang terletak paling
dekat dengan Bumi. Tanpa Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud.
Tanpa cahaya matahari, suhu akan menjadi terlalu sejuk sehingga tiada
hidupan yang boleh hidup Bumi akan menjadi beku. Matahari juga
menghasilkan tarikan gravity yang mengekalkan Bumi, lapan planet
lain, asteroid dan komet dalam orbit masing-masing. Semua ahli Sistem
Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama tetapi pada
kelajuan yang berlainan.
LAPAN BUAH PLANET SISTEM SURIA

Terdapat lapan buah planet dalam Sistem Suria. Urutan planet-planet mengikut
jarak paling dekat sehingga paling jauh dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi,
Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Planet-planet terletak pada jarak
yang berlainan dari Matahari. Planet-planet boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan.

Planet dalam – Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh. Planet-planet ini terbina daripada
batuan dan logam. Atmosfera planet Utarid, Zuhrah, dan Marikh adalah sangat
nipis dan beracun kepada hidupan.

Planet luar – Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Sebahagian besar planet-planet
ini terdiri daripada gas. Oleh itu, tiada permukaan untuk berdiri di atas planet ini.
Suhu planet-planet ini adalah terlalu sejuk untuk hidupan.

1. UTARID = MERCURY 6. ZUHAL = SATURN

2. ZUHRAH = VENUS 7. URANUS = URANUS

3. BUMI = EARTH 8. NEPTUN = NEPTUNE

4. MARIKH = MARS

5. MUSYTARI = JUPITER
Utarid

Utarid ialah planet yang paling hampir dengan Matahari. Permukaannya


terdiri daripada kawah dan dataran. Suhunya sangat tinggi boleh
mencapai sehingga 400 darjah celcius. Ia terlalu panas untuk hidupan.
Zuhrah

Zuhrah ialah planet yang paling panas disebabkan lapisan atmosferanya


memerangkap haba daripada matahari dan tebal karbon dioksida dan
asid sulfurik yang membentuk atmosfera teruama pada waktu siang.
Zuhrah merupakan planet kedua dari Matahari. Karbon dioksida
menyerap haba, menghalang haba terlepas keluar; oleh itu, Zuhrah ialah
planet yang paling panas.
Bumi

Bumi ialah planet yang ketiga. Bumi ialah satu-satunya planet yang
didiami hdiupan kerana mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai.
Bumi merupakan planet ketiga dari Matahari. Planet Bumi merupakan
planet yang kelima terbesar.
Marikh

Marikh ialah planet yang keempat dari Matahari. Marikh dikenali


sebagai planet merah. Ia sejuk dan tiada hidupan kerana permukaanya
berkawah dan bersalji di bahagian kutub.
Musytari

Musytari ialah planet yang kelima dari Matahari. Marikh ialah planet
yang paling besar dalam Sistem Suria. Walau bagaimanapun, planet ini
sangat ringan kerana terbentuk daripada gas-gas termampat.
Keseluruhannya terdiri daripada hidrogen dan helium.
Zuhal

Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari. Zuhal dikelilingi gelang
yang terbentuk daripada ais dan debu. Planet ini paling cantik kerana
terdapat beribu-ribu gelang berwarna di sekililingnya. Gelang-gelang ini
terbentuk daripada berjuta-juta partikel debu dan ais. Gelang-gelang ini
bersinar kerana partikel-partikel ais di dalamnya memantulkan cahaya.
Uranus

Uranus ialah planet yang ketujuh dari Matahari. Uranus ialah planet
yang berwarna biru kehijahuan yang terdiri daripada gas. Planet ini yang
ketiga terbesar. Uranus terdiri daripada gas hydrogen, helium dan
metana. Gas metana memberikan Uranus warna biru. Uranus terdapat
gelang di sekelilingnya. Ia dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu nipis
dan kabur.
Neptun

Neptun ialah planet yang kelapan dari Matahari. Uranus ialah planet
yang paling jauh dan sejuk dalam Sistem Suria. Atmosteranya terdiri
daripada hidrogen, helium dan metana. Gas metana memberikan Neptun
warna biru cerah. Terdapat rebut dan angina yang bergerak pada
kelajuan lebih daripada 200 kilometer per jam.
SATELIT SEMULA JADI

Bulan

Ini ialah satelit semula jadi Bumi yang dikenali sebagai Bulan. Terdapat
planet lain yang mempunyai satelit semula jadi tersendiri. Bulan beredar
mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam. Bulan mengambil 27 ⅓
hari untuk beredar mengelilingi Bumi.
ASTEROID

Asteroid ialah batuan logam yang beredar mengelilingi Matahari. Asteroid berada
di dalam lingkaran di antara planet Marikh dengan Musytari yang dipanggil jalur
asteroid. Asteroid lebih kecil daripada planet tetapi lebih besar daripada meteoroid.
Asteroid pertama ditemui oleh seorang ahli astronomi Itali bernama Guiseppe
Piazzi pada tahun 1801. Asteroid itu dinamakan Ceres. Ceres merupakan asteroid
yang paling besar dalam Sistem Suria dan mempunyai kelebaran 1 000 km.
METEOROID

Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa
lepas. Terdapat berjuta-juta meteoroid di angkasa. Kebanyakannya adalah kecil.
Jika meteoroid jatuh ke dalam atmosferanya Bumi, meteoroid mula terbakar dan
menghaslkan cahaya. Ini disebut meteor. Jika kamu terlihat tahi bintang, kamu
sebenarnya melihat meteor. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut
meteorit. Apabila sebuah meteor yang besar terhempas ke permukaan Bumi, kawah
terbentuk. Kali terakhir meteor besar jatuh ke Bumi adalah pada tahun 1908, di
kawasan terpencil Siberia, Russia. Banyak poko-pokok termusnah akibat hentaman
tersebut.
KOMET

Komet ialah gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.
Komet tidak mengeluarkan cahaya, tetapi akan bersinar dan membentuk ekor yang
panjang apabila berada dekat dengan Matahari. Satu contoh komet ialah Komet
Halley yang muncul 76 tahun sekali dalam Sistem Suria. Kali terakahir
kemunculan Komet Halley adalah pada tahun 1986.

You might also like