You are on page 1of 4

Topik ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian seperti berikut :

Maksud pengoksidaan, penurunan, dan tindak balas redoks.


Contoh-contoh tindak balas redoks.
Siri kereaktifan.
A. Maksud pengoksidaan, penurunan, dan t/b redoks.
Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan kedua -dua proses
pengoksidaan dan penurunan.
Ada empat takrif yang berlainan bagi pengoksidaan dan penurunan.
Pengoksidaan

Penurunan

Proses yang
menambah/menerima oksigen.

Proses yang menghilang


oksidgen.

Proses yang menghilang


hidrogen.

Proses yang
menambah/menerima
hidrogen.

Proses yang
mnghilang/menderma elektron.

Proses yang menerima


elektron.

Proses yang melibatkan


penamabhan nombor
pengoksidaan.

Proses yang melibatkan


pengurangan nombor
pengoksidaan.

Agen Pengoksidaan

Agen Penurunan

Bahan yang menerima elektron.

Bahan yang menderma


elektron

TIP :
Anda harus memahami takrif-takrif di atas dengan baik terutamanya dari segi
pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan. Ingatkan satu
contoh bagi setiap takrif itu.
Anda juga mesti boleh menghitung nombor pengoksidaan bagi suatu unsur
dalam sesuatu sebatian apabila diberikan maklumat-maklumat yang cukup.
Agen pengoksidaan ialah bahan yang mengoksidaan bahan lain tetapi sendiri
diturunkan.
Beberapa contoh contoh agen pengoksidaan yang umum ialah air bromin, air

klorin, larutan kalium mangganat(VII) berasid, dan larutan kalium dikromat(VI)


berasid.
Agen penurunan pula ialah bahan yang menurunkan bahan lain tetapi sendiri
dioksidakan. Agen penurunan biasanya ialah logam reaktif seperti zink dan
magnesium.
B. Contoh-contoh tindak balas redoks
Dalam topik ini terdapat 7 contoh tindak balas redoks yang penting seperti
disenaraikan dalam jadual berikut :
Contoh tindak balas redoks

Tip penting

Penukaran ion Fe(II) kepada


ion Fe(III) dan sebaliknya.

Anda harus mengingatkan agen


penurunan dan agen
pengksidaan yang digunakan
dalam penukaran ion ini.

T/b penyesaran logam


daripada larutan garamnya
oleh logam yang lebih
elekrtopisitif.

Logam yang lebih tinggi


kedudukan dalam Siri
Elektrokimia ialah logam yang
lebih elektropositif atau lebih
kuat sebagai agen penurunan.
Logam ini boleh menurunkan
ion logam di bawahnya.

Halogen yang terletak di atas


T/b penyesaran halogen
dalam Kumpulan VII adalah
daripada larutan halida oleh agen pengoksidaan yang lebih
halogen lain yang lebih kuat kuat. Halogen ini boleh
sebagai agen pengoksidaan. mengoksidakan ion halida di
bawahnya.

T/b redoks yang melibatkan


pemindahan elektron pada
satu jarak.

Anda harus boleh menentukan


arah pengaliran elektron. Cara
yang mudah ialah mengenal
pasti agen pengoksidaan. Agen
pengoksidaan menerima
elektron maka elektron
mengalir ke arahnya.

T/b dalam sel elektrolisis

Pengoksidaan berlaku di Anod


dan penurunan berlaku di
Katod.

T/b dalam sel kimia

Ambil sel daniell sebagai


contoh. Pengoksidaan berlaku
pada terminal negatif dan

penurunan berlaku di terminal


positif.

Pengaratan besi

Anda harus boleh


menghuraikan proses
pengaratan besi. Apabila besi
dililit dengan logam yang lebih
elekropositif, besi terlindung
daripada pengaratan besi dan
logam itu akan terkakis. Apabila
besi dililit dengan logam yang
kurang elektrolpositif, besi akan
berkarat dengan cepat.

TIP :
Dalam setiap contoh tindak balas di atas, anda seharusnya boleh
(a) menulis persamaan ion untuk mewakili pengoksidaan, penurunan, dan tindak
balas redoks.
(b) mengenal pasti agen pengoksidaan dan agen penurunan.
(c) menerangkan pemerhatian yang berlaku dari segi pengoksidaan dan
penurunan.
Beberapa persamaan ion yang anda akan jumpa dalam topik ini.
Pengoksidaan

Penurunan

Fe2+ - e -----> Fe3+

Fe3+ + e -------> Fe2+

Cu2+ + 2e ----> Cu
Ag+ + e -----> Ag

Zn - 2e ------> Zn2+
Cu - 2e ------> Cu2+

2Br- -2e -----> Br2


2I- -2e -----> I2

Br2 + 2e ------> 2BrCl2 + 2e -------> 2Cl-

Fe - 2e -----> Fe2+

2H2O + O2 + 4e ----> 4OHMnO4- +8H+ + 5e ----> Mn2+ + 4H2O


Cr2O72- + 14H+ + 6e -----> 2Cr3+ +
7H2O

C. Siri Kreaktifan
Anda sudah berjumpa dengan istilah "Siri Kereaktifan" sejak Tingaktan Empat
lagi tetapi sampai ke Tingkatan 5 baru anda akan mempelajarinya.
K Na Ca Mg Al C Zn H Fe Sn Pb Cu Hg Ag Au
TIP :

Siri kereaktifan(S.K.R) berbeza daripada siri elektrokimia(S.E.K).


S.K.R ialah satu siri logam (kecuali C dan H) yang disusun berdasarkan
kereaktifannya terhadap oksigen. Yang bertindak balas hebat dengan oksigen
disusun di atas sekali. Yang kurang reaktif disusun di bawah sekali.
Manakala S.E.K. bagi kation ialah susunan ion-ion logam (kation) berdasarkan
kecendrungannya menderma elektron dan membentuk ion positif. Yang mudah
membentuk ion positif disusun di atas sekali.
Siri kereaktifan digunakan untuk meramalkan sama ada suatu logam boleh
menarik oksigen daripada oksida logam lain atau tidak. Logam yang lebih reaktif
(di atas S.K.R) boleh menarik oksigen daripada oksida bagi logam yang kurang
reaktif.
Siri kereaktifan juga boleh digunakan untuk menentukan kaedah pengekstrakan
logam-logam.
Anda seharusnya boleh menghuraikan pengekstrakan besi dan timah.
Karbon (C) dan hidrogen (H) walaupun bukan logam tetapi kereaktifan terhadap
oksigen juga boleh dibandingkan dan boleh dimasukkan ke dalam S.K.R.
Ingat bahawa C berada di atas Zn dan H berada di bawah Zn.

You might also like