You are on page 1of 9

SOALAN ULANGKAJI 2

SCES3033 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

1 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan putaran bumi? [3]


(ii) Huraikan tiga ciri putaran bumi. [6]
(b) Huraikan empat kesan putaran bumi. [8]

1 (ai) Apakah yang dimaksudkan dengan putaran bumi? [3]

Putaran bumi merujuk kepada putaran bumi di atas paksinya yang condong
sebanyak 23 daripada satah tegak dan dalam keadaan selari pada semua tempat
dan berputar dari arah barat ke timur dengan mengambil masa 23 jam 56 minit
(1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.

(aii) Huraikan tiga ciri putaran bumi. [6]


1 berputar dari barat ke timur
2 mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan 1 pusingan
3 di atas paksi yang condong 23
4 kelajuan 30 km / saat @107182 km/j
(3 isi x 2m = 6m)

1(b) Huraikan empat kesan putaran bumi. [8]

1. Kejadian siang dan malam

Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja menghadap sinaran
matahari manakala satu bahagian lain membelakangi sinaran matahari. Bahagian
yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang . Bahagian yang
membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.

2. silih berganti pasang surut air laut

Disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari. Tarikan graviti bulan yang kuat
terhadap air yang berhampiran dengannya menyebabkan aras air naik lalu terjadilah
air pasang. Kawasan yang terletak jauh daripada bulan pula akan mengalami air
surut kerana air dari kawasan ini telah tertarik ke kawasan berhampiran bulan.

3. Perbezaan waktu tempatan

Satu putaran lengkap bumi (360 ) mengambil masa 24 jam. Bumi berputar
sebanyak 15 longitud dalam masa 1 jam iaitu 4 minit bagi 1 longitud.

4. Pembiasan angin dan arus lautan

Bumi berputar dari barat ke timur. Di hemisfera utara angin dan arus terbias ke arah
kanan. Di hemisfera selatan angin dan arus terbias ke arah kiri.
(2m x 4 isi = 8 m)
2a. Huraikan kesan kecondongan paksi bumi

Bil Isi Huraian dan contoh


1. Kejadian Pada 21 Mac (ekuinoks musim bunga), kawasan sederhana
empat dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan
musim sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim luruh.
dalam
setahun Pada 21 Jun (solstis musim panas), kawasan sederhana dunia
di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan
sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim sejuk.

Pada 23 September (ekuinoks musim luruh), kawasan


sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan
kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim
bunga.

Pada 23 Disember (solstis musim sejuk), kawasan sederhana


dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.

2. Perbezaan Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), Kawasan sederhana dunia


panjang di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada
siang dan malam manakala kawasan sederhana dunia hemisfera
malam selatan mengalami panjang malam melebihi siang.
semasa
solstis Pada 22 Disember ( soltis musim dingin ), kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami malam lebih
panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami panjang siang melebihi malam.

3. Perubahan Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), matahari tengah hari tegak
kedudukan di atas garisan sartan.
Kedudukan
matahari Pada 22 Disember ( soltis musim dingin ), matahari tengah hari
tengah hari tegak di atas garisan jadi.
pada latitud.
Pada 21 Mac dan. 23 September ( ekuinoks) matahari
tengah hari tegak di atas garisan khatulistiwa.

2b. Nyatakan ciri peredaran bumi

1. Bumi beredar mengelilingi matahari


2. Arah peredaran mengikut lawan jam.
3. Peredaran di atas orbit yang elips
4. Masa yang diambil bagi melengkap situ peredaran ialah 365 1/4 hari ( 1 tahun ).
5. Bumi beredar sambil berputar.
6. Semasa beredar, bumi akan berada dalam dua kedudukan iaitu kedudukan
semasa solstis dan kedudukan semasa ekuinoks.
3. Jelaskan kesan peredaran bumi bumi mengelilingi matahari

a. Kejadian empat musim


Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga ), Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mcngalami musim lurah.
Pada 21 Jun ( solstis musim panas) , kawasan sederhana dunia di hemisfera
utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim sejuk.
Pada 23 September ( ekuinoks musim. luruh ), kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia
hemisfera sclalan mengalami musim bunga.
Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami musim panas.

b. Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan semasa solstis


Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), kawasan sederhana dunia di hemisfera
utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan
sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang malam melebihi
siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan kutub
selatan mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam. Kawasan
khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama
Pada 22 Disember ( soltis musim sejuk ), kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan
kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang siang
melebihi malam. Kutub utara mengalami panjang waktu malarn hampir 24 jam
dan kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam. Kawasan
khatulistiwa panjang siang dan malam yang hampir sama.

c. Kejadian gerhana
Apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan - bayang
bumi akan jatuh pada bulan dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya
gerhana bulan. Sekiranya bulan berada antara bumi dengan matahari maka
bayang bulan akan jatuh ke permukaan matahari dan keadaan ini akan
menyebabkan berlaku gerhana matahari.

d. Perubahan tempat terbit dan terbenam matahari

e. Perubahan kedudukan ketinggian matahari tengah hari


Kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan
musim. Pada 21 Jun ( solstis musim panas ) tegak, di atas garisan sartan.
Pada 22 Disember (soltis musim dingin) tegak di atas garisan jadi. Pada 21
Mac dan 23 September (ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.

f. Kejadian perihelion dan afelion


Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika
bumi berada orbitnya yang elips. Prihelion (near sun) - paling hampir iaitu
kira-kira 147 juta km yang berlaku pada 3 januari manaka efelion (away from)
pula -paling jauh iaitu kira kira 152 juta km yang berlaku pada 4 Julai.
4a. Jelaskan ciri permukaan bumi semasa ekuinoks

BIL EKUINOKS MUSIM BUNGA EKUINOKS MUSIM LURUH


1 Matatahari tegak di atas garisan Matahari tegak di atas garisan
Khatulistiwa khatulistiwa
2 Berlaku pada 21 Mac setiap tahun Berlaku 23 September setiap tahun
3 Kawasan sederhana dunia di Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim hemisfera utara mengalami musim
bunga manakala kawasan luruh manakala kawasan sederhana
sederhana dunia di hemisfera dunia di hemisfera selatan mengalami
selatan mengalami musim luruh. musim bunga
4 Semua kawasan di permukaan Semua kawasan di permukaan bumi
bumi mengalami siang dan malam mengalami siang dan malam yang
yang hampir sama panjang hampir sama panjang

4b. Jelaskan ciri permukaan bumi semasa solstis musim panas.


1. Berlaku pada bulan Jun ( 21 Jun )
2. Matatahari tegak di atas garisan sartan
3. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas
manakala kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan mengalami musim
sejuk.
4. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami panjang siang
melebihi malam manakala kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan
mengalami panjang malam melebihi siang.
5. Kutub utara mengalami hampir 24 jam waktu siang dan kutub selatan
mengalami hampir 24 jam waktu malam

4c. Jelaskan ciri permukaan bumi semasa solstis musim sejuk


1. Berlaku pada bulan Disember (22 Disember )
2. Matatahari tegak di atas garisan jadi
3. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim sejuk
manakala kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan mengalami musim
panas.
4. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami panjang malam
melebihi siang manakala kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan
mengalami panjang siang melebihi malam.
5. Kutub utara mengalami hampir 24 jam waktu malam dan kutub selatan
mengalami hampir 24 jam waktu siang

4d. Jelaskan ciri permukaan bumi semasa perihelion dan afelion

Bil PERIHELION AFELION


1 Matahari tegak di atas garisan sartan. Matahari tegak di atas garisan jadi.
2 Berlaku pada 3 januari. Berlaku pada 4 julai.
3 Kawsan sederrhana dunia mengalami Kawasan sederhana dunia
musim panas. mengalami musim sejuk.
4 Umumnya bahang matahari yang Umumnya bahang matahari yang
diterima permukaan bumi melebihi kadar diterima permukaan bumi kurang
biasa. dari kadar biasa.
5a. Huraikan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti pertanian di
kawasan sederhana dunia.

MUSIM MUSIM PANAS MUSIM LURUH MUSIM SEJUK


BUNGA
Membajak dan Membajak - Menuai/ mengutip Terhad tetapi aktiviti
menuai biji Menanam - Membaja hasil pada awal membajak dijalankan
benih - Menuai/ mengutip musim bunga di sesetengah
hasil kawasan

5b. Huraikan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia di


kawasan tropika lembap dan sederhana dunia.

AKTIVITI TROPIKA LEMBAB SEDERHANA DUNIA


Pertanian Dijalankan sepanjang Bermula musim bunga dan berakhir
tahun sebelum musim sejuk. Pertanian
terhad pada musim sejuk
Perikanan sepanjang tahun Terhenti pada musim sejuk
Pembalakan sepanjang tahun Dijalan secara giat pada musim sejuk
Perindustrian/ Dijalankan sepanjang Industri pengeringan dijalankan secara
IKS tahun giat pada musim panas
Pelancongan sepanjang tahun Terhenti pada musim sejuk
Penternakan sepanjang tahun Temakan dikandang pada musim sejuk
dan dilepas bebas pada musim panas.
Sukan sepanjang tahun Sukan musim sejuk dijalankan pada
musim sejuk
Pemburuan sepanjang tahun Dijalankan giat pada musim sejuk

5c. Huraikan pengaruh kejadian empat musim terhadap aktiviti manusia di


kawasan tropika lembap dan sederhana dunia.

AKTIVITI TROPIKA LEMBAB SEDERHANA DUNIA


Pertanian Dijalankan sepanjang tahun Bermula pada musim bunga dan
berakhir sebelum musim sejuk.
Pertanian terhad pada musim sejuk
Perikanan Dijalankan sepanjang tahun Terhenti pada musim sejuk
Pembalakan Dijalankan sepanjang tahun Dijalan giat pada musim sejuk
Perindustrian/ Dijalankan sepanjang tahun Industri pengeringan dijalankan
IKS secara giat pada musim panas
Pelancongan Dijalankan sepanjang tahun Terhenti pada musim sejuk
Penternakan Dijalankan sepanjang tahun Temakan dikandang pada musim
sejuk dan dilepas bebas pada
musim panas.
Sukan Dijalankan sepanjang tahun Sukan musim sejuk dijalankan pada
musim sejuk
Pemburuan Dijalankan sepanjang tahun Dijalankan secara giat pada musim
sejuk
6. Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika
lembap dan kawasan sederhana dunia.

a. Pertanian
Di kawasan tropika lembap, penerimaan bahang suria sepanjang tahun (panas
sepanjang tahun) menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun.
Pelbagai jenis tanaman tropika dapat ditanam seperti getah, kelapa sawit, padi,
koko, dan sebagainya. Di kawasan sederhana dunia, penerimaan bahang matahari
yang sederhana menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sepanjang
tahun kerana dipengaruhi oleh faktor musim. Kegiatan pertanian terhad semasa
musim sejuk. Bilangan hari menanam sehingga hasil dituai juga singkat.

b. Pembalakan
Suhu yang tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ), dan hujan yang lebat sepanjang
tahun di kawasan tropika lembap menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika.
Pelbagai species pokok kayu keras seperti meranti, keruing, balau, dan cengal
tumbuh di kawasan hutan tersebut. Keadaan ini menggalakkan kegiatan
pembalakan di kawasan tersebut. Di kawasan sederhana dunia , suhunya yang
sederhana menggalakkan pertumbuhan pokok kayu lembut yang sesuai untuk
dijadikan pulpa dan kertas seperti pokok fir, cedar, douglas dan sprus. Kerja-kerja
pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana pada masa tersebut getah pokok
membeku dan kayu-kayu balak mudah untuk diangkut ke tebing-tebing sungai
berdekatan.

c. Perikanan
Penerimaan bahang matahari yang sederhana di kawasan tropika lembap,
menggalakkan pertumbuhan plankton - menggalakan pembiakan ikan - kegiatan
perikanan dijalankan dengan giat di kawasan tropika lembap. Di kawasan sederhana
dunia, kegiatan perikanan terhenti semasa musim sejuk kerana air yang membeku
dan wujudnya kabus yang menyukarkan kegiatan perikanan dijalankan.

d. Penternakan
Di kawasan tropika lembap kegiatan penternakan dapat dijalankan sepanjang tahun.
Penerimaan bahang suria sepanjang tahun akan menggalakan pertumbuhan
rumput. Di kawasan sederhana dunia kegiatan ternakan dilepas bebas pada musim
bunga dan musim panas. Pada musim dingin ternakan akan dimasukkan ke
kandang.

e. Pelancongan sukan
Penerimaan bahang matahari sepanjang tahun di kawasan tropika lembap
menggalakkan kemasukan pelancong sepanjang tahun. Pelancong-pelancong
terutama dari negara yang mengalami musim sejuk akan melancong ke kawasan
tropika. Di kawasan sederhana dunia aktiviti sukan dijalankan semasa musim sejuk
seperti permainan ski.

f. Perindustrian
Bahang matahari dapat mempengaruhi berapa jenis industri. Ikan kering dan
tembakau memerlukan bahang matahari untuk tujuan pengeringan.
7. Huraikan peranan tenaga suria terhadap hidupan di permukaan bumi.

a. Peranan terhadap tumbuhan

i. Perpeluhan

Perpeluhan - kehilangan air daripada tumbuhan melalui liang-liang stoma daun.


Sinaran matahari menyebabkan liang stoma daun terbuka yang seterusnya
mempengaruhi proses perpeluhan tumbuhan. Perpeluhan tumbuhan membekalkan
wap-wap air atmosfera -menggalakkan pembentukan kerpasan. Kadar perpeluhan
tinggi di kawasan yang menerima bahang matahari yang tinggi seperti di kawasan
tropika lembap berbanding kawasan yang menerima bahang matahari yang
minimum.

ii. Fotosentesis dan pengeluaran makanan

Tenaga suria diserap oleh klorofil dalam daun dan kemudiannya ditukarkan kepada.
tenaga kimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk mensentesis karbohidrat daripada
air dan karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Tenaga matahari telah
ditukarkan kepada tenaga kimia dan disimpan dalam molekul-molekul karbohidrat.

iii. Perbezaan ciri dan pola tumbuhan mengikut kawasan

Di kawasan khatulistiwa (menerima bahang suria sepanjang tahun ). Ciri


tumbuhannya malar hijau, berdaun lebar, berakar banir, tinggi , berkayu keras dan
bercampur-campur. Di kawasan sederhana dunia ( penerima bahang suria yang
sederhana ). Ciri hutannya jenis dirian tulen, berkayu lembut dan mempunyai daun
yang lebih halus ( supaya tahan kepada keadaan sejuk dan bersalji )

b. Peranan terhadap haiwan haiwan

i. Respirasi

Bahang suria diperlukan oleh haiwan untuk proses respirasi. Proses ini diperlukan
bagi mengimbangi suhu badan haiwan-haiwan tersebut. Kesannya haiwan akan
lebih sihat.

ii. Perbezaan jenis dan ciri haiwan

Di kawasan tropika lembap terdapat haiwan-haiwan yang sesuai dengan bahang


suria yang panas sepanjang tahun seperti harimau, monyet, rusa, badak sunibu dan
seumpamanya. Di kawasan sederhana dunia kebanyakan haiwan yang mendiami
kawasan tersebut lebih tahan kepada cuaca sejuk seperti beruang, arnab, dan
seumpunanya. Kebanyakan haiwan yang mendiami kawasan sederhana dunia dan
artik berbulu tebal ( tahan kepada suhu yang sejuk ).
8 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pinggir pantai? [4]
(ii) Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pemendapan pinggir
pantai. [9]
(iii) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai
terhadap aktiviti manusia. [12]

8 (a ) ( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan pinggir pantai ? [4]

Pinggir pantai merujuk kepada jaluran pertemuan antara daratan dengan lautan
yang merangkumi kawasan yang saling mempengaruhi ( daratan dan lautan )
antara satu sama lain.

( ii ) Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi pemendapan pinggir


pantai. [9]

Pantai
Pantai merujuk kepada timbunan bahan mendap peroi seperti pasir, kelodak,tanah
liat dan fosil kerangan yang terletak antara tikas air pasang dengan tikas air surut
termasuk pantai hadapan dan pantai belakang ( kawasan yang masih menerima
pengaruh ). Pantai terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh agen-agen
pemendapan pinggir pantai dimendapkan secara berperingkat di kawasan pinggir
pantai. Bahan-bahan yang membentuk pantai boleh berasal dari laut atau daratan.

Tetanjung / anak tanjung


Tetanjung atau anak tanjung merujuk kepada permatang yang rendah dan sempit
hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir ,kelikir dan lumpur di kawasan pinggir
pantai terutamanya di muara teluk atau muara sungai. Satu hujungnya bercantum
dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut. Tetanjung dibentuk oleh
hanyutan pesisir pantai. Proses pembentukannya bermula dengan adanya tempat-
tempat yang sesuai bagi membolehkan pasir, kelikir dan lumpur tersebut
dilonggokkan. Pembentukannya sacara berperingkat-peringkat dan mengambil
masa yang lama.

Beting pasir
Beting pasir merujuk kepada timbunan pasir , kelikir, dan batu lada di kawasan
pinggir pantai akibat tindakan ombak dan arus. Bahan-bahan yang diangkut oleh
agen-agen pengangkutan pinggir pantai akan ditimbunkan di kawasan cetek
berhampiran pantai. Beting pasir terdiri daripada beberapa jenis seperti beting luar
persisir, beting muara dan tombolo. Beting pasir dibentuk oleh tindakan ombak yang
menggali pasir dan kemudiannya memendapkan semula pasir tersebut di sebelah
belakangnya. Sifat beting pasir biasanya tidak kekal lama dan hilang apabila ditimpa
oleh ombak ribut. Tombolo merupakan sejenis beting pasir yang menghubungkan
daratan dengan pulau yang berdekatan. Tombolo dibentuk oleh tindakan arus pesisir
pantai yang mengangkut dan menyebarkan bahan lalu membentuk beting yang
memanjang dari daratan ke pulau.
(mana-mana 3 bentuk x 3m = 9m)
( iii ) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir pantai terhadap
aktiviti manusia. [12]

Pantai.
Pantai boleh dijalankan aktiviti pelancongan.
Pantai boleh dijalankan aktiviti industri/IKS. Contoh kawasan menjemur ikan/batik .
Pantai boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir.

Beting pasir
Beting pasir boleh dijalankan aktiviti rekreasi.
Beting pasir boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir.
Beting pasir boleh dijalankan aktiviti perikanan.

Tombolo.
Tombolo boleh dijalankan aktiviti rekreasi.
Tombolo boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir

Anak tanjung.
Anak tanjung boleh dijalankan aktiviti perlombongan pasir.
Anak tanjung boleh dijalankan aktiviti perikanan
(mana-mana 6 isi X 2m = 12 m)

Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada alam sekitar fizikal dan
manusia. [12]

Fizikal:
Terdapat simpanan air bawah tanah punca mata air
Kelembapan tanih meningkat
Kesuburan tanih (nutrien)
Luluhawa dalaman pembentukan tanih laterit (tanaman getah, kelapa sawit)

Manusia:
Simpanan air bawah tanah sebagai sumber kegunaan domestik atau kegunaan
harian penduduk.
Stok air bersih untuk kegunaan manusia pada masa hadapan
Kelembapan tanih boleh membantu kesuburan tanih dan hasil tanaman meningkat
Aktiviti akuakultur pembinaan kolam di daratan memerlukan sumber air bawah
tanah.
(mana-mana 3 isi fizikal dan 3 isi manusia , 6 isi x 2m = 12 m)

You might also like