You are on page 1of 14

Proses Gelinciran

Proses gelinciran merupakan retakan, rekahan, ataupun pecahan di kerak bumi ekoran kesan
penegangan dan himpitan yang tidak seimbang di kedua-dua belah garisan gelinciran.
Bahagian-bahagian terpisah terbentuk apabila berlakunya penegangan di kerak bumi. Lembah
gelinciran terbentuk jika ada strata permukaan yang menunjukkan sifat sendeng ke atas,
retakan pada kerak bumi boleh mengakibatkan bahagian di sisi. Sebaliknya jika terdapat
bahagian tengah di antara dua garisan kelemahan, bahagian tersebut akan tenggelam atau
tergelincir turun.

Rajah : Bentuk muka bumi akibat gelinciran


Gelinciran boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut perbezaan kejadian setiap
gelinciran. Kategori gelinciran tersebut ialah :
a)

Gelinciran rabak
Gelinciran jenis ini terjadi akibat ketegangan atau mampatan yang melibatkan
pergerakan melintang, tanpa ada atau sedikit sahaja perubahan menegak. Gelinciran
rabak boleh dilihat selepas kejadian gempa bumi kuat seperti

jalan raya terputus

secara tiba-tiba kerana pergerakannya berlaku secara mendatar ke kiri atau kanan mengikut

garis retakan gelinciran dari beberapa meter hinggalah ke beberapa ribu panjang.
Contoh gelinciran rabak yang terkenal ialah Gelinciran San Andreas di California.

Rajah : Pergerakan blok sepanjang gelinciran di San Andreas, California rajah menunjukkan
Plat Pasifik Barat

Rajah : Warna kelabu menunjukkan zon garisan kelemahan pada kerak bumi. Pergerakan
tektonik plat bumi menyebabkan kedua-dua bahagian gelicinciran menentangi antara satu
sama lain seperti yang diwakili oleh arah anak panah sementara warna kuning menunjukkan
permukaan bumi. (http://web.physics.ucsb.edu/~complex/research/earthquakes.html pada 1
Februari 2014).
b)

Gelinciran biasa

Gelinciran jenis ini biasa terjadi akibat kuasa tegangan di kerak bumi. Melalui pergerakan
menegak, bongkah batu batan pada bahagian satah gelinciran bergerak ke atas berbanding
dengan bahagian lain. Pembentukan gelinciran biasa melibatkan pemanjangan di bahagian
dasar. Gelinciran biasa mempunyai satah gelinciran curam yang dikenali sebagai cerun
gelinciran. Ketinggian cerun ini mencecah sehingga beberapa ribu meter. Kebanyakan
gelinciran biasa mempunyai dua hujung gelinciran yang terpisah serta saling menutup antara
satu dengan yang lain. Apabila berlaku perubahan, akan terbentuk sebuah cerun belakang
yang dipanggil gelinciran splinter di antara hujung yang saling menutup itu.

Rajah : Akibat daya tegangan, kerak bumi menjadi retak di mana satu bahagian kerak bumi
akan tergelincir ke bawah
(http://geomaps.wr.usgs.gov/parks/deform/gnormal.html)
c)

Gelinciran Songsang

Gelinciran jenis ini berlaku disebabkan oleh daya mampatan dan tegangan yang bertindak
terhadap blok batuan dari arah yang bertentangan. Bahagian kerak bumi menjadi retak dengan
satu bahagian kerak bumi akan tertolak atau terangkat ke atas menjadi lebih tinggi daripada
bahagian kerak buni yang lain. satah retakan biasanya condong dan kurang daripada 45
darjah.

Rajah : Gelinciran Songsang

Pembentukan pelbagai bentuk muka bumi akibat gelinciran


Proses gelinciran akan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi tanah tinggi dan lembah.
Bentuk muka bumi yang dimaksudkan adalah seperti yang diterangkan dalam jadual berikut :

Bentuk

Penerangan

Muka Bumi
Cerun

i. Cerun gelinciran adalah lereng curam yang terbentuk oleh perubahan

gelinciran

menegak dari batu-batan di sepanjang darisan gelinciran

dan

cerun ii. Dalam gelinciran biasa, cerun gelinciran biasa, cerun gelinciran

garisan

terbentuk oleh permukaan paling atas yang terdedah di kaki dinding.

gelinciran

iii. Dalam gelinciran songsang, cerun terbentuk oleh dinding tergantung


yang cenderung untuk bergantung.
iv. Proses gondolan yang berlaku menjadikan permukaan cerun gelinciran
terkelar-kelar seperti yang terdapat di tebing batu kapur di pinggir laut
Dorset, England.
v. Di sesetengah kawasan terdapat proses gondolan yang berbeza pada
kedua-dua bahagian garisan gelinciran di mana batu syl yang lembut

Lurah

terletak di bawah batu pasir yang keras.


i. Merujuk kepada bahagian lurah atau kerak bumi yang tergelincir ke

Gelinciran

bawah.
ii. Daya tegangan menyebabkan berlakunya retakan dan rekahan pada
kerak bumi.
iii. Satu bahagian kerak bumi dan sebahagian lagi akan tergelincir ke
bawah lalu membentuk graben.
iii. Contoh graben ialah Lurah Gelinciran Afrika Timur dan Jordan yang
terbentuk apabila Plat Arab dan Plat Afrika bergerak meninggalkan antara
satu sama lain. Lurah gelinciran ini adalah yang terbesar di dunia.

iv. Terdapat juga tebing lurah gelinciran yang mempunyai siri tangga yang
berlainan aras seperti lurah gelinciran Rhine yang mempunyai kelebaran
30-45 km. Siri tangga terbentuk apabila kepingan batu-batan yang terdapat
di antara lurah-lurah gelinciran berubah pada aras yang berlainan.

Gunung

i. Dataran tinggi yang terbentuk di antara dua garisan gelinciran yang

Bongkah

hampir selari.
ii. Bongkah timbul dengan berada lebih tinggi berbanding kawasan
sekitarnya hasil kuasa himpitan yang bertindak ke atasnya.
iii. bahagian cerunnya berkeadaan curam atau hampir menegak dengan
kemuncaknya yang rata.
iv. Setelah mengalami proses gondolan bahagian cerunnya beransur-ansur
menjadi landai dan keadaaan ini bergantung kepada pengaruh batu-batan

Rajah : Pembentukan Gunung Bongkah

(Barbara Taylor. 1994. Gunung-ganang dan gunung berapi.Penerbitan


Pelangi Sdn. Bhd.)

Proses Lipatan
Lipatan merupakan suatu struktur yang disebabkan oleh daya mampatan dan tekanan secara
mendatar. Selain itu, daya tektonik dan pengaruh graviti juga boleh menyebabkan struktur
lipatan berhanpiran dengan permukaan bumi. Daya tektonik melibatkan dua proses, iaitu
mampatan mendatar dan jalar dalam magma.
Proses jalar dalam magma menghasilkan lipatan yang mempunyai ciri-ciri seperti
lakolit dengan lapisan bahan mendak sebelah atas dilentur menjadi kubah. Mampatan
mendatar pula melibatkan perkara-perkara seperti pengecilan bumi sepanjang masa geologi,
hanyutan benua, pembinaan gunung oleh kerak bumi yang lebur, dan arus perolakan dasar
kerak bumi. Di bahagian jalur terlipat yang dihasilkan oleh daya mampatan yang bertindak
selari dengan permukaan bumi, akan terdapat daya yang aktif bertindak, sementara di suatu
bahagian lagi terdapat daya penentang yang dikenakan oleh suatu bongkah pegun.
Bahagian-bahagian Lipatan

Rajah : Kedudukan satah paksi dan paksi lipatan


Rajah di atas adalah beberapa bahagian utama bagi sesuatu lipatan Billings dalam Jamaluddin
Md. Jahi (1989). Satah paksi merupakan satah yang membahagikan lipatan tersebut secara
sama. Dalam sesetengah lipatan, satah paksinya didapati menegak ( Rajah 2.13 A, B dan C),
condong ( Rajah 2.13 D dan F) dan mendatar (Rajah 2.13 E). Paksi pula merupakan
persilangan satah paksi dengan sebaranglapisan batuan. Paksi boleh berbentuk mendatar
( Rajah 2.13 A, D dan E), condong ( Rajah 2.13 B dan F) ataupun menegak (Rajah 2.13 C).
Bahagian tepi sesuatu lipatan pula dipanggil rusuk atau lengan. Sebuah lengan menganjur
daripada satah paksi dalam suatu lipatan ke satah paksi pada lipatan yang lain ( Rajah 2.14 A).
Setiap satu lengan dikongsi oleh dua lipatan yang berterusan.
Walaupun dalam kebanyakan lipatan terdapat paksi pada puncak atau bahagian
tertinggi ( Rajah 2.14 A), tetapi tidaklah pula berlaku pada semua lipatan. Dalam Rajah 2.14
B, a dan a merupakan paksi atau persilangan paksi di angtara permukaan, sementara c dan c
pula merupakan titik tertinggi sesuatu lipatan. Garisan yang menyambungkan bahagian
tertinggi sesuatu lipatan dikenali sebagai rabung, dan setiap satu lapisan akan mempunyai
rabung yang berlainan. Satah yang dibentuk oleh semua rabung dipanggil satah rabung
( Rajah 2.14B cc). Bahagian yang paling rendah pada sesuatu lipatan dikenali sebagai jurang
(tt pada Rajah 2.14B). Oleh itu, satah yang menyambungkan garis-garis jurang juga dipanggil
sebagai satah jurang.

Rajah : Bahagian-bahagian lipatan


Jenis-jenis Lipatan
Terdapat banyak jenis lipatan berdasarkan keadaan satah paksi dan lengan. Lipatan yang
cembung dipanggil antiklin ataupun lintap mungkum. Antiklin yang mudah akan mempunyai
lengan yang condong ke arah yang bertentangan (Rajah 2.15 A). Sesetengah antiklin
mempunyai lengan yang condong ke arah yang serupa atau mendatar (Rajah 2.14B). Terdapat
juga antiklin yang berbentuk secara mendatar atau terlipat ( Rajah 2.15D). Antiklin juga
disifatkan sebagai lipatan yang mempunyai batuan lama di bahagian tengah seseyuatu
lengkungan sekiranya sejarah strukturnya merupakan sesuatu yang kompleks.

Rajah : contok bentuk muka bumi antiklin atau lintap mungkum


(Sumber : Laman web New Mexico Bureau of Geology and Minerals) http://geoinfo.nmt.edu/

Rajah 2.15 : Jenis-jenis antiklin


Sniklin ataupun lintap lendut pula merupakan lipatan yang cekung ke atas. Dalam
sesuatu sinklin yang mudah, kedua-dua lengan condong menghala ke arah satu sama lain
( Rajah. 2.16B). Terdapat juga sinklin yang terbentuk secara mendatar (Rajah 2.16C),

sementara yang lain pula terlipat secara kompleks. (Rajah 2.16D). Secara umumnya, sinklin
merupakan lipatan yang mempunyai batuan muda menghadapi bahagian tengah sesuatu
lengkungan.

Rajah : Contoh bentuk muka bumi antiklin


( Sumber : Laman web Geology on About.com)
http://geology.about.com/

Rajah 2.17 : Jenis-jenis lipatan


Sekiranya lipatan mempunyai satah paksi yang berbentuk menegak iaitu dua
lengannya mempunyai sudut condongan yang sama, ia akan dipanggil lipatan sama ukur

(Rajah 2.17A). Manakala lipatan yang mempunyai satah paksinya yang condong dan dua
lengannya condong ke arah yang bertenangan pada sudut yang berlainan, ia dikenali sebagai
lipatan tak sama ukur. Selain itu, terdapat juga lipatan terbalik, lipatan songsang dan lipatan
tindih seperti yang terdapat dalam Rajah 2.17.
Menurut Thornbury dalam Jamaluddin Md. Jahi (1989), mungkin terdapat enam
bentuk muka bumi yang wujud daripada bentuk antiklin dan sinklin yang dudah mengalami
proses hakisan iaitu rabun antiklin, rabung homoklin, rabung sinklin, lurah sinklin, lurah
homoklin dan lurah antiklin. Rajah 2.19 menunjukkan bentuk-bentuk sinklin dan antiklin
yang telah mengalami hakisan.

Rajah 2.19 : Bentuk-bentuk muka bumi yang telah mengalami hakisan


Gempa bumi
Gempa bumi adalah gegaran semulajadi dalam bumi akibat perubahan permukaan bumi yang
disebabkan oleh proses-proses dalaman berlaku akibat gangguan atau pergelinciran strata
yang boleh dikatakan agak datar atau lenturan besar-besaran yang berlaku dalam kerak bumi.
Secara umumnya, punca gempa bumi dikategorikan kepada tiga iaitu tektonik, vulkanik dan
runtuhan. Kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul
dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin

berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan
glasiar.Kerak bumi membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang
keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih
secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai faulting. Faulting boleh
berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. Faulting pada skala kecil biasanya berlaku
jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.
Lantunan Iisostatic pula merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu
yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di
bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan Iisostatic akan terus berlaku,
menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Rajah : Jenis-jenis sesar


Pergerakan bumi yang dikenali sesar menyebabkan berlakunya kebanyakan gempa bumi.
Dalam

sesar

gelincir

(strike

slip),

kanan

blok

gelongsor

antara

satu

sama lain.Dalam sesar biasa( normal), kiri dua blok tanah terpisah dan satu lagi jatuh.Dalam
sesar terbalik (thrust) , tengah dua blok bertembung dan satu blok tertolak ke bawahnya.
Pembentukan Gunung Berapi
Di dalam kerak bumi terkandung batuan igneus yang dibentuk daripada magma iaitu
percampuran bahan kimia galian silika pada suhu yang tinggi. Magma biasanya mengandungi
bahan-bahan dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Sebahagian besar daripada magma
didapati dalam bentuk cecair panas. Magma yang terdapat di permukaan bumi dirujuk sebagai
lava dan hanya sebahagian kecil sahaja magma tersebut dapat keluar ke permukaan bumi
melalui retakan dan rekahan pada kerak bumi dan seterusnya membentuk batuan jalar luar.
Batuan jalar dalam pula merujuk kepada magma yang membeku di bawah permukaan. Bentuk
sesuatu gunung berapi bergantung kepada kelikatan lava dan darjah kandungan gas yang
terdapat dalam magma yang bakal mengalir keluar.
Gunung berapi perisai basalt dihasilkan oleh pengaliran keluar lava basalt yang cair
dengan banyaknya dan berterusan daripada satu siri rekahan.

You might also like