You are on page 1of 2

Resepi dan cara membuat kek coklat

Resepi dan cara membuat kek coklat. Bahan-bahan yang digunakan untuk
membuat kek coklat dan cara memasak kek coklat sehingga siap untuk
dimakan. Anda boleh rujukresepi dan cara membuat kek coklat disini. Hari
ini saya nak kongsikan satu lagicara membuat kek coklat yang sedap tetapi
mudah untuk dibuat. Yang selama ni tak pandai buat kek pun, mesti jadi pandai
buat kek. Resepi ini dijamin jadi kalau betul segala adunan bahan - bahannya.
Mari kita cuba buat!! ^_^
Ok, nak masak kek coklat kena ada bahan-bahan. Jadi bahan-bahannya
adalah seperti di bawah (20 - 26 cm):
1
1
2
1
1
5
1
3
1

cawan butter
dan 3/4 cawan gula halus
setengah tepung gandum
setengah cawan susu coklat ( pakai yg dutch lady punya )
setengah sudu teh esen vanilla
sudu besar serbuk koko
setengah sudu besar soda bikarbonat
biji telur
sudu teh garam

Bahan - bahan topping :


200 gm coklat masakan dicincang ( boleh pakai dark chocolate / white
chocolate )
90 gm Whipping Cream
1 sudu besar butter
Cara - cara penyedian kek coklat :1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas.
2. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga berkrim, gunakan mixer lebih
mudah.
3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi , selang - selikan dengan
susu coklat. Pukul sehingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan di gris.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius dan

bakar selama 45 - 55 minit. Guna api atas bawah.


7. Untuk mengetahui kek dah masak atau belum, anda boleh cucuk bahagian
tengah kek dgn menggunakan lidi. Sekiranya tiada adunan yang melekat
bermakna kek anda telah masak.
8. Sejukkan kek sebelum meletak topping.
Cara - cara penyedian topping :1. Masukkan kesemua bahan - bahan untuk topping . Masak di atas api
perlahan sehingga mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacau adunan supaya
tidak berkerak di bahagian dasar periuk.
2. Tuang ke dalam mangkuk, masukkan ke dalam fridge, biarkan adunan
mengeras sedikit.
3. Keluarkan adunan, dan kacau adunan menggunakan sudu hingga pekat.
4. Sapukan pada kek dan hias.
Dah siap sebiji kek. Korang semua mesti nak cuba kan? Simple je resepi kek
coklat ni. Nanti hujung minggu cuba buat. Boleh makan dengan family.
Selamat Mencuba!!! ^_^

You might also like