You are on page 1of 3

Nama saya Rajasree A/P Karunamoorthy daripada unit Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran (SJKT) semester 3 PISMP berterima kasih kepada tuhan, pensyarah, rakan
kumpulan saya dan semua pihak yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugasan harian.

Seterusnya,di ruang refleksi ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
individu yang terlibat untuk saya menyiapkan tugasan kerja ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Pertama sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah subjek Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains iaitu Pn.Fathaiyah
dan Dr.Zainol yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya siapkan tugasan eksperimen
kerja kaca dengan baik. Selain itu,saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan
saya iaitu Jivitha dan Praphavati yang juga memberi beberapa tunjuk ajar untuk kerja kursus
ini.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.

Walaupun dalam proses menyiapkan tugasan ini saya telah menghadapi banyak
cabaran dan kesukaran, saya tetap tidak berputus asa dan berusaha untuk mengatasi
kekangan-kekangan yang dihadapi. Oleh itu, saya berasa gembira dan bangga kerana saya
dapat belajar pelbagai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui tugasan ini.
Semasa pensyarah mengedarkan kertas tugasan, beliau telah menerangkan kehendak
soalan.

Saya bersama rakan-rakan saya Jivitha dan Praphavathi telah menghasilkan produk
kaca iaitu Tiub U, Tiub L dan penitis bagi memenuhi tugasan subjek kemahiran saintifik dan
pengurusan makmal sains. Saya telah mempelajari banyak ilmu yang baharu semasa
menjalankan eksperimen kerja kaca.

Antaranya ialah saya mempelajari tentang teknik kerja kaca iaitu memotong dan
membengkok rod kaca bagi menghasilkan penitis, tiub U dan tiub L. Sebelum ini, saya tidak
mempunyai sebarang pengetahuan tentang kerja kaca. Saya juga tidak tahu bahawa kaca
boleh dipotong dan boleh dibengkok. Dengan eksperimen ini, saya dapat mengetahui dan
dapat membuat kerja kaca dengan ahli kumpulan saya. Saya berasa sangat gembira
supaya dapat menghasilkan produk kaca. Pada mulanya, saya berasa takut untuk
memotong rod kaca dengan kikir segi tiga. Dengan sokongan ahli kumpulan saya, saya
dapat mengalami pengalaman memotong rod kaca. Saya memerhati bagaimana rakan-
rakan saya membengkok rod kaca. Kemudian, dengan tunjuk ajar pensyarah saya, saya
dapat membengkok rod kaca bagi menghasilkan produk.

Sebelum ini, saya takut dengan api kerana ia mungkin mengakibatkan luka. Namun,
dalam eksperimen ini, ketakutan saya terhadap api sudah berkurang. Pada mulanya, saya
berasa sangat takut untuk membengkokkan kaca dalam api kerana kaca akan menjadi
panas dan ia mungkin mengakibatkan luka. Namun, pensyarah dan rakan-rakan saya
memberi sokongan moral bagi saya untuk bercuba membuat eksperimen ini. Daripada
sokongan moral ini, saya dapat membuat eksperimen ini dengan baik.

Tidak ketinggalan, saya juga berasa bersyukur kepada Tuhan bahawa dengan
pemberian-Nya kepada manusia, manusia dapat menghasilkan pelbagai perkara baharu
dalam dunia ini. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa kaca boleh dibentuk dalam api. Saya
juga bersyukur kepada pekerja-pekerja yang mahir dalam bidang ini, kerana mereka setiap
hari berada dalam kepanasan untuk menghasilkan produk dari kaca. Jika mereka takut
seperti saya, tiadalah produk dari kaca.

Saya belajar untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan saya. Saya dapat
menjalinkan hubungan silaturahim yang baik dalam kalangan ahli kumpulan saya. Saya
mengamalkan sikap saling menghormati dalam kumpulan dengan menerima pandangan ahli
kumpulan saya. Sifat keterbukaan telah saya amalkan bagi mengubahsuaikan kesalahan
yang dibuat dalam membuat perancanagan eksperimen. Saya dapat menyiapkan tugasan
ini dengan nasihat daripada pensyarah dan ahli kumpulan saya.

Akhirnya, saya hendak berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana


telah memberikan saya sedikit bantuan yang berguna. Sekali lagi, saya merakamkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kerana memberi peluang kepada saya untuk mendapat
pengalaman. Beliau telah membantu saya apabila saya menghadapi masalah. Pengalaman
ini pasti akan membantu saya untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang akan saya terima
pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

You might also like