You are on page 1of 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal 1.

Masalah

: 7/8 : Ketujuh : 10/9/2012 hingga 14/9/2012 : Minggu Peperiksaan UPSR

Minggu ketujuh praktikum merupakan minggu peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6. Oleh yang demikian saya tidak dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran ditambah pula dengan pihak pentadbir memberi cuti kepada muridmuird tahun lain. Program gotong-royong bersama-sama semua guru SKTJ telah diadakan. Ia berikutan SKTJ akan mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Kantin peringkat Kebangsaan tidak lama lagi. Oleh itu, gotong-royong tersebut lebih menjurus terhadap keceriaan kantin. Saya telah berpeluang untuk menyumbangkan tenaga dalam projek tersebut seperti lukisan mural, mengecat dinding, mengecat bangku dan menyiapkan projek sawah padi mini. 2. Analisis Tugas seorang guru bukan sahaja menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi melangkaui perkara tersebut. Sebagai contoh, guru perlu menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit dalam usaha menceriakan persekitaran sekolah. Persekitaran yang kondusif iaitu ceria, selamat dan bersih mampu menyumbang kepada tahap kecemerlangan sesebuah sekolah. 3. Tindakan Susulan Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan permainan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan saya jalankan menerusi buku-buku rujukan dan juga laman-laman web berkaitan. Selain itu, sebelum membuat perancangan, saya akan memikirkan juga aktiviti yang tidak menggunakan alatan yang terlalu banyak tetapi mampu menjadikan objektif pembelajaran yang telah saya tetapkan tercapai. Pendapat-pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan juga akan saya manfaatkan dan sesuaikan dengan tahap murid. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi dan memperbaiki masalah yang saya hadapi ini dalam tempoh seminggu. Sepanjang tempoh masa tersebut saya akan mencuba pelbagai strategi yang telah saya pelajari di dalam bilik kuliah terus kepada murid sebenar. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan :.................................. Nama :................................... Tarikh :................................... Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan :.................................... Nama :.................................... Tarikh :....................................

You might also like