You are on page 1of 1

KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

Jurnal :9

Minggu Dijalankan : Minggu 9

Tarikh Tindakan Susulan : 12 Oktober 2018

Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas

Pelaksanaan Terhadap Langkah-langkah Penambahbaikkan Dijalankan

Pada minggu ini saya telah melaksanakan seperti yang saya cadangkan dalam
cadangan tindakan susulan iaitu saya telah memberikan mereka dendaan atas
perbuatan yang mereka lakukan sebagai pengajaran dan peringatan bagi mereka
supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Selain itu, saya juga telah mengenakan
“Time-out” terhadap murid yang telah melakukan tingkah laku negatif. Saya berubah
menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.

Keberkesanan Langkah yang Dijalankan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti akan memberi impak yang positif, ini dapat dilihat apabila
sebahagian besar murid mendengar arahan guru dan dapat melaksanakan proses PdP
tanpa sebarang gangguan. Murid juga telah menjalankan aktiviti dengan baik dan tidak
berbuat bising di dalam kelas.

Kesimpulan dan Refleksi

Hasil daripada kes ini, ia dapat diatasi sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas
terhadap murid-murid supaya mereka dapat memberi perhatian terhadap pengajaran
dan pembelajaran di hadapan. Guru juga perlu menasihati murid akibat tidak memberi
tumpuan terhadap pengajaran. Selain itu, guru perlu sentiasa memerhati setiap tingkah
laku anak muridnya dan memahami kerenah kanak-kanak di sekolah.

Disemak oleh

Tanda Tangan : .......................................

Nama : ......................................................

Tarikh : .....................................................

You might also like