You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM

Fasa :1

Minggu :6

Tarikh Jurnal : 2021-03-23

Kategori : Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Major : HISAMUDDIN BIN ABDUL GHANI

Guru Pembimbing : HANIZA BINTI ZAHARI

Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEA

Tajuk Jurnal : Masalah tingkah laku

Isu Yang Difokuskan:

Sepanjang 22 Mac hingga 26 Mac, saya telah menjalankan tugas penjaran dan
pembelajaran untuk kelas 4 Dinamik. Isu saya pada kali ini adalah isu masalah tingkah laku
dalam kalangan murid. Sepanjang minggu ini, saya mendapati bahawa murid membuat
bising dan tidak mematuhi SOP dalam kelas. Selain itu, murid juga tidak mengikut arahan
yang diberikan oleh guru.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Isu yang difokuskan ialah isu masalah tingkah laku murid. Hal ini demikian kerana, Proses
pengajaran dan pembelajaran sering kali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan
yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra,
suasana PdP yang kurang selesa, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya.
Murid juga enggan mematuhi seperti berkumpul di hadapan kelas dan tidak memakai pelitup
muka. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada
sikap murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering membuat masalah tingkah laku
mempengaruhi rakan yang lain.

1
Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan
itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik
darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Cadangan dan idea penyelesaian masalah boleh dilakukan bagi membendung isu ini adalah
saya mencadangkan beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya ialah,

i) Guru boleh memberikan teguran dan nasihat yang sesuai kepada murid agar
murid tersebut tidak terus berkelakuan negatif.
ii) Guru boleh mengadakan aktiviti yang menarik minat dan perhatian murid.
iii) Guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada murid-murid supaya
hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.

Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

Tindakan Susulan :

Saya akan mempelbagaikan kaedah dan teknik untuk mengatasi masalah tingkah laku
murid. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin
sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

5-04-2021

2
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya memberi arahan kelas sebelum memulakan sesi PdP.Saya menggunakan nada suara
yang tegas. Saya memberitahu bahawa jika mereka mendengar arahan kita boleh bermain
permainan cari kata. Murid tidak melalukan segala perlakuan yang menganggu PdP dan
memberi penuh tumpuan agar dapat bermain permainan cari kata.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Guru perlu sentiasa memerhatikan segala perlakuan murid untuk mengetahui minat mereka
dan guru juga haruslah berfikir secara kritis dan kreatif memikirkan jalan yang terbaik. Jika
murid membuat perkara yang boleh menyebabkan aktiviti PdP menganggu guru tidak marah
mereka tetapi menggunakan teknik memberi ganjaran. Dengan ini, murid akan berkelakuan
baik untuk mendapatkan ganjaran daripada guru. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan
papan ganjaran dalam kelas.

Rujukan:

Ngu Mee Kok, (2009). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kelas
Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman Untuk Murid Tahun 3. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012, ms.132-146

Mohamad Khairudin Bajuri1 , Rohaida Mohd. Saat2 , M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff3 ,


NoorNaemah Abdul. (2012). Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran:
PengamalannyaDi Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Terengganu. The 2nd Annual
InternationalQur’anic Conference

You might also like