You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal :4
Fasa :1
Minggu :4
Tarikh Jurnal : 8/3/2021
Kategori : Komunikasi
Pensyarah : Ts Mohd Harath Ali Bajunid b Omar@Azmi
Guru Pembimbing : Pn Yasminatol Najibah Bt Mohd Zain
Sekolah : SK Desa Jasmin
Tajuk Jurnal : Murid Ketinggalan Dalam Kelas

Isu yang difokuskan:

Kebanyakan kelas murid yang diajar adalah murid yang bijak dan cepat tangkap apa yang
diajar. Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang pasif dan ketinggalan dalam
setiap kelas.

Analisis yang difokuskan:

Murid-murid kelas 5 Dinamik merupakan murid yang proaktif dan kebanyakan daripada
mereka menunjukkan sikap dan maklum balas yang baik. Walaupun begitu, saya mendapati
bahawa terdapat segelintir murid yang pasif di dalam kelas dan apabila dinilai, mereka tidak
mencapai objektif kelas pada hari tersebut.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(PPK 2003b), guru disaran menggunakan


pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan,
bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak
secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.
Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Bagi mengatasi isu ini, guru boleh pelbagaikan aktiviti di dalam kelas seperti penglibatan
visual, kinestatik, auditori dan sebagainya agar murid-murid lebih tertarik dengan aktiviti
yang dijalankan. Selain itu, aktiviti dalam kelas juga boleh dijalankan dalam bentuk
kumpulan agar murid boleh membantu antara satu sama lain.

Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

Tindakan Susulan :
Bagi kelas seterusnya, saya boleh menyediakan penggunaan BBM/TMK supaya kelas lebih
menarik dan terdiri daripada pelbagai cara pembelajaran. Selain itu, saya boleh
menggunakan konsep kumpulan atau perbincangan antara satu sama lain agar murid-murid
dapat membantu antara satu sama lain dan tiada yang ketinggalan.

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, murid-murid yang berkenaan menunjukkan tindak
balas yang baik apabila mereka dapat menjawab soalan yang diajukan dan siapkan kerja
yang diberikan. Selain itu, mereka juga nampak lebih fokus dan bersuara di dalam kelas.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, walaupun murid kelihatan pasif dan ketinggalan tidak bermaksud murid
tidak pandai. Murid berkemungkinan berasa bosan dan tidak berminat kerana cara
pengajaran guru. Tambahan pula, sikap murid-murid berkenaan telahpun berubah apabila
cara pengajaran guru lebih menarik membuktikan pengajaran guru yang baik mempengaruhi
tingkah laku dan pencapaian murid-muridnya.

Rujukan:

Suka, A. S., Rahman, S., & Surat, S. (2021). Persepsi Guru Tentang Pengaruh Ekologi
Mikrosistem Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Murid Sekolah
Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 581-591.

You might also like