You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : Lee Min Yi

No. Kad Pengenalan : 960530-04-5176

Program : PDPP

Pengkhusuan : Pendidikan Moral

Minggu Praktikum : 8 (31 Julai 2023 – 4 Ogos 2023)

Tajuk : Memupuk minat murid

Kategori : Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Penyelia : En. Uthayakumaran A/L Karuppiah

Guru Pembimbing : Pn. Florence Ngu Mui Aik

1. Isu Yang Difokuskan


Murid kelas 4M kurang berfokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Mereka mengganggu murid lain serta tidak memberi perhatian kepada guru. Terdapat juga
murid yang agak pasif dalam melibatkan diri dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan


Isu ini berlaku kerana aktiviti yang saya rancangkan pada permulaan kelas adalah
berpusatkan guru. Hal in menyebabkan murid tidak terlibat secara langsung dalam PdP.
Akibatnya, mereka tidak berfokus dalam kelas dan suka melakukan perkara sendiri
sehingga menggangu murid lain.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (pengalaman atau kajian lepas)


Menurut Tan (2012), pengaplikasian aktiviti "hands-on" dalam bilik darjah dapat membantu
dalam meningkatkan minat murid dalam pembelajaran. Aktiviti "hands-on" yang melibatkan
murid secara aktif dalam kelas dapat mengelakkan murid berasa bosan dan turut melibatkan
murid secara aktif dalam kelas.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap isi yang dikenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian terhadap is tersebut, antaranya ialah:
1. Menjalankan lebih banyak aktiviti hands-on dalam kelas
2. Menjalankan aktiviti yang dapat melibatkan semua murid
3. Kurangkan demostrasi guru

5. Tempoh Masa Penyelesaian


Sepanjang masa praktikum

6. Tindakan Susulan
Tindakan saya bagi masalah ini ialah saya perlu menjalankan aktiviti hands-on yang
berkaitan dengan Pendidikan Moral pada fasa penerokaan yang melibatkan semua murid.
Contohnya saya boleh menggunakan kotak mister bagi menarik minat murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


7.8.2023

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan


Saya telah menjalankan cadangan yang telah dicadangkan. Saya telah mempelbagaikan
aktiviti dalam PdP dan hasilnya murid adalah lebih berminat dalam bilik darjah dan berfokus.
Saya juga mengesan bahawa murid lebih suka aktiviti yang berpusat murid.

9. Kesimpulan
Penggunaan aktiviti hands-on dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam bilik
darjah. Keadaan ini seterusnya dapat meningkatkan pemahaman dan prestasi mereka
dalam Pendidikan Moral. Bagi memastikan aktiviti hands-on dapat dijalankan dengan
berjaya, saya haruslah sentiasa memastikan rancangan saya adalah sistematik dan
berkualiti agar dapat membantu saya dalam PdP yang akan berlangsung.

Rujukan
Tan, M.Y. (2012). Kesan penggunaan aktiviti "hands-on" dalam proses pembelajaran sains
tahun empat. Koleksi Artikel Penyelidikan tindakan PISMO SN amb. Januari 2009, Seminar
penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 180-194.

You might also like