You are on page 1of 37

PENGAPLIKASIAN STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA
STRATEGI
http://www.free-powerpoint-templates-design.com
STRATEGI
01 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

02 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

03 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASTERI

04 PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


P. B.
PROJEK
Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang
nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan
mempersembahkan dapatannya. Hal ini juga dapat membantu guru menilai
perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi kerana
dapat menghasilkan sesuatu produk.
MAKSUD Satu aktiviti pembelajaran berpusat dimana
guru memberi satu tajuk/masalah untuk
dibincangkan oleh murid.
Ada 5 kompenan Pembelajaran Berasaskan
Projek

1.Demonstrasi
2.Aplikasi
3.Pengaktifan
4.Integrasi
5.Pemusatan Tugasan
• Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan
Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model
aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang
biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin
ilmu.
• Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas,
pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan
menjurus kepada matlamat yang spesifik.
• Kementerian Pelajaran Malaysia melalui ”Handbook-
Project Based Learning” menekankan kaedah ini
sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar
mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah
lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.
• Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui
pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia
sebenar.
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek

Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan


beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
yang merangkumi:
1. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai
2. Berorientasikan dunia sebenar.
3. Persekitaran yang bebas dalam membuat
pilihan berkaitan pembelajaran.
4. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir
peringkat tinggi.
5. Menggunakan kaedah pengalaman “hands-on”.
6. Memberi pemahaman yang tinggi.
7. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.
8. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.
9. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran
sendiri.
10.Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai
kepunyaan sendiri.
11.Projek menggalakkan pembelajaran yang
bermakna dengan menghubungkan yang baru
dengan yang lama.
12.Pembelajaran melibatkan data
semasa.

13.Proses pembelajaran dihargai sama


juga dengan projek.

14.Pembelajaran merentasi kurikulum.


15.Guru sebagai fasilitator.
16.Penilaian kendiri pelajar dalam
pembelajaran digalakkan.
Contoh SP yang sesuai untuk pelaksanaan projek :

Projek :
1. Membina poster
2. Membuat buku skrap
3. Membuat bingkai gambar
4. Membuat kraf
RUJUKAN TAMBAHAN

https://www.youtube.com/watch?v=4TwVcAg3aus

http://jaissahok.blogspot.com/2015/08/pembelajaran-bm-berasaskan-projek-pbp.html

https://www.youtube.com/watch?v=z8Mwh7vN-Rk
P. B.
MASALAH
Penyelesaian masalah ialah aktiviti PdP yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaaan kemahiran
matematik dalam situasi sebenar. Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip
dan teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.
PENGENALAN
• Pengajaran dan pembelajaran berasaskan
masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi,
keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan
murid menggunakan fikiran dan kemahiran
berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
• Guru menentukan tujuan, mengagihkan
murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.
Masalah
1. Apakah masalah yang sedang
dihadapi oleh
2. Encik Halim?
3. Apakah puncanya?
4. Apakah kesan masalah itu kepada:
• Encik Halim?
• Tugasnya?
• Keluarga?
5. Bagaimanakah masalah itu dapat
ENCIK HALIM diatasi?
Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan
pendekatan pengajaran berasaskan masalah:

Kenal pasti masalah

Penentuan Masalah

Cadangan Penyelesaian

Penelitian Penyelesaian

Pemeriksaan Kesimpulan
Jenis-jenis Penyelesaian Masalah
Kaedah
penyelesaian Kaedah Inkuiri
masalah sendiri

Kaedah Dapatan Sumbangsaran

Teknik TOC
( Theory of
Constraints)
Contoh SP yang sesuai untuk penyelesaian masalah :

Aktiviti :
Kaedah sumbang saran : Teknik Meja Bulat/ Cip Bertutur

Bersoal jawab untuk menjana idea bagi menyelesaikan masalah/ isu/


situasi yang diberi.
Berdasarkan rajah yang diberi, rumuskan teras utama untuk
membentuk perpaduan di negara kita.
P. B.
MASTERI
Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam
sesuatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini
dipecahkan kepada unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti
menguasai 80 peratus aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang
baharu.
Model Pembelajaran Masteri
Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.


2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan
dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
• Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
• Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
pembelajaran masteri;
• Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
• Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa-apa yang diajar
melalui ujian diagnostik;
• Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
• Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri

1. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang
diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
2. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan
bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran
koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
3. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
• tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
• belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
• betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
• memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
• membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
4. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
P. B. LUAR
BILIK
DARJAH
Pembelajaran luar bilik darjah ialah aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar
bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini
dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari semasa di
dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang
sebenar, mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
Diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna. Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik
Darjah (PLBD), (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian
“Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik
darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan
untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga
merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”
MODEL

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.


(makmal komputer, makmal sains, taman)

Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. (kawasan


kampung, luar pagar sekolah)

Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran


PPD)
(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)
PERANCANGAN PLBD

SEBELUM

SEMASA

SELEPAS
KEKUATAN PLBD
Tingkatkan minat Mengembangkan
Murid bina kefahaman
berdasarkan murid belajar kemahiran sosial
persekitaran dan dan kerja
pengalaman berpasukan

Kukuh kefahaman
Menerapkan
murid terhadap konsep
yang diajar dalam nilai murni
kelas (situasi sebenar)
KELEMAHAN PLBD

1 Memerlukan perancangan rapi


(faktor cuaca, tempat) 3 Melibatkan kos

Sumber pengajaran yang terhad


2 disebabkan oleh pengajaran
berlaku di luar bilik darjah. 4 Faktor keselamatan
Contoh SP yang sesuai untuk PLBD :

Aktiviti :
Lawatan ke Kilang Roti Gardenia

Mencatat maklumat proses membuat roti Gardenia di kilang.


BACAAN TAMBAHAN

https://www2.mudahmengajar.com/pembelajaran-di-luar-bilik-
darja/

https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/pembelajaran-di-luar-
bilik-darjah-mempunyai-manfaat-besar-1.928026

http://seribuimpianhafiz.blogspot.com/p/pembelajaran-
masteri_23.html
Terima kasih

You might also like