You are on page 1of 15

KPR 3012 : SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TUGASAN INDIVIDU KAJIAN TINDAKAN

TAJUK :

MENINGKATKAN PENYERTAAN PELAJAR SECARA AKTIF DALAM


AKTIVITI BERKUMPULAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
GALLERY WALK BAGI PELAJAR PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN
4 SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH, SELANGOR

NAMA DAN KOD


NAMA NO. MATRIK PROGRAM
AT41-ISMP PENDIDIKAN
NUR MUNIRAH BINTI AHMAD KHAIR D20162076003 MORAL

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN KULIAH : AT41 A


SEMESTER : SEMESTER 6
NAMA PENSYARAH : DR. NORLIZA BINTI ABDUL MAJID
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 ABSTRAK 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 RFLEKSI PENGAJARAN DAN 3


PEMBELAJARAN
4.0 ISU KEPRIHATINAN 3
5.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
6.0 KUMPULAN SASARAN 4

7.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 4


KAJIAN
8.0 DAPATAN KAJIAN 7

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 8

10 RUMUSAN 9

RUJUKAN

LAMPIRAN

1.0 ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau pendekatan pembelajaran secara
berkumpulan dalam meningkatkan penyertaan pelajar secara aktif dengan menggunakan
kaedah “Gallery Walk” bagi pelajar tingkatan empat Pendidikan Moral di SMK Bandar Baru
Sungai Buloh, Selangor. Kebanyakan pelajar tidak menyertai sesi pengajaran dan
pembelajaran secara aktif sewaktu kelas Pendidikan Moral kerana mereka menganggap mata
pelajaran ini membosankan. Seramai 12 orang pelajar daripada kelas 4UM Smk Bandar Baru
Sungai Buloh, Selangor terlibat dalam kajian ini. Perancangan kajian tindakan ini
berfokuskan untuk menggalakkan pelajar menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran secara
aktif dengan menggunakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan melalui kaedah
“Gallery Walk”.
2.0 PENGENALAN

Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh


pengalaman. Kaedah berkumpulan adalah satu kaedah alternatif dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran berkesan selain kaedah berpusatkan guru. Kaedah ini
mendedahkan pelajar peringkat menengah tentang konsep kendiri pelajar. Pendidikan
adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki
di dalam diri seseorang. Penugasan seorang guru sangat mencabar dek era globalisasi
ini, guru yang bertanggungjawab sebagai seorang pendidik perlu memainkan peranan
dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Perancangan pengajaran
yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk
menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif. Pelajar juga digalakkan untuk
membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan
hipotesis yang telah dibina (Mohd. Fazli, 2001).

Maka, strategi pengajaran dan pembelajaran berkumpulan atau pembelajaran


secara berkumpulan merupakan pendekatan yang sesuai. Menurut Azieyana Aziz &
Christina Andin (2018), menyatakan pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang
mengambil kira pelbagai aspek. Oleh yang demikian, pendidik seharusnya
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran secara berkumpulan juga merupakan
teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar
supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Berkerja
bersama dengan orang lain dan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam
berbanding jika seorang pelajar bekerja secara bersendirian. “Gallery Walk”
merupakan suatu cara untuk menilai dan mengingat apa yang telah pelajar pelajari.
Kaedah ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama kumpulan. Manakala menurut
Francek dalam Journal of College Science Teaching (2006), “Gallery walk is a
discussion technique that gets students out of their chairs and actively involved in
synthesizing important science concepts, writing and public speaking. The technique
alo cultives listening and team building skills.” Oleh itu, strategi pembelajaran
“Gallery Walk” adalah strategi pembelajaran melalui kaedah perbincangan yang
memberi ruang kepada murid untuk lebih memahami tentang sesuatu perkara atau
topik pembelajaran. Strategi pembelajaran ini membuka ruang kepada murid
berkongsi maklumat, pandangan, dan juga idea antara satu sama lain.

3.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Pendidikan Moral pada hari rabu 24 Ogos 2019 yang lalu. Penglibatannya seramai 12
orang pelajar daripada kelas 4UM. Pada hari tersebut, permulaan kelas bermula
dengan begitu baik dan pelajar kelihatan bersemangat untuk memulakan topik
pengajaran yang baru. Saya memulakan pengajaran saya dengan set induksi. Saya
bertanya sama ada mereka masih mengingati apa yang telah mereka pelajari sebelum
ini. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya mendapati
bahawa mereka tidak menyertai aktiviti berkumpulan secara aktif dan kelihatan agak
kebosanan sepanjang aktiviti pembelajaran dijalankan.

Justeru, kajian tindakan ini memilih untuk mengkaji kaedah pembelajaran


secara berkumpulan dalam menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif melalui
kaedah “Gallery Walk”.

4.0 ISU KEPRIHATINAN

Kajian yang dijalankan ini berfokus pada aspek penglibatan pelajar di dalam
kelas secara aktif semasa sesi aktiviti berkumpulan iaitu pelajar tidak aktif dan tidak
melibatkan diri sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Bagi
menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif semasa sesi aktiviti berkumpulan iaitu
pelajar tidak aktif dan tidak melibatkan diri sepenuhnya terhadap aktiviti yang
dilakukan di dalam kelas. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif
semasa sesi aktiviti berkumpulan saya telah menggunakan kaedah “Gallery Walk”.
Kaedah ini dapat menarik minat pelajar agar lebih berminat dalam, mata pelajaran
Pendidikan Moral.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Kajian ini untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai sesi aktiviti berkumpulan secara aktif
semasa PdPc.

4.2 Objektif Khusus

1. Untuk meningkatkan penglibatan secara aktif pelajar semasa aktiviti berkumpulan


2. Untuk mengurangkan tahap kebosanan pelajar apabila sesi aktivti dijalankan.
3. Untuk memupuk sifat kerjasama pelajar dan menjana pemikiran kretif serta inovatif
para pelajar.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 UM seramai


12 orang. Kumpulan sasaran adalah berusia dalam lingkungan 16 tahun.

7.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Perancangan kajian

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan satu kaedah iaitu kaedah
pemerhatian. Sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan saya telah mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh pelajar di mana mereka tidak melibatkan secara aktif
semasa aktiviti berkumpulan. Pengajaran yang seterusnya, saya membuat pemerhatian
untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah “Gallery Walk” boleh meningkatkan
pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.
6.1.1 Merancang

Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, guru yang gagal untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik murid untuk
bergiat secara aktif dalam aktiviti berkumpulan akan memberikan kesan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Oleh yang demikian, saya
telah menggariskan beberapa aspek penting dalam merancang pelaksanaan kajian di
masa akan datang.

6.1.2 Masa Kajian

Menetapkan masa selama 1 jam 20 minit untuk melakukan proses pengajaran


dan pembelajaran semula dengan melakukan aktiviti pembelajaran secara
berkumpulan dengan menggunakan kaedah “Gallery Walk”.

6.1.3 Pelajar yang terlibat

Pelajar yang terlibat adalah seramai 12 orang pelajar kelas 4UM di SMK
Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Moral.

6.1.4 Kemahiran Fokus

Pengajaran kali ini berfokuskan kepada kaedah-kaedah untuk menggalakkan


penyertaan pelajar secara aktif denga mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara
berkumpulan dengan menggunakan kaedah “Gallery Walk” supaya dapat mencapai
objektif pengajaran ini. Saya akan menggunakan kaedah “Gallery Walk” supaya
mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.

6.1.5 Perancangan Pengajaran

Saya telah merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan digunakan
dalam pengajaran. Model pengajaran yang dipilih adalah Kaedah Pmbelajaran
Koperatif.

6.2 Pelaksanaan Kajian

Pada hari kajian yang telah dijalankan pada 18 Julai 2019 iaitu pada hari Rabu.
Kajian ini dilaksanakan bersama 12 orang pelajar Pendidikan Moral tingkatan 4 bagi
mengatasi masalah penyertaan secara aktif semasa aktiviti berkumpulan. Sesi
pengajaran telah dijalankan mengikut hasil Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
telah dihasilkan. Saya juga telah menyuruh pelajar membuat aktiviti “Gallery Walk”
semasa aktiviti berkumpulan. Pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam
pengajaran ini, saya telah menggunakan tajuk “Wawasan 2020 Kita Jayakan
Bersama”.

Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini,
pembahagian tajuk adalah seperti berikut :

Kumpulan 1 : Kepentingan Wawasan 2020 terhadap masayarakat dan negara

Kumpulan 2 : Cabaran Wawasan 2020

Kumpulan 3 : Matlamat Wawasan 2020

Kumpulan 4 : Program yang dilaksanakan di sekolah untuk mencapai Wawasan 2020

Lebih kurang 35 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan


bahan pembentangan mereka. Saya mengarahkan pelajar supaya membahagikan
tugasan dengan baik supaya menjimatkan masa. Mereka juga dibekalkan dengan
marker pen, kertas mahjong, pen warna dan beberapa lagi bahan bantu jika hendak
digunakan.

Selesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk


menampal kertas mahjong mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap
kumpulan melakukan persediaan akhir dengan memilih seorang daripada kalangan
mereka untuk menjadi pembentangan di sudut tersebut. Maka bermulalah sesi
pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke sudut lain
mengikut pusingan jam. Pembentanagn yang dipilih tadi akan kekal menunggu di
sudut mereka dengan kumpulan baru. Pembentangan akan menceritakan segala info
berkaitan dengan tajuk yang diberi.

Jika soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk
memberikan jawapan yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih
kurang 5-7 minit bagi setiap sudut. Saya juga memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk membawa buku nota dan bahan-bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan
sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh dilakukan pada persembahan kawan
mereka, mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan marker pen. Tetapi dengan
syarat menulis nama siapa yang membetulkan info tersebut. Selesai semua bergerak
ke setiap sudut, maka tiba giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula untuk bergerak
ke sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar rakan mereka
membentangkan kepada mereka. Pelajar lain pula mengemaskini nota mereka dan
melakukan semakan semula apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan mereka tadi.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian

Bagi kajian ini, saya telah melakukan kaedah pemerhatian bagi melihat tahap
penyertaan pelajar secara aktif dalam ativiti berkumpulan. Saya mendapati pelajar
saya sangat bersemangat untuk berkolaborasi sesama mereka semasa menjalankan
aktiviti ini. Mereka juga berkerjasama dengan baik, dan teratur bagi memastikan
tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Mereka juga nampak sangat seronok
dan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan berusaha dengan
lebih bersungguh-sungguh ketika mencari maklumat. Paling penting mereka sangat
aktif semasa pembelajaran ini.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa cadangan untuk kajian


pada masa hadapan, antaranya ialah saya mencadangkan agar kajian mengenai
penyertaan pelajar secara aktif semasa aktiviti berkumpulan. Pelajar tidak mahu
melibatkan secara aktif dalam aktiviti berkumpulan. Mereka berasa bosan semasa
aktiviti dijalankan. Oleh itu, pada masa hadapan saya akan membuat pelbagai teknik
dan kaedah yang boleh menarik minat pelajar serta sekaligus dapat meningkatkan
penyertaan pelajar secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.
10 RUMUSAN

Kajian ini juga digunakan mengetahui kaedah pembelajaran secara


berkumpulan dapat menggalakan penyertaan pelajar secara aktif. Dapatan kajian ini
juga, sebenarnya memberi implikasi yang amat baik terhadap perkembangan
pendidikan maa kini. Ini kerana, kaedah koperatif ini menekankan aspek penglibatan
pelajar berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru. Melalui kaedah
koperatif pelajar semakin berani memberikan idea dan pandangan serta melibatkan
diri secara aktif dengan menggunakan kaedah “Gallery Walk” semasa aktiviti
berkumpulan di jalankan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam
pembelajaran menggunakan kaedah ini. Kaedah ini dapat memberikan kelebihan dan
kebaikan kepada pelajar dan meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu juga, kaedah
ini menepati ciri-ciri Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) di mana merupakan elemen
penting yang perlu diterapkan dalam PdPc pada masa kini. Perbincangan kajian
tindakan ini juga menunjukkan bahawa penggunakan kaedah “Gallery Walk” dalam
pembelajaran kooperatif ini masih relevan dan menepati kehendak pendidikan semasa
yang memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar serta menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif disamping
meningatkan kemahiran sosial pelajar.
RUJUKAN

Azieyana Aziz & Cristina Andin. (2018). Penggunaan strategi pembelajaran koperatif untuk

meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia

43(1), 1-9. Diperoleh daripada http://ejournal.ukm.my/pend/article/view/43.01-01/7870

Francek Mark. (2006). Promoting Discussion in The Science Classroom Using Gallery Walk.

Journal of College Science Teaching 36(1), 27-31. Diperoleh daripada

http://www.nsta.org

Faezah Ja’par. (2017). Bahanbantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian. Parit Raja, Johor. Universiti

Tun Hussin Onn Malaysia.

Kalaiselvi Etikan, Nur Surayyah Abdullah & Umi KALTHOM Abdul Manaf. (2015). Guru

cemerlang Pendidikan Moral: keperluan menguasai aspek kandugan dalam pengajaran

dan pemudahcaraan Pendidikan Moral dan implikasinya. International of Education and

Training 1(2), 1-8. Diperoleh daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50992/

Mohd Fazli. (2001). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur. Universiti

Malaya.
LAMPIRAN

MURID MENGHASILKAN TUGASAN MEREKA MENGIKUT TAJUK YANG DIBERI


MURID MEMBUAT PEMBENTANGAN HASIL KERJA MEREKA

GURU SEDANG MELIHAT HASIL KERJA MURID

You might also like