You are on page 1of 14

SULIT

SMK KAMPONG CHENGAL


PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN

DISEMBER 2020

4531 - FIZIK
TINGKATAN 4
1 JAM 30 MINIT

NAMA MURID : _____________________________________

KELAS : _____________________________________

NAMA GURU : _____________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan dan 2 soalan subjektif


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A, B, C dan D
4. Jawab di dalam kertas jawapan objektif yang disediakan.
5. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
6. Kertas soalan ini hendaklah dikembalikan kepada guru bersama kertas
jawapan objektif.
7. Bagi soalan subjektif. Sila jawab di kertas jawapan yang telah disediakan
dan hantar bersama kertas soalan.

SOALAN DI DALAM BUKU INI MENGGUNAKAN DWI BAHASA (BAHASA


MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS)

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI SEBELAS (11) HALAMAN BERCETAK


TERMASUK HALAMAN INI
[ LIHAT SEBELAH
BAHAGIAN A( 20 Markah)

1. Rajah manakah yang menunjukkan laluan cahaya yang betul apabila cahaya merambat
dari lapisan udara yang panas ke lapisan udara yang sejuk?

2. Sebatang pensel membengkok apabila direndam dalam sebuah glas berisi air. Alasan
manakah yang betul untuk menerangkan fenomena ini?
A. Indeks biasan air < indeks biasan udara
B. Laju cahaya dalam air < laju cahaya dalam udara
C. Ketumpatan air < ketumpatan udara
D. Frekuesnsi cahaya dalam air < frekuesnsi cahaya dalam udara
3. Rajah menunjukkan sinar cahaya ditujukan ke dalam bongkah kaca lut sinar.

Berapakah indeks biasan bongkah kaca itu?


A. 0.59
B. 0.69
C. 1.44
D. 1.70

4. Rajah menunjukkan suatu sinar cahaya merambat ke dalam suatu blok kaca. Indeks
biasan kaca ialah 1.52.

Apakah sudut tuju?

A. 27.7°
B. 47.7°
C. 49.4°
D. 77.7°
5. Rajah menunjukkan satu sinar cahaya menuu ke satu blok kaca

Antara pernyaatan yang berikut, yang manakah adalah salah?


A. Sudut pembiasan adalah kurang daripada sudut tuju.
B. Sinar cahaya membias ke arah normal apabila ia marambat ke dalam blok kaca
C. Sinar cahaya merambat lebih perlahan apabila ia merambat ke dalam blok kaca
D. Kecerahan cahaya bertambah apabila ia merambat dalam blok kaca

6. Gambar foto menunjukkan logamaya terbentuk. Apakah yang menyebabkan kemunculan


logamya?

A. Pembiasan dan pantulan


B. Pembiasan dan pantulan dalam penuh
C. Pantulan dan pantulan dalam penuh
D. Pembiasan, pantulan dan pantulan dalam penuh

7. Peralatan optik manakah yang menggunakan prinsip pantulan dalam penuh?


A. Mikroskop majmuk
B. Prisma di dalam periskop
C. Teleskop astronomi
D. Projektor slaid

8. Satu contoh fenomena semulajadi yang melibatkan pantulan dalam penuh ialah

A. Objek lurus kelihatan bengkok di dalam air


B. Seorang budak lelaki dapat melihat imejnya di dalam cermin satah
C. Pembentukan logamaya
D. Kolam renang yang kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenar

9. Rajah menunjukkan sinar cahaya diarahkan ke blok kaca.

Pernyataan yang manakah yang betul?


A. Cahaya terbias mendekati normal apabila memasuki blok kaca
B. Sudut tuju sama dengan sudut biasan
C. Cahaya merambat lebih laju apabila memasuki blok kaca
D. Kecerahan cahaya bertambah apabila merambat di dalam blok kaca
10. Lintasan manakah A, B, C dan D menunjukkan perambatan cahaya yang betul semasa ia
memasuki medium Z yang indeks biasannya paling tinggi?

11. Cermin mata bagi orang yang menghidap rabun dekat diperbuat dari
A. Kanta cembung
B. Kanta cekung
C. Cermin cembung
D. Cermin cekung

12. Apakah hubungan antara panjang imej, v dan panjang objek, u?

A. Semakin berkurang jarak objek, u, semakin berkurang jarak imej, v


B. Semakin berkurang jarak objek, u, semakin bertambah jarak imej, v
C. Semakin bertambah jarak objek, u, semakin bertambah jarak imej, v.
D. Semakin bertambah jarak objek, u, semakin berkurang jarak imej, v.
13. Rajah menunjukkan satu periskop dengan dua prisma, X dan Y.

Tentukan susunan yang betul bagi prisma X dan Y supaya pemerhati dapat melihat objek
itu.
14. Rajah menunjukkan satu objek di hadapan satu kanta cembung.

Berapakah jarak imej?

A. 15 cm
B. 20 cm
C. 25 cm
D. 30 cm
15. kanta objek Lo, kanta mata Le dan kedudukan imej I, manakah yang betul untuk satu
teleskop pada pelarasan normal?
16. Panjang fokus sebuah kanta cekung ialah 20 cm. Berapakah kuasa kanta itu?
A. +5 D
B. -5 D
C. +0.05 D
D. -0.05 D

17. Rajah menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji hubungan antara
jarak objek, u dengan jarak imej, v bagi suatu kanta cembung.
Perubahan manakah yang meningkatkan jarak imej, v?

A. Tambahkan jarak objek, u


B. Kurangkan jarak objek, u
C. Tambahkan diameter kanta cembung itu
D. Tambahkan jarak antara objek dengan mentol

Berikut merupakan maklumat mengenai soalan 18 dan 19

Terdapat dua buah kanta cembung yang masing-masing dengan kuasa 2.0D dan 25.0D. Kedua-
dua buah kanta ini digunakan di dalam peralatan optik.

18. Jika kedua-dua kanta ini digunakan dalam pembinaan sebuah teleskop astronomi pada
pelarasan normal. Berapakah jarak antara kedua-dua kanta ini?

A. 4.0 cm
B. 40.0 cm

C. 46.0 cm

D. 54.0 cm

19. Berapakah pembesaran teleskop tersebut?

A. 2.2

B. 8.5

C. 12.5

D. 22.5

20. Antara yang berikut digunakan untuk mencegah titik buta?


A. Kanta cembung
B. Cermin cembung
C. Kanta cekung
D. Cermin cekung
BAHAGIAN B(SOALAN SUBJEKTIF) (20 Markah)

SOALAN 1

Rajah 1 menunjukkan suatu susunan untuk membentuk suatu imej yang dibesarkan pada skrin.

Rajah 1

a) Apakah bahan pembuatan kanta? Jika gambar yang di hadapan ialah kanta cembung seperti
yang ditunjukkan dalam rajah, lukiskan imej yang dilihat oleh mata di belakang skrin lut
cahaya. (2markah)

b) Jika panjang fokus kanta ialah 10cm dan slaid adalah 12cm dari kanta, Hitungkan
i. Jarak di antara skrin dan gambar. (2 markah)

ii. Pembesaran linear imej. (2 markah)

c) Jika tinggi gambar ialah 24mm, berapakah tinggi inimum skrin untuk suatu imej penuh
dilihat pada skrin? (1 markah)

d) Apakah yang berlaku jika jarak di antara kata dan gambar dikurangkan sehingga 10cm?
Gunakan suatu gambar rajah sinar untuk menjelaskan jawapan anda. (3 markah)
SOALAN 2

2(a) Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan dua cermin yang berbeza jenis, X dan Y. Di mana C
ialah titik lengkungan dan F ialah titik fokus.

Rajah 2.1 Rajah 2.2


Objek P dan Q ada sama dan masing-masing diletakkan pada jarak yang sama dari cermin-
cermin itu.
a(i). Namakan kedua-kedua jenis cermin X dan Y. (1 markah)
a(ii). Sila lengkapkan gambar rajah sinar bagi Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 ( 3 markah)
a(iii). Nyatakan satu perbezaan ciri masing-masing bagi imej yang terbentuk. (2 markah).

(b) Periskop adalah satu alat yang digunakan untuk melihat objek di sebalik penghalang.

Rajah 2.3
b(i) Berdasarkan periskop ringkas yang telah dibina ini pada Rajah 2.3. Cadangkan perubahan
dan pengubahsuain pada periskop itu supaya dapat menghasilkan imej yang lebih jelas. (2
markah).
b(ii) Nyatakan kriteria untuk memilih kanta yang sesuai untuk digunakan di dalam periskop yang
boleh menghasilkan imej yang lebih jelas. Sila terangkan jawapan anda. (2 markah)

You might also like