You are on page 1of 21

SULIT

SAINS NAMA :______________________________________


KELAS : ______________________________________
TAHUN 4 2021
UNIT UJIAN DAN PENILAIAN
1 JAM 15 SK SRI MELANTA JAYA SANDAKAN
MINIT PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN 2021

SAINS TAHUN 4

JAWAB SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan : Jawab semua soalan

1. Maklumat yang berikut direkodkan oleh seorang murid

Ketulan susu yang berbau masam terbentuk


selepas segelas susu dibiarkan di atas meja
selama tiga hari.

Apakah deria yang terlibat semasa membuat pemerhatian di atas?

A. Penglihatan dan pendengaran


B. Penglihatan dan bau
C. Bau dan sentuhan
D. Sentuhan dan penglihatan

1
2. Mira membiarkan sebatang lilin menyala seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 1

Rajah 1
Apakah perubahan parameter yang dapat dilihat selepas 10
minit?

A. Isipadu lilin bertambah


B. Kedudukan lilin berubah
C. Panjang lilin berkurang
D. Bentuk lilin menjadi sekata

3. Urutan manakah yang menunjukkan laluan udara yang betul


semasa menghembus nafas

A. Trakea → Peparu → Hidung


B. Hidung → Trakea → Peparu
C. Trakea → Hidung → Peparu
D. Peparu → Trakea → Hidung

2
4. Aktiviti manusia manakah yang mempunyai kadar pernafasan yang
paling rendah?

A. Berlari
B. Berenang
C. Tidur
D. Melompat

5. Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak menyingkirkan


bahan buangan daripada badan.

A. Mereka akan pupus


B. Mereka akan berhenti membesar
C. Mereka akan jatuh sakit
D. Saiz badan mereka akan bertambah

6. Haiwan manakah yang mempunyai dua organ pernafasan.

C.
A.

B. D.

3
7. Rajah 2 menunjukkan sejenis haiwan vertebrata.

Rajah 2

Apakah kelas bagi haiwan vertebrata itu?

A. Ikan
B. Mamalia
C. Burung
D. Reptilia

8. Padanan manakah yang betul?

Bahagian Rangsangan
tumbuhan
A Akar Sentuhan
B Daun Graviti
C Pucuk Cahaya
matahari
D Bunga Air

4
9. Rajah menunjukkan keadaan sepohon tumbuhan berpasu yang
diletakkan di dalam sebuah bilik yang malap.
Apakah yang perlu dilakukan supaya tumbuhan itu tumbuh tegak?

A. Siram lebih banyak air


B. Letakkan di luar rumah
C. Letak lebih banyak baja
D. Letakkan di dalam almari

10. Apakah kepentingan gerak balas akar terhadap graviti dalam


proses fotosintesis?

A. Menyerap cahaya matahari


B. Menyerap karbon dioksida
C. Menyerap air
D. Melindungi tumbuhan

11. Rajah 3 menunjukkan suatu penyiasatan.

Rajah 3
Apakah kesimpulan daripada penyiasatan ini?

A. Cahaya boleh dipantulkan


B. Cahaya boleh dibiaskan
C. Cahaya bergerak lurus
D. Cahaya menembusi objek lut sinar

5
12. Semasa beratur di tengah padang, Seri mendapati bayang-
bayangnya terbentuk. Hal ini kerana

A. Cahaya menghalang badannya


B. Cahaya dihalang oleh badannya
C. Objek legap boleh ditembusi oleh cahaya
D. Cahaya tidak dapat bergerak lurus.

13. Situasi manakah yang menggunakan prinsip pantulan


cahaya?

A. Kereta yang datang dari arah belakang dapat dilihat melalui


cermin sisi kereta
B. Kolam kelihatan lebih cetek daripada kedalaman sebenar
C. Straw kelihatan bengkok didalam air
D. Ikan kelihatan lebih kecil apabila dilihat melalui kaca akuarium

14. Bagaimanakah tali gitar menghasilkan bunyi?

A. Petikan
B. Gesekan
C. Tiupan
D. Ketukan

6
15. Kedalaman laut boleh dianggarkan menggunakan prinsip

A. Pantulan bunyi
B. Pantulan cahaya
C. Serapan bunyi
D. Perambatan cahaya

16. Bunyi manakah yang berfaedah?

A. Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan


B. Bunyi kapal terbang terlepas
C. Bunyi siren ambulans semasa kecemasan
D. Bunyi letupan mercun

17. Rajah 4 menunjukkan unggun api.

Rajah 4
Perubahan bentuk tenaga manakah yang berlaku dalam unggun api
itu?

A. Tenaga kimia → Tenaga cahaya + Tenaga kinetik


B. Tenaga elektrik → Tenaga cahaya + Tenaga haba
C. Tenaga haba → Tenaga cahaya + Tenaga kimia
D. Tenaga kimia → Tenaga cahaya + Tenaga haba

7
18. Cara manakah yang menjimatkan tenaga?

A. Memandu kereta untuk ke kedai yang berdekatan


B. Menggunakan mesin basuh setiap hari
C. Berkongsi kereta ke tempat kerja
D. Membuka pintu peti sejuk dengan kerap

19. Padanan manakah yang betul?

Sumber tenaga Sumber tenaga


tidak boleh boleh dibaharui
dibaharui
A Arang batu Gas asli
B Uranium Matahari
C Ombak Air
D Biojisim Makanan

20. Objek manakah yang boleh mengalirkan arus elektrik?

P Q

R
S

A. P dan Q
B. P dan R
C. Q dan R
D. R dan S

8
21. Ahmad mrngumpul beberapa objek. Objek manakah yang
mempunyai sifat kenyal?

22. Rajah 5 menunjukkan sebuah kereta

Rajah 5

Apakah sumber asas yang digunakan untuk membuat bahagian X


dan Y?

X Y
A Petroleum Batuan
B Batuan Tumbuhan
C Tumbuhan Haiwan
D Haiwan Petroleum

9
23. Pernyataan manakah yang betul tentang Bumi?

A. Graviti menarik objek kearah Bumi


B. Satu putaran lengkap Bumi pada paksinya mengambil masa
setahun
C. Satu peredaran lengkap Bumi mengelilingi Matahari mengambil
masa 24 jam
D. Bumi berputar dan beredar mengikut arah pusingan jam.

24. Rajah 6 menunjukkan peredaran Bumi mengelilingi


Matahari.

Rajah 6
Pernyataan manakah yang betul tentang peredaran Bumi?

A. Bumi beredar dari abrat ke timur


B. Bumi beredar mengikut orbit Bulan
C. Bumi beredar mengikut arah jam
D. Tempoh satu peredaran lengkap ialah 340 hari

10
25. Panjang dan arah bayang-bayang manakah yang terbentuk
pada pukul 4.15 petang?

Panjang bayang- Arah bayang-


bayang bayang
A Pendek Barat
B Panjang Barat
C Pendek Timur
D Panjang Timur

26. Rajah 7 menunjukkan sebatang joran

Rajah 7

Jenis mesin ringkas manakah yang digunakan untuk meletakkan


umpan cacing pada mata kail?

A. Baji
B. Tuas
C. Roda dan gandar
D. Takal

11
27. Mesin kompleks mempunyai dua atau lebih mesin ringkas
Mesin kompleks manakah yang mempunyai baji dan roda dan
gandar?

28. Rajah 8 menunjukkan dua jenis mesin ringkas pada sebuah


basikal.

Rajah 8

Mesin ringkas manakah yang diwakili oleh J dan K?

J K
A Roda dan Tuas
gandar
B Skru Roda dan gandar
C Gear Skru
D Tuas Gear

12
29. Pak Ali ingin mengangkat 10 kotak kertas A4 yang baru
dibelinya. Alat manakah yang sesuai digunakan oleh Pak Ali untuk
memudahkan kerjanya?
A. Satah condong
B. Kereta sorong
C. Tangga
D. Troli

30. Rajah 9 menunjukkan sebuah mesin menuai. Apakah


kebaikan teknologi ini dalam bidang pertanian?

Rajah 9

A. Menjimatkan kos penyelenggaraan


B. Meningkatkan pengeluaran tanaman
C. Memerlukan lebih ramai pekerja mahir
D. Menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi

13
BAHAGIAN B
Arahan : Jawab semua soalan

1. Jadual dibawah menunjukkan keputusan bagi suatu penyiasatan.

Masa pemanasan 5 10 15 20
(minit)
Suhu air (C°) 20 40 60 80

a) Nyatakan satu parameter yang berubah mengikut masa


berdasarkan jadual di atas.
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

b) Nyatakan perbezaan suhu air dari minit ke-5 hingga minit ke-20
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

c) Jika tempoh penyiasatan ini dilanjutkan kepada 20 minit,


ramalkan suhu air yang mungkin.
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

14
d) Apakah pola perubahan suhu air sepanjang penyiasatan ini?
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

e) Apakah hubungan antara masa penyiasatan dengan suhu air


dalam penyiasatan ini?
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

15
2. Dalam suatu penyiasatan, suatu objek diterangi oleh sumber
cahaya dari dua kedudukan yang berbeza, P dan Q seperti yang
ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Bentuk bayang-bayang yang terhasil diperhatikan dan direkodkan


dalam jadual di bawah.

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


___________________________________________________
___________________________________________________
__________________________________________________

(1 markah)

16
b) Apakah pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini?
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)
c) Nyatakan satu hipotesis tentang bentuk bayang-bayang yang
terhasil
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?


___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

e) Apakah faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang?


___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)

17
3. Tiga peralatan elektrik seperti dalam rajah dibawah digunakan
untuk menyiasat perubahan bentuk tenaga yang berlaku pada
peralatan tersebut.

a) Nyatakan dua sumber tenaga yang boleh menjana elektrik.


___________________________________________________
___________________________________________________
(2 markah)
b) Suis bagi setiap peralatan dalam rajah di atas dihidupkan. Tulis
perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam setiap peralatan
itu.

i. Kipas meja :
_______________________________________________
ii. Seterika :
_______________________________________________
iii. Radio :
_______________________________________________
(3 markah)
18
4. Rashid dan rakannya mengumpulkan beberapa objek yang
ditemukan dikawasan persekitaran sekolah.
a) Maklumat di bawah ialah senarai objek yang dikumpulkan oleh
mereka.

Pemadam Sapu tangan Pembalut gula-gula


Skru Stoking Tisu dapur

i. Rashid ingin mengelaskan objek-objek di atas kepada dua


kumpulan.
Apakah sifat bahan yang sesuai untuk mengelaskan objek-
objek itu?
_______________________________________________
_______________________________________________
(1 markah)

ii. Rashid menjalankan satu penyiasatan untuk menguji


kebolehan bahan mengalirkan arus elektrik menggunakan
objek-objek di atas.
Objek manakah yang dapat mengalirkan arus elektrik?
_______________________________________________
_______________________________________________
(1 markah)
19
b) Rashid dan rakannya melihat seorang budak lelaki terkena
renjatan elektrik seperti yang ditunjukkan dalam rajah

Apakah yang harus mereka lakukan?


___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
(1 markah)
c) Emak rashid meminta dia ke kedai runcit untuk membeli kiub
ais.

(1 markah)
i. Beg manakah yang sesuai untuk mengisi kiub ais?

20
ii. Beri satu alasan bagi jawapan kamu di 6(c)(i)
_______________________________________________
_______________________________________________
(1 markah)

SOALAN TAMAT
Disediakan Oleh : Disemak Oleh Disahkan Oleh :

_______________________ __________________________
_______________________
(Pn.Fatimah Bt. Usmang) (Pn.Sandra Hj. Abdul Munap) (Pn. Siti Rokiah Hj. Kadir)
Guru Sains Tahun 4 Setiausaha Panitia Sains Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sri Melanta Jaya SK Sri Melanta Jaya SK Sri Melanta Jaya

21

You might also like