You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2021


SAINS TAHUN 5

NAMA : ____________________________________________________
KELAS : ____________________________________________________

BAHAGIAN A (70 MARKAH)

Pilih jawapan yang betul.

1. Rajah di bawah menunjukkan sebatang lilin yang sedang terbakar.

Apabila masa bertambah,


A saiz api akan bertambah
B saiz api akan berkurang
C saiz lilin akan bertambah
D saiz lilin akan berkurang

2. Nazrin segera menarik tangannya apabila tersentuh duri bunga ros. Apakah deria yang
terlibat dalam situasi ini?
A Deria bau
B Deria sentuhan
C Deria penglihatan
D Deria pendengaran

3. Rajah di bawah menunjukkan satu tengkorak manusia.

Apakah fungsi tengkorak manusia kepada tubuh manusia?


A Menyokong tubuh
B Melindungi otak
C Melindungi organ dalaman
D Untuk sokongan dan pergerakan

1
4. Antara berikut, yang manakah fungsi utama jantung?
A Mengangkut darah ke seluruh tubuh
B Mengepam darah ke peparu dan seluruh tubuh
C Menukar gas karbon dioksida dengan oksigen
D Menstabilkan kedudukan tulang belakang

5. Rajah di bawah menunjukkan poster larangan merokok.

Mengapakah tabiat merokok perlu dijauhi?


A Supaya sistem pernafasan kita sihat
B Supaya sistem peredaran darah kita tidak terganggu
C Supaya sistem pencernaan kita berjalan lancer
D Supaya sistem rangka tidak terjejas

6. Antara berikut, haiwan yang manakah melindungi dirinya daripada musuh dengan
menggulungkan dirinya?
A Penyu
B Cicak
C Ikan buntal
D Ulat gonggok

7. Bagaimanakah kanggaru menjaga anaknya?


A Membawa anaknya di dalam kantung
B Membawa anaknya di dalam mulutnya
C Menyerang musuh
D Menyusukan anak

8. Ladang kelapa sawit Pak Ali didiami oleh banyak tikus. Antara berikut, haiwan yang
manakah boleh digunakan oleh Pak Ali untuk mengurangkan jumlah tikus itu?
A Katak
B Ayam
C Burung pipit
D Burung hantu

9. Apakah cara pokok tomato untuk menyesuaikan diri terhadap cuaca panas?
A Menggugurkan daun
B Daun berbulu halus
C Daun berbentuk jarum
D Daun berpecah-pecah

2
10. Rajah di bawah menunjukkan pokok bendi.

Bagaimanakah pokok bendi memencarkan biji benihnya?


A Melalui mekanisma letupan
B Melalui manusia
C Melalui angin
D Melalui air

11. Mengapakah biji benih kemuncup dipencarkan melalui manusia dan haiwan?
A Berbulu halus
B Berbau harum
C Mempunyai cangkuk
D Mempunyai warna yang menarik

12. Antara berikut, yang manakah ialah sumber tenaga elektrik bagi kereta?
A Sel suria
B Akumulator
C Penjana
D Jana kuasa hidroelektrik

13. Antara berikut, komponen yang manakah tidak diperlukan di dalam litar?
A Plag
B Suis
C Mentol
D Sel kering

14. Antara berikut, litar elektrik yang manakah mempunyai nyalaan mentol yang paling
malap?

A C

B D

3
15. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kecerahan mentol dalam litar elektrik?
A Menambah bilangan mentol
B Menambah bilangan suis
C Menambah bilangan wayar
D Menambah bilagan sel kering

16. Rajah di bawah menunjukkan suatu litar elektrik.

Antara berikut, yang manakah mewakili litar dalam rajah di atas?

17. Rajah di bawah menunjukkan mentol P, Q dan R disambung secara selari dalam litar.

Berdasarkan rajah di atas, mentol yang manakah menyala?


A Mentol P dan Q
B Mentol Q dan R
C Mentol P, Q dan R
D Mentol Q sahaja

4
18. Antara berikut, yang manakah cara yang betul mengendalikan peralatan elektrik?
A Menekan suis lampu dengan tangan kering.
B Membaiki sendiri seterika yang rosak.
C Mengecas telefon bimbit dari malam sehingga pagi.
D Menyambungkan banyak plag pada satu soket.

19. Encik Kok don keluarganya berendam di dalam kolam air panas semasa percutian
mereka. Berapakah bacaan suhu jika termometer dicelupkan ke dalam kolam air panas
itu?
A O°C C 45 °C
B 23 °C D I00 °C

20. Rajah di bawah menunjukkan secawan air kopi bersuhu 75°C yang diletakkan di atas
sebuah meja.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan air kopi itu daripada menjadi sejuk
dengan cepat?
A Mengacau air kopi itu dengan sudu.
B Menutup cawan itu dengan piring.
C Meletakkan ketulan ais di dalam cawan.
D Memindahkan air kopi itu ke dalam cawan yang lebih besar.

21. Antara berikut, yang manakah ialah alat untuk menyukat suhu air?
A Pembaris besi C Buret
B Termometer D Pipet

22. Antara berikut, objek yang manakah tidak mengalami pengaratan?


A Paku tekan C Bilah gergaji
B Pintu besi D Baju hujan

23. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri objek yang berkarat?
A Rapuh
B Diperbuat daripada plastik
C Permukaan kasar
D Terdapat lapisan warna perang-kemerahan

5
24. Rajah di bawah menunjukkan klip kertas yang tidak mengalami pengaratan disebabkan
lapisan minyak di permukaan air.

Apakah peranan minyak dalam penyiasatan ini?


A Menyerap udara
B Menghalang kemasukan udara
C Menghalang penyejatan air
D Meningkatkan suhu air

25. Rajah di bawah menunjukkan engsel pintu berkarat yang menyebabkan pintu sukar
dibuka atau ditutup.

Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?


A Mengecat
B Menyapu minyak pelincir
C Menyalut dengan plastik
D Menggosok dengan kertas pasir

26. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan mencegah pengaratan?


A Objek selamat digunakan
B Objek tahan lebih lama
C Menjimatkan kos baik pulih
D Mencacatkan pemandangan

27. Antara berikut, yang manakah wujud sebagai cecair?


A Lilin
B Kayu
C Minyakmasak
D Bola sepak

6
28. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan jirim.

Antara berikut, yang manakah mewakili proses P dan Q?

P Q
A Penyejatan Kondensasi
B Peleburan Pembekuan
C Pendidihan Penyejatan
D Kondensasi Pembekuan

29. Rajah di bawah menunjukkan baju yang dijemur di ampaian.

Apakah proses yang terlibat dalam situasi di atas?


A Pendidihan C Peleburan
B Penyejatan D Kondensasi

30. Rajah di bawah menunjukkan semangkuk air yang diletakkan di bawah cahaya
matahari.

Apakah perubahan keadaan jirim yang terlibat dalam rajah di atas?


A Gas Cecair
B Gas Pepejal
C Cecair Gas
D Cecair Pepejal

7
31. Mengapakah Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi kelihatan
bercahaya?
A Cahaya Bumi yang dipantulkan oleh Matahari
B Cahaya Matahari yang dipantulkan oleh Bulan
C Cahaya Matahari yang dipantulkan oleh Bumi
D Cahaya Bumi yang dipantulkan oleh Bulan

32. Antara berikut, yang manakah mempunyai bentuk seperti pemburu dengan tali pinggang
dan pedang?

33. Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan buruj?


A Untuk menandakan hari hujan
B Untuk menandakan musim menuai
C Untuk menandakan musim menanam
D Untuk menunjukkan arah

34. Apakah fungsi baji?


A Memotong objek
B Menggerakkan objek
C Menyatukan dua keping objek
D Mengangkat objek yang berat

35. Rajah di bawah menunjukkan sebatang joran

Apakah mesin ringkas yang terdapat pada joran?


A Tuas, roda dan gandar
B Skru, satah condong
C Tuas, baji
D Skru, baji

8
BAHAGIAN B (30 MARKAH)

Jawab semua soalan.

1. a) Labelkan tulang dan kedudukan sendi dalam sistem rangka manusia yang berikut.

Tulang belakang Tengkorak Tulang rusuk Tulang tangan dan kaki Sendi

(5 Markah)

b) Nyatakan satu cara untuk memelihara sistem dalam tubuh manusia.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
(1 Markah)

9
2. Rajah di bawah menunjukkan hidupan yang terdapat di sawah padi.

a) Bina satu rantai makanan berdasarkan rajah di atas.

(2 Markah)

b) Nyatakan pengeluar dalam rantai makanan tersebut.

_____________________________________________________________________
(1 Markah)
c) Nyatakan apa yang akan berlaku jika bilangan populasi padi berkurang.

_____________________________________________________________________
(1 Markah)
d) Apakah yang akan berlaku jika populasi belalang berkurang?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)
e) Apakah sumber utama tenaga dalam rantai makanan di atas?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

10
3. Rajah di bawah menunjukkan suatu litar elektrik.

a) Apakah fungsi suis dalam litar elektrik?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

b) Nyatakan sumber yang menghasilkan tenaga elektrik dalam rajah di atas.

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

c) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kecerahan mentol pada litar itu?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

d) Lakarkan litar di atas dalam bentuk lakaran menggunakan simbol.

(2 Markah)

e) Mengapakah kita tidak boleh bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

11
4. Suatu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan.
Sebatang paku diletakkan dalam setiap tabung uji dan dibiarkan selama seminggu.

a) Apakah yang akan berlaku kepada paku dalam tabung uji P, Q dan R selepas seminggu?

(i) Tabung uji P : _______________________________________________________

(ii) Tabung uji Q : _______________________________________________________

(iii) Tabung uji R : _______________________________________________________

(3 Markah)

b) Berikan inferens bagi jawapan kamu di a).

______________________________________________________________________
(1 Markah)

c) Apakah fungsi kalsium klorida kontang dalam eksperimen di atas?

______________________________________________________________________
(1 Markah)

d) Nayatakan satu cara untuk mencegah pengaratan.

______________________________________________________________________
(1 Markah)

12
5. a) Rajah di bawah menunjukkan Bulan yang dapat dilihat dari Bumi pada waktu malam.

(i) Adakah Bulan mengeluarkan cahaya?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

(ii) Mengapakah Bulan kelihatan bercahaya pada waktu malam?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

b) Rajah berikut menunjukkan simulasi yang dilakukan oleh dua orang murid tentang
pergerakan dan peredaran Bulan.

(i) Apakah yang diwakili oleh Saiful dan Chong?

Saiful : __________________________ Chong : ________________________


(2 Markah)

(ii) Berdasarakan simulasi di atas, apakah arah putaran Bulan?

_____________________________________________________________________
(1 Markah)

(iii) Nyatakan tempoh untuk satu putaran lengkap Bulan.

_____________________________________________________________________
(1 Markah)
-KERTAS SOALAN TAMAT-

13

You might also like