You are on page 1of 11

1 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop

PRAKTIKAL 4
MIKROSKOP DAN TELESKOP
HASIL PEMBELAJARAN:
1. Untuk menentukan keadaan-keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa
pembesaran teleskop astronomi dan mikroskop majmuk.
BAHAN-BAHAN:
Pemegang kanta, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung (5D +20D), skrin
lutcahaya, lampu, pembaris meter.

AKTIVITI 1 - MEMBINA SATU TELESKOP ASTRONOMI RINGKAS

LANGKAH-LANGKAH:
1. Kanta cembung dengan kuasa 5 D (panjang fokus : 20 cm) dan berdiameter
besar digunakan sebagai kanta objektif.
2. Kanta cembung dengan kuasa 20 D (panjang fokus :5 cm) dan berdiameter
kecil digunakan sebagai kanta mata.
3. Kedua-duanya diletakkan di pemegang kanta.
4. Di antara kedua-dua kanta diletakkan skrin lutcahaya. Susunan kemudian
disiapkan seperti di gambar rajah (rujuk rajah teleskop astronomi ringkas)
5. Kanta objektif kemudian diarahkan ke objek yang berada di posisi yang jauh.
Skrin lutcahaya diletakkan kira-kira 20cm daripada kanta objektif dan diolah
sehingga imej yang jelas kelihatan di skrin.
6. Kanta mata yang diletakkan berhampiran dengan skrin lutcahaya diolah juga
sehingga imej yang jelas dan dibesarkan jelas kelihatan di skrin.
7. Skrin lutcahaya kemudian dialihkan dan susunan kedua-dua kanta boleh
berfungsi sebagai teleskop astronomi.
8. Jarak di antara kedua-dua kanta kemudian diukur. [Memandangkan ini
merupakan teleskop astronomi,jarak di antara kedua jarak seharusnya kurang
daripada jumlah panjang fokus kedua-dua kanta,iaitu <(20cm + 5cm = 25cm)]

2 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
9. Jarak kemudian diuji dengan dengan mengalihkan kedudukan kanta untuk
melihat imej yang jelas terbentuk di jarak berapa di antara kedua-dua kanta.
10. Pemerhatian dibuat ke atas imej dan kemudian direkodkan.

GAMBARAJAH:






Rajah 1: Kanta mata dan kanta objek

LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Kita hendaklah memilih kanta objek yang nipis manakala kanta mata adalah
yang sederhana.
2. Kedudukan kanta objek hendaklah di tengah-tengah antara kanta mata dan
objek. Langkah untuk mendapatkan keputusan yang betul adalah dengan cara
melaraskan objek. Oleh itu, imej objek dapat difokuskan pada kanta mata.
3. Kesemua alatan hendaklah dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati. Hal
ini kerana kanta-kanta diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah pecah,
oleh itu untuk mengelakkan kemalangan tumpuan harus diberi secara penuh
ketika penyusunan radas.
4. Aktiviti-aktiviti ini perlulah dilakukan di dalam bilik yang tertutup dan tiada
cahaya dari luar untuk memudahkan pemerhatian dilakukan ke atas imej akhir
yang terbentuk.
5. Pemerhati dinasihatkan tidak melihat ke arah lampu suluh secara berterusan
untuk mengelakkan kerosakan yang pada mata atau rabun.


3 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
AKTIVITI 2 - MEMBINA SEBUAH MIKROSKOP MAJMUK

LANGKAH-LANGKAH:
1. Kanta cembung dengan kuasa 20 D (panjang fokus :5 cm) dan berdiameter
besar digunakan sebagai kanta objektif.
2. kanta cembung dengan kuasa 5 D(panjang fokus :20 cm) dan berdiameter
kecil digunakan sebagai kanta mata.
3. kedua-duanya diletakkan di pemegang kanta.
4. Kertas graf diletakkan berdekatan dengan kanta objektif dengan abjad A
terbalik tertera di tengah-tengah kertas.Jarak kertas graf tersebut diolah
sehingga sedikit melebihi 5.0 cm. Susunan kemudian disiapkan seperti di
gambar rajah (rujuk rajah mikroskop majmuk).
5. Lampu sulu kemudian dipasang dan dihalakan kepada kertas graf.
6. Skrin lutcahaya diolah sehingga imej terbentuk.
7. Jarak diantara kanta mata diubah perlahan-lahan sehingga imej yang jelas
dan cukup besar dapat dilihat melalui kanta mata.
8. Skrin lutcahaya kemudian dialihkan dan susunan ini boleh berfungsi sebagai
mikroskop majmuk.
9. Jarak di antara kanta objektif dan kanta mata diukur. [Memandangkan ini
merupakan mikroskop majmuk, jarak di antara kedua jarak seharusnya lebih
daripada jumlah panjang fokus kedua-dua kanta, iaitu > (20cm + 5cm =
25cm)].
10. Pemerhatian ke atas imej terbentuk dilakukan dan kemudiannya direkodkan.
GAMBARAJAH:





Imej kanta mata kanta objek objek

4 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Kita hendaklah memilih kanta mata dan kanta objek yang mempunyai panjang
fokus yang pendek atau berkuasa tinggi dengan syarat panjang fokus kanta
mata adalah lebih besar daripada panjang fokus kanta objek.
2. Selepas meletakkan kedua-dua kanta pada tempat yang betul, kanta mata
dilaraskan supaya imej yang terbentuk adalah di dalam panjang fokus kanta
mata.
3. Kesemua alatan hendaklah dikendalikan dengan cermat dan berhati-hati. Hal
ini kerana kanta-kanta diperbuat daripada bahan-bahan yang mudah pecah,
oleh itu untuk mengelakkan kemalangan tumpuan harus diberi secara penuh
ketika penyusunan radas.
4. Aktiviti-aktiviti ini perlulah dilakukan di dalam bilik yang tertutup dan tiada
cahaya dari luar untuk memudahkan pemerhatian dilakukan ke atas imej akhir
yang terbentuk.
6. Pemerhati dinasihatkan tidak melihat ke arah lampu suluh secara berterusan
untuk mengelakkan kerosakan yang pada mata atau rabun.












5 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
KEPUTUSAN:
Jadual 1: Keputusan aktiviti 1 dan aktiviti 2
Aktiviti Imej Jarak antara kanta objektif dan
kanta mata
Aktiviti 1:
Teleskop
astronomi
Imej pertama: Nyata,
songsang dan diperkecil

Imej akhir: Maya,
songsang dan
diperbesarkan.
Dari persamaan : L < f1 + f2

L < (20 + 5) L : 23 cm
L < (25 cm)
Aktiviti 2:
Mikroskop
majmuk
Imej pertama: Nyata,
songsang dan
diperbesarkan

Imej akhir: Maya,
songsang dan
diperbesarkan.
L > f1 + f2
L > (20 + 5) L : 27.5 cm
L > (25 cm)
















6 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
PERBINCANGAN:

Deria penglihatan kita mempunyai hadnya. Mata kita tidak berupaya melihat
objek yang terlalu jauh atau seni dengan jelas. Oleh itu, alat optik seperti mikroskop
dan teleskop diperlukan untuk mengatasi had keupayaan mata. Teleskop digunakan
untuk membantu mata melihat objek yang sangat jauh seperti bintang, planet dan
bulan. Mikroskop pula digunakan untuk membantu kita melihat objek yang seni
seperti bakteria dan sel.

Teleskop astronomi ialah satu alat optik yang terdiri daripada dua kanta
cembung iaitu kanta cembung dan kanta cengkung. Kanta-kanta cembung dan
cengkung ini digunakan secara meluas di dalam peralatan-peralatan yang wujud di
sekeliling kita. Contoh penggunaan yang biasa digunakan ialah penggunaan kanta
cengkung sebagai kanta mata dan juga penggunaan kanta cembung di dalam
peralatan seperti teleskop dan mikroskop. Kanta yang lebih dekat dengan objek
dinamakan kanta objek manakala kanta yang lebih dekat dengan mata dinamakan
kanta mata. Kanta objek adalah kanta lemah iaitu berkuasa rendah dengan panjang
fokus yang panjang. Kanta mata adalah kanta cembung berkuasa tinggi dengan
panjang fokus yang pendek. Oleh itu, untuk meningkatkan kuasa pembesaran,
panjang fokus kanta objektif, f
o
lebih besar daripada panjang fokus kanta mata, f
m.
Daripada panjang fokus, kita dapat mengira pembesaran teleskop yang dihasilkan
dengan menggunakan formula ini:
M = 100 / f

f ialah panjang fokus di dalam sentimeter
Unit pembesaran ini ialah Dioptre. Oleh kerana hanya 2 jenis kanta yang digunakan,
iaitu panjang fokus 25 cm dan 5 cm, kuasa pembesaran ialah 5D dan 20D sahaja.
Seterusnya, ukuran di antara kedua-dua kanta juga ialah 23 cm, hal ini tepat dengan
formula bagi teleskop astronomi, iaitu panjang di antara kedua-dua kanta hendaklah
kurang daripada jumlah panjang fokus kanta mata dan kanta objektif (25 cm).



7 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
Mikroskop majmuk merupakan satu alat optik yang terdiri daripada dua buah
kanta cembung berkuasa tinggi iaitu kanta objek dan kanta mata. Kanta objek
mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Oleh itu, panjang fokusnya lebih pendek
berbanding dengan kanta mata. Di dalam eksperimen ini, kanta dengan kuasa 2D
disusun sebagai kanta objektif dan kanta mata dengan kuasa 5D disusun. Kanta
objektif berfungsi menghasilkan objek untuk kanta mata. Imej yang diperoleh pada
awalnya adalah nyata, songsang dan diperkecilkan. Berdasarkan pemerhatian, jarak
di antara kanta mata dan kanta objektif setelah imej yang jelas diperoleh ialah 27.5
cm. Hal ini selaras dengan formula bagi mikroskop majmuk, iaitu panjang di antara
kedua-dua kanta hendaklah melebihi daripada jumlah panjang fokus kanta mata dan
kanta objektif. Jumlah panjang kanta mata dan kanta objektif ialah 20 cm + 5 cm =
25 cm, oleh itu 27.5 cm merupakan jumlah yang boleh diterima dan betul. Imej akhir
yang terbentuk ialah imej yang maya, dibesarkan dan songsang. Untuk
meningkatkan kuasa pembesaran mikroskop, panjang fokus objektif perlulah lebih
kecil daripada panjang fokus kanta mata .

KESIMPULAN:
Jarak di antara kanta mata dan kanta objektif bagi teleskop setelah imej yang jelas
diperoleh ialah 23 cm.
Jarak di antara kanta mata dan kanta objektif bagi mikroskop setelah imej yang jelas
diperoleh ialah 27.5 cm.
Untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop, panjang fokus kanta objektif, f
o
lebih besar daripada panjang fokus kanta mata, f
m.

Untuk meningkatkan kuasa pembesaran mikroskop pula, panjang fokus kanta
objektif, f
o
lebih kecil daripada panjang fokus kanta mata, f
m.







8 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
SOALAN PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN:

1. Nyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objek dan kanta mata dalam satu
teleskop astronomi.
(4 markah)
- Kedua-dua kanta berfungsi untuk menangkap sinaran dan menghasilkan
semula imej yang diperoleh daripada sesuatu objek.
- Kanta objektif mengumpul dan memfokuskan cahaya daripada objek yang
jauh serta membentuk imej pertama iaitu nyata, songsang dan
diperkecilkan pada titik fokus kanta objek.
- Kanta mata pula berfungsi sebagai kanta pembesar.
- Kanta mata membesarkan imej pertama yang dihasilkan oleh kanta objek
untuk menghasilkan imej yang kedua yang lebih besar daripada imej
pertama. Imej kedua yang terbentuk ini adalah maya, songsang dan
diperbesarkan.

2. Bagaimana anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi
dan mikroskop majmuk?
(5 markah)
Untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi adalah dengan
meningkatkan panjang fokus kanta objektif dan mengurangkan panjang fokus
kanta mata. Kanta objek adalah kanta yang berkuasa rendah yang
mempunyai panjang fokus yang panjang manakala kanta mata adalah kanta
berkuasa tinggi yang mempunyai panjang fokus yang pendek.
Kuasa pembesaran mikroskop majmuk boleh ditingkatkan dengan
menggunakan kanta objek dan kanta mata yang mempunyai panjang fokus
yang pendek atau berkuasa tinggi. Selain itu, pertambahan jarak antara kanta
objek dan kanta mata, L boleh meningkatkan kuasa pembesaran mikroskop
majmuk.




9 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
3. Apakah langkah berjaga-jaga yang telah anda ambil semasa menjalankan
projek ini? Mengapa?
(8 markah)
Langkah berjaga-jaga dapat memberi panduan kepada pelajar untuk
mendapatkan keputusan yang tepat. Untuk melakukan projek ini, terdapat
beberapa langkah berjaga-jaga. Antaranya ialah kita hendaklah memilih kanta
objek yang nipis manakala kanta mata adalah yang sederhana. Berdasarkan
teori, panjang fokus kanta objek hendaklah panjang berbanding panjang fokus
kanta mata. Oleh itu, teleskop astronomi yang dihasilkan dapat menghasilkan
imej yang besar. Selain itu, kedudukan kanta objek hendaklah di tengah-
tengah antara kanta mata dan objek. Langkah untuk mendapatkan keputusan
yang betul adalah dengan cara melaraskan objek. Oleh itu, imej objek dapat
difokuskan pada kanta mata. Imej objek yang dihasilkan adalah maya,
songsang dan diperbesarkan.
Untuk mikroskop majmuk, langkah-langkah berjaga-jaga yang diambil adalah
terbalik dengan teleskop astronomi. Untuk membina mikroskop majmuk, kita
hendaklah memilih kanta mata dan kanta objek yang mempunyai panjang
fokus yang pendek atau berkuasa tinggi dengan syarat panjang fokus kanta
mata adalah lebih besar daripada panjang fokus kanta objek. Selepas
meletakkan kedua-dua kanta pada tempat yang betul, kanta mata dilaraskan
supaya imej yang terbentuk adalah di dalam panjang fokus kanta mata. Imej
akhir yang terhasil adalah maya, songsang dan diperbesarkan.


4. Apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti di atas?
(8 markah)
Daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya telah mempelajari bahawa
deria penglihatan kita mempunyai hadnya. Mata kita tidak berupaya melihat
objek yang terlalu jauh atau seni dengan jelas. Oleh itu, alat optik seperti
mikroskop telah membantu kita melihat objek kecil dengan jelas. Selain itu,
teleskop juga telah membantu mata kita untuk melihat objek yang sangat jauh
seperti bintang, planet dan bulan.
Selain itu juga, setelah melakukan eksperimen, saya telah dapat mempelajari
cara untuk membina mikroskop majmuk dan teleskop astronomi yang

10 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
memerlukan dua kanta cembung iaitu kanta objek dan kanta mata. Semasa
menjalankan eksperimen ini, saya telah menghadapi masalah untuk
memahami cara untuk membina mikroskop dan teleskop. Pada awalnya saya
berputus asa untuk mencuba lagi. Tetapi, saya kembali bersemangat setelah
saya dapat memahami dengan tepat cara membina kedua-dua alat optik
tersebut setelah bertanya kepada rakan dan Dr. Rosmawati. Daripada
eksperimen ini, saya telah dapat mempelajari erti kesungguhan dalam
mengejar sesuatu cita-cita.
Di samping itu juga, saya telah dapat mempelajari tentang jenis kanta
cembung yang mempunyai kuasa yang pelbagai. Selain itu juga, saya telah
dapat mempelajari bahawa apabila saya ingin membina teleskop astronomi,
saya perlu menggunakan kanta objek yang mempunyai panjang fokus yang
panjang berbanding panjang fokus kanta mata. Manakala untuk membina
mikroskop saya perlu menggunakan kanta objek dan kanta mata yang
mempunyai panjang fokus yang pendek.
Selain itu juga, saya telah dapat mempelajari cara untuk mengira pembesaran
untuk teleskop astronomi dan mikroskop majmuk. Pembesaran untuk teleskop
dikira berdasarkan formula panjang fokus kanta objek dibahagikan dengan
panjang fokus kanta mata. Pembesaran untuk mikroskop majmuk dikira
berdasarkan formula pembesaran kanta objek didarabkan dengan
pembesaran kanta mata.
Saya juga telah mempelajari cara-cara untuk meningkatkan kuasa
pembesaran mikroskop majmuk dan teleskop astronomi. Untuk meningkatkan
kuasa pembesaran teleskop astronomi adalah dengan meningkatkan panjang
fokus kanta objek dan mengurangkan panjang fokus kanta mata. Kuasa
pembesaran mikroskop majmuk boleh ditingkatkan dengan menggunakan
kanta objek dan kanta mata yang mempunyai panjang fokus yang pendek
atau berkuasa tinggi.
Setelah melakukan eksperimen ini juga, saya telah mempelajari bahawa
kerjasama antara rakan adalah amat penting supaya permasalahan yang
timbul dapat diatasi bersama-sama.




11 Praktikal 4 Mikroskop dan Teleskop
REFLEKSI:
Alhamdulillah, daripada eksperimen yang telah saya lakukan, saya telah dapat
mempelajari banyak ilmu pengetahuan iaitu tentang bunyi. Pertama sekali, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah saya, Dr. Rosmawati
yang banyak membantu saya dalam melaksanakan praktikal ini. Sebelum ini saya
tidak tahu bagaimana untuk membina teleskop astronomi ringkas dan mikroskop
majmuk. Tetapi setelah membuat eksperimen ini barulah saya tahu bagaimana untuk
memasang peralatan untuk membina teleskop dan mikroskop.
Selain itu, saya mendapat pengetahuan bahawa alat optikal seperti mikroskop
telah membantu kita melihat objek kecil dengan jelas. Teleskop telah membantu
mata kita untuk melihat objek yang sangat jauh seperti bintang, planet dan bulan.
Tambahan lagi, setelah melakukan eksperimen, saya telah dapat mempelajari cara
untuk membina mikroskop majmuk dan teleskop astronomi yang memerlukan dua
kanta cembung iaitu kanta objek dan kanta mata. Semasa menjalankan eksperimen
ini, saya telah menghadapi masalah untuk memahami cara untuk membina
mikroskop dan teleskop. Namun, setelah saya mencari maklumat daripada pelbagai
sumber, dan saya teliti, barulah saya faham bagaimana jarak panjang fokus kanta
objektif dan kanta mata berfungsi. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan
semasa membuat laporan praktikal ini. Kami berkongsi idea dan bekerjasama
mencari bahan-bahan untuk dijadikan sumber rujukan. Kerjasama yang terjalin
antara kami semakin akrab. Hubungan menjadi semakin rapat. Ilmu yang diperoleh
dikongsi bersama.
Namun begitu, alat-alat untuk membuat eksperimen ini tidak mencukupi.
Eksperimen ini dibuat seramai 6 orang satu kumpulan bagi perempuan kerana alat
yang tidak mencukupi. Pihak institut perlu menyediakan peralatan seperi kanta
cembung dan cengkung serta alatan lain dalam eksperimen ini yang mencukupi bagi
menampung pelajar membuat eksperimen ini dengan efisien.
Akhir sekali, saya berharap aktiviti-aktiviti seperti ini boleh saya lakukan kelak
apabila saya telah bergelar seorang guru bukan lagi guru pelatih. Untuk melahirkan
anak murid yang cemerlang, saya perlu menyiapkan diri saya kemahiran-kemahiran
proses sains yang mantap. Bak kata pepatah, Berakit-rakit ke hulu berenang-renang
ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

You might also like