You are on page 1of 7

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 5: SIFAT CAHAYA

Pergerakan Cahaya
1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan ini
adalah dalam garis lurus.
2. Cahaya bergerak secara lurus. 
3. Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di sekeliling kita:
1. Cahaya daripada lampu kereta.
2. Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
3. Cahaya daripada lampu helikopter.

Kejelasan Bayang-bayang Objek


1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus dihalang
oleh sesuatu objek.
2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut
jenis objek yang menghalangnya, iaitu sama ada lut sinar, lut cahaya
atau legap.
1. Plastik jernih ialah contoh objek lut sinar kerana membenarkan
semua cahaya melaluinya.
2. Plastik berwarna ialah contoh objek lut cahaya kerana
membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
3. Kad manila pula ialah contoh objek legap kerana tidak
membenarkan cahaya melaluinya. 
Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-bayang

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:

1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya


2. Jarak di antara objek dengan skrin
Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan


sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber
cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:
1. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
3. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.
4. Pemerhatian:

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber


cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang. 

Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan


skrin dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin,
semakin bertambah saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:
1. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
3. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin
4. Pemerhatian:

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin,


semakin bertambah saiz bayang-bayang
Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang
1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi
bentuk bayang-bayang. 
2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
1. Kedudukan/ Orientasi objek
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang
terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan
berubah apabila kedudukan/ objek berubah. 
2. Kedudukan sumber cahaya
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang
yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan
berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah. 

Pantulan Cahaya
1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada
cermin. Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.
2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah
cermin, dan cermin itu pula memantulkan imej ke arah mata kamu.
3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:
1. Imej terbentuk pada permukaan air.
2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
3. Imej terbentuk pada permukaan logam.
4. Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya
pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke
arah Bumi. 

Kegunaan Pantulan Cahaya


1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan
kegunaan pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.
a. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
b. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan
di sisi kereta.
c. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan
lain yang terlindung daripada pandangannya untuk
mengelakkan kemalangan.
d. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat
keadaan gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
e. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang
dipakai melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
f. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej
bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan
di belakang.
g. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan
laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop.
Dua cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek
yang terhalang ke arah mata pemerhati.
2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya
dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang terhasil bertambah. 
3. Alat mainan, kaleidoskop yang menggunakan prinsip pantulan
cahaya boleh dihasilkan dengan menggunakan kitak berbentuk
silinder, kerajang aluminium, labuci, kad manila, kertas hitam, kertas
bercorak, gam, pita pelekat, gunting dan plastik jernih.
4. Kamu boleh buat aktiviti membina kaleidoskop melalui pautan video
dibawah,

http://bukuteks.dbp.gov.my/media/media/Wm6uPz9MBj.mp4

You might also like