You are on page 1of 8

Sifat Cahaya

1. Terdapat tiga prinsip cahaya :


a) cahaya bergerak lurus
b)cahaya boleh dipantulkan
c) cahaya boleh dibiaskan

(A) Cahaya Bergerak Lurus

1. Cahaya dari lampu suluh hanya boleh dilihat apabila ketiga-tiga lubang
adalah sebaris. Ini menunjukkan cahaya bergerak lurus.
2. Aplikasi cahaya bergerak lurus:
1. Alur cahaya dari rumah api.
2. Alur cahaya matahari memasuki lubang gua.
3. Sinar cahaya daripada lampu suluh dan pentas.
4. Sinar cahaya daripada kereta dan helikopter.
3. Saiz Bayang-Bayang
1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek
legap atau lut cahaya.
2. prinsip cahaya bergerak lurus merupakan faktor terjadinya
pembentukan bayang-bayang.
3. Saiz bayang-bayang dipengaruhi oleh:
1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak di
antara objek dengan sumber cahaya dan saiz
bayang-bayan
2. Hubungan: Semakin dekat jarak di antara
objek dengan sumber cahaya, semakin besar
saiz bayang-bayang.

2. Jarak di antara objek dengan skrin


1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di
antara jarak di antara objek dengan skrin
dan saiz bayang-bayang.
2. Hubungan: Semakin dekat jarak di antara
jarak
antara objek dengan skrin, semakin kecil
saiz bayang-bayang
4. Bentuk Bayang-Bayang
1. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung
kepada:
1. Kedudukan/ Orientasi objek
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di
antara kedudukan objek dan bentuk
bayang-bayang
yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang
objek akan berubah apabila kedudukan/
objek berubah.
2. Kedudukan sumber cahaya
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di
antara kedudukan sumber cahaya dan
bentuk bayang- bayang yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang
objek akan berubah apabila kedudukan
sumber cahaya berubah
(B) Cahaya Boleh dipantulkan
1. Cahaya akan melantun balik apabila mengena satu
permukaan yang licin seperti cermin. Ini menunjukkan
cahaya boleh dipantulkan.

2. berlaku apabila cahaya itu melantun balik dari suatu permukaan


3. ciri-ciri permukaan - licin, legap, berkilat
4. pantulan cahaya tidak akan sekata jika permukaan tidak sekata.

5. Aplikasi pantulan cahaya:


1. Cermin
2. Cermin pergigian
3. Cermin pandang belakang/ sisi
4. Periskop
5. Cermin cembung
(C) Cahaya Boleh Dibiaskan
1. Pembiasan cahaya berlaku kerana arah pergerakan cahaya
terpesong atau dibengkokkan apabila cahaya bergerak dari
satu medium ke satu medium yang lain.
2. Pembiasan cahaya berlaku kerana kelajuan cahaya berubah
apabila cahaya memasuki medium yang lain.
3. Pembiasan tidak berlaku jika cahaya memasuki medium
yang lain pada sudut tepat.
4. Pembiasan cahaya mengakibatkan saiz dan kedudukan objek
kelihatan berubah.
5. Fenomena Pembiasan Cahaya:
1. Pensel kelihatan bengkok.
2. Ikan kelihatan lebih dekat dengan permukaan air.
3. Tulisan kelihatan lebih dekat dengan kanta pembesar.
4. Kolam kelihatan lebih cetek.
5. Kejadian pelangi.
6. Objek kelihatan lebih besar dalam balang berisi air.
Rujukan:
Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen
Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah
Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like