You are on page 1of 29

KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

Modul 2

MODUL BELAJAR KENDIRI

UNIT 6 -10
Oleh:
NASARUDDIN BIN SHAARANI
SK Sri Tiram, Tanjong Karang

Kepunyaan:

Nama Murid : …………………………………………….

Kelas : ………………………….

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 32


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

UNIT 6 :
HABA

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 33


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

1. Apakah maksud haba?


Haba ialah suatu bentuk tenaga yang dipindahkan kerana perbezaan suhu.

2. Apakah maksud suhu?


Suhu ialah darjah kepanasan atau darjah kesejukan sesuatu bahan.

3. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?


Termometer

4. Apakah unit piawai yang digunakan untuk mengukur suhu dan tuliskan simbolnya?
darjah Celsius, oC

5. Namakan dua cecair yang digunakan di dalam termometer untuk mengukur suhu.
a) Merkuri
b) Alkohol

6. Berdasarkan rajah termometer di bawah, yang manakah termometer yang menggunakan


merkuri dan yang menggunakan alkohol?

a) Merkuri b) Alkohol

7. Apakah maksud aras meniskus di dalam termometer?


Aras meniskus di dalam termometer ialah aras lengkungan cecair di dalam tiub
kaca yang terdapat di dalam termometer.

8. Bagaimanakah cara menggunakan termometer dengan betul?


a) Letakkan bikar berisi air di permukaan rata.
b) Pegang bahagian atas termometer secara menegak.
c) Masukkan termometer ke dalam bikar. Pastikan bebuli termometer terendam dan
tidak menyentuh bahagian dasar bikar.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 34


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

d) Setelah aras cecair di dalam termometer menjadi tetap, laraskan kedudukan mata.
pada aras meniskus termometer untuk mengambil bacaan suhu.

9. Tandakan √ dalam kotak, kedudukan mata yang betul untuk untuk mengambil suhu
dengan menggunakan termometer.

10. Berapakah suhu:


a) takat didih air? 100oC
b) normal badan ? 37oC
c) takat beku air? 0oC

11. Berapakan bacaan termometer di bawah?

a) 27oC

b) 51oC

c) 39oC

d) 75oC

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 35


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

meningkat
12. Ais berubah menjadi air apabila suhu semakin ………………….. Apabila tempoh
meningkat
pemanasan air meningkat, suhu juga akan ………………………..
13. Bagaimanakah air panas boleh menjadi sejuk?
Haba daripada air panas mengalir ke persekitaran dari tempat yang panas ke tempat
yang sejuk. Keadaan ini menyebabkan air panas kehilangan haba dan suhu air
menurun.

14. Apakah kesan ke atas sesuatu bahan yang menerima haba?


a) menjadi panas
b) mengembang
c) suhu tinggi

15. Apakah kesan ke atas sesuatu bahan yang kehilangan haba?


a) menjadi sejuk
b) mengecut
c) suhu rendah

16. Berikan 3 contoh aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan bahan dalam
kehidupan seharian:
a) Terdapat ruang di antara penyambungan landasan kereta api.
b) Kabel elektrik dipasang kendur
c) Penggunaan termometer.
d) Ruang yang terdapat pada penyambung besi di jambatan

17. Berdasarkan jawapan soalan 15 kamu, mengapakah aplikasi prinsip pengembangan dan
pengecutan bahan sangat penting dalam kehidupan seharian?
a) Mengelakkan landasan menjadi bengkok apabila menerima haba.
b) Mengelakkan kabel elektrik putus ketika kehilangan haba.
c) Membolehkan kita mengukur suhu.
d) Mengelakkan permukaan jambatan rosak apabila menerima haba.

18. Ravi tertinggal kunci basikalnya di tepi padang sekolah. Dia terkejut kerana kunci
basikal itu menjadi terlalu panas dan tidak dapat dipegang. Berdasarkan situasi ini,
apakah yang menyebabkan kunci basikal Ravi menjadi terlalu panas?
Kunci basikal Ravi menjadi terlalu panas kerana menerima haba daripada
persekitaran.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 36


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

19. Ana merendam botol yang berisi susu panas di dalam bekas berisi air paip sebelum susu
itu diberikan kepada adiknya. Mengapa Ana merendam botol itu?
Supaya susu panas itu kehilangan haba ke persekitaran.

20. Melia menuang air panas ke dalam botol minuman lalu menutup penutup botol minuman
itu dengan ketat. Beberapa minit kemudian, dia mendapati penutup botol terbuka. Apakah
yang menyebabkan penutup botol terbuka?
Udara yang terdapat di dalam botol minuman mengembang apabila menerima haba
dari air panas.

21. Rajah di bawah menunjukkan dua gelas kaca, gelas A dan gelas B, bertindan dan sukar
untuk dipisahkan. Setelah dimasukkan ketulan ais ke dalam gelas A, kedua-dua gelas itu
berjaya ditanggalkan.
Mengapakah gelas yang bertindan dapat dipisahkan?

Apabila gelas A dimasukan ketulan ais, gelas A akan


mengecut kerana kehilangan haba. Maka gelas yang
bertindan dapat dipisahkan.

22. Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid
5 Cemerlang.

Sebelum bebola besi dipanaskan Setelah bebola besi dipanaskan Setelah bebola besi disejukkkan
a) Apakah pemerhatian setelah bebola besi dipanaskan? Berikan inferens.
Bebola besi tidak boleh masuk ke dalam gegelang besi kerana bebola besi
mengembang apabila menerima haba.
b) Apakah pemerhatian setelah bebola besi disejukkan? Berikan inferens.
Bebola besi boleh masuk ke dalam gegelang besi kerana bebola besi mengecut
apabila kehilangan haba.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 37


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

23. Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid
5 Gemilang.

a) Berikan inferens apabila kelalang dimasukkan ke dalam air panas.


Air berwarna mengembang apabila menerima haba.
b) Berikan inferens apabila kelalang dimasukkan ke dalam air sejuk.
Air berwarna mengecut apabila kehilangan haba.
24. Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan lain murid
5 Cemerlang.

a) Berikan inferens apabila botol dimasukkan ke dalam air panas.


Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.
b) Berikan inferens apabila botol dimasukkan ke dalam air sejuk.
Udara dalam botol mengecut apabila kehilangan haba.

25. Hafiz mendapati bola pingpong kemik. Dia kemudiannya memasukkan bola pimpingnya
ke dalam air panas.

Berikan inferens berkaitan pemerhatian di atas.


Bola pingpong bulat semula kerana udara dalam bola pingpong mengembang
apabila menerima haba.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 38


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

26. Rajah di bawah menunjukkan perubahan suhu air apabila dipanaskan dan disejukkan.

a) Apakah pola perubahan suhu air ketika air disejukkan?


Berkurang dan sekata
b) Apakah pola perubahan suhu air ketika air dipanaskan?
Bertambah dan sekata.
c) Berapakah takat didih air dalam rajah di atas?
100oC.
d) Pada minit ke berapakah, suhu air mencapai takat didih air dalam aktiviti ini?
Minit ke-25
e) Pada minit ke berapakah, suhu air dipanaskan dan disejukkan adalah sama?
Minit ke-15
f) Apakah hipotesis yang dapat dibina berdasarkan pola perubahan suhu air?
Jika air menerima haba, suhu akan bertambah. Jika air kehilangan haba, suhu
akan berkurang.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 39


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

UNIT 7 :
PENGARATAN

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 40


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

1. Apakah ciri-ciri sesuatu objek itu berkarat?


a) Berwarna perang kemerahan
b) Mempunyai permukaan yang kasar
c) Rapuh

2. Objek yang diperbuat daripada ……………….. boleh berkarat.


3. Faktor yang menyebabkan pengaratan adalah kehadiran
a) air
b) udara

4. Kelaskan objek-objek berikut mengikut kebolehannya berkarat.

Pemadam Paku Pensil Dawai Baju Jarum


Pin Buku Kapak Kaca

Boleh Berkarat Tidak Boleh Berkarat


Paku Pemadam
Dawai Pensil
Jarum Baju
Pin Buku
Kapak Kaca

5. Bagaimanakah cara untuk mencegah sesuatu objek itu berkarat?


a) Menyapu objek dengan minyak.
b) Menyapu objek dengan gris
c) Menyalut objek dengan lapisan bahan tahan karat
d) Menyadur objek dengan lapisan logam tahan karat
e) Mengecat objek

6. Apakah kepentingan mencegah sesuatu objek besi daripada berkarat?


a) Selamat digunakan
b) Tahan lama
c) Tidak mudah rosak
d) Menjimatkan kos penyelenggaraan
e) Kelihatan cantik

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 41


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

7. Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan


murid selama dua minggu.

Kalsium Minyak
klorida Air masak Air paip
kontang

Bulu besi Bulu besi

Tabung uji A Tabung uji B Tabung uji C Tabung uji D

a) Bulu besi dalam tabung uji manakah berkarat? Mengapa?


Tabung uji B dan D. Kerana terdapat udara dan air di dalamnya.

b) Bulu besi dalam tabung uji manakah tidak berkarat? Mengapa?


Tabung uji A dan C. Kerana tiada kehadiran air dalam .tabung uji A dan tiada
kehadiran udara dalam tabung uji C.
c) Apakah kegunaan kalsium klorida kontang dalam penyiasatan ini?
Untuk menyerap kelembapan

d) Mengapakah air masak digunakan dalam penyiasatan ini?


Air masak tidak mengandungi udara.

e) Mengapakah minyak digunakan dalam penyiasatan ini?


Untuk menghalang udara daripada masuk ke dalam air..

f) Apakah faktor yang menyebabkan pengaratan??


Kehadiran air
Kehadiran udara

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 42


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

8. Perhatikan gambar rajah di bawah. Cadangkan cara yang sesuai untuk mencegah
pengaratan. Berikan alasan untuk jawapan kamu.

Menyapu minyak atau gris. Ini bertujuan menghalang rantai basikal


daripada terdedah kepada udara dan air.

9. Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh Naimah selama


tiga minggu

Paku dalam bekas manakan yang akan berkarat? Mengapa?


Bekas C. Kerana terdapat udara dan air di dalamnya.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 43


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

UNIT 8 :
JIRIM

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 44


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

1. Apakah maksud jirim?


Jirim ialah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2. Nyatakan tiga keadaan jirim.


a) Pepejal
b) Cecair
c) Gas

3. Kelaskan objek dan bahan di bawah dengan betul.

Wap air Batu Udara Kicap Buku


Minyak Asap Pen Darah

Pepejal Cecair Gas


Batu Minyak Wap air
Pen Darah Asap
Buku Kicap Udara

4. Tandakan (√ ) jika Ya dan (X) jika tidak. bagi sifat-sifat jirim berikut.
Keadaan jirim
Pepejal Cecair Gas
Sifat jirim
Mempunyai jisim √ √ √
Memenuhi ruang √ √ √
Isi padu tetap √ √ X
Bentuk tetap √ X X

5. Apakah yang hendak dibuktikan dalam penyiasatan di bawah?

Udara / gas mempunyai jisim

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 45


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

6. Rajah di bawah menunjukkan air dari bekas P dituang ke dalam bekas Q dan
kemudian dituang ke dalam bekas R. Apakah yang hendak dibuktikan dalam
penyiasatan ini?

Cecair mempunyai isipadu tetap //


Bentuk cecair tidak tetap // Bentuk cecair mengikut bentuk bekas

7. Rajah di bawah menunjukkan satu picagari diisi dengan 10 cm3 udara. Kemudian,
muncungnya ditutup rapat dengan menggunakan jari. Apabila omboh picagari
ditekan ke bawah, isi padu udara berkurang menjadi 6 cm3. Apakah yang hendak
dibuktikan dalam penyiasatan di bawah?

Gas tidak mempunyai isi padu tetap //


Gas boleh dimampatkan // Bentuk gas mengikut bentuk bekas

8. Rajah di bawah menunjukkan 3 biji bola pingpong dimasukkan dalam bekas X.


Kemudian bola-bola tersebut dimasukkan dalam bekas Y dan kemudiannya
dimasukkan ke dalam bekas Z. Apakah yang hendak dibuktikan dalam penyiasatan
ini?

9.
Pepejal mempunyai bentuk tetap

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 46


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

10. Apakah yang hendak dibuktikan dalam penyiasatan di bawah?

Cecair mempunyai jisim

ais
11. Air dalam keadaan pepejal dikenali sebagai …………………, dalam keadaan cecair
dikenali sebagai ………………….
air dan dalam keadaan gas dikenali sebagai
wap air
……………………..
12. Lukiskan keadaan zarah-zarah bagi jirim dalam ruangan yang disediakan di bawah:

Pepejal Cecair Gas

13. Namakan proses bagi setiap perubahan keadaan jirim di bawah.

Perubahan Keadaan Jirim Nama Proses


a) Pepejal → Cecair Peleburan
b) Cecair → Gas Pendidihan
c) Cecair → Gas Penyejatan
d) Gas → Cecair Kondensasi
e) Cecair → Pepejal Pembekuan

14. Nyatakan sama ada setiap proses perubahan keadaan jirim di bawah Menerima
haba atau Kehilangan haba.
Nama Proses Menerima atau Kehilangan Haba ?
a) Kodensasi Kehilangan haba
b) Peleburan Menerima haba
c) Pendidihan Menerima haba
d) Pembekuan Kehilangan haba
e) Penyejatan Menerima haba

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 47


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

15. Lengkapkan rajah di bawah.

Menerima
………………………. haba

Pepejal Cecair Gas

Kehilangan
………………………. haba

16. Rajah di bawah menunjukkan beberapa ketul ais dipanaskan sehingga tiada
apa yang tinggal di dalam bikar itu.

Bikar

a) Apakah perubahan keadaan jirim air yang dapat diperhatikan?


Pepejal → Cecair → Gas

b) Apakah yang dapat dirumuskan daripada aktiviti di atas?


Air boleh wujud dalam tiga keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas

17. Rajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh Naimah.


Beliau memasukkan segelas air di ruang beku peti sejuk di rumahnya.

Air

Ruang beku peti sejuk

a) Apakah keadaan jirim air yang terdapat dalam gelas pada awal dan akhir
penyiasatan?
Awal : Cecair Akhir: Pepejal

b) Apakah perubahan keadaan jirim air yang terlibat dalam penyiasatan ini?
Cecair → Pepejal

c) Apakah nama proses yang terlibat?


Pembekuan
d) Berikan inferens terhadap jawapan kamu di 17(b).
Air kehilangan haba

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 48


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

18. Helmi meletakkan seketul ais di dalam piring dan dibiarkan di atas meja selama
20 minit seperti rajah di bawah.

Ais

a) Apakah keadaan jirim air yang terdapat dalam piring pada awal dan akhir
penyiasatan?
Awal : Pepejal Akhir: Cecair

b) Apakah perubahan keadaan jirim air yang terlibat dalam penyiasatan ini?
Pepejal → Cecair

c) Apakah nama proses yang terlibat?


Peleburan
d) Berikan inferens terhadap jawapan kamu di 18(b).
Ais menerima haba

19. Ainun telah menjalankan eksperimen dengan memanaskan air sehingga 100oC
seperti rajah di bawah.

a) Apakah keadaan jirim air yang terdapat dalam bikar pada awal dan akhir
penyiasatan?
Awal : Cecair Akhir: Gas

b) Apakah perubahan keadaan jirim air yang terlibat dalam penyiasatan ini?
Cecair → Gas

c) Apakah nama proses yang terlibat?


Pendidihan
d) Berikan inferens terhadap jawapan kamu di 19(b).
Air menerima haba

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 49


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

20. Izzat telah menjalankan penyiasatan seperti rajah di bawah. Dia telah meletakkan
sedikit air di dalam piring petri dan membiarkannya selama 40 minit di bawah cahaya
Matahari.

Air

Piring petri

a) Apakah keadaan jirim air yang terdapat dalam piring petri pada awal dan akhir
penyiasatan?
Awal : Cecair Akhir: Gas

b) Apakah perubahan keadaan jirim air yang terlibat dalam penyiasatan ini?
Cecair → Gas

c) Apakah nama proses yang terlibat?


Penyejatan
d) Berikan inferens terhadap jawapan kamu di 20(b).
Air menerima haba

21. Hakeem telah menjalankan penyiasatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah. Dia telah mendidihkan 100 ml air kedalam bikar dan didihkan. Setelah
mendidih, sekeping cermin diletakkan di atas bikar dan dibiarkan selama 5 minit.
Kemudian, dengan menggunakan penyepit tabung uji, dia mengangkat cermin dari
bikar dan membuatn pemerhatian.

a) Apakah keadaan jirim air yang terdapat dalam


permukaan cermin pada awal dan akhir penyiasatan?
Awal : Gas Akhir: Cecair

b) Apakah perubahan keadaan jirim air yang terlibat dalam penyiasatan ini?
Gas → Cecair

c) Apakah nama proses yang terlibat?

Kondensasi

d) Berikan inferens terhadap jawapan kamu di 21(b).


Air kehilangan haba

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 50


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

22. Tuliskan berkenaan kitaran air semula jadi berpandukan label A, B, C dan D seperti
dalam rajah di bawah.

A Haba dari matahari menyebabkan proses penyejatan berlaku. Air tersejat dari
permukaan bumi seperti tanah, lautan, sungai dan tasik menjadi wap air.

B Wap air yang terkumpul dan menyejuk akan terkondrnsasi menjadi titisan air yang
halus dan membentuk awan.

C Ketika awan naik lebih tinggi di langit, udara yang sejuk menyebabkan titisan air
bergabung menjadi lebih besar dan berat yang kemudiannya turun kembali ke
permukaan bumi sebagai hujan.

D Air hujan diserap ke bumi dan akan mengalir semula ke dalam tasik, sungai dan
lautan.

23. Dalam kitaran air semula jadi, apakah proses perubahan keadaan jirim yang
berlaku ketika pembentukan awan dan hujan?
Proses kondensasi

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 51


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

24. Apakah maksud kitaran air semula jadi?


Kitaran air semula jadi ialah proses berulang pergerakan air dari permukaan Bumi
ke udara membentuk awan dan akhirnya turun semula ke permukaan Bumi
sebagai hujan.

25. Lengkapkan jadual di bawah.


Perubahan Proses perubahan
Situasi
keadaan jirim keadaan jirim
a) Ketulan ais di dalam air semakin Pepejal → Cecair Peleburan
mengecil.
b) Lantai yang basah menjadi kering Cecair → Gas Penyejatan
selepas 20 minit.
c) Titisan embun di atas daun di waktu Gas → Cecair Kondensasi
pagi.
d) Air yang dipanaskan di dalam cerek Cecair → Gas Pendidihan
mengeluarkan wap air.
e) Ketulan ais terbentuk daripada air
yang dimasukkan ke dalam Cecair → Pepejal Pembekuan
penyejuk beku.

26. Perhatikan situasi di bawah dan jawab soalan dengan betul.

Berdasarkan situasi di atas:


a) Apakah perubahan keadaan jirim yang berlaku apabila pakaian basah menjadi kering?
Cecair → Gas
b) Nyatakan proses perubahan keadaan jirim tersebut.
Proses penyejatan
c) Bagaimanakah proses ini boleh berlaku?
Apabila cecair menerima haba.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 52


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

UNIT 9:
FASA BULAN DAN
BURUJ

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 53


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

1. Adakah Bulan mengeluarkan cahayanya sendiri seperti Matahari? Jelaskan jawapan


kamu.

Tidak. Bulan memantulkan cahaya Matahari.

2. Apakah dua jenis pergerakan yang dilakukan oleh Bulan?


1. Bulan berputar pada paksinya.
2. Bulan beredar mengelilingi Bumi

3. Berapakah tempoh putaran Bulan pada paksinya dan peredaran Bulan mengelilingi Bumi?
27 1/3 hari.

4. Mengapakah kita sentiasa melihat permukaan Bulan yang sama pada sepanjang masa?
Kerana tempog Bulan berputar pada paksinya adalah sama dengan tempoh Bulan beredar
mengelilingi Bumi.

5. Apakah arah pergerakan Bulan?


Arah mengikut lawan jam.

6. Apakah maksud fasa Bulan?


Fasa bulan ialah bentuk-bentuk bulan yang disinari oleh cahaya matahari yang
kelihatan berbeza.

7. Bagaimanakah fasa Bulan berlaku?


Disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi.

8. Namakan fasa-fasa Bulan berdasarkan rajah di bawah?


Fasa Bulan Nama Fasa Bulan Nama
a) e)
Bulan sabit Bulan purnama

b) f)
Bulan sabit baru Bulan hampir purnama lama

c) g)
Bulan separa baru Bulan separa lama

d) h)
Bulan hampir purnama baru Bulan sabit lama

9. Apakah takwim yang ditentukan berdasarkan perubahan fasa bulan?


Takwim Qamari

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 54


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

10. Tuliskan tarikh mengikut takwim Qamari bagi fasa-fasa Bulan di bawah?
Fasa Bulan Nama Fasa Bulan Nama
a) e)
1, 2, 29, 30 14, 15, 16

b) f)
3, 4, 5, 6 17, 18, 19, 20

c) g)
7, 8, 9, 10 21, 22, 23, 24

d) h)
11, 12, 13 25, 26, 27, 28

11. Jelaskan kedudukan bulan ketika fasa anak bulan dan bulan purnama.
Anak bulan: Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
Bulan purnama: Bulan berada di bahagian Bumi yang tidak menerima cahaya Matahari.

12. Mengapakah anak bulan tidak kelihatan?


Kerana seluruh bahagian Bulan yang mengadap Bumi tidak menerima cahaya Matahari.

13. Mengapakah bulan kelihatan penuh ketika fasa bulan purnama?


Kerana seluruh bahagian Bulan yang mengadap Bumi menerima cahaya Matahari.

14. Mengapakah bulan kelihatan kecil ketika fasa bulan sabit?


Kerana sebahagian kecil permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap
Bumi.

15. Mengapakah bulan kelihatan separuh ketika fasa bulan separa?


Kerana separuh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap
Bumi.

16. Mengapakah bulan kelihatan hampir penuh ketika fasa bulan hampir purnama?
Kerana sebahagian besar permukaan bulan yang disinari cahaya matahari menghadap
Bumi.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 55


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

17. Berdasarkan rajah di bawah, lukiskan fasa-fasa bulan berdasarkan kedudukannya.

a)

b)

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 56


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

1. Apakah maksud buruj?


Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu
malam.

2. Lukis dan lengkapkan maklumat bagi setiap buruj yang ditunjukkan di bawah:

a) Nama buruj Biduk


Dapat dilihat di hemisfera Utara
Corak Gayung / Senduk
Merupakan sebahagian Ursa Major / beruang besar
daripada buruj
Menunjukkan arah Utara
Petunjuk musim Menanam

b) Nama buruj Skorpio


Dapat dilihat di hemisfera Selatan
Corak Kala jengking
Petunjuk musim Menuai

c) Nama buruj Pari


Dapat dilihat di hemisfera Selatan
Corak Layang-layang
Menunjukkan arah Selatan

d) Nama buruj Belantik


Dapat dilihat di hemisfera Utara dan selatan
Corak Pemburu
Petunjuk musim Sejuk

3. Apakah kegunaan buruj?


a) Sebagai petunjuk arah.
b) Untuk merancang masa menanam dan menuai tanaman.
c) Petunjuk musim sejuk.
4. Maklumat berikut ialah tentang fungsi buruj X.

Buruj X: Petunjuk kehadiran musim menanam

a) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan satu kegunaan lain buruj.


Sebagai petunjuk arah. / Petunjuk musim sejuk.

b) Namakan dua buruj lain selain buruj X di atas.


Skorpio / Belatik / Pari

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 57


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

UNIT 10:
MESIN

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 58


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

1. Apakah maksud mesin?


Mesin ialah alat yang membantu kita melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudan dan
cepat.

2. Perhatikan peralatan di bawah. Nyatakan mesin ringkas yang terdapat padanya dan
fungsi setiap mesin ringkas tersebut.

Peralatan Mesin ringkas Fungsi ringkas


a) Baji (dawai kokot) Menebuk dan mencantumkan kertas.

Tuas Membolehkan stapler berfungsi.

Stapler
b) Roda dan gandar Memudahkan alat ini diputar.

Baji Menajamkan pensel

Gear Memutarkan baji

Pengasah pensel
c) Gear Menggerakkan dan memutarkan jarum
jam.
Roda dan gandar Untuk mengeset jam.

Skru Mncantum komponen jam.


Jam
d) Tuas Membolehkan gunting berfungsi.

Baji Membolehkan memotong kertas.

Gunting Skru Mencantumkan dua bilah baji.


e) Tuas Membolehkan pengetip kuku berfungsi.

Baji Membolehkan kuku dipotong

Pengetip kuku
f) Roda dan gandar Memudahkan alat ini diputar.
Gear Membolehkan mata gerudi berputar.
Baji Membolehkan kayu ditebuk.
Skru Membolehkan kayu mudah ditebuk.
Gerudi tangan
g) Tuas Membolehkan penebuk kertas berfungsi.

Baji Membolehkan kertas dilubangkan.

Penebuk kertas

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 59


KSSR SAINS TAHUN 5 Tarikh:…………..

3. Mengapakah kombinasi beberapa mesin ringkas pada sesuatu alat penting?


Supaya alat itu boleh berfungsi dengan sempurna.

4. Apakah ciri-ciri penciptaan alat yang lestari?


a) Mudah diselenggarakan.
b) Kos rendah dan jimat,
c) Mesra alam.
d) Selamat digunakan.
e) Bahan yang sesuai
f) Jangka hayat alat yang lebih panjang.

5. Apakah kepentingan ciri-ciri penciptaan alat yang lestari?


a) Mudahkan kerja.
b) Mempercepatkan kerja.
c) Menjimatkan masa.
d) Menjimatkan kos
e) Menjimatkan tenaga.
f) Kuantiti pengeluaran produk dapat ditingkatkan.
g) Kualiti pengeluaran produk dapat ditingkatkan.

6. Kenal pasti ciri-ciri penciptaan alat yang lestari bagi alatan di bawah. Berikan dua
kepentingan ciri-ciri tersebut.

Peralatan Kepentingan ciri-ciri penciptaan alat yang lestari bagi alatan


a) i. Menjimatkan masa.
ii. Memudahkan kerja.
iii. Menjimatkan tenaga.

(Pilih mana-mana 2 jawapan)

b) i. Memudahkan kerja.
ii. Menjimatkan masa.
iii. Kuantiti produk dipertingkatkan.
iv. Menjimatkan tenaga. (Pilih mana-mana 2 jawapan)

7. Rajah di sebelah menunjukkan Amir menaikkan beberapa


bungusan yang berat ke tempat yang tinggi menggunakan
takal ringkas. Selepas beberapa ketika, tali pada takal itu telah
terputus.
a) Mengapakah tali pada takal itu terputus?
Bungkusan sangat berat / Saiz tali kecil
b) Cadangkan satu cara Amir untuk mengatasi masalah itu.
Guna tali saiz lebih besar / Tambah bilangan takal.

Nasaruddin bin Shaarani/SK Sri Tiram / 2021 60

You might also like