You are on page 1of 12

JIRIM

JIRIM DAN ALAM


JIRIM
1. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang
2. Semua benda hidup dan benda bukan hidup yang mempunyai jisim
danmemenuhi ruang merupakan jirim
3.Contoh jirim
benda hidup- manusia, haiwan , tumbuhan
benda bukan hidup - air, batu , pasu, meja dll
4. Bukan jirim- tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang
- bunyi, cahaya, haba, bayang-bayang, pelangi, suhu, masa
SIFAT JIRIM
SIFAT FIZIK SIFAT KIMIA
Kualiti yang dapat dikenalpasti dengan menggunakan Menunjukkan tindakbalas sesuatu bahan itu berubah
lima deria manusia atau menggunakan alat pengukur menjadi bahan berbeza
Boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimia Boleh ditentukan dengan melakukan perubahan kimia
jirim seperti atau tindakbalas kimia seperti
-warna - kebolehbakaran
-takat lebur - pengaratan
-takat didih
-jisim
-ketumpatan
-kebolehan melarut
kekinduksian haba
cth cth
gula- boleh melarut petrol merupakan jirim yang mudah terbakar
air - memdidih pada 100oC pengaratan berlaku bila besi terdedah kepada udara
BAGAIMANAKAH KITA MENGELASKAN BAHAN
DARIPADA PELBAGAI CIRI
1. Jirim yang membentuk sesuatu objek dikenal sebagai bahan
2. Sifat sesuatu objek bergantung kepada bahan-bahan yang
membentuknya.
3. Kita dapat mengelaskan bahan berdasarkan sifat fizik dan sifat
kimianya iaitu
a) ketumpatan
b) takat lebur
c) takat didih
d) keterlarutan
Ketumpatan
1. Ketumpatan sesuatu bahan adalah kuantiti jirim yang terkandung dalam satu unit
isipadu bahan tersebut.
2.Kita dapat membandingkan ketumpatan sesuatu bahan dengan memasukkannya ke
dalam air.
ketumpatan
TAKAT LEBUR DAN TAKAT DIDIH
1. Takat lebur ialah suhu ketika pepejal berubah menjadi cecair pada
tekanan tertentu.
2. Takat didih ialah suhu ketika cecairberubah menjadi gas pada tekanan
tertentu
3. Jirim yang wujud dalam bentuk, cecair dan gas boleh berubah
keadaannya apabila suhu dan tekanan berubah
4. Apabila mencapai takat lebur, pepejal berubah kepada bentuk cecair.
5. Apabila mencapai takat didih, cecair akan berubah kepada bentuk gas.
6. Bahan yang berbeza mempunyai takat lebur dan takat didih yang
berbeza.
Takat Lebur dan Takat Didih
KETERLARUTAN
• Keterlarutan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk melarut di dalam satu pelarut dan
membentuk larutan.
1. Apabila sedikit gula dikacau dalam air, gula akan 'hilang' atau tidak kelihatan dalam air.
Gula dikatakan telah melarut di dalam airdan membentuk larutan gula.
Zat terlarut, Pelarut, Larutan
keterlarutan
1. Apabila zat terlarut larut dalam pelarut, zarah-zarah zat terlarut akan berpisah dan bergerak masuk ke
dalam ruang antara zarah-zarah pelarut.
2. Biasanya - pelarut ialah cecair manakaa zat terlarut mungkin gas, cecair atau pepejal.
3. Keterlarutan sesuatu bahan bergantung kepada ciri-ciri fizik dan ciri-ciri kimia kedua-dua pelarut dan zat
terlarut.
4. Suatu zat telarut mungkin boleh melarut di dalam pelarut tertentu tetapi tidak melarut di dalam pelarut
yang lain. Contohnya,
(a) garam melarut dengan baik di dalam air tetapi tidak melarut di dalam pelarut seperti alkohol
(b) iodinpula hampir tidak dapat melarut di dalam air tetapi melarut dengan baik di dalam alkohol
5. Oleh kerana bahan yang berbezamempunyai keterlarutan yang berbeza, maka kita juga dapat
mengelaskan bahan mengikut keterlarutannya

You might also like