You are on page 1of 3

Majlis Perasmian Penutupan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha, Pn. Hjh. Azizah binti Hj. Ariffin, Guru Besar Sek Keb Polis Kem, Yang Dihormati, Encik Abdull Talib bin Daud, Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, Yang Dihormati, Encik Tauhed bin Mohd Zain, Yang Dipertua PIBG Sek Keb Polis Kem, Barisan Pentadbiran Sek Keb Polis Kem, Encik Nik Ramli bin Nik Shim, Encik Shafii bin Abdul Majid, Encik Azmi bin Wahid, Pn. Hjh. Norizan binti Ibrahim, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang disayangi sekalian.

Para hadirin dipersilakan berdiri sebagai tanda menghormati lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor.

Alhamdulillah, selesai sudah semua acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SK Polis Kem kali ke-20, 2011. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya, bagi yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa dan cuba lagi di masa mendatang. Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan penuh takzim menjemput alfadhil Ustaz Mohd Sham bin Hamzan bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Amin amin yarabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis Perasmian Penutupan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

Bagi mengiktiraf kejayaan para peserta yang telah berjaya pada hari ini, majlis dengan segala hormat menjemput ............................ untuk menyampaikan hadiah dan pingat.

SENARAI PEMENANG (Lampiran) .................................................................... .................................................................... .................................................................... ............................................

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan keseluruhan. Johan keseluruhan rumah sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-20, 2011 jatuh kepada Rumah .......................... Dipersilakan ketua guru Rumah Sukan ............... untuk menerima hadiah. Semua pingat dan hadiah telah disampaikan, kini majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Hjh. Azizah binti Hj. Ariffin, Guru Besar Sek Keb Polis Kem untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-20, 2011. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Guru Besar atas ucapan beliau sebentar tadi. Hadirin sekalian, Kita akan menyaksikan upacara menurunkan bendera kejohanan dan acara penyerahan bendera kejohanan oleh ....................., selaku Pengurus Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-.... kepada Pn Guru Besar. Hadirin yang dihormati sekalian, Kejohanan Olahraga Tahunan Sek Keb Polis Kem kali ke-20, 2011 berakhir sudah. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pihakpihak yang terlibat, atas kerjasama padu sumbangan tenaga dan sokongan besar dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya. Pihak majlis juga memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.

Majlis Perasmian Penutupan Sukan Tahunan Kali Ke-20, 2011

Sebagai penutup, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu sekolah. Sekian, terima kasih.

You might also like