You are on page 1of 22

W

A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

1

1.0 HURAIAN KONSEP DALAM SLAID























W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

2

























W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

3

























W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

4

























W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

5

























W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

6

2.0 ESEI PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 MEMERLUKAN
KEWUJUDAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS

2.1 Pengenalan
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan tragedi hitam bagi sejarah negara
Malaysia dan merupakan kemuncak masalah perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Peristiwa ini telah mencacatkan keamanan dan keharmonian rakyat yang
berbilang kaum di negara ini. Tragedi ini banyak meninggalkan kesan terhadap
politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa ini bukan berlaku secara
suka-suka atau spontan, tetapi ia merupakan rentetan daripada sebab-sebab dan
peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Salah satu faktor yang menyumbang
kepada terjadinya tragedi ini adalah kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Kesan peninggalan penjajah Inggeris turut menjadi punca yang merenggangkan lagi
hubungan dan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu. Bibit-bibit perpecahan
kaum ini telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan
ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti
yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai
bahasa dan pendidikan. Pilihan Raya Umum 1969 ialah perkara kemuncak yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969 ini.









W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

7

2.2 Sebab-sebab yang Membawa Kepada Rusuhan 13 Mei 1969
Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun
Pada zaman pemerintahan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
tidak sama rata. Daripada sejarah yang kita baca, masyarakat Cina telah dilayan
dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.
Tentera Jepun melayan orang Melayu dengan baik sekali. Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling berdendam antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara kaum Cina terhadap kaum
Melayu.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Semasa penjajahan Inggeris pula, mereka mengamalkan pemerintahan yang
berkonsep Pecah dan Perintah. Tindakan ini telah mewujudkan lagi jurang antara
kaum sama ada daripada sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Orang Melayu
tinggal di luar bandar dan menjadi petani atau nelayan kecil. Manakala, orang Cina
tinggal di bandar-bandar bagi menjalankan perniagaan dan kegiatan perlombongan
di kawasan lombong. Kaum Cina mempunyai aset yang tinggi dalam ekonomi
Malaysia. Kaum India pula, kebanyakannya menjadi buruh kasar kerajaan dan
menjadi pekerja di ladang-ladang getah. Hakikatnya, kegiatan ekonomi orang Melayu
dan India bersifat sara diri. Seterusnya, masyarakat bumiputera mundur dan ke
belakang dari segi ekonomi. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam
kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
tidak seimbang. Suasana ini yang menjadikan hubungan masyarakat antara kaum di
negara ini terbatas.





W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

8

Latar belakang pendidikan yang berbeza
Perbezaan latar belakang pendidikan juga dikatakan menjadi punca tercetusnya
peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu Sekolah Melayu,
Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris. Keempat-empat jenis sekolah ini
mempunyai kurikulum yang berbeza. Sekolah Melayu menekankan kemahiran
membaca, menulis dan mengira sahaja. Selain itu, sekolah Melayu ini setakat
peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-
masing merujuk kepada negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru
yang mengajar juga telah dibawa dari negara China dan India. Situasi ini telah
mengakibatkan keperibadian etnik yang berbeza wujud dalam kalangan masyarakat
di Tanah Melayu. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang
Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah
turut serta dalam pilihan raya walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku Abdul
Rahman dan Lee Kuan Yew bahawa pemimpin PAP tidak akan menyertai pilihan
raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang. Walau bagaimanapun, setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya
dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan
isu kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa. Isu taraf bumiputera orang-
orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan perasaan orang-orang Melayu.
Sedangkan, segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam
pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM)
dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM
juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia). Tujuannya adalah supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan. Seterusnya, PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas
hati terhadap perkara yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu yang

W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

9

terkandung dalam perlembagaan. Mereka mendakwa mereka tersisih daripada
keadilan kerana hanya kaum Melayu diberikan hak keistimewaan. Hal ini
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Namun hakikatnya,
kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terendah berbanding dengan kaum
Cina.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas bahawa kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan mengkaji semula
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status
bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Bagi mencapai hasrat itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
aktiviti bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antaranya Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka dengan pimpinan Syed Nasir bin Ismail. Walaubagaimanapun, terdapat
segelintir pihak yang tidak menyetujui bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi
negara Malaysia yang menjadikan mereka tidak berpuas hati sehingga mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969.








W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

10

2.3 Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Tragedi 13 Mei 1969 ini tidak memberikan sebarang faedah kepada negara. Bahkan
menyebabkan berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan
kaum Cina. Selain mengakibatkan kerosakan dan kehilangan harta benda, yang
paling menyedihkan adalah banyak nyawa juga terkorban. Menurut laporan, angka
korban menunjukkan seramai 196 orang mati, 439 orang cedera, 39 orang hilang
dan 9,143 ditahan. Manakala 211 kenderaan pula musnah. Statistik tidak rasmi
jumlah kematian pula menunjukkan bilangan orang Melayu yang mati ialah 86 orang,
orang Cina 342 orang dan lain-lain bangsa 3 orang. Walaubagaimanapun, statistik
tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kaca mata orang ramai yang menjadi
saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke
balai polis. Sememangnya, kejadian hitam ini meninggalkan kesan dan trauma yang
pahit kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan
perintah berkurung oleh sebab berlakunya kekacauan dan pecah belah antara kaum.
Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan rakyat dan politik serta mengembalikan
kestabilan negara ketika itu. Kesannya, suasana dan persekitaran menjadi kurang
harmoni antara kaum kerana segala aktiviti rakyat tersekat. Rakyat tidak lagi bebas
untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan dan susah untuk
berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum.







W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

11

Keuntungan kepada Musuh-musuh Negara
Rusuhan 13 Mei ini sebenarnya telah menguntungkan musuh-musuh negara yang
sentiasa menunggu masa untuk mengambil peluang memecah belahkan rakyat dan
ingin menakluki Malaysia. Pengalaman yang kita boleh ambil daripada peristiwa ini
adalah kita tidak boleh cepat percayakan khabar-khabar angin yang belum tentu
kesahihannya. Kita juga sepatutnya tidak mengambil tindakan yang tidak rasional
apabila sesuatu isu sensitif seperti perkauman ini dibangkitkan. Jangan kerana
perselisihan faham atau bertikam lidah, kita sampai menumpahkan darah orang yang
tidak berdosa. Semangat nasionalisme iaitu cintakan tanah air juga harus menebal
dalam jiwa setiap rakyat Malaysia supaya peristiwa 13 Mei 1969 ini tidak akan
berulang lagi. Perpecahan antara kaum-kaum di Malaysia hanya akan melemahkan
negara. Contohnya seperti yang berlaku pada masa kejatuhan empayar Melayu
Melaka di tangan penjajah Portugis pada tahun 1511. Apabila empayar Melayu
lemah, Portugis mudah untuk menakluk Melaka.

Perpaduan Nasional
Berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 ini, kerajaan telah mewujudkan dasar perpaduan
antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan bagi
masyarakat yang berbilang kaum di negara ini supaya mereka dapat menjalankan
kehidupan secara aman dan berbaik sangka antara satu sama lain. Masyarakat perlu
sedar akan pentingnya mengamalkan nilai murni seperti sikap hormat-menghormati,
bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat mazmumah seperti dengki-
mendengki, iri hati dan sentiasa curiga terhadap kaum lain. Semua kaum perlu
menghormati hak masing-masing dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif bagi
menjaga sensitiviti kaum yang berbeza-beza dalam negara Malaysia ini.





W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

12

Keadilan Ekonomi
Peristiwa hitam ini menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum sukar dicapai jika
masyarakat Malaysia berada dalam kemiskinan kerana majoriti kadar kemiskinan
pada sesuatu kaum sahaja. Sebelum kejadian 13 Mei, masyarakat Bumiputera
tinggal di luar bandar dan kebanyakannya berpendapatan rendah dan miskin. Oleh
itu, perkara ini sering menjadi isu di Malaysia. Selepas Peristiwa 13 Mei ini, satu
dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru telah digubal oleh kerajaan.
Dasar ini merupakan dasar untuk jangka masa panjang iaitu daripada tahun 1970
sehingga 1990. Objektif utama dasar ini adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Dasar ini bukan bertujuan untuk
merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum lain,
tetapi dasar ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara golongan miskin dengan
golongan yang kaya. Objektif lain adalah untuk menghapuskan identiti pekerjaan
dengan keturunan kaum yang berbeza dalam masyarakat Malaysia.















W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

13

2.4 Kepentingan Hubungan Etnik yang Harmonis
Maksud hubungan etnik yang harmonis
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani Ethnos yang bermakna orang. Etnik
boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah, etnik didefinisikan
sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya
seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi, kedudukan geografi dan
sebagainya. Hubungan etnik pula ialah hubungan yang wujud di antara kaum-kaum
yang berbeza budaya itu di Malaysia. Tiga konsep penting yang ditumpukan dalam
hubungan etnik ialah masyarakat, budaya dan perpaduan.

Konsep utama hubungan etnik
Masyarakat ialah satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup dengan saling
berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif,
mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara
satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Kebudayaan pula ialah keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi bahasa, objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai keseniaan dan lain-lain.
Kebudayaan ini berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain.
Perpaduan pula ialah proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat & negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama
serta perasaan cinta & banggakan tanah air.

Membentuk masyarakat majmuk
Di Malaysia, masyarakatnya dikenali sebagai masyarakat majmuk kerana terdapat
berbilang kaum dan kebudayaan di Malaysia yang membentuk sebuah masyarakat
yang harmoni. Walaupun terdapat pelbagai kaum di Malaysia, rakyatnya boleh hidup
bersama, bekerjasama dan bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini kerana
terjalinnya hubungan etnik yang harmonis dalam kalangan masyarakat.


W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

14

Melahirkan masyarakat yang bersatu padu
Hubungan etnik yang harmonis bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang
berbeza budaya tetapi mampu untuk bekerjasama dalam tindakan yang diambil dan
menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Perpaduan yang diharapkan
daripada hubungan etnik yang harmonis ini pula ialah perpaduan yang dapat
membentuk semangat nasionalisme serta perasaan cintakan bangsa dan negara
yang mendalam dalam diri setiap rakyat Malaysia. Melalui semangat cintakan negara
ini, peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang.

Mengukuhkan ekonomi negara
Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969 juga, kita dapat melihat betapa pentingnya
hubungan etnik yang harmonis bagi membentuk sebuah negara yang aman
sejahtera. Hubungan etnik yang harmonis akan melahirkan masyarakat yang bersatu
padu. Persefahaman dan sikap toleransi serta cintakan negara dalam kalangan
masyarakat inilah yang dapat mengukuhkan ekonomi rakyat Malaysia. Contohnya,
apabila Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan keadaan ekonomi kaum-kaum tertentu
dapat dipulihkan dan jurang ekonomi antara golongan miskin dan kaya dapat diatasi.
Dasar yang terbaru iaitu Dasar Pembangunan Nasional juga digubal bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam Dasar Pembangunan Nasional ini, perpaduan negara menjadi matlamat
utama kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan
ekonomi yang berterusan. Hanya dengan hubungan etnik yang harmonis yang
menekankan perpaduan sahaja yang membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan
moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan
kecemerlangan ekonomi.




W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

15

Mencapai kestabilan politik
Selain itu, melalui hubungan etnik yang harmonis antara rakyat Malaysia, kestabilan
politik juga dapat dicapai. Hal ini kerana, setiap individu dapat bertoleransi dan tidak
hanya memikirkan kepentingan peribadi. Sikap hormat-menghormati antara satu
sama lain juga mewujudkan suasana politik yang stabil di Malaysia. Pihak yang cuba
memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai modal atau
agenda yang dapat mencetuskan perselisihan antara kaum di Malaysia.
Akhir sekali, hubungan etnik yang harmonis dalam kalangan rakyat Malaysia adalah
sangat penting supaya masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup dengan aman
dan sejahtera dan menikmati hasil negara tanpa berlaku penindasan dan
ketidakadilan. Kita juga tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku lagi.
Oleh itu, setiap individu perlu berusaha secara berterusan untuk menghayati
pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini dan menyedari kepentingan
hubungan etnik yang harmonis bagi mengelakkan peristiwa yang sama berlaku.













W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

16

3.0 REFLEKSI INDIVIDU
Alhamdulillah, Kerja Kursus Pendek Hubungan Etnik, WAJ 3106 telah selesai
disiapkan. Terima kasih kepada En. Mohd Hanafi b. Zainal yang banyak memberi
tunjuk ajar dan teguran bagi menghasilkan tugasan dengan baik. En. Mohd Hanafi
sangat baik dengan kami semua sekelas. Beliau memberikan masa yang mencukupi
untuk kami memperbaiki kesilapan dan kekurangan dalam membuat tugasan. Saya
begitu menghargainya.
Pertama sekali, oleh sebab tugasan ini dibuat secara berpasangan, kami
membincangkan dan membahagikan tugas masing-masing. Kami masing-masing
mencari bahan yang perlu bagi membuat tugasan ini. Sewaktu membuat undian
untuk membahagikan setiap pasangan mendapat soalan yang mana, saya dan
pasangan saya mendapat soalan nombor 1 iaitu Pengajaran daripada peristiwa 13
Mei 1969 memerlukan kewujudan hubungan etnik yang harmonis. Saya tidak kisah
jika mendapat soalan yang mana pun daripada sepuluh soalan tersebut. Namun,
saya bersyukur mendapat soalan mengenai peristiwa 13 Mei ini kerana saya
memang ingin tahu tentang kejadian ini. Sebelum ini, saya hanya pernah dengar
tentang Tragedi 13 Mei dan rusuhan kaum. Setelah mencari bahan dan informasi
mengenai Peristiwa 13 Mei 1969 ini, saya mendapat banyak pengetahuan dan lebih
memahami apa sebenarnya yang berlaku ketika itu. Tugasan ini memberikan
peluang kepada saya untuk mengkaji tentang peristiwa yang bersejarah ini. Selain
itu, saya juga mendapat ilmu tentang konsep hubungan etnik. Saya tidak pernah
mendengar dan mengetahui hubungan etnik ini secara mendalam sebelum ini.
Semasa menjalankan tugasan ini, terdapat juga kesulitan seperti mencari
sumber mengenai Peristiwa 13 Mei ini di pusat sumber institut amat sukar. Bahan di
pusat sumber sangat terhad, oleh itu saya hanya mendapat sedikit maklumat
daripada pusat sumber. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan saya dan
pasangan saya mencari bahan secara online. Kami mendapatkan akhbar, jurnal dan
artikel daripada internet. Semuanya di hujung jari.
Walaubagaimanapun, banyak perkara yang saya perlu menambah baik pada
masa hadapan. Antaranya, saya perlu banyak membaca lagi mengenai sejarah yang
berkaitan dengan isu perkauman supaya dapat mengambil pengajaran daripada apa
yang berlaku pada masa dahulu dan memperbaikinya sekarang supaya generasi

W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

17

sekarang dan akan datang tahu mengenai pentingnya perpaduan dan hubungan
etnik yang harmonis dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja dalam Malaysia,
bahkan dalam kalangan masyarakat dunia. Nilai-nilai murni yang perlu dipupuk oleh
kita adalah sifat bertolak ansur, saling memahami dan menghormati adat resam, hak,
agama dan bangsa lain dapat menyelamatkan kita daripada menjadi iri hati dan
dengki terhadap kaum lain. Selain itu, semasa pembentangan, saya perlu
menambah di dalam slaid video yang menarik sebagai contoh berkenaan dengan
peristiwa 13 Mei ini supaya pembentangan menjadi lebih memberangsangkan.
Akhir sekali, saya amat berharap tugasan daripada kumpulan kami diterima
dengan baik oleh pensyarah iaitu En. Hanafi yang memeriksa tugasan kami. Kami
amat berharap tugasan kami memenuhi kriteria yang diingini oleh penilai. Jutaan
terima kasih kerana memudah cara kepada kami dalam membuat tugasan ini. segala
tunjuk ajar dan ilmu akan saya simpan dan amalkan serta dijadikan panduan semasa
untuk tugasan-tugasan akan datang serta menjadi guru yang mantap.

Nurhazwani Hassim
901021-02-5804











W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

18

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah swt kerana dengan limpah kurnia-
Nya, kami berjaya melaksanakan tugasan kursus Hubungan Etnik ini dengan
jayanya. Pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman yang saya perolehi
sepanjang melaksanakan tugasan ini.
Semasa pertama kali mendapat tugasan ini, saya berasakan bahawa tidak sukar
untuk menyiapkan esei berkaitan pengajaran yang didapati daripada peristiwa 13
Mei 1969. Ini kerana, sejak dari bangku sekolah, saya sudah sering mendengar
mengenai peristiwa 13 Mei 1969. Tetapi, setelah mula mengkaji dengan lebih
mendalam, barulah saya sedar bahawa masih terlalu sedikit yang saya ambil tahu
mengenai peristiwa 13 Mei ini. Saya tidak pernah mengetahui rentetan dan faktor-
faktor yang mencetuskan peristiwa berdarah ini. Setelah saya melaksanakn tugasan
ini, barulah saya dapat mengambil pengajaran dari peristiwa 13 Mei 1969.
Apabila mengkaji mengenai peritiwa 13 Mei 1969, saya sedar betapa pentingnya
perpaduan dan toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencapai
kesejahteraan negara. Sikap tidak berpuas hati, pentingkan diri sendiri dan suka
memberontak hanya membawa kepada keburukan kepada diri sendiri dan orang
lain. sikap ini juga mencetuskan peluang kepada anasir-anasir luar yang berniat
jahat, untuk memporak perandakan Malaysia.
Saya terkesan dengan keadaan darurat yang dialami rakyat semasa peritiwa 13 Mei
1969 yang sudah cukup teruk, saya dapat bayangkan bagaimana setiap orang hidup
dalam ketakutan dan semua aktiviti fizikal mereka telah tersekat. Rakyat tidak dapat
hidup dengan tenteram dan bebas. Selain itu, peritiwa berdarah yang telah meragut
banyak nyawa ini amat menyedihkan saya. Hanya kerana ketidakpuasan hati
beberapa individu, banyak nyawa yang tidak berdosa telah melayang.
Oleh itu, pengajaran daripada peritiwa 13 Mei 1969 ini harus kita hayati dan kita
jadikan panduan supaya kesejahteraan negara Malaysia akan berkekalan. Selepas
peritiwa ini, ternyata banyak pihak telah mula sedar mengenai kepentingan
perpaduan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, semua pihak telah bertoleransi dan
bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi dan pendidikan.
Kesimpulannya, saya berasa sangat bertuah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia
yang aman damai ini walupun mempunyai masyarakat berbilang kaum. Saya perlu

W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

19

menghargai jasa orang lama yang telah memerah keringat berusaha untuk menjaga
keamanan dan kesejahteraan negara Malaysia. Semoga keamanan dan
kesejahteraan Malaysia akan terus berkekalan hingga ke akhirnya.

Norakmalina bt Ahmad Tarmizi




















W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

20

4.0 RUJUKAN
Buku
Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi Mara.


Jurnal
Sarjit, S. L. & Amir Zal Wan Ismail. (2008). Perubahan Nilai Budaya Belia Malaysia
Menuju Wawasan 2020. Jurnal Pembangunan Belia Malaysia, 1, 15-34

Surat Khabar
Zainuddin Maidin. (2010, 31 Januari). Keretakan tugu 13 Mei. Arkib Utusan Online.

Laman Web
Ariedrifke (2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Dipetik pada 17 Mac 2012 daripada
http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/hubungan-etnik-di-malaysia.html
Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969 (2010). Dipetik pada 18 Mac 2012 daripada
http://miqdad-hak.blogspot.com/2010/02/pengajaran-peristiwa-13-mei-1969.html
Peristiwa 13 Mei (2008). Dipetik pada 17 Mac 2012 daripada
http://sepanjialam.forum3.info/t9-memori-peristiwa-berdarah-13-mei-1969-di-
kampung-baru-dan-sekitar-kl

W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

21

Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran (2008). Dipetik pada 18 Mac 2012 daripada
http://wanville.wordpress.com/2008/01/31/peristiwa-13-mei-1969-jadi-pengajaran/
Sabree Hussin (2009). Kepentingan Hubungan Etnik yang Harmonis. Dipetik pada
17 Mac 2012 daripada http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/kepentingan-
hubungan-etnik-yang.html




















W
A
J

3
1
0
6


H
u
b
u
n
g
a
n

E
t
n
i
k

22

You might also like